Followers

Tuesday, January 31, 2012

::Relakan Perpisahan::

Bila kita bersama dengan seseorang bersedialah untuk suatu kehilangan atau berpisah.  Ini kerana setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan.  Pengakhiran baik atau tidak bukan kita menentukan tetapi kita punya kuasa melakar memori indah untuk dikenang.  

Jangan kita kesali berada di pintu perpisahan kerana akan sentiasa ada pintu-pintu baru terbuka luas buat kita melangkah ke hadapan.  Bertemu insan baru bukan beerti menggantikan yang telah tiada tetapi ia antara terbaik yang Tuhan telah janjikan.

Baik dalam percintaan, persahabatan mahu pun ikatan keluarga tiada apa membezakan.  Setiap minit ada insan lain sedang merana kehilangan cinta, di masa yang sama ada yang sakit kehilangan sahabat dan seiiring dengan itu ada bersedih hiba kehilangan ahli keluarga. 

Inilah lumrah dan sebagai manusia buka hati terima segala dengan redha kerana kadang kala dengan perpisahan bakal menjadikan kita manusia lebih baik dari sebelumnya.  Buang jauh rasa kesal dan anggap ia sebagai dugaan dalam melengkapkan agenda menjadi manusia di muka bumi.

Sampai masa diri ini akan menghulur Salam Perpisahan, namun adakah akan dikenang segala yang telah terjalin?  Rela atau tidak ia pasti berlaku kerana masa tidak akan dapat diundur semula....



 Muat turun dari You Tube




nota:  mencari yang terbaik..
   

Monday, January 30, 2012

::Tahniah Awan Nano::

Umum sudah pun mengetahui pemenang Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).  Sana sini sibuk memperkatakannya dan ramai berpuas hati dengan keputusan.  Saya sendiri menjangkakan kemenangan berpihak kepada lagu Awan Nano dendangan Hafiz AF7 dari hasil karya M Nasir dan Budi Hekayat.

Tapi pernah tak kita selami bait-bait indah lirik Awan Nano dan apa sebenarnya cuba disampaikan melalui lagu simbolik yang sarat dengan kata puitis?  Kalau tak kerana video klip membantu, pasti ramai yang hanya melagukan sahaja tanpa mendalami apa cuba disampaikan.

Tak dinafikan setiap hari aliran muzik tanah air melahirkan ramai penggiat terdiri dari bakat muda.  Ada sahaja genre dan hasil karya muzik baru diperkenalkan sehingga kita yang old style tidak tahu menahu langsung.

Lihat sahaja peserta-peserta AJL 26.  Macam-macam jenis lagu ada hingga saya rasa terasing benar dek lagu-lagu tersebut tidak mesra di telinga.  Dunia muzik perlukan eksperimen serta formula baru dan mereka tidak salah.  Saya sahaja yang tidak terlalu mengikuti arus kepesatan muzik tanah air.

Cuma dari setiap penghasilan, kita menantikan kualiti.  Bila Awan Nano merangkul kejuaraan, ternyata lagu berirama biasa-biasa (melodramatik) mampu memukul lagu baru bersifat segar.  Apa sahaja yang ada pada lagu tersebut, segalanya bersifat sederhana dan tidak melampau.  Senang cerita, bila dengar signature M Nasir terserlah. 

Di sinilah kelebihan lirik Awan Nano hasil Budi Hekayat yang saya yakin memberi sumbangan terbesar kepada kemenangan mereka selain dari gaya Hafiz tersendiri.  Jika bukan kerana lirik terkesan, M Nasir sendiri pada awalnya tidak akan berminat untuk bekerjsama, betul tak?

Masa kini agak jarang-jarang lirik lagunya bermadah puitis.  Orang sekarang lebih berminat konsep straight to the point.  Tapi bagi saya inilah keindahan bahasa yang sepatutnya dipelihara.  

Siapalah saya nak komen lebih-lebih, apa pun inilah pendapat saya.  Kemenangan Awan Nano membuktikan segalanya, cuma jangan ada insiden salah kira markah dan pulang trofi pula ya..he..he..he..

Moga dengan kemenangan Awan Nano akan menyuntik lagi semangat pengkarya muzik untuk melahirkan lagu-lagu indah sebegini.  Ternyata kuasa M Nasir begitu besar dalam AJL 26, tak pernah menghampakan setiap kali bertanding.

Tahniah Penghasil Awan Nano dan tahniah Hafiz AF7 berjaya memaku lagu ini dengan gaya dan kawalan vokal baik serta tersendiri.  Jom kita hayati lirik indah lagu kemenangan!!


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
 
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
 
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
 
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
 
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
 
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
 
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
 
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
 
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
nota:  sekadar pendapat...

