Followers

Saturday, April 28, 2012

::Berani Punya Budak::

Akibat makan lewat malam inilah akibatnya.  Mata susah mahu dilelapkan, jalan terbaik marilah membebel seorang diri di sini.

Esok BERSIH, ramai ke rakan-rakan akan turut serta?  Sekali lagi saya berdiri di atas pendirian saya mengenai gerakan tersebut.  Menyokong tidak, membantah pun tidak.  Atas pagar pun tidak.  

Sebagai warganegara Malaysia dan layak mengundi, sudah pasti saya inginkan pilihanraya telus dan BERSIH. Kita tuan empunya negara dan negara bukan hak milik mana-mana parti politik, sudah semestinya kita punya hak untuk memilih siapa mahu mengetuai kita dan bukannya pelantikkan tersebut menggunakan taktik kotor.

What ever it is, I support for BERSIH election and I wish best of luck for those have  courages to join the gathering as long do not create any crime matters.  Harap segala objektif perhimpunan akan tercapai.

Okay, tak perlu nak panjang lebar.  Nak tahu lebih cari sahaja berita-berita dan segala informasi menerusi internet.  Baik dari pihak pro Bersih dan sebaliknya.  Nilaikan sendiri mengikut taraf kebijaksanaan masing-masing.

Sebenarnya baru sahaja pulang menonton filem Berani Punya Budak karya cipta Afdlin Shauki (AS).  Setelah digembar-gemburkan akan menariknya filem ini maka sebagai pendokong produk Malaysia, saya terpengaruh.

Mujur sahaja saya tidak rugi pergi menonton.  Filem aksi komedi ini boleh dianggap sebagai satu percubaan berani dari pengarah luar biasa anak Malaysia, AS.  Benar-benar lari dari acuan filem tempatan.  Tiada lawak splastik, tiada kisah seram juga tiada kisah cinta.  

Walau hampir 80% jalan cerita lebih ke arah negara jiran, Thailand tetapi ianya masih mengekalkan ciri-ciri Malaysia sedia ada.  Awas, penuh dengan adegan ganas dan liar ya, maka amatlah tidak sesuai jika berhasrat ingin membawa anak-anak untuk menonton sama.  

Eh, yalah.  Waktu beli tiket pun sudah diberi peringatan, filem ini hanya buat tontonan penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja.  Bagus juga, jika tidak mana anak-anak terlebih kreatif bakal meniru segala gaya.

Ceritanya berkisar kehidupan kongsi gelap di Thailand.  Bila kita kata tentang kongsi gelap, sudah dapat bayangkan bagaimana persembahan aksi melalui filem ini apatah lagi dari Thailand.     

Yang timbul kelakarnya pula di mana setiap pertuturan sewaktu di sana, dialih suara dan keluarlah pelbagai dialog lucu.  Nak kata lucu tahap melampau itu tidaklah, tetapi masih mampu mengeletek hati.  

Ada ketikanya, pengaruh komik juga turut wujud di dalam filem ini.  Pastinya produksi filem melaburkan jumlah besar terutamanya apabila sebahagian dari cerita melibatkan pelakon-pelakon dari Thailand.  

Saya respek dengan teknik perlawanan ditunjukkan.  Bertaraf profesional.  Sayangnya tidak dilakonkan oleh pelakon Malaysia.  Mungkin kerana itu juga Afdlin tidak memilih pelakon tempatan kerana kurangnya kesenian ilmu aksi dan teknik berlawan.

