Followers

Tuesday, April 29, 2014

::Sembang Malam::

Tak berapa nak sihat, malas rasanya nak buat segala macam kerja yang menanti di depan mata.  Emosi pun tak berapa stabil, mudah tersinggung.  Borak kosong sahajalah!

Tadi masa mula-mula masuk ke sini tangan pantas menaip URL lama.  Menggelabah juga bila tiba-tiba keluar "blog does not exist".  Sekali teringat dah tukar, barulah denyutan jantung kembali normal.

Sendiri buat sendiri lupa, sah kena telan kismis banyak.  Ketajaman daya ingatan semakin tumpul, banyak perkara simple gagal restore dengan baik.

List blog yang saya follow juga masih gagal muatnaik.  Mana silapnya kurang pasti.  Barangkali harus dibuat berkali-kali baru menjadi.  Ini saya ulang 2-3 kali terus malas bila tak mendatangkan hasil.

Punyalah sejak akhir-akhir ini saya jarang bersidai di laman internet, Fizz Fairuz dan Almy Nadia langsungkan pernikahan pun baru diketahui.  Semoga perkahwinan mereka kekal sampai bila-bila dan tidak lagi dilanda badai seperti suatu ketika dahulu.

Itu satu kisah, satu lagi cerita bilamana Fizza Elite sah bercerai dengan Adam AF di Mahkamah pagi tadi.  Apa sebenarnya masalah mereka ya? 

Perkahwinan dibina tidak sampai sempoh setahun sudah berakhir di meja hakim.  Waktu mula-mula mereka berkahwin saya pandang tinggi ke pasangan ini.  

Manakan tidak, Adam hanya berkenalan dengan Fizza dalam satu tempoh agak singkat kemudian terus mahu mendirikan mahligai cinta.  Tup-tup sudah berpisah.

Sebenarnya kahwin cerai ini biasa sahaja dalam kehidupan seharian cumanya bila memegang title selebriti, suka atau pun tidak kehidupan peribadi sudah menjadi hak milik masyarakat terutamanya peminat.

Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka dan sesiapa sahaja hubungan sedang dilanda badai.  Bersabar dan berserah pada Allah SWT.  Jodoh pertemuankan ke di tanganNya.

Dua hari lepas Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia.  Tak seronok pun, menyusahkan lagi adalah.  Terutamanya bila dia mahu prosedur mengikut apa pihak mereka tetapkan.

Ingat kita negara pengganas ke? Perdana Menteri kita ke sana tak ada pula sampai tahap sedemikian.  Nampak sangat Presiden US ramai musuh sebab itu curiga sentiasa.

Nasib baik setakat dua hari.  Buatnya lawatan beliau dalam satu jangka waktu lama, macam-macam lagi kehendak beliau harus dipenuhi.  

Menanti apa benefit yang bakal kita peroleh.  Saya ni dengan Amerika ada rasa sakit hati kerana dia suka bersekutu dengan mana-mana pihak sealiran kemudian ambil kesempatan atas kebaikkan.  

Mostly Muslim's country being a victim.  Kasihan melihat saudara Islam ditindas demi mencapai matlamat Si Perancang.  

Okaylah, dah menguap berkali-kali.  Cepat pula mengantuk malam ni.  Barangkali badan kurang sihat itu yang mudah sikit.  

Ada kesempatan, sambung bicara lagi....




nota:  apa-apa aje...






 

   

Saturday, April 26, 2014

::Dah Bertukar::

Sebenarnya dah lama berhajat untuk menukar blog address tapi asyik tertangguh.  Kenapa tangguh tak pasti walhal bukan berisiko pun.
 
Tadi tangan gatal, akhirnya bertukar juga dari bwitme.blogspot.com ke b3autyfullmaria.blogspot.com
 
Masa mula-mula buka blog dulu, jenuh fikir nama sesuai.  Buka blog tanpa bantuan sesiapa, nama yang dicadang semua kena reject.  Dah ada orang pakai katanya.  
 
Akhirnya dapat idea "bwitme", asalnya "bewithme" tapi dipendek-pendekkan.  Kononnya bersama-sama saya menelurusi dunia blog milik persendirian.
 
Masalahnya nak bersama macamana bila mana entri tidak pernah up-to-date.  Ikut dan mana sempat, kalau tidak bertapuk jadinya.
 