::Kalau Anda Kena Bagaimana?::

Artikel ini diterima melalui email.  Kebenaran akan kejadian ini saya sendiri kurang pasti, mungkin keluar di media arus perdana tetapi jarang membaca maka terlepas kisah sebegini. 

Trauma Makan Cornetto Royalle Chocoluv

Mungkin ada diantara kita pernah menghadapi situasi seperti ini. Begitulah kejadian yang telah menimpa Mohd Marvelo Mohd Malinkob dimana beliau telahpun termakan aiskrim berjenama Cornetto Royalle Chocoluv yang telah dibeli rakan sepejabatnya di Stesyen Petronas Seberang Jaya bertarikh 18 Okt 2011.

Kejadian ini mengakibatkan dirinya dilanda trauma. Masakan jika kita sendiri yang melalui pengalaman seperti ini  sudah pastinya kita juga akan merasa trauma dan akan mengelakkan diri dari memakan aiskrim itu lagi.

Mohd Marvelo Mohd Malinkob pada asalnya memakan aiskrim tersebut tanpa menyedari apa disebalik aiskrim tersebut namun beliau tersedar ada sesuatu objek pelik pada aiskrimnya dan setelah diamati ianya merupakan seekor bangkai cicak.

Syarikat-syarikat pengeluar makanan seharusnya lebih peka terhadap isu ini kerana dikhuatiri bakal mengakibatkan pembeli-pembeli hasil keluaran mereka akan mengalami penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya. Namun setelah dihubungi oleh Mohd Marvelo Mohd Malinkob, pihak syarikat berkenaan cuba 'merasuah' beliau dengan set produk penjagaan bernilai RM100 dan wang tunai RM1000 namun ditolaknya atas dasar mahu menyedarkan pengguna-pengguna yang lain.

Tahniah buat Mohd Marvelo Mohd Malinkob yang telah melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pengguna yang prihatin dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman ini bersama Blog Uptomu.net. Jika ada sebarang pertanyaan/kemusykilan, anda boleh menghubungi beliau di marvelo.kpsb@yahoo.com


 Gambar-gambar ini juga saya peroleh dari sumber email.  


Bagaimana agaknya kalau kita berada di situasi saudara tersebut?  Kebiasaannya kebanyakkan kita memilih untuk tidak dihebahkan.  "Malas untuk bising-bising" katanya.  Tapi saya terfikir sejenak, sekiranya jumlah ditawarkan tinggi, agak-agak mana yang dipilih?  Tak baik berburuk sangka ya, dan saya puji Mohd Marlevo ini!  

Entahlah, tak pernah berhadapan dengan keadaan sebegini, paling tidak pernah sekali saya makan coklat mengandungi dawai kokot (staple) dalamnya.  Marah juga!  Bayangkan jika budak-budak di rumah ini yang makan, tak ke bahaya.  Tapi marah dan bising setakat itu sahaja.

Kawan kepada kawan saya (wanita) pernah makan di sebuah KFC (biarlah dirahsiakan di mana) berhadapan insiden seperti di atas.  Sedang berselera makan, baru dia menyedari dia sebenarnya makan seekor tikus yang pada awalnya di sangka ayam.  

Nak tutup mulut, wanita tersebut dan rakan-rakannya disogok RM100,000 dan berjanji perkara ini tidak dihebahkan.  Siap tandatangan surat perjanjian lagi.  Pada waktu itu, mereka semua masih lagi menuntut dan amaun tersebut sudah semestinya rambang mata.  

Mereka ambil dan kongsi bertiga, tutup kes.  Lama juga kes tersebut dalam tahun 90-an dan saya sendiri diminta untuk tidak membuka identiti sesiapa, kisah tersebut hanya yang benar-benar rapat sahaja tahu.  Setiap kali lalu di KFC kejadian, kembang tekak nak makan.

Cuba fikirkan, anda pula bagaimana?  Adakah memilih langkah seperti Mohd Marlevo atau seperti wanita KFC?  Tepuk dada tanya selera!!  



nota:  sukar menafsir kejujuran manusia...

   

Thursday, January 26, 2012

::Giliran Macho Man Pula::

Okay kita sambung balik kisah sambutan harijadi terbengkalai.  Balik sahaja dari Flamming Steamboat, kami sekeluarga meraikan hari kejadian satu-satunya adik lelaki yang saya ada, Kamal Amirul Mukminin aka Macho Man pada tanggal 08 Januari.  