Sedikit sinopsis mengenai Berani Punya Budak:  mengisahkan Tong (Afdlin) dan B (Mike B) ditahan di lapangan terbang kerana disyaki mendalangi kegiatan kongsi gelap di Thailand.  Di dalam tahanan polis itulah mereka bercerita bagaimana boleh terlibat dengan kumpulan gelap itu.  Tong berasal dari Malaysia sebenarnya tetapi berpindah ke Thailnd membuka perniagaan makanan dan berkahwin dengan warganegara sana.  Isteri Tong dibunuh kongsi gelap dan Tong mengambil tugas menjaga adik iparnya.  Lebih ironi bila B pernah terlibat secara langsung dengan aktiviti kongsi gelap sehingga mengheret dia ke penjara.  Bila B keluar, dia ingin membalas dendam tetapi telah menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap.  

Bagaimana pengakhiran filem ini, kenalah tengok sendiri ya.  Nasihat saya, pergi menonton dengan fikiran kosong, alami keseronokkan dan tidak perlu mempertikaikan inti pati filem selepas tamat.

Mahu memuji?  Terpulang, pergi menonton dan nilaikan dari kacamata anda.  Tetapi bagi saya AS berjaya di dalam misi untuk menjadi lain dari yang lain.  Tahniah kepada AS serta kumpulan produksi!  

  Gambar diambil dari Google Image

 



   
 nota:  bila penat mata pun susah nak katup...
  





Friday, April 27, 2012

::Singgah Sebentar::

As-salam di Penghulu hari.  Sepanjang minggu amat kurang menjengah laman-laman maya.  Berita mengejut di pagi Isnin lalu benar-benar mengubah rutin harian sepanjang minggu.

Boleh dikatakan huru-hara juga.  Terkejar ke sana sini.  Serasa lelah di hujung sendu.  Jika tidak memikirkan segala apa diusahakan demi masa depan, patah sayap tidak akan bertongkat paruh lagi.

Ada hikmah barangkali di atas segala apa yang terjadi lantas keluhan dikambus sedalam-dalamnya dan memulakan sesuatu yang baru.  Inilah cabaran, dugaan yang harus didepani.  Andai selepas ini ujian datang lagi, entahlah...

Di hari Jumaat yang mulia ini, saya bermunajat dan berdoa moga Allah mendengar doa kami sekeluarga buat kesekian kalinya dan mempermudahkan segala apa sedang diusahakan juga berharap selepas ini tiada apa lagi halangan akan merintangi perjalanan kami  menuju kejayaan, Insyaallah...

Nanti celoteh bersambung dengan cerita-cerita menarik, barangkali.. Biasalah, tuan empunya blog menyusuri hari-hari sama seperti anda yang lain di luar sana.  Mungkin kisah-kisah diselusuri menarik, mungkin juga tidak.  Tetapi buat saya, biarlah menjadi catatan peribadi.





nota:  hidup itu indah jika kita mengindahkannya..  

Thursday, April 19, 2012

::Serangan BODOH::

Pagi saya dikejutkan dengan berita serangan ala samseng di Dataran Merdeka bagi mengusir perkhemahan menyokong pemansuhan PTPTN.  Saya sendiri pernah berkongsi pandangan perihal isu pemansuhan tersebut di sini

Biarlah jika ada kata saya menyokong gerakan tersebut kali ini, tetapi terus terang saya katakan tindakan menyerang mereka sangat BODOH!!!

Biar siapa pun di belakang serangan tersebut, ternyata sangat menggunakan akal yang dangkal.  Apakah setiap masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan?  Puas hati dah agaknya siapa yang merancang ya??

Tak kisahlah jika ada mengatakan mereka yang berkhemah itu sendiri merancang kerana mahu mewujudkan plot simpati mahupun menyemarakkan kemarahan, namun serangan demi menunjukkan kehebatan tenaga adalah sangat tidak bertamadun!

Lebih memalukan, penyerang terdiri dari bangsa sendiri MELAYU.  Bagus, selepas ini MELAYU MALAYSIA akan terkenal dengan gelaran GANGSTERISME di seluruh pelusuk dunia.  Maka akan terserlah lagi betapa DUNGUnya Melayu.