Risiko bila bertukar alamat blog ini sudah pasti kehilangan orang yang sering bersama di sini.  Tak apalah, ada rezeki jumpa semula.  Lagipun bukan ramai mana pengikut, tiada benda perlu digusarkan.
 
Harapnya selepas ini rajin-rajin update blog.  Kalau ada yang baru singgah, salam perkenalan dihulur.  Notify me so that I can follow back your blog, Insyaallah.
 
Alamak, senarai blog yang saya follow sebelum ni semuanya hilang.  Nak kena godek blogspot nampak gayanya supaya tidak bercelaru.
 
Akhir kata, selamat berhujung minggu!
 
 
 
nota:  jadi orang baru...
 
 

Saturday, April 19, 2014

::Suamiku Jururawat Isteriku Doktor::

Best juga cerita #Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.  First time menonton, dah mampu mencuit hati.  Tapi tak pasti pula dah episod ke berapa. 
 
Malas pula nak Google story line. Basically, berkisar konflik antara suami (jururawat/Tomok) dan isteri (doktor/Yana Samsudin) yang dipaksa berkahwin.  Rasanya permintaan bapa isteri.
 
Jika tiada aral, mungkin saya akan jadi pengikut setia cerita ini.  Hari tu jatuh cinta sekejap dengan cerita Projek Memikat Suami.  Itu pun dah separuh jalan baru ikut.
 
Tapi Tomok ni macam masih  kaku lagi ya?  Adalah peningkatan dari Istanbul Aku Datang, cuma kena menjiwai lagi.  Mesti lebih berkesan.  Ini pun dah kelakar tengok gelagat dia, kalau polish up mesti superb!   

Yana Samsudin ni as usual, excellent.  Seniorlah katakan.  Okaylah nak sambung menonton.  Tak fokus pula rasanya.  Jom ramai-ramai kita tonton #Suamiku Jururawat Isteriku Doktor di TV3 setiap Sabtu jam 9.00 malam.

Gambar saya ambil dari Google
 
 
 
nota:  enjoy..
 
 

Thursday, April 17, 2014

::Budak-Budak Sekarang::

Melihat gelagat segelintir budak-budak sekarang sedikit sebanyak membimbangkan kita semua.  Betul tak?  Macam-macam kes bukan sahaja kita dengar tetapi lihat dengan mata sendiri.
 
Sudah banyak kali saya terserempak dengan adik-adik yang sedikit tersasar dari kehidupan seorang pelajar.
 
Muka selamba lalu depan sekolah tetapi tidak melangkah masuk terus melencong duduk berlonggok tanpa rasa bersalah.
 
Zaman saya bersekolah dulu, ponteng sekolah ini bukanlah perkara luar biasa tetapi para pelajar melakukannya curi-curi takut ditangkap tetapi mereka melakukannya secara terangan.
 
Nak ditegur pandai naik angin mereka ni.  Pernah ada beberapa dewasa menegur dengan cara berhemah tetapi dibalas dengan makian dan ejekan.  Mana hilang rasa hormat?
 
Tak cukup dengan itu, bila dah berkumpul pasti ada gejala kurang sihat terutamanya merokok.  Pernah depan mata saya mereka mengajar rakan agak innocent merokok.  
 
Tak dituruti habis kena sumpah seranah.  Silap-silap tangan kaki naik ke badan.  Yang pelik apa motif budak innocent itu ikut kawan yang memang dah tentu melakukan kesalahan?
 
Bukan mereka peduli pun bila saya berjalan melepasi mereka.  Buat muka bangga lagi adalah dan saya sempat menjeling tajam.  
 
Inilah pengaruh namanya.  Anak-anak bakal membesar nampak gaya harus kuat semangat dan iman supaya tidak mudah menuruti perkara negetif.
 
Pernah juga saya berjalan waktu malam, di kawasan kediaman yang agak gelap.  Amboi duduk beramai-ramai.  Itu tak kisahlah, yang buat saya rasa sedih bila ada diantara mereka duduk bertindih-tindih berlainan jantina :(
 
Suasana gelap agak sukar melihat apa sebenarnya mereka lakukan tapi mana hilangnya rasa malu?  Walhal ada sahaja orang ramai lalu-lalang.  Mereka boleh dengan bersahaja bergelak ketawa.
 