Sebenarnya sebelum Macho Man, GP dahulu menyambut harijadi iaitu pada 02 Januari.  Sayangnya tiada gambar sempat dirakam, lagi pula saya sendiri agak sibuk di kenduri tahlil arwah ibu Abang.  Pada hari sambutan agak lambat juga saya sampai rumah :(

Ucapan khusus buat My Greatest Papa, Kamal Amir Kamal Hijaz:-  Papa, betapa kami berbangga punya bapa just like you.  Setiap apa Papa lakukan demi keluarga dan anak-anak.  I might not the best daughter for you, on the other you are the best for us.  Moga Papa dikurniakan kesihatan serta Allah panjangkan umur demi melihat kejayaan anak-anak.  One fine day, akan kami pastikan Papa bahagia dengan kehidupan mendatang dan tidak perlu lagi bersusah payah berkorban demi keluarga tercinta.  No man able to replace you and there's a special place in each of our heart.  Thank you for everything!!

Buat Adinda tersayang:-  Adik, kita tempuh onak duri kehidupan bersama namun tidak pernah sekali kita mengalah kerana tanggungjawab tergalas di bahu.  Along bangga punya Adik seperti mu yang gigih berusaha demi kebahagiaan kita sekeluarga.  Diri mu tunggak keluarga, diri mu jua tempat Mama bergantung harap dan pada diri adik juga tergantung satu tanggungjawab besar dalam menguruskan keluarga sendiri.  Kuatkan azam dan tekad, Insyallah kejayaan menanti kita bersama.  Whenever you felt down, look up cause I'll be there to make sure you won't fell off.  Jadilah Anak, Adik, Abang, Suami, Bapa yang bakal memimpin tangan kita sekeluarga bersama.  Along mendoakan kebahagiaan Adik dunia akhirat  

Happy Birthday Macho Man!!



 Manja di sisi kek



 GP sahaja yang tiada.  Apa pun syukur kami bahagia



 Famili ceria!!


Suka sangat gambar ni.  Moga ia jadi kenangan abadi buat kami sekeluarga


 Suapan dari anak tersayang sambil diperhatikan anak-anak lain =)


Papa bersama anak-anak


nota:  Dah habis?? oopss belum lagi...






Wednesday, January 25, 2012

::Flaming Steamboat::

Dah lama hendak makan di Flaming Steamboat setelah mendengar cerita-cerita menarik baik dari mulut ke mulut mahupun di ruang siber ini.  Lagi menarik perhatian bila harga menarik ditawarkan dan segala makanan dihidang ala bufet.  Kami lebih biasa dengan Nelayan Titiwangsa, bila ada tempat baru teringin juga.

Kebetulan Ayu Bam Bam pernah makan dengan rakan pejabat, tambah bersemangat GM.  Sempena harijadi Macho Man 8 Januari lalu kami ke Flaming Steamboat cawangan Sunway.  Keselesaan tempat makan boleh tahan cuma agak sukar untuk mencari tempat letak kereta.  Asalnya nak potong kek sekali, boleh pula Ayu Bam Bam buat hal.  Apa lagi, cancel sahaja buat di rumah sudah!  

Pengalaman saya secara peribadi, Flaming Steamboat biasa-biasa sahaja.  Penggemar makanan laut untuk masakan steamboat berbaloilah pergi.  Mereka tidak kedekut meletakkan makanan.  Meja di belakang kami bersilih ganti bangun ambil ketam dan udang.  Saya pula tidak berapa gemar seafood ala steamboat.

Saya lebih gemarkan fish cake, artifical crab meat, squid ball dan segala macam makanan sebegini, makan panas-panas seperti Yong Tau Foo.  Jenis ini juga banyak dihidangkan dan tersusun kemas di dalam peti sejuk.  

Cumanya makanan tambahan seperti nasi goreng, mee goreng, lauk pauk dalam dua jenis yang dan beberapa makanan lain dihidangkan silih berganti agak kurang menyelerakan dan tidak konsisten.  Mula-mula kami sampai ada udang goreng.  Habis sahaja digantikan pula dengan kentang goreng.  Habis lagi ditukar pula kepada bebola sotong goreng, macam tulah kaedahnya.

Sup tomyam pula langsung tidak sedap di tekak kami semua.  Tak pasti samada kami bernasib malang atau pun memang kurang enak.  Sampai ke sudah tomyamnya mati rasa walaupun telah ditambah dengan aneka makanan ke dalamnya.  Bila makanan asas tidak sedap memang potong selera!

Sos-sos juga tidak berapa mencengkam rasa.  Sos di Restoran Nelayan memang jauh lebih sedap jika hendak dibandingkan dengan apa yang ada di Flaming Steamboat.  Lain-lain seperti pemanis mulut, pun setakat biasa sahaja.  Tiada yang istimewa kecuali aiskrim dan chocolate fondue, penarik bagi budak-budak.