Kaum lain memerhati sambil menyorak kegirangan di dalam hati kerana telahan mereka tidak salah.  Melayu masih berada di takuk lama, lebih menggunakan emosi rasukan syaitan dari intelektual yang dikurniakan.

Saya yakin ramai di kalangan pembaca akan berkata, jika tidak berkhemah masalah ini tidak akan timbul.  Tiada siapa akan tercedera dan isu ini tidak akan menjadi besar.  Gangster upahan tidak akan punya kerja pada malam semalam. 

Setuju, tetapi itu cara mereka menyatakan suara.  Sepanjang berkhemah landasan keganasan dan kekerasan langsung tidak digunakan.  Mereka melalui hari-hari secara aman.  Malah mereka tidak menganggu tugas polis-polis yang ada.  Cuma saya tahu polis bertugas kurang senang dek tambahan waktu kerja.

Saya sedar juga ramai di antara kita tidak menyokong segala bentuk perhimpunan/demonstrasi tetapi kita tidak boleh lari dari hakikat.  Tiada negara maju yang berjaya tanpa sebarang demonstrasi.  

Itu cara rakyat meluahkan apa yang terpendam dan Kerajaan harus mendengar.  Setuju untuk melaksanakan satu kisah yang lain tetapi sekurang-kurangnya, MENDENGAR

Tak perlulah kita mahu menjadi hero dengan mengatakan masih ada jalan lain selain dari perhimpunan.  Tanya diri, seandainya mereka tidak berkhemah, adakah isu PTPTN ini berjaya diketengahkan?  Paling-paling tidak, rasa geram dan tidak berpuas hati berlegar sesama kita dan bukan di khalayak.

Hari ini saya semakin hilang hormat kepada orang-orang yang menyekat saluran suara rakyat secara aman.  Jika Kerajaan telus, setiap demonstrasi dan perhimpunan akan dilihat dari sudut positif.  Apa sebenarnya mesej ingin disampaikan.

Bukan menangani dengan kekerasan.  Tenaga yang ada sampai masa akan sampai ke penghujung.  Waktu itu bolehkah meyelamatkan diri, agama, bangsa dan negara dengan saki baki tenaga tidak seberapa?

Tetapi andai berilmu, selagi belum hilang nikmat akal berfikir, selagi itu kepandaian dimiliki dapat disalurkan demi membantu generasi akan datang.  Maaf andai saya lancang, tetapi saya yakin kaki pukul malam semuanya bertaraf pendidikan rendah.  Low class!!

Kecewa masih menyelubungi saat jari pantas berlari di atas papan kekunci sehinggakan entri ini penuh dengan emosi.  Kenapalah BODOH sangat sehingga tidak terpancar sinar intelektualan?   

Saya benci akan keganasan kerana bagi saya orang yang mengikut kata hati untuk bertindak sedemikian tidak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia.  Hanya SYAITAN sahaja sanggup melakukan kekasaran hingga pertumpahan darah.

Arghh...hilang kata-kata, sedih, geram, marah, benci dan segala-galanya terhadap tragedi tersebut.  Serasa mahu sahaja ke Dataran Merdeka sekarang juga demi menyatakan sokongan terhadap mereka.


 Saya mohon kongsi sesiapa sahaja empunya video ini.  Kecewa..Kecewa..Kecewa...dengan insiden ini.  

Lebih geram bila pihak berkuasa seolah malas untuk campur tangan pada awalnya.  Maaf POLIS jika saya bertanya, "Selamat atau tidak sebenarnya rakyat di bawah pengawasan Polis?  Bukankah Polis harus menjaga rakyat tidak kira samada berlainan naungan parti?  Jika kes sebegini tidak mampu di tangani, bagaimana pula kes-kes besar?"  

Maaf andai saya menggunakan bahasa-bahasa kasar.  Sesiapa yang tidak bersetuju dan tidak suka akan apa saya perkatakan, saya hormat anda tetapi saya punya pendapat sendiri dan tidak perlu menyangkal apa sahaja diperkatakan.  