Banyaklah lagi, tak mampu untuk saya menceritakan.  Saya yakin pasti kalian pernah berhadapan keadaan sebegini kerana masalah ini sudah menjadi virus.  Ada sahaja di mana-mana.
 
Risaunya memikirkan anak-anak di rumah semakin membesar, makin hampir dengan dunia luar.  Kadang-kadang bukannya ibu bapa tidak didik, tidak pantau tapi hati anak-anak sukar sikit untuk difahami.
 
Pandai-pandailah ibu bapa mencari pendekatan bersesuaian demi memastikan anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat.  
 
Paling penting jangan culas berdoa semoga anak-anak sentiasa tetap imannya dan dijauhi dari perkara tidak diingini.  
 
Buat adik-adik dan anak-anak yang sedikit tergelincir dari landasan, kembalilah ke jalan asal.  Tiada istilah terlambat!  
 
Sebelum buat perkara-perkara di luar dugaan, cuba fikirkan siapa menanti kepulangan di rumah?  Siapa menaruh harapan untuk tumpang gembira bila kejayaan digenggam kelak?
 
Gunakan sebaik mungkin usia muda dengan perkara berfaedah dan tuntut ilmu setinggi mungkin demi masa depan diri, keluarga, agama dan negara.  Jangan satu hari kelak menyesal dengan semua ini.
 
Tak tahu kenapa malam ini rasa hiba mengenangkan nasib mereka yang majoritinya beragama Islam.  Perjalanan jauh lagi, sayangnya jika mereka tidak nampak musibah sekiranya tidak ambil langkah untuk berubah.
 
 
 
nota:  runsing...
  
 
 
 
 
 
 
 
 
  

::Karpal Singh Dalam Memori::

Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita kemalangan maut Mendiang YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Sebenarnya malam tadi jam 1 lebih macam tu ada terbaca mengenai kemalangan tersebut tapi ingatkan satu penipuan.  Yalah, hari tu ada satu blog beritahu Awie maut dalam kemalangan.  Rupanya wajah seakan-akan Awie.

Pagi tadi buka FB rupanya berita kemalangan adalah benar.  Tersentap juga seketika!  Saya memang begitu, sesiapa sahaja menemui ajal hati bergalau hiba :(

Figura Karpal saya kenali sejak awal sekolah rendah.  GP merupakan ahli politik tegar memihak kepada Pro-Kerajaan.  Marah sesaja dia pada mendiang bila ada perkara berbangkit tidak berkenan di hati.

Membesar dengan propaganda bahawa BN dan UMNO sahaja layak untuk rakyat Malaysia, sedikit sebanyak geram dan benci pada mendiang wujud.  Lagi pun dia amat lantang menentang isu-isu berkaitan perlaksanaan undang-undang Islam.

Namun GP tidak pernah sekat sebarang informasi.  Mana baik dan buruk dikongsi dalam mendewasakan kami dengan dunia realiti.  Yang disokong tidak semesti selamanya baik dan yang disanggah tidak semesti selamanya buruk.

Pandai-pandai guna akal pertimbangan dalam memilih dan menyatakan sokongan kerana tiada siapa sempurna benarnya dan tiada siapa tangguh kesalahan berlarutan. 

Semakin luas pengetahuan saya mengenai politik, semakin saya faham akan sepak terajang permainan duniawi.  Siapa tidak mahu berkuasa dan siapa tidak mahu memiliki kuasa?

Sedikit sebanyak prespektif saya mengenai pembangkang dan Mendiang Karpal berubah.  Harus diingat tiada dia dan barisan MP Pembangkang, akan banyak kekhilafan pihak Kerajaan tersorok.

Dek kerana ketegasan beliau dalam beberapa perkara kita sudah dapat nikmatinya hari ini.  Tapi jangan ingat saya tak marah bila dia hina agama junjungan!  

Bagi saya mudah, dia bukan beragama Islam dan tidak pernah akan faham segala hukum.  Penentangan terhadap hukum terutamanya Hudud berasas buat mereka bukan beragama Islam.

Cumanya dia terlupa Malaysia hak milik umat Islam, akibat kelancangannya puluhan ribu makian diterima.

Apa pun dia sudah dijemput ke dunia abadi.  Kesalahan dilakukan bukan kita membuat hukuman.  Banyak hati perlu dijaga terutama ahli keluarga mendiang.

