Followers

Saturday, September 10, 2011

::Bebel Pagi Sabtu::

Terjaga dari tidur di awal pagi Sabtu adalah perkara yang menjengkelkan.  Ini kerana minda dan badan masih belum bersedia bergerak sedangkan sepasang mata begitu teruja meliar memandang sekeliling.  Salam hujung minggu rakan-rakan!
Apa perancangan hari ini?  Pasti jemputan rumah terbuka berderet-deret menanti.  Saya belum punya program khusus walaupun telah ada beberapa di dalam senarai perancangan.  Abang bekerja hari ini, Buah Hati masih di hospital dan tidak pasti bila boleh keluar.  Setakat malam tadi, suhu badan masih mencecah ke paras tinggi.  Tunggulah keputusan darah hari ini, jika semuanya okay doktor akan beri pelepasan.

Dinginnya suhu di luar!  Ada yang bakal berlandai di atas tilam semula dan cuba melelapkan mata, jika berjaya.  Kalau tiada aral petang ini akan ke rumah seorang teman di Putrajaya, ada potluck.  Tapi.....saya mahu masak apa??!!  Peninglah fikir dari semalam.  Memasak adalah kelemahan saya yang paling ketara kerana saya tidak suka makan, jadinya macamanalah nak pandai masak.  Dah terdesak, beli sahaja nanti.

Sambutan Hari Raya tahun ini serasa kosong.  Entah kenapa dan kini hampir ke minggu kedua Syawal, kemeriahan semakin surut.  Terlalu banyak rasa membelenggu hati hingga tiap malam sukar melelapkan mata lantas merembeskan air hangat.  Ya, saya menangis bukan sahaja di luar tetapi di hati.  Senyuman dilemparkan hanya perwatakan dicipta bagi menutup segala rasa.  Hanya Allah sahaja tahu apa tersirat di hati.  
Nanti-nantilah perihal Raya, pra-raya pun tak habis bercerita lagi.  Bila nak sambung?  Belum pasti, macam tak biasa dengan sayakan.  Semua entri ibarat tertinggal jauh di belakang kura-kura.  Lagi pun, untuk mencanai idea tiada kekusutan di hati.  

Eh, filem Semerah Cinta Stiletto.  Tak pernan nonton cerita ini.  Sekarang masa untuk fokus ke arah peti televisyen.  Ada rezeki kita sambung lagi untuk hari ini.  



nota:  put a 100% blame on me!!!    



 

 

No comments :

Post a Comment