Lain kepala lain intipati, lain hati lain emosi.  Kita tidak perlu sehaluan tetapi jangan biar api kebencian memakan diri!!!



nota:  hilang kata-kata dengan sikap manusia perasan bagus!!


 


  

Wednesday, April 18, 2012

::Doa Untuk Ibu::

Sesuatu yang menarik juga bagi saya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua.  Doa untuk Ibu.  Potongan doa ini saya peroleh dari FB Ustaz Don, Insyaallah kita amalkan beramai-ramai teristimewa buat insan yang bersusah payah membawa kelahiran kita di dunia dan membesarkan kita dengan begitu sempurna.  

Moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati BONDA kita semua



Wallahualam...



nota:  IBUlah ratu hati....

::Kata-Kata di Hari Rabu::

Salam Rabu alam siber!  Hows life getting on?  Bagi yang sibuk pasti butuh waktu dan sesiapa yang sedang bersenang lenang, sudah semestinya inginkan aktiviti wajar bagi memenuhi masa terluang.

Saya sendiri melewati hari-hari tanpa arah tuju.  Entahlah, segala apa dirancang seolah tidak menjadi namun mengalah bukan tujuan di dalam hidup.  Mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik siapa tahu.

Mustahil runsing tidak menyelubungi tetapi apa daya lagi.  Segala usaha dan doa telah dilaksanakan, hanya menanti saat dan tika sesuai memastikan segala impian bertukar realiti.  

Inilah kehidupan, lain orang lain ujian menanti.  Wajah manis melemparkan senyuman, hati menanggung hanya Allah sahaja yang tahu.  Jika tidak diuji dengan kesakitan, diuji pula dengan kepayahan malah ada di antara kita diuji dengan kesenangan.

Segala apa dilalui bakal menjadi pengalaman berharga dalam misi mematangkan diri.  Hanya melalui kematangan kita bisa menangani pemasalahan dengan kewarasan akal.  

Sepanjang menanggung ujian berterusan saya bersyukur semakin mengenali watak-watak yang wujud di dunia ini.  Tipu muslihat penuh berselirat memastikan impian terlaksana.  Ada ketika saya menjadi takut untuk bersemuka dengan mereka-mereka ini.

Yang lemah, yang lurus bakal menjadi mangsa kezaliman tipu daya.  Bila hasrat menguasai lupa saudara lupa teman.  Jika boleh tikam sehingga mati, jangan tunggu lama-lama.

Semakin saya mendekati dunia luar semakin mengenali sepak terajang kehidupan yang mencengkam.  Tertanya di benak mengapa dan kenapa manusia sanggup dan tekad melakukan sedemikian?  Tidakkah takut dengan pembalasan diturunkan?

Siapa tidak pernah buat dosa?  Janganlah menafikan, siapa kita untuk menyatakan diri sebersih kain putih?  Saya sendiri penuh corak hitam dalam lakaran kehidupan tetapi bagi saya untuk melaksanakan perkara sedemikan, entahlah...  

Tidak sanggup rasanya untuk memijak manusia lain apa lagi menipu demi meraih keuntungan.  Sudah dididik sedari kecil, biarlah hidup melata asal jangan makan hasil dari tipu kanan kiri.

Bila difikir-fikir, tak sanggup untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan golongan sebegini.  Namun, siapa kita untuk mengkelaskan sesama manusia.  Adalah lebih baik kita menerima sesiapa sahaja yang hadir seadanya.  

Kerja jahat dilakukan biar Allah menilai kerana kita tidak tahu apa motif terselindung disebalik segalanya.  Asal diri tidak ditarik di dalam jerat sama sudahlah.  Di sinilah perlunya tahap keimanan.