Lagi pun Islam tidak ajar kita bermusuh dan menghina sesama sendiri meski berlainan agama.  Itulah keindahan Islam yang wajar kita tonjolkan supaya lebih ramai di luar mengerti kenapa perlu perlaksanaan undang-undang Islam.

Jentera pilihanraya harus bersiap sedia bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor.  Siapa bakal mengganti kerusi beliau?

Takziah buat keluarga Mendiang Karpal Singh, parti pembangkang dan sesiapa sahaja yang bersedih di atas pemergian beliau.





nota:  mula hidup pengakhiran mati..

Wednesday, April 16, 2014

::Bila Nak Menguap Ni?::

Mata belum rasa mengantuk walhal jarum jam sudah melepasi angka 11.  Sejak akhir-akhir ini, agak mudah melelapkan mata.  Kesibukan di siang hari barangkali, itu yang mudah sahaja lena.

Tapi tak tahu kenapa malam ini sukarnya nak pejamkan mata.  Adalah 2-3 perkara membelenggu minda, sebab itu agaknya tak boleh nak tidur lagi.

Alhamdulillah sangat-sangat 2014 membawa cahaya pengharapan.  Bertahun-tahun kehidupan amat diduga sehingga sering kecewa dan pendam kesedihan.

Bukanlah segalanya baik sangat, tapi banyak perubahan positif.  Contohnya dulu pernah tidak berduit langsung, hari ini sudah boleh bernafas walau masih ada tersangkut-sangkut.

Hajat hati mahu melangsaikan hutang dengan segera, kalau boleh.  Tipu kalau saya katakan tidak berhutang walhal pada waktu itu kehidupan amat tertekan. 

Ada berhutang dengan individu, ada juga berhutang dengan institusi kewangan.  Penyusunan kewangan amat-amat perlu supaya hasil digunakan sebaik mungkin.

Jangan tak tahu, saya ada buku catitan hutang.  Ianya perlu, kerana bagi saya hutang tetap hutang dan boleh bawa ke mati seandainya tidak dihalalkan.

Eh, apa masuk isu hutang pula?  Quiet personal tu!  Tiba-tiba laju pula aliran otak ke arah topik tersebut.  Nampak sangat hutang keliling pinggang..hahaha.. 

TV1 sekarang sedang berhujah isu krisis air.  Tak tahulah bila akan selesai tapi nak buat macamana dah keadaan sebegini.  Terpaksa hadapi dengan tabah.  Silap-silap darurat air nanti.

Sehingga hari ini, rumah saya masih belum kena catu.  Tapi banyak kawasan berhampiran sudah berdepan masalah air.  Bersepah-sepah kedai menjual tong air.  Nett price okay!  Minta kurang RM1 pun tak mahu..huh!

Aduh, tinggal beberapa hari sahaja lagi ni nak masuk Ramadhan.  Puasa banyak tak berganti.  Tahun ini teruk betul!  Kena kuat semangat, jangan dah nak sampai ke garis permulaan baru terhegeh-hegeh nak mula.

Okay, mata dah terasa berat.  Dah boleh berhenti membebel dan bawa diri ke tilam nan empuk.  Semoga mimpi indah menemani tidur saya.  

Selamat malam!




nota:  menguap banyak-banyak...

  


Tuesday, April 15, 2014

::Shaklee's Journey #1::

Terlanjur menjual dan amalkan, saya dengan rendah hati berkongsi apa sahaja kisah bersama Shaklee.  Sekadar suka-suka dan bertukar pendapat.  Kalau jemu, maaflah ya.

So far, saya sudah mengambil Shaklee masuk minggu ke-2.  Sejujurnya, keputusan untuk amalkan Shaklee bukan untuk kurus semata tetapi lebih menjaga kesihatan.  Ala-ala redha jika berat badan tak mahu turun dah.

Jangan tak tahu, saya beli dan kongsi bersama keluarga.  Bimbang tidak serasi, at least tak adalah membazir.  Orang lain boleh tolong sambung makan.

Untuk permulaan saya amalkan tiga jenis di atas, ALFAFA, LECITHIN, HERB-LAXAlfafa sebagai supplement tambahan bagi segala nutrien dan zat yang kurang dalam badan.  Lecithin sebagai pembakar lemak dan Herb-Lax agen detox. 

Seriously, Herb-Lax sangat best!  Sesiapa ada masalah sembelit atau tak puas dengan hasil pembuangan, boleh try Herb-Lax.  Takkan ada sakit perut memulas cuma mungkin lebih dari satu kali melawat Mr T setiap pagi.

Alfafa ni signature product by Shaklee.  Basically other product yang jual Alfafa ni tak sama khasiat.  Sejak makan Alfafa, gatal-gatal di tangan sedikit berkurangan.  Ianya merupakan khasiat dari akar tunjang tumbuhan tempat di mana tersimpannya khasiat diperlukan (short info).  

Lecithin pula kalau pergi ke mana-mana farmasi ada sahaja dijual.  Lecithin memang khusus untuk membakar lemak.  Produk mana baik mana tidak sukar nak identify.  

Ada orang suit produk ini ada yang tidak.  Dah terlanjur jadi ahli, beli sahaja dari Shaklee.  Boleh dapat bonus ;)

Itu pun puas buat rujukan sana-sini.  Tanya dalam Whatsaap group, baca detail dibekalkan bagi setiap distributor, lompat dari satu blog ke satu blog untuk dapat kepastian.

Malangnya, lain orang lain cara pengambilan.  Yalah, Shaklee ni makanan tambahan (supplement) so ramai adjust ikut kemampuan badan dan juga kantung ;)  Tak salah pun cuma hasil mungkin sedikit lambat.

Sebelum mula berat badan saya 70kg.  Kadang-kadang naik sehingga 72kg(maksima) bila selera sangat terbuka!  Inilah berat badan saya yang paling tinggi angkanya.  

Tak tahu di mana silapnya boleh naik sebegitu banyak.  Barangkali kurang aktiviti luar dan GM sering menghidangkan makanan lazat.  Abang pun jenis rajin makan sana sini, itulah akibatnya.

Genap seminggu saya amalkan, itu pun culas juga berat badan turun 500gm.  Mesti ramai gelakkan saya, 500gm pun dah bangga gila!  

Mau tak bangga, bukan senang nak nyah segala lemak tepu.  Angka 500gm sudah cukup memberi makna.  Mana nak?  Nak naik ke nak turun?!

Lagi pun saya masih lagi makan seperti biasa (no diet at all), tiada sebarang senaman (due to my poor condition) dan tidak meletak sebarang harapan untuk menyingkir paduan lemak yang sudah sebati.

Bila dah nampak sedikit kesan positif, hari-hari panjat mesin penimbang.  Mulalah mengharapkan sesuatu yang lebih baik.  Tapi setakat hari ini belum lagi, dan ianya statik di angka 69.5kg.  Kalau naik pun 69.7kg - 70kg, selepas melantak!

Good start for me.  Kalau betul-betul fokus untuk hilangkan berat badan, Insyaallah berjaya.  Tapi saya belum menjalankan perletakkan fokus secara serius.  Kalau boleh tak turun mendadak.  Biar lambat asal selamat.

Ramai silap bila ambil Shaklee mengharapkan tindakan agresif seperti ubat diet lain di pasaran.  Kalau itu targetnya saya boleh kata anda silap.  

Once upon a time, saya sangat obses dengan segala ubat-ubat kurus.  Pantang ada bagi testimoni dahsyat, saya antara yang laju membeli.  

Tak dinafikan result waktu ambil those diet medicine memang kagum tapi masalahnya selepas hilang antara 1-2 kg kemudian angka menjadi statik.  At that time, dah mula give up.

Ambil keputusan untuk berhenti ubat diet, kemudian hadap azab berat badan naik sekali ganda dari apa yang telah hilang.  Elok hilang 2kg stop ubat terus mencanak tambah 4kg.

Selain dari inconsistent with diet, ubat kurus antara penyumbang masalah berat badan.  Pernah sekali sahaja berpuas hati dengan satu produk yang memang bagus tapi masalahnya mahal sangat!

Hopewith the first kick from Shaklee, Insyaallah akan memberi kesan berpanjangan yang baik.  Anyone wanna know more apa kata kita borak-borak di Whatsapp.  Mana tahu boleh bantu masalah anda.

Bare in mind, maintaining health is priority.  Kalau badan tak sihat pun tak guna juga kurus melidi.  Banyak buruk dari yang baik.  

Those yang nakkan penurunan berat badan secara excessive ada juga line of product boleh diamalkan dari Shaklee.  As for me, I more concern on health loosing weight is my 2nd priority.

Anyone love to try Shaklee?  Contact me yeah tapi I more suggest if you guys join us as Shaklee's Family.  Banyak kelebihan dan seronok meniaga Shaklee ni.  Yang penting selamat dan dipercayai sejak lebih 50 tahun.

Nanti saya kongsi lagi cerita-cerita Shaklee saya.  Itu pun jika punya kesempatan.  Setakat hari ini, I am satified with Shaklee.  If I does, why not give a try.  Insyaallah saya cuba membantu mana yang boleh.




nota:  waiting for other result...


Friday, April 11, 2014

::Adik-Beradik::

Semalam pagi topik Sinar FM berkaitan adik-beradik.  Menarik juga kupasan dan cerita yang mereka ke udarakan.

Tapi antara dengar tak dengar sebabnya bila iklan tukar ke siaran lain tau-tau terlajak dengar lama siaran tersebut.

Yang paling menarik bila DJ mengatakan "SAYANGILAH ADIK BERADIK KERANA ADIK BERADIK SAHABAT DUNIA AKHIRAT".

Sejujurnya kenyataan tersebut adalah benar belaka.  Adik-beradiklah sahabat kita sebelum kita mengenal dunia luar, dan merekalah juga sahabat kita kelak di akhirat kerana pertalian darah yang tidak mungkin dapat dinafikan.

Ambillah segala kesempatan yang ada, kenang zaman ketawa menangis bersama dan pupuk rasa kasih dan sayang semakin berkurangan dek kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya.

Usia kita pun bukan bertambah muda, esok lusa siapa bakal tinggalkan dunia dahulu tiada siapa tahu.  Janganlah waktu itu sesal menyelubungi diri.  

Mana ada lidah tidak tergigit, mana ada laut tidak bergelora tapi kita letak segalanya ke tepi atas dasar kasih sayang dan darah yang mengalir di setiap denyutan nadi.  

Kalau kita boleh terima orang luar menjadi sahabat dunia akhirat takkan pula adik-beradik depan mata diabaikan seolah-olah tiada sebarang pertalian?

Saya tidak menuju kepada mana-mana pihak dan ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri.  Saya punya adik-adik dan saya sayang mereka tidak berbelah bahagi meski ada masa bertegang urat.

Semoga ikatan kasih sayang yang GP dan GM tanam sedari kecil antara kami adik-beradik akan bercambah mekar sehingga ke hujung nyawa.  Juga berharap ianya sentiasa berkembang segar agar menjadi contoh buat anak-anak yang semakin mengenal erti dunia!



nota:  i love my siblings endless and pure eternity...

 

::Hari Tanpa Telefon::

Semalam seharian berada di luar.  Ingatkan lepas servis kereta bolehlah terus pulang ke rumah, tup-tup ada pula yang timbul.  Terlanjur berada di sekitar berdekatan so lets proceed.

Boleh pula tak caj telefon malam sebelumnya.  Bila nak keluar tengok dah tahap nyawa ikan.  Dah teringat nak keluar bawa car charger, elok keluar pintu laju hidupkan enjin terus jalan.

Mendapat seharian tiada telefon bimbit.  Hanya sempat update status di Facebook kemudian selamat tinggal, terus mati.

Memang ada second phone tapi nombor tu hanya orang tertentu sahaja boleh hubungi.  Just a simple phone, kecil sahaja saiznya.

Through out the day memang terputus hubungan dengan Whatsapp, WeChat, FB, Twitter dan segala mak nenek apps.  Resah gelisah jadinya!  

Tapi sebenarnya ok juga.  Tak ada kalut sekejap-sekejap nak tengok phone.  Nanti tak sampai lima minit nak buka FB pula, kepingin tahu apa sedang berlaku.  

So no bad okay life without smart phone.  Sometimes we need a space for ourselves, escape from technology.  Kalau tak ada pun bukannya jejas kehidupan pun.

Why not you guys give a try?  Matikan segala sistem-sistem canggih yang diusung ke sana sini and enjoy your own sweet time.  

Kita balik ke 10-20 tahun lalu bilamana telefon bukanlah benda penting yang harus dibawa setiap kali melangkah keluar.

Semalam tu, boleh sahaja view dari Note Abang, tapi I'm kind of person yang tak betah menggunakan hak orang lain.  Setakat sekejap-sekejap tu bolehlah, tapi nak lebih-lebih rasa awkward.  Itu pun sempat juga update blog...hew..hew.. 

Balik jam 2 pagi, ha ambik!  Menderu-deru mesej masuk via Whatsapp dan email.  Dah satu kerja nak view satu persatu.  At last, abaikan terus tidur.  Hahaha...

Pada sesiapa Whatsapp bertanyakan Shaklee hari ini saya lunaskan ya.  Jangan marah, bukan sengaja nak matikan talian.  Cuai punya hal, tak boleh nak salahkan sesiapa.

Selamat hari Jumaat dan Selamat Beristiqamah di penghulu segala hari.  Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan dipermudah segala urusan dunia dan akhirat.





nota:  nothing to loose...


Thursday, April 10, 2014

Menunggu Kereta Servis

Sejak memiliki kereta bertahun-tahun tak pernah dedicate diri untuk ke pusat servis meski kereta baru.

Selalu main pass baton pada sesiapa yang punya masa terluang.  Nama pun perempuan, mana nak buat kerja-kerja servis kereta bagai.

Tapi kali ni tak ada peluang nak escape.  Have to since semua pun dah tua,masing-masing punya komitmen.

By right boleh saja Abang attend tapi dia mengada tahap dewa, nak juga heret diri ini yang tak bermaya..hahaha...

Jawabnya, melangutlah di sini sambil mengigil kesejukan dek kuasa aircond tahap melampau.  Mereka yang bekerja ni tak tahu sejuk ke?

Kereta baru renyah juga.  Under warranty so whatever defaulties have to send it back to their service center.  Dahlah jauh, tak familiar pula dengan kawasan persekitaran.

Sekarang jam 11 pagi, estimation siap lagi 2 jam.  Keras beku kat dalam bilik ni.  Itu yang ambil kesempatan update!

Wednesday, April 9, 2014

::Krisis Air Berlanjutan::

Semakin kalut isu cantuan air.  Catuan jadual ke-4 telah pun bermula minggu lalu dan bertambah banyak kawasan tidak mendapat air.

Menjadikan lagi sengsara bilamana jadual tidak mengikut seperti apa ditetapkan.  Ada yang dicatu lebih dari dua hari, ada yang dicatu sehari kemudian jadi dua lepas tu hari-hari.  

Tak boleh lagi bergantung kepada jadual yang pihak Syabas keluarkan.  Tadahan air perlu lebih dari sepatutnya, khuatir hampir seminggu tiada bekalan.

Alhamdulillah setakat hari ini rumah saya belum kena catu meski rumah di seksyen lain sudah kena.  Kasihan bilamana banyak perniagaan terganggu punca pendapatan.

Harga tong air bukan main mahal.  Sebelum ini harganya RM50, naik mendadak ke RM70-RM90, tapi tetap ada orang beli.  Dah terdesak, terpaksalah!

Hairan juga sebab setiap hari hujan lebat membasahi bumi.  Ingatkan bila hujan turun krisis air bakal selesai.  Tak juga sampai ke penghujung.

Khabarnya hujan tidak turun di kawasan tadahan kerana itu catuan terpaksa diteruskan juga.  Dengar juga catuan ini bakal berlangsung sehingga hujung tahun.  Parah!

Bersabarlah ya rakan-rakan yang berhadapan masalah air.  Sama-samalah kita berdoa krisis air ini akan tamat tidak lama lagi.  

Saya yang tidak kena catu pun terpaksa berhadapan dengan masalah air kotor berwarna karat, apatah lagi mereka yang kena catu.  

Bila guna air kotor pun susah juga.  Macam-macam sakit boleh hinggap terutamanya sakit kulit. Ramai dah kena gatal-gatal seluruh badan.

Tiba-tiba teringat kita ada supply air ke negara jiran.  Dalam waktu krisis sebegini, masih lagi ke kita membekalkan bekalan air tersebut?  Eh, negeri berhampiran negara tersebut tiada masalah air rasanya.  Pasti tiada masalahlah tu.

