Followers

Tuesday, August 10, 2010

S.A.L.A.M.R.A.M.A.D.H.A.N.

Serasa macama baru sahaja melewati Ramadhan dan Syawal yang lepas, kini ia muncul lagi.  Pantas masa berlalu, namun tangkai hati tetap memanjat kesyukuran kerana masih lagi di beri ruang bernafas di bumi berpemilikan kekal Hakiki.  Insyallah, esok bermulalah sekali lagi di dalam diari kehidupan umat Islam sejagat aktiviti menahan lapar, dahaga serta nafsu-nafsu yang sepatutnya.  Umat digiat memperbanyakkan ibadah serta merebut peluang keemasan yang hanya muncul setahun sekali melalui Kalendar Hijrah.  
 
Terimbau kenangan berpuasa di suatu ketika.  Di saat mengenal erti berpuasa, tika bergelumang dengan waktu persekolahan, di waktu semakin meningkat dewasa dan sehinggalah hari ini.  Insyaallah, dengan kematangan serta akal yang waras ibadah berpuasa kali ini pasti akan bertambah baik dari yang sudah-sudah.  Itulah yang sering diharapkan saban tahun kerana melalui peluang keemasan ini, Insyaallah segala kekurangan di dalam penilaian dapatlah ditokok tambah dengan anugerah yang diperturunkan kali ini.
Buat teman-teman semua, Salam Ramadhan dihulurkan lantaran ini adalah pertama kali kita bersama di arena ini di dalam bulan yang mulia.  Moga kita sama-sama mendapat keberkatan serta ganjaran yang dilonggokkan saat menyusuri Ramadhan hingga ke penghujungnya.
 
Gambar ihsan dari Yahoo Image