Satu persatu pengalaman dikutip di jalanan.  Tidak rugi bergaul dengan pelbagai ragam manusia.  Mungkin apa yang saya peroleh hanya 1% dari pentas kehidupan namun cukup setakat ini buat jadikan pedoman.

Harta dunia tidak mebawa kita ke mana.  Jika mengejar kemasyhuran dan kemewahan demi mengangkat taraf kehidupan, awas dengan apa sahaja dihajati.  Sekelip mata idaman menjadi duri dalam daging dan menjerat diri dalam permainan duniawi.

Tetapi jika setiap kemewahan itu mahu dipandu ke arah Allah, Insyaallah segala hasil walau sedikit ibarat gula yang memaniskan air sedia tawar.  

Setakat hari ini saya berterima kasih atas segala ilmu kehidupan yang berjaya diperolehi.  Mungkin benar jika Allah tidak menguji saya, saya sendiri berada di dalam zon selesa dan tidak mempedulikan apa sahaja disekeliling.

Paling tidak hari ini saya dapat melihat sejauh mana keikhlasan seseorang itu apabila berdampingan, samada wujud udang di sebalik batu.  Benar, saya hilang sebahagian dari mereka yang saya sanjung dek kesusahan yang melata tetapi Allah menggantikan dengan sesuatu penuh nilai.

Tak perlu senang dan mewah untuk merasa bahagia dan kesusahan itu bukanlah ujian yang benar-benar menguji.  Semoga Allah berterusan mengasihi diri ini dan sentiasa memberikan yang terbaik!!




nota:  bersyukur dan terus bersyukur...






 
 

 



    

::Ketidak Sempurnaan Dalam Ibadat&Amalan::

Lagi info menarik saya peroleh dari kotak email.  Moga dengan perkongsian ini kita mendapat ilmu bersama.  Menurut email dari rakan saya, informasi ini merupakan petikan ceramah Dato' Ismail Kamus


Kesilapan/Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat&Amalan


1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan  menolak dengan alasan kita sedang berpuasa, sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh.  Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut.  Hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?          

                          
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja.  Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh). 


3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar, kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah.  HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur.  Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb.  Buat apa nak kacau mereka
tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja.  Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup.  Tak payah bagi sekampung dengar.  Rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala.  Sebenarnya kalau kita sedang baca Al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca Al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak payah lama2.  Sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..


 4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.. 


5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Itu cumalah gangguan syaitan sahaja.  Memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.  Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri.  Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja.  Jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca. Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua. Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal.  Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.  Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..                   


6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan Zakirin" atau "Hamdan Syakirin"  Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah.  Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.  Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).   

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja) yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah.  Terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.     Ketika sujud tak sah solat kalau macam tu lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir.  Itu pun tak sah juga solatnya.  Berjaga2, jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh menyebabkan solat kita tidak diterima oleh Allah  

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran.  Memang bagus sekali tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi.  Itulah silapnya.  Niat dah lari.  Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah.  Jangan mengharapkan dibalas.  Kalau dibalas itu rezekilah.. 

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau & dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi
ruang kpd orang lain utk solat.  Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la.  Sebab lebih utama utk kita bagi  orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat.  Lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek.  Kat R&R ramai orang camni..                    
 


10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita.  Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan.  Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu.  Guna duit tu utk membantu saudara kita.  Itu yg dituntut dalam Islam.. 

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu.  Itu yg lebih utama.  Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak Solat Ba'diah,tiba2 ada tetamu datang.  Tangguhkan Solat Ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu.  Selepas dah selesai baru    
 buat Solat Ba'diah dan jika dah tak sempat, Solat Ba'diah Zohor boleh diqada selepas Solat Asar walaupun selepas Asar dah tak boleh Solat Sunat lagi, tetapi jika utk qada
Solat Ba'diah Zohor boleh kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan.  Kalau saja2 nak qada tak boleh..
 


Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama.  Jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.  Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....Renung-renungkanlah...