Selain dari makanan, satu perkara lagi buat kami geram.  Tak pasti samada kami sahaja pernah berhadapan dengan situasi sebegini atau ada lagi diantara rakan lain turut merasainya.  Begini, GM telah membuat tempahan awal memandangkan kami ramai dalam 10 orang.  

Bila sampai di sana, pelayan tersebut menunjukkan GM ke arah meja sambil berkata kami hanya ada tempoh dua jam sahaja.  Selepas itu ada tempahan lain pula di meja kami itu.  Pelik tak?  Boleh ke mereka menetapkan waktu makan kami berapa-berapa jam?  Sewaktu GM bertanyakan tempahan kami semua tiada, jika tidak memang pelbagai soalan akan kami ajukan kepada pekerja tersebut.

Sudahlah kami semua tidak datang serentak dan dari lokasi berbeza.  Walaupun kami bertegas untuk tidak mahu mengalah, tetapi mind setting selepas dua jam kena beredar kelam kabut semua makan.  Langsung tak menikmati makanan dan rasanya kerana itulah terus fail rasa di Flaming Steamboat.

Secara logik, suka hati kamilah hendak duduk berapa lama.  Kami bayar untuk menikmati makanan bukan untuk berlumba sesama sendiri.  Dek kerana rushing tak tentu hala Ayu Bam Bam tiba di saat semua telah habis makan.  Kasihan juga dia tak makan tapi yalah, semua paksa rela makan dalam tempoh 2 jam, perut terasa sendat sangat.  Lain kali please be on time ya Ayu Bam Bam.

Bukan itu sahaja, layanan dari pekerja juga amatlah teruk.  Sepanjang kami berada di sana, kelibat pekerja langsung tidak kelihatan.  Kalau ada pun bila mereka hendak menukar menu.  Itu sahaja.  Punyalah susah hendak memanggil pelayan, apatah lagi kami duduk di bahagian atas bangunan.  Atas meja bersepah-sepah dengan pinggan, tiada seorang pun pekerja ambil peduli.


Bila kata bufet, walau tidak setaraf hotel tapi pastikan kami dilayan sebagai pelanggan. Janganlah beranggapan dengan hidangan sebegitu banyak pelanggan tidak perlu perhatian.  Mujur kami bukan antara pelanggan cerewet, lagi pula depan makanan tak baik marah-marah.  Nanti rezeki mahal. 

Harga bagi satu kepala RM30, kanak-kanak pula RM19.  Bagi yang belum pernah pergi rasanya boleh mencuba dan rasai sendiri.  Selera kita berbeza-beza saya mungkin tidak suka tetapi orang lain siapa tahu.  Selain di Sunway, Flaming Steamboat juga ada di Shah Alam dan Setapak.  Kalau nak tahu lebih lanjut pergi sahaja ke laman web mereka.

Perkara di atas adalah secebis pengalaman saya.  Di cawangan lain tidak pasti pula keadaanya.  Jangan ambil apa yang saya ceritakan ini sebagai rumusan.  Tak baik pula saya menutup pintu rezeki orang lain.  Cuma jika ajak saya ke sana, cawangan Sunway agak berat hati.  

Macho Man sekeluarga bila dengar kata kena makan dalam tempoh kurang lebih 2 jam, kelam kabut mereka dan antara paling awal habis makan


Penuh dalam periuk, sayangnya tomyam tidak kena dengan selera


Ketam antara makanan kegemaran, tapi sayangnya saya langsung tidak sentuh ketam.  Abang pula yang banyak makan


Dalam tak sedap licin juga pinggan masing-masing.  Tak baik nak membazirkan
Nak kata kenyang pun tak, lapar pun tak.  Cuma kurang berpuas hati





nota: bila makan kamera semua lupa, ini sahaja yang ada, mujur ada telefon canggih!

::Borak-Borak di Alam Siber::

Kita berhenti seketika dari bercerita perihal harijadi, jemu pula rasanya.  Tapi nak kisahkan hal-hal lain macam tak ada pula.  Hmm...ialah dari tiga minggu sudah selepas ibu Abang meninggal dunia, memang saya banyak menemankan Abang ke rumah ayahnya sahaja.  Hujung minggu tak ke mana-mana pun.  Episod sedih baru sangat menimpa, semangat perlu dipulihkan seperti sebelumnya.
 
Di tambah pula dengan kenduri tahlil bersilih ganti, memang kami tak merancang apa pun dalam tempoh tiga bulan akan datang.  Seperti pernah saya katakan sebelum ini, mana mampu saya hulurkan bantuan Insyaallah tak keberatan.  Lagi pula mengenali Abang sekeluarga dalam satu jangka masa yang panjang, sudah cukup untuk tidak berasa kekok dan mesra bersama walau belum ada sebarang ikatan.
 