Tapi alangkah bagusnya air tersebut dapat disalurkan kepada negara sendiri?  Taklah rakyat kita terkulat-kulat hidup tanpa air.  Sukar barangkali untuk direalisasikan.

Jika krisis ini berterusan, nampak gayanya kami terpaksa bersiap sedia juga.  Manalah tahu Syabas catu air tanpa beri sebarang amaran.





nota:  hmmm...

       

Tuesday, April 8, 2014

::Shaklee::

Sana sini sibuk orang mengatakan tentang produk Shaklee.  Makin lama semakin ramai yakin akan keberkesanan produk ini.
 
Dek kerana terpengaruh, saya mula mencari maklumat mengenai Shaklee.  Luangkan masa melayari internet, bertanya pada mereka yang sudah mengambilnya, kebanyakkannya memberi impak positif.
 
Tanpa teragak-agak saya turut serta menjadi ahli.  Tujuan asal turut serta kerana mahu beli untuk diri sendiri dan keluarga.  Alang-alang, kalau ada yang berminat apa salahnya saya berkongsi kebaikkan.
 
Bare in mind, Shaklee bukan ubat khusus untuk sesuatu sakit atau tujuan tertentu.  Produk ini merupakan makanan tambahan dan vitamin yang diperlukan badan untuk memastikan kesihatan sentiasa baik.
 
Pengambilan dalam satu jangka masa berterusan akan lebih memberi kesan baik.  Contohnya nak kurus, don't expect makan seminggu terus berat badan turun mendadak.  Itu tidak akan berhasil ya!
 
Ramai silap menganggap Shaklee ini sebagai ubat walhal ianya supplement.  Kalau nak tahu kesan ke atas diri sendiri, bolehlah mencuba.  
 
Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh hubungi rakan pengedar Shaklee berhampiran atau beli pada saya sahaja :)  Insyaallah, ianya boleh membantu kesihatan serta mencapai objektif diingini.
 
Kalau rajin nanti saya buat review beberapa jenis produk Shaklee yang saya amalkan.  Masih dalam proses menanti kesan positif.  Yalah tak sampai seminggu pun lagi ambilnya.
 
Jom turut serta menjadi sebahagian keluarga Shaklee dan menjadi sihat.  Berminat untuk menjadi ahli pun boleh tanya saya bagaimana  =)
 
Harga?  Jangan risau, tiada paksaan dalam membeli dan produk boleh dicadangkan mengikut bajet di tangan.
 
 
 Imej dari Google Image




nota:  berkongsi kebaikan

Thursday, April 3, 2014

::April Sudah::

Wah, dah masuk April!  Tidak terhitung hari berlalu, ibarat sehela nafas berganti hari.  Diri masih lagi memikirkan akan kesudahan episod MH370, malangnya saban waktu tiada jawapan konkrit atas apa yang telah berlaku.
 
Mengenang Mac, saya sentiasa merasakan bulan tersebut akan sentiasa membawa perkhabaran sedih.  Entah kenapa saya tidak pasti, barangkali kehilangan tiga orang tersayang di bulan Mac memberi kesan hebat dalam diri.  Tragedi MH370  juga berlaku di bulan sama :(
 
Tetapi Allah itu adil.  Dia tahu akan kehibaan hati, ada sahaja berita gembira menyusul setiap kali Mac menjengah diri malah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum.  Alhamdulillah....
 
Adik ipar juga membawa perkhabaran gembira di hujung Mac.  Insyaallah, kelahiran baru hujung tahun nanti amat dinanti.  Manja Yash pun dah besar, ranum usianya menggelek adik.  
 
Harapnya kali ini biarlah berbeza jantina tetapi sekiranya sama seperti yang sedia ada pun tidak mengapa.  Itu semua kerja Allah SWT, terima dengan hati terbuka.
 
At the moment Ayu Bam Bam will remain all her Barbie's Property.  Manalah tahu boleh diwariskan kelak.  Apa pun, the most important ibu dan anak sihat.  

Saya sebenarnya masih belum dapat momentum untuk berentri di sini.  Kiranya ini entri pembukaan April.  Itu pun, separuh jalan mata dah mengantuk.  Dah tak mampu nak tidur lambat sekarang.
 
Kalau idea datang mencurah saya sambung semula....
 
 
 
 
nota:  mudah lemau...