Entri ini saya copy&paste direct dari email.  Sekiranya ada ayat-ayat yang kurang sempurna harap maklum ya kerana saya tidak mahu memandai menokok tambah atau mencantikkan isi kandungan.  Walau sedikit sahaja, tetapi ia memberi ilmu yang sering kita terlepas pandang..

Wallahualam...






nota:  terus mencari..

Tuesday, April 17, 2012

::Any Advice??::

About a month ago I shorthen up my hair for the reason of HAIR FALLS!!  I guess I lost million hairs per day at that time but it doesnt stop my problem at all now :(  My hair still drops in huge amount and add in new problem.

Itchy scalp!!  It irritating cause I keep on scraching my head.  What should I do?  Any good advice deary friends?  I had used variable brands of shampoo in market and it does not help at all.

One of my good friend advice me to give a try on one of popular hair care centre but am not dare to try.  Maybe she's lucky enough for not being forcing to sign-up any package but most of the feed back is the same.  

Help..help..help...am not ready to be bold yet!!  Am thinking of regular saloon treatment but 'kcing-kcing' is in defisit situation.  Once in a blue moon yes but repeating it..hmm...  Anyway, if there is any home remedies that possible for me to give a try why not yeah?

Am looking something to prevent my hair keep on falls and stop the itcheness.  By the way, my previous length was below than my waist line and I cut it half so I plan to keep grow, longer, healthier than previous.  Sigh!!

 Image copy paste from Google Image and am looking exactly like the picture :(

    


note:  someone told me to ....... my hair!! =)

::Isu PTPTN::

Sibuklah sana sini memperkatakan tentang isu pemansuhan PTPTN.  Ada yang menyokong tak kurang membantah, hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat.  Apa sahaja baik untuk kita tidak semestinya baik untuk orang lain, betul tak?

Nak kata saya mendalami sangat isu ini tidak juga tetapi dari hari ke hari saya mengikuti perkembangan juga hujah-hujah mengapa mereka bersetuju akan pemansuhan tabung pembiayaan ini.

Pendapat saya, kajian lebih mendalam harus dilakukan kerana kedua-dua belah pihak punya kelebihan dalam mempertahankan setiap intipati pendapat.   Kedua-duanya turut ada kebaikan dan keburukan.

Isu sebegini sebaik mungkin rakyat menerima dengan fikiran matang dan tidak berpaksikan mana-mana parti politik.  Benar, pembangkang mengusulkan pemansuhan kerana selain dari memperjuangkan suara rakyat tetapi ianya juga mahu menarik perhatian pengundi.

Tetapi apabila cadangan diusul, perlaksanaan tidaklah harus diikut bulat-bulat.  Pasti ada jalan tengah yang boleh diambil bagi memastikan pendidikan terhadap generasi muda dinikmati secara berterusan.

Sayangnya, sehingga hari ini saya dapati perkara ini cuba diatasi dengan emosi yang melampau.  Dek kerana tidak sukakan antara satu sama lain, kebencian itu dijadikan senjata serangan dan bukannya dengan hujahan bijak.  

Maaf, itu pendapat peribadi saya.  Sedih melihat pertikaian sesama sendiri melalui isu hangat ini.  Kebaikkan yang wujud dipadam demi mempertahankan emosi membuak-buak.  

Sewaktu menyandang gelaran pelajar dan mahasiswa, saya tidak pernah menikmati sebarang pinjaman mahupun biasiswa.  Biasiswa itu mungkin kerana saya bukanlah golongan pelajar cemerlang terbilang.  Setakat biasa-biasa sahaja.  

Tetapi berkenaan pinjaman, bukan mahu meninggi diri tetapi Alhamdulillah keluarga mampu menyara hingga ke peringkat tertinggi.

Namun, hampir 90% rakan-rakan saya menanggung hutang PTPTN ini.  Nampak ringkas, tetapi berapa ramai dari mereka mampu melunaskan pembayaran sehingga berjaya dilunaskan?