Bohonglah jika saya kata dia tidak sedih.  Jika sepanjang meluangkan waktu bersama, tidaklah kelihatan air mata.  Dalam hati, siapa yang tahu.  Kehilangan rakan taulan sudah boleh menjentik hati, inikan pula terpaksa menerima hakikat ketiadaan insan yang melahir dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.  
 
Ada masanya mulut Abang tidak berhenti mengenang arwah ibunya, cuma harapan saya dia terus tabah.  Saya layankan sahaja perasaan dia tapi tak menahan bila bab makanan.  Asyiklah nak makan makanan kegemaran yang Arwah Ibu dia sering masakkan.  Memang sentiasa menjadi mangsalah adik-adik dia.  Asal balik rumah nak makan itu, nak makan ini. 
 
Mujur juga mereka berjaya memasak walau kesamaan 100% itu pasti mustahil.  Tapi masalah pula bagi saya.  Bukan masalah apa, masalah kegemukan.  Rasanya dari tiga minggu lepas, berat badan naik dekat 4kg.  
 
Masakan tidak, sebelum ini jarang-jarang mengamalkan makan nasi.  Hujung minggu lagilah, selagi boleh elak akan saya elak.  Ini bila asyik ke sana, hidangan nasi di depan mata.  Takkan nak tolak, sedap tu.  Ha..ha..ha..pandai salahkan orang lain, walhal selera sendiri tak beragak!
 
Secara jujur saya sendiri dapat merasakan kehilangan.  Jika sebelum ini, bila ke sana ada Arwah sentiasa melayan tanpa jemu.  Permintaan anak dia lagilah melampau, tapi dah nama pun emak dengan anakkan.  Walau pun sakit tapi tetap menghulurkan layanan.  
 
Bila berada di rumah mereka, rasa selesa.  Hmm..tak apalah, biarlah saya simpan sebagai kenangan peribadi.  Terlebih mengimbau saya sendiri dirundung hiba.  Tak baik meratapi orang yang telah tiadakan.  Harapan saya, mereka sekeluarga redha dan kuat melawan perasaan kesedihan.  
 
Bercerita kisah kehilangan dan kesedihan, saya terpanggil untuk berkongsi.  Bukan untuk memburukkan atau menghina individu ini.  Hanya terdetik di hati saya, tidakkah kehilangan insan tersayang itu memberi tamparan hebat dalam kehidupannya?  Atau mungkin itu cara dia mengatasi kehilangan.
 
Macam ni, seminggu selepas arwah ibu Abang meninggal dunia, seorang lagi teman kami, M menerima berita sedih.  Bapanya kembali ke rahmatullah atas masalah kesihatan juga.  Anak yang tidak cukup akal sahaja tidak akan sedih bukan?  M normal seperti insan biasa, sedih atas kehilangan tersebut.  

Melihat wajah pilu saat ayahnya dikebumikan, saya faham benar.  M melalui ranjau kehidupan beronak duri.  Mengendong pangkat ibu tunggal di awal usia 20-an bukan sesuatu yang mudah.  Tiada tempat lain dituju, di bahu bapanya dia melepaskan segala apa yang menyeksakan dan kerana itu saya yakin dia paling terasa atas kehilangan ini.
 
Namun saya nampak, tidak sampai seminggu dia kembali ke rutin harian.  Alhamdulillah, bagus kerana dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih, yang pergi tetap akan pergi.  Kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan.  Sayangnya, M tidak menunjukkan rasa menghormati atas kehilangan tersebut.  
 
Tanah kubur masih merah M sudah kembali ke asal.  Keluar berpakaian menjolok mata hingga larut pagi, berketawa menari di kelab bersama rakan-rakan dan terbaru ke luar negara bersama kekasih baru dikenali.  Apa mereka buat bukan di dalam bidang kuasa, tetapi sakit mata melihat tiap-tiap malam berdua-duaan menghabiskan masa di kelab malam.  Tidakkah lelaki yang berhasrat untuk menyunting M sebagai suri hidup itu terfikir yang M berada di dalam tempoh berkabung? 
 
Benar, tiada istilah penetapan berapa lama untuk kita berkabung tetapi berilah satu tempoh masa untuk diri sendiri dan keluarga bagi merasai kehilangan tersebut.  Apatah lagi yang pergi itu antara orang yang bertanggungjawab membesar dan memenuhi segala kehendak kita selama ini.
 
Mendengar khabar berita dari teman-teman lain dan melihat akan gambarnya, terpana seketika.  Bagi saya, paling tidak tunggulah sebulan selepas arwah bapa tiada.  Saya tidak mempertikaikan cara kehidupan dia, kerana itu memang M.  Bagaimana dia sebelum arwah ayahnya meninggal, begitu jugalah sekarang ini.  Tiada beza dan bagusnya dia bukan seorang hipokrit.  Jika mahu berkawan dengan M terima dia seadanya.
 
Terbaru ini keluarga mengadakan kenduri tahlil sempena hari ke-7, M tiada di situ.  Sibuk melayan keghairan cinta bersama teman baru dan rakan-rakan sentiasa menyokong siapa M seadanya.  
 
Secara kesimpulan dia tidak menghormati arwah ayah serta perasaan keluarga.  Orang sekeliling telah mula berbunyi seolah-olah M mudah melupakan bapanya dan tidak sedih atas kehilangan orang tersayang.  Saya menasihati dia supaya sedikit tone down dengan lifestlye, paling tidak beri masa.  Tapi siapa saya, seorang kawan yang tidak merasai apa yang ditanggung olehnya.
 
Ucapan terima kasih saya terima dan dia kata itulah caranya untuk melupakan kesedihan.  Entahlah!  Zaman moden punya 1001 kaedah untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan dan M memilih jalan tersendiri.  Uish, dah mengumpat banyak pula saya ni walhal M itu kawan saya.  Tak baik saya berfikiran negetif terhadap teman sendiri :(
 
Tak apalah, jika dia terbaca saya harap dia faham maksud disebalik entri ini.  Ianya juga pengajaran bagi mereka di luar sana.  Saya tidak mencemuh dan mengeji dia cuma saya terkilan kerana kematian bapanya tidak memberi sebarang impak besar.  Paling tidak sedaya upaya tutup sedikit segala lurah dan kelepet badan demi arwah bapanya.    
 
Saya bukan hendak menyekolahkan sesiapa kerana saya juga tidak sempurna.  Inilah ujian untuk M.  Kita punya cara berbeza bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan menghadapi hakikat kehilangan tetapi paling tidak ada rasa hormat pada yang telah tiada.  Apa pun, kita di dunia, dosa pahala masing-masing dan kubur esok pun asing-asing.  Maaf andai ada terasa! 
 
 
nota: mula cerita lain, habis cerita lain...
 
 
 
       


 
 

::Birthday Aysh & Daddy Syauki::

Awas, entri ini mempunyai lambakan gambar.  Jangan jemu ya!!

Rentetan dari entri yang lepas, Macho Man dan Siti Cutie sepakat menganjurkan sambutan hari jadi Buah Hati sejurus selepas GP pulang dari menunaikan Haji dan akan dibuat di Ampang, rumah keluarga Siti Cutie.  Kebetulan suami Ninie juga menyambut harijadinya pada 11 Disember.  Apa lagi, double celebration!  Dua biji kek untuk dua Birthday Boy.

Tema sambutan "Super Hero".  Apa lagi, saya sarung baju Superman sudah.  Memang itu sahaja yang ada di dalam koleksi simpanan.  Boleh tahan ramai tetamu hadir terutamanya saudara sebelah GM yang sudi meluangkan masa mengharungi kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang.  Cuma sedikit menyedihkan, waktu yang sama sambutan diadakan, jiran keluarga Siti Cutie meninggal dunia.  Tapi masih tetap ramai jiran kawasan datang meraikan.

Alhamdulillah, sambutan berjalan lancar seperti dirancang.  Jika ada cacat cela, biasalah.  Mana ada kesempurnaan di dalam setiap apa kita lakukan.  Kecacatan itulah membantu kita memperbaiki kelemahan sedia ada.  Apa pun, semua yang hadir gembira dan insan diraikan turut enjoy!  Itu objektif utama sambutan.  Terima kasih tak terhingga dari kami sekeluarga.

       Kek Power Rangers atas permintaan tuan empunya harijadi.  Itu pun ditempah 5 hari sebelum majlis.  Agak huru-hara juga dek beberapa isu berkaitan tempahan kek ini.  Akhirnya ke Berrys untuk merealisasikan permintaan Buah Hati


Anak-anak mengikuti tema sambutan.  Buah Hati--> Transformer, Cayang Eki--> Ultraman, Manje Iyash--> Superman.  Jenuh mencari merata baju budak-budak ni


Buah Hati bersuit lengkap bersama kawan baiknya di Ampang, Abang Afiq


Abang turut memakai baju mengikut tema


Tak sabar nak potong kek.  Kejap-kejap berlari ke meja kek.  Teruja benar melihat kek impian, Billy Power Rangers


Giliran bersama Daddy pula.  Birthday Boy dan Birthday Man


Birthday Man in the house with his theme attire 


Bergambar sekeluarga.  Kenangan terindah di harijadi Buah Hati yang ke-4 dan Daddy Syauki yang ke-31



Keluarga mertua Macho Man pula mengambil tempat.  Bersusah payah mereka menyiapkan sambutan terutama makanan yang enak belaka


Kalau tak sakan berposing, bukan kamilah namanya tu.  Tak habis-habis bergambar


 Giliran Aki dan Wan bersama cucu-cucu tersayang.  Sekejap sahaja mereka dah besar, macam tak percaya.  Ini beerti Aki dan Wan semakin tua..huh..huh..


