Berhajat untuk entri baru tetapi bila belek folder gambar, tiada apa yang menarik untuk dipaparkan. Nak transfer dari telefon dan kamera terasa malas pula. Tak apalah, lagi pula masih ramai bercuti. Mesti tiada siapa datang singgah di sini.
Rasanya raya kali ini hari-hari saya menyarung baju kurung dari raya pertama hinggakan terasa tiada baju lagi sesuai untuk dipakai. Setiap tahun saya hanya menyediakan sepasang baju sahaja dan kebiasaannya pada raya kedua, seluar dan baju-t telah tersangkut di badan. Angin apa yang telah melanda saya pada kali ini. Jadinya, semua baju yang dipakai berkonsepkan kitar semula dari tahun-tahun sudah.
Hari ini berhempas pulas melawan kesakitan. Biasalah, tragedi bulanan semestinya mengundang pergelutan di atas katil. Tetapi kerana telah ada rancangan, gagahkan juga diri berjalan merata. Sampai bila agaknya saya akan menderita sakit sengugut ni ya? Puas mencuba pelbagai kaedan dan cara tapi semuanya masih belum mendatangkan hasil.. =(
Oklah, sudah cukup masa membanting diri di atas katil. Menguap dah beribu kali. Panjat sahaja ke tempat peraduan, sahih mata akan terpejam rapat. Jadual hari Ahad telah diisi. Selagi belum habis raya sebulan selagi itu dibanjiri undangan. Insyaallah, selagi boleh dan mampu menghadirkan diri, jemputan akan ditunaikan. Cuma berat badan antara perkara yang merisaukan. Dah berbonjol-bonjol lemak terkeluar...aduyai!!!!
nota: ternyata diri ini tidak cukup kuat...
No comments :
Post a Comment