Ada sebahagian mereka mengeluh sebaik sahaja mendapat pelan pembayaran ansuran bulanan sebelum duit disalurkan ke dalam bank.  Tetapi apa lagi pilihan yang mereka ada.  Jika tiada pinjaman yuran pengajian bakal tertunggak. 

Betullah, tiada seorang pun dari mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.  Malah, ada yang mampu hidup mewah sepanjang pengajian dengan bantuan kewangan.  
  
Rata-rata mereka merungut apabila dikenakan caj-caj tidak berpatutan sehingga mereka merasa terbeban.  Kadar faedah juga agak tinggi, kata mereka.  

"Jika benar Kerajaan ingin membantu, segala faedah dan caj sampingan seharusnya dikecualikan", itu kata mereka.  Tetapi kata saya pula "Kerajaan pun nak buat keuntungan juga dari segala apa yang telah dikeluarkan"

Menurut golongan peminjam lagi, sudahlah jaminan kerjaya belum tentu cerah sebaik keluar dari pusat pengajian tinggi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.  Jika bernasib baik, saat bergelar mahasiswa sudah ada organisasi datang menyambar.  Jika sebaliknya, duduk rumah terkulat-kulat.

Saya setuju sudah meminjam sampai masa harus membayar semula.  Dalam Islam sendiri hutang tetap hutang dan ia akan membelit kita walaupun badan dan nyawa bercerai.  Cuma ada juga terfikir, andai dari awal Kerajaan tidak menawarkan pinjaman, pasti isu hutang piutang ini tidak meleret-leret.

Suara-suara lantang menyokong pemansuhan tabung PTPTN ini saya begitu yakin mereka adalah di antara yang membuat pinjaman tetapi belum melunaskannya lagi.  Tetapi ada juga sebahagian dari mereka ini benar-benar ikhlas memperjuangkan hak asasi rakyat. 

Ibarat menangguk di air keruh, apabila isu ini kuat dilaungkan mereka turut serta.  Andai berjaya dimansuhkan, segala hutang piutang tidak perlu dijelakan.  Amboi, nak senang sahaja ya!! he..he..he..he..



Tetapi bagi saya, mereka yang berhadapan dengan masalah ini pastinya mereka lebih tahu akan kebaikan mengapa perlu untuk memansuhkan PTPTN.  Kita yang melihat dari segi luaran memang menjangkakan puak-puak ini mengambil kesempatan. 

Secara logik, janganlah yang sudah meminjam itu menuntut kesamaan sekiranya pemansuhan ini berjaya dilaksanakan.  Paling tidak pembayaran lebih fleksibel dan efisyen boleh dicipta khusus buat golongan ini.


Cuba kita lihat kebaikan disebalik isu ini, sudah tentu membantu generasi akan datang.  Itu pun jika negara mampu menyediakan kemudahan pendidikan berkos rendah kepada rakyat. 


Jika tidak, rakyat terpaksalah terima sahaja tawaran pinjaman kerana harus juga kita sedar sebagai negara membangun banyak lagi perlu difikirkan dan kewangan negara harus disalurkan ke tempat yang betul.

Kita jangan membandingkan dengan negara-negara maju yang mampu menyediakan pendidikan percuma.  Ini kerana mereka sudah punya platform sendiri dan kewangan negara juga sudah cukup kukuh.

Tapi mari kita bayangkan sekiranya pendidikan percuma diberikan, alangkah indah bukan.  Bukan untuk sesiapa pun tetapi buat anak bangsa sendiri.  Sekurang-kurangnya tanggungjawab negara terhadap rakyat berjaya dilunaskan.