 Terima kasih Nova sebab sudi hadir dan juga hadiah!


 Pandai bergurau, tatkala menyuapkan kek digigitnya jari Aki.  Rindu untuk kenakan Aki yang berbulan tidak bersua


 Muka terpaksa menyuap ke mulut Papanya.  Biasalah mereka berdua ni, kuat bergaduh.  Tak mengapa, dah besar nanti mesti Buah Hati tahu kenapa Papa asyik marah dia sahaja.  Kalau tak buat salah, takkan kena marahkan


  Amira yang malu pada mulanya, tetapi kemudian seronok bermain


Seronok buka hadiah dari Aki


 Kami lagi, bersama hadiah-hadiah pemberian tetamu.  Buah Hati tak sabar-sabar nak buka kesemuanya


 Wajah girang tatkala membuka hadiah.  Budak-budak bukan kisah berapa nilai pemberian, asal ada sahaja yang diberikan sudah mengundang ceria


 Bersama pemberian mereka yang hadir.  Terima kasih semua!  Boleh tahan hadiah-hadiahnya.  Untung budak-budak sekarang, jika tidak dapat dari ibu bapa, boleh sahaja dapat dari hasil pemberian sebegini.  Macam-macam ada!


Hadiah yang saya hadiahkan buat Buah Hati dikongsi bersama Ayu Bam Bam dan GM.  Harga boleh tahan ya, dan sangat berbaloi.  Boleh menukar suara sebiji suara robot Transformer.  Setahun sekali bolehlah ya Sayang oi!




nota:  kita bahagia melihat orang tersayang gembira..







Tuesday, January 24, 2012

::Giliran GM Diraikan::

Kita sambung lagi cerita harijadi =) walaupun dah terlewatkan.   Dah beritahu pada entri-entri lepas, hujung tahun memang penuh dengan sambutan berderet-deret.  1 Disember giliran my Greatest Mum (GM) atau nama penuhnya Rohana  pula diraikan.  Tiada sebarang sambutan meriah kerana GP masih berada di Tanah Suci.  Kami adik-beradik sepakat buat secara kecilan.  

Malamnya, minta Ayu Bam Bam belikan kek sebiji, Ninie pula masak spageti dan saya sendiri membeli nasi lemak bungkus.  Itu sahaja!  Insyaallah, tahun akan datang lebih meriah, yang penting kami sekeluarga bahagia bersama.

Buat Mama tersayang:-  Tiada apa di dalam dunia ini mampu menandingi dirimu Mama.  Segala pengorbanan tidak ternilai harganya.  Tika ini, apa yang berada di benak kami semua hanya untuk membahagiakan dirimu.  Setiap hari, doa kudus dikirim moga Allah mengurniakan kesihatan dan panjangkan umur Mama demi melihat anak-anakmu mengecap kebahagiaan.  Mama, kasih sayangmu tiada tukar ganti.  Di sebalik setiap senyuman tersembunyi segala rahsia kepahitan namun Mama cekal mengharungi demi kami.  Biar Mama tidak sehebat Ibu Mithali, namun Mama tetap terhebat di mata kami semua.  Terima kasih Mama atas segalanya!   

Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil di malam sambutan.  Tak banyak gambar di ambil tetapi jadilah, buat kenangan selamanya.

   Terkejut GM dengan kehadiran kek dan bunga.  Cayang Eki turut sama tergamam


Sesi meniup lilin bersama cucu dan anak tersayang.  Moga Allah murahkan rezeki GM buat tahun-tahun mendatang


Bergambar sekeluarga tanpa kehadiran GP.  Insyaallah, tahun depan kami raikan bersama GP  pula.  Yang penting, doa dari suami pasti sentiasa mengiringi isteri tercinta bukan..




nota:  entri harijadi tidak berhenti setakat di sini ya.  Nantikan lagi di entri-entri akan datang


Friday, January 20, 2012

::Selamat Bercuti::

Salam Jumaat..

Macam tak meriah sahaja laman maya hari ini.  Masing-masing dah bersiap sedia untuk cuti panjang barangkali?  atau pun telah ada yang mula bercuti hari ini?  Tak kisahlah, apa pun saya masih lagi duduk menghadap skrin segi empat tepat ini menyambung mana-mana kerja tertunggak.

Malam ini keluarga Abang mengadakan kenduri tahlil buat Arwah ibunya hari ke-21.  Sekejap sahaja dah 3 minggu Arwah meninggal dunia.  Sekejapnya masa berjalan.  Saya akan ke sana mungkin dalam tengahari barangkali, tengok pada masa kerja Abang jugalah sebabnya dia yang nak jemput saya.  Moga majlis mereka akan berjalan lancar hendaknya.

Bagi rakan-rakan yang akan memulakan perjalanan walau ke mana jua destinasi, saya mendoakan selamat pergi dan selamat pulang.  Berhati-hati dalam apa jua keadaan supaya tiada berita tragis terpampang.  Buat anda yang menyambut perayaan, Selamat Tahun Baru Cina saya ucapakan.  Bergembiralah di hari perayaan bersama keluarga dan orang tersayang.

SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!


nota: masih belum punya perancangan khusus

::Harijadi Aysh & Mommy Ninie::

Entri ini juga kisahnya sudah jauh terlajak ke belakang ;).  Bukan blogger tegar beginilah kaedahnya.  

Sehari selepas meraikan harijadi Nova, kami sekeluarga rancang untuk sambut harijadi Ninie dan Buah Hati.  Sebenarnya birthday Ninie 27 November dan Buah Hati pula 28 November.  Alang-alang kami sekalikan cuma tahun 2011 istimewa buat Buah Hati, 3 kali dia sambut.  Pertama kali pernah saya ceritakan di sini, kemudian sekali dengan Mummynya dan sambutan besar selepas Aki dia pulang menunaikan Haji, yang ini kemudian saya ceritakan ya.  Keseronokkan berganda betul itu budak!

Setakat kecil-kecilan sahaja sambutan pada 28 November yang sudah.  GM kata makan malam di McD, kemudian jemput sepupu-sepupu GM yang betul-betul rapat dengan kami.  Nak meramaikan budak, itu sahaja.  Potong kek, makan-makan santai, budak-budak boleh main playground.  Kata putus, kami pilih McD Kota Damansara sahaja.

Sayangnya dalam simpanan saya tak banyak gambar, kamera Macho Man barangkali ada.  Ini pun ada yang saya ambil dari FB Ninie.  Tak apalah, asal ada 2-3 keping gambar cukuplah.   

Ucapan teristimewa buat Adinda ku Noor Lailatul Marini Kamal Amir aka Ninie:- Tiada kata lebih indah mampu diukir menggambarkan perasaan betapa berharganya diri mu di dalam keluarga melainkan "terima kasih Allah atas segala kurniaanMu".  Tahun dan usia bersilih ganti, kita meniti zaman riang hingga dewasa bersama dan saling melengkapi.  Apa lagi yang boleh Along pinta, melainkan sepotong doa dikirim moga Adikku ini sentiasa berada di dalam lindungan dan kerahmatan Yang Maha Esa.  Kasih sayang, sokongan antara satu sama lain yang Mama dan Papa didik buat kita semua tidak akan terputus biarpun dunia ini pecah seribu, Insyaallah.  Harungi kehidupan ini dengan tabah, sabar dan yakin kerana WE HAVE EACH OTHER.  Love you Adik!!


Buat Buah Hati Along Kamal Amirul Al-Farysh Kamal Amirul Mukminin:-  Darling, today you might never know how valuable this words but one day make an effort to read everything cause from here you will know that our love for you never change from day one you enter in our life.  Buah Hati Along dibesarkan dengan limpahan kasih sayang tidak berbelah bahagi dari semua yang ada.  You gave us sunshine and you turn our day to the happiest moment.  Along doakan moga Aysh akan menjadi anak soleh dan Abang terbaik kepada adik-adik.  Whatever happen, one day Aysh will take a lead as a leader in our family!  Jadi anak yang berguna buat kami semua ya Sayang...        


Selamat Hari Lahir Farysh dan Mommy!


 Kek aiskrim khas dari Baskin Robin


 Birthday Boy and Birthday Lady having fun together


 Berkongsi kek bersama Abang Arif (pangkat pakcik sebenarnya).  Buah Hati sayang sangat kat Abang Arif ni =)


 Bila dah main, susah nak ajak makan.  Kena paksa dan ugut barulah nak datang, itu yang berkerut mukanya..



nota:  oppss...ada lagi cerita harijadi ya, tunggguuuu!!