Followers

Friday, September 30, 2011

::Bicara Kosong::

Setiap kali Jumaat menjengah, setiap kali itu juga banyak hati berbunga riang walau masa berlalu begitu pantas.  Pelbagai rancangan disusun menyambut kehadiran hujung minggu.  Pada yang dapat waktu rehat hampir dua jam lebih, lagilah terasa Jumaat amat pendek.

Tapi bagi orang yang ibarat kerja tak kerja sama sahaja seperti saya, hari Jumaat sama seperti hari-hari lain.  Tiada yang istimewa melainkan ianya adalah Penghulu hari buat umat Islam.  Masuk ke hujung minggu adalah satu penyeksaan.  Tak pasti mahu mengarah ke mana.  Apa lagi ada di Kuala Lumpur ini, melainkan pusat membeli-belah begitu gah.  Punya wang berlebihan, boleh sahaja ke sana.

Di tambah pula sekarang ini, kesesakan lalu lintas tidak kenal hari.  Setiap hari sama sahaja malah hujung minggu boleh jadi hari yang menyesakkan dada tatkala terperangkap di dalam kesibukan jalan raya.  Hendak keluar dari Kuala Lumpur bukan boleh diamalkan selalu, segalanya memerlukan ongkos.  Setakat cukup-cukup di dalam kocek, baik lupakan sahaja niat.

Maaf, belum punya mood yang baik untuk berbicara, saya borak kosong sahaja di sini.  Saya manusia biasa, sampai satu detik fikiran melayang entah ke mana.  Mengenang nasib diri barangkali.  Doakan saya kembali ke tahap kestabilan dan boleh berbicara seperti sedia kala.  

Selamat Berhujung Minggu Rakan-Rakan!!!




nota:  kosong..... 

3 comments :

  1. selamat berhujung minggu yayang :)

    ReplyDelete
  2. hmm.. nak tulis pon kene ada aura kan.. tu kdg2 blog tiba bersawang.. mcm saya! :) have a gr8 weekend..

    ReplyDelete
  3. Kak Mya,hjg mgu yg best sbb dpt btemu dgn akak ;)

    Mrs MH,mmg kena ade aura,klu x tepu...

    ReplyDelete