Paling tidak pengawalan dari segi harga yuran terutamanya bagi IPTS yang tumbuh melata.  Saya yakin rakyat Malaysia bukanlah 'sangkak' sangat hingga perlu segalanya disediakan secara percuma tetapi ada sedikit pertimbangan mana perlu

Saya tidak memihak mana-mana.  Ada pun ok tiada lebih baik.  Siapa yang tak mahu secara percuma betul tak?  Andai terpaksa berhutang demi menuntut ilmu, teruskan sahajalah kerana mencari ilmu ibarat bertarung di medan perang.  Korban harta dan kasih sayang asal dapat mengecapinya.  


Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja dunia mampu berubah.  Amatlah rugi sekiranya hidup tidak berilmu sedangkan Agama sendiri menuntut kita mengejarnya.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berilmu tetapi tidak menggunakannya sebaik mungkin?! Aha....


Lagi pula harus kita ingat, perjuangan hari ini adalah demi generasi akan datang.  Demi masa depan negara tidak salah rasanya kita timbang tara perihal ini.  Hari ini kita tidak mengeluh, mana tahu anak cucu cicit kita kelak tidak begitu.


Rasanya pihak terbabit harus duduk berunding di meja bulat dan capai kata sepakat.  Isu pendidikan ini isu berterusan.  Punya rakyat ilmuwan merupakan aset negara.  Tidak perlu rasanya melampiaskan marah di antara satu sama lain dengan tindakan dangkal.


Siapalah saya untuk berhujah lebih panjang.  Nanti puak ini kata saya begini, di sudut lain  kumpulan itu berkata begitu.  Tetapi saya tidak hidup dek puji dan tak mati dek caci.  Saya mengutarakan apa tersirat dari sorotan mata seorang rakyat biasa yang cintakan kedamaian dan dalam yang sama inginkan perubahan.






nota:  bagaimanalah agaknya perjuangan generasi muda akan datang pula ya???hmm..





Monday, April 16, 2012

::Jangan Cabut Uban::

Informasi yang saya perolehi dari peti email.  Menarik untuk dikongsikan bersama teman-teman dan memberikan manafaat.  Moga selepas ini tiada lagi di antara kita akan mencabut helaian rambut putih yang tumbuh melata, dan bakal menyayangi helaian uban itu :)

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda: “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan:
“Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
 
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Wallahualam...
P/s: Kepada yang mak ayah dia selalu suruh tolong cabutkan uban tu, cakap pada mereka bukan tak mahu tolong, tapi... jelaskan hadith ini kepada mereka. Kepada yang muda-muda dah beruban tu pun, tak perlulah malu.



nota:  akan tiba masanya kelak kepala penuh dengan uban

::Coretan Pendek Tatapan Diri::

Tanpa disedari kini sudah di bulan ke-4 tahun 2012 yang mana hampir tiba ke penghujung sudah.  Berat rasa hati untuk berceritera di sini dek perasaan berbelah bahagi.  Gelora di dada kalah ombak Tsunami.  

Pantas benar masa berlalu, saat ini amat berharap Allah mengurniakan satu hari 48 jam sementelah 24 jam tidak pernah yang cukup.  Inilah akhir zaman di mana setiap jam diperuntukkan tidak akan pernah mencukupi.

Bila sebut perihal akhir zaman, bermacam-macam sifat dan sikap pelik manusia semakin ketara di sana sini.  Bukan sesi mengumpat atau mengata tetapi saya melihat dan mengalaminya sendiri.  Manusia sekarang semakin zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain.

Ke mana hilangnya pekerti manusia berakal dan kualiti diri bagi membezakan antara manusia dan haiwan?  Sudahlah penjenayah berleluasa dan sewenangnya mempertaruhkan nyawa orang lain dalam masa yang sama manusia biasa pula sarat dengan hati syaitan bertopengkan manusia hingga sanggup melakukan apa sahaja asal hajat dan nafsu terisi.

Benarlah, akan tiba waktunya kita manusia tidak lagi mampu membezakan di antara baik dan buruk.  Segalanya terlindung di balik raut wajah suci memberikan gambaran indