Followers
Monday, September 19, 2011
Minggu Baru Lagi
Bangun pagi ingatkan Buah Hati nak siap-siap ke sekolah,sekali tak mahu dia. Boleh pula berbalas soal jawab kenapa dan mengapa saya hanya bermalas di atas tilam nan empuk. Bila tahu saya sakit, terus dilemahkan badannya dan enggan ke sekolah. Saya mulakan minggu baru dengan sakit menakluki diri.
Tidur lewat bangun awal menjadi rutin seharian tapi bila menelan ubat, urat saraf kendur lemah dan tidak berdaya membawa diri waima menuruni tangga tetapi mata tetap tidak mahu lelap,lantas fikiran kosong menerawang.
Bila tiada ketentuan fikiran, macam-macam masuk ke dalam otak lantas menerbitkan perasaan bercampur baur, banyak duka dari gembira. Entahlah,inilah arca kehidupan saya. Masih mencari titik keseimbangan demi menongkah masa hadapan, percaya akan ada sinar akhir penantian!!!
Selamat Memulakan Minggu Baru anda semua!!
nota: Tiba-tiba mengantuk...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment