Followers

Monday, January 31, 2011

::Selamat Bercuti::

Nampaknya ramai yang dah mula tawar hati untuk melaksanakan tugas-tugas di pejabat.  Cuti panjang hampir menjelmalah katakan, segalanya menjadi suam-suam.  Cuaca persekitaran juga seolah merestui aura kemalasan bagi berdepan dengan kerja-kerja yang ada.

Ke manakah agaknya arah tuju rakan-rakan sempena cuti panjang kali ini?  Pasti pelbagai perancangan yang telah diatur.  Selepas ini, susah juga nak terserempak dengan cuti-cuti berganda, melainkan mohon menggunakan peruntukkan cuti ataupun tunggu Hari Raya.  Saya sendiri tidak pasti ke mana bakal menghala tuju.  Yang pasti, tiada lagi nikmat bercuti seperti sebelum-sebelum.  Erti cuti bagi kami semua bila berhenti menyiapkan kerja yang ada, tetapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab apa yang Allah kurniakan ini adalah apa yang kami semua suka akannya.

Pada awal bulan yang lalu, secara rasminya saya menjadi sebahagian daripada keluarga "MEDIA RAKYAT" (MR), akhbar tabloid yang diterbitkan setiap Sabtu secara mingguan.  Akhbar yang baru berusia 3 keluaran ini adalah satu medium bagi menyalurkan maklumat buat rakyat.  MR bukanlah sebuah akhbar berlandaskan politik semata, kerana ianya merangkumi pelbagai berita dalam dan luar negara.  MR adalah Media Untuk Rakyat dan bukannya Media untuk orang perseorangan.  Kami warga MR berharap mendapat sokongan di luar sana.

 Edisi Pertama Cetakan

Ok, cukup dengan promosi.  Ruangan ini tidak akan digunakan untuk mempromosikan akhbar MR.  Ini adalah ruangan peribadi saya untuk mencurah rasa.  Berbalik kisah cuti-cuti di atas, apa kata rakan-rakan sekalian bagi cadangan di manakah tempat yang seronok dilawati sekitar Malaysia.  Jika ada tempat yang jarang dilawati, lagi bagus.  Kalau perlu ingin mengelak dari pergi ke lokasi yang tidak dikerumuni ramai.  Bukannya apa, tersangkut di dalam kesesakan boleh menyebabkan emosi terganggu.  Rasa seronok akan menjadi tawar.  Waktu itu, pasti rumah sahaja yang bakal terbayang di benak.

Bila berbicara mengenai cuti, hati berasa sedikit kecewa.  Bukannya apa, bayangkan setiap kali musim cuti lokasi tumpuan pelancongan pasti mengenakan harga yang lebih tinggi dari biasa.  Hotel contohnya, menaikkan harga hampir 40% dari harga biasa pada musim padat.  Kasihan pada keluarga yang pendapatannya sederhana.  Keiinginan untuk membawa keluarga bercuti terpaksa dilupakan begitu sahaja dek perbelanjaan yang mahal.  Itu baru diambil kira bayaran hotel, belum lagi dengan kos minyak yang sememangnya telah naik kemudian kos makan lagi.  Sekali sekala membawa keluarga, pasti menginginkan makanan yang enak-enak, caj tol lagi dan macam-macam.  

Terfikir sejenak, patutkah hotel mengenakan harga sebegitu tinggi?   Perlukah menaikkan ke satu harga pada waktu padat? Belum dikira lagi sekiranya kita hendak pergi ke tempat-tempat yang menggunakan yuran masuk seperti Taman Tema dan sebagainya. Jika ini berlarutan, promosi melancong di dalam negara akan gagal saya rasa.  Sebahagian dari rakan-rakan saya pernah meluahkan perihal ini.  Ada juga yang menyuarakan lebih murah melancong ke luar negara seperti Indonesia dan  Vietnam berbanding melancong di dalam negara sendiri, lebih-lebih lagi dengan penerbangan murah melalui Air Asia.  Harga hotel di sana jauh lebih murah berbanding di negara kita.     Saya kurang pasti perihal ini kerana belum berkesempatan untuk melancong ke luar negara.  Tetapi jika direnung, ada benarnya kata mereka ini.  Kita sebagai rakyat Malaysia terpaksa membayar mahal untuk mendapatkan perkhidmatan di negara sendiri. 

Mungkin Kementerian Pelancongan boleh mendalami isu ini.  Sekurang-kurangnya bagilah kelebihan buat rakyat Malaysia menikmati industri pelancongan di negara sendiri.  Tiada ruginya jika kita melebihkan rakyat ini kerana setiap wang yang dibelanjakan akan mengalir juga ke dalam poket negara.  Dalam masa yang sama, kita seronok kerana dapat meneroka negara kita sendiri.  Ini tidak, setiap kali hendak berjalan di dalam negara kepala pasti ragu-ragu mengenangkan duit ringgit yang bakal melayang dalam kadar yang banyak.

Ini adalah pendapat peribadi, ada yang menyokong ramai bakal menyanggah.  Tidak mengapa kerana apa yang saya lakukan meminta kita semua turut berfikir akan kewajaran sesuatu perkara.  Saya tidak semestinya benar dan anda belum tentu salah dalam berbahasa.  Sebelum rakan-rakan memulakan perjalanan ke mana sahaja, saya berdoa moga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dan selamat kembali.  Malang tidak berbau mohon Allah jauhi dari kita.       

    Gambar diambil dari Google Image




nota:  masih merangka-rangka arah destinasi...

        

Wednesday, January 26, 2011

::Contest I Love My Family::

Sepanjang berjinak-jinak dengan dunia blog, ini adalah kali kedua saya terpanggil untuk menyertai peraduan yang dianjurkan rakan blog.  Sebenarnya peraduan ini dapat tahu dari blog Kak AiRasa terpanggil pula untuk menyertai bila terpandangkan perihal peraduan di blog Kak Ai.  Menang atau tidak belakang cerita, yang pasti saya menyertai untuk memeriahkan lagi peraduan yang dianjurkan dalam masa yang sama menambah kenalan di alam maya ini.  Lagi pula saya bangga apabila dapat berkongsi cerita mengenai Keluarga Saya yang sangat saya sayangi.  Buat rakan-rakan yang lain, jom sertai peraduan I Love My Family Contest 2011 ini, dan zahirkan kasih sayang anda terhadap keluarga diruangan ini.   Bagi yang berminat menyertai, masih belum terlambat kerana tarikh tutupnya adalah pada 31 Januari 2011.

Sebelum entri ini meleret-leret seperti biasa, apa kata kita penuhi dulu syarat-syarat wajib yang telah digariskan.  Yang pertamanya, harus copy logo tag peraduan ini dan letakkan di blog sendiri.  Kemudian linkkan ke tuan empunya blog iaitu, Blog Ayien.

Syarat utama telah saya laksanakan!!! :)

Kemudian, ceritakan kenapa kita sayangkan keluarga beserta aktiviti terbaru yang dilakukan bersama keluarga tersayang dalam gaya penulisan yang paling kreatif dan menarik.  Jika dapat sertakan tarikh dan tempatnya sekali adalah lebih bagus.  Buah ilham saya adalah seperti berikut:

-  Kenapa kita sayangkan keluarga kita ya?  Pelbagai jawapan yang akan kita peroleh apabila persoalan ini diajukan.  Bagi saya, kita tidak perlu bertanya mengapa perlu kita sayangkan keluarga kerana SEHARUSNYA dan WAJIB bagi kita menyanyangi keluarga.   Keluarga adalah sebuah rahmat dari Yang Maha Esa. Tanpa keluarga kita sendiri tidak akan sampai ke tahap yang kita ada sekarang ini.  Pasti pelik rasanya jika kita mendengar ada individu mengatakan yang dia tidak sayangkan keluarganya.  Kasih sayang yang disemai di dalam keluarga adalah kasih sayang yang jujur dan paling ikhlas boleh kita peroleh di dunia.  Saat bersama keluarga adalah detik yang paling indah dan bermakna walaupun di kala kesusahan.  Jika hendak digambarkan rasa kasih sayang saya kepada keluarga adalah mustahil kerana rasa cinta dan sayang saya terhadap keluarga adalah melimpah ruah.  Tiada galang ganti mereka di dalam kehidupan saya walau tawaran hadir berjuta-juta ringgit.  Alhamdulillah, ikatan kami sekeluarga sememangnya erat walaupun ada yang telah mempunyai keluarga masing-masing.  Andai dapat memperlahankan waktu, saya pasti akan memperlahankan detik ketika bersama keluarga.  Biarlah suasana itu kekal sebegitu.  "Ya Allah!!! Kau peliharalah kesejahteraan Keluarga ku di Dunia dan Akhirat"


- Sejak akhir-akhir ini kerap juga kami sekeluarga menghabiskan masa bersama.  Biasalah, dari bulan November sehinggalah ke Januari, tidak putus-putus sambutan hari jadi dan ulangtahun perkahwinan.  Manakan tidak, bayangkan bermula dari 8 November Permata Hati Ninie, Chebolat-Cehbolat lahir,19 November kami sekeluarga menyambut ulangtahun Ayu Bam Bam kemudian diikuti pula pada 27 November hari lahir Ninie, 28 November harijadi Buah Hati, 01 Disember GM pula meraikan ulanglahirnya, 11 Disember suami Ninie pula mengambil tempat sambutan, 24 Disember ulangtahun perkahwinan GM dan GP serta Macho Man dan Siti Cutie, 2 Januari pula hari kejadian GP, 8 Januari Macho Man pula mengambil tempat dan akhir sekali saya sendiri pada 26 Januari.  Cuma Siti Cutie sahaja agak tercampak pada  8 Mac.  Berderet-deretkan?  Pening tau kepala untuk menyiapkan segala hadiah.  Bagi menambah keceriaan kami sekeluarga, Siti Cutie bakal melahirkan adik buat Buah Hati dalam tempoh 2-3 hari ini.  Segala sambutan adalah wajib diraikan oleh kami sekeluarga demi mengeratkan lagi ikatan keluarga yang sememangnya telah sedia terjalin.  Harap apa yang telah kami amalkan ini akan menjadi tradisi turun temurun.  Insyaallah!!!


Di sini haruslah disertakan sekali gambar sekeluarga yang dianggap paling menarik bagi menggambarkan kasih sayang kami sekeluarga.  Nak kata lawa sangat tu tak pastilah pula, cumanya gambar ini diambil sewaktu kami meraikan hari lahir GP yang ke-55.  Alhamdulillah, Allah panjangkan umur GP hingga ke hari ini dan dapat melihat kami semua membesar dengan pelbagai ragam.  Kami semua ceria yang teramat sangat, lebih-lebih lagi apabila Ninie berhajat membelanja kami sempena kejayaan mendapat jawatan tetap di pejabatnya baru-baru ini.
Lokasi gambar adalah di Menara Kuala Lumpur pada 02 Januari 2011, minum petang bersama keluarga tercinta.  Dari kiri di belakang:  Ninie, saya, suami Ninie dan Chebolat-Chebolat, Ayu Bam Bam, Siti Cutie dan Macho Man.  Dari kiri di hadapan:  GP, Buah Hati dan GM.

Terma yang terakhir, haruslah menjadi pengikut kepada blog Ayien.  Syarat ini telah pun dipatuhi.  Harapnya sudi jugalah menjadi pengikut blog saya yang tidak seberapa ini.Buat Ayien, moga penyertaan saya ini akan memeriahkan lagi pertandingan.  Salam perkenalan buat Ayien, moga persahabatan di alam maya ini akan terjalin erat walau kesempatan bersua agak sukar untuk dilaksanakan.



nota:  Mujur tidak terlalu lambat :)  







 

Wednesday, January 19, 2011

::Belum Teratur::

Keadaan amatlah kacau bilau.  Segalanya masih belum boleh diatur dengan sempurna.  Betul-betul kebutuhan waktu.  Saban malam melelaplan mata hampir jam tiga pagi dan bangun seawal pagi.  Inilah dia, bukannya mudah nak senang.  Tetapi apa pun, segala apa yang dikerjakan adalah ikhlas dan rantaian doa tidak pernah putus demi untung nasib keluarga tercinta.  Biarlah apa pun halangan yang tiba, Insyaallah kami akan bersatu menempuh halangan yang ada.  Lagi pula inilah buat pertama kalinya apa yang diusahakan adalah 100% hak milik kami semua.  Tiada lagi erti perkongsian.  Kami yakin ianya akan membuahkan hasil cuma cepat atau lambat, itu sahaja.

Mungkinkah masih punya ruang buat saya berlibur di sini?  Mujur Smart Phone sentiasa di tangan, boleh juga meluangkan masa melawat blog-blog yang lain cumanya tidak lagi berpeluang meninggalkan sebarang komen.  Bila segalanya akan kembali seperti sediakala, saya sendiri tidak pasti.  Terima kasih buat yang masih sudi melewati ke sini walaupun tiada sebarang cerita menarik yang boleh dikongsi bersama.




nota:  Masa untuk melelapkan mata buat seketika       

Friday, January 14, 2011

::Rindu::

Kerinduan sentiasa mengigit tangkai hati tatkala mengenang ruang bicara hati ini.  Apakan daya, terlalu kebutuhan waktu buat masa ini.  Apa yang diusahakan harus diberi keutamaan lantaran ianya adalah masa depan kami semua.  Inilah yang dikatakan satu pengorbanan.  Melihat keadaan sekarang, saya masih lagi mencongak keadaan di masa akan datang.  Pasti segalanya berubah dengan sekelip mata selepas ini.  Rezeki yang Allah kurniakan haruslah dibajai dengan sebaik mungkin,  Insyaallah...

Sedar tak sedar, Januari telah hampir separuh kita lalui.  Acap kali bibir menuturkan "betapa cepatnya masa berlalu", dan itulah kenyataannya.  Kurang dari 2 minggu usia saya juga bakal menginjak ke angka baru.  Usia yang seharusnya mencerminkan kematangan, tetapi adakah ianya seperti yang disangka?  Saya sendiri tidak pasti.  Apa yang pasti, terlalu banyak yang telah saya tempuh sepanjang menghela nafas di pentas pinjaman ini.  Satu persatu saya kutip dan menjadikan ilmu diri buat benteng dalam membina kekuatan diri.  Jika diberi pilihan, saya yakin tiada siapa mahu dipukul gelombang, tetapi semakin kita menjauhkan diri, semakin kuat gelora itu menghempas pantai.  Adat kehidupan didunia.  Namun dalam segala apa yang ditempuhi, yang utama saya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk terus bernafas sehingga hari ini.  Andai esok atau lusa jemputan hadir, dengan redha saya harus merelakan.

Banyak sebenarnya bicara yang ingin dicanai tetapi masih belum betah dengan himpitan masa lantas segalanya menjadi terkocoh-kocoh.  Masih belum mengusai momentum.  Kalungkanlah doa-doa kesejahteraan buat saya, moga dengan keizinannya ruang maya ini masih mampu bernafas dengan sempurna...


nota:  Salam kerinduan buat semua... 

   
 

 

Tuesday, January 4, 2011

Testing Post..

This a testing post.Wanna checked either this will work or not,blogging live from my baby.Before this everything was fine until one day,all my apps been removed from my phone due to my lack of knowledge on updating apps.

I knew this will be my 1st entry in 2011 if everything success.. ;) Can't promise for new entries since still lot of things need to be done. I'm taking this opportunity while waiting Abang settled his bike matters.Already sat here more than 3 hours but not yet finished. What takes so long??

It's already 4th day in New Year!! Life's still the same,have some changes on certain area but basically almost the same.This year January will be a born month. Wait and see what is it yea!!! We are so looking forward on it...Yippie!!!


Note:Live blogging from my Baby... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
There was an error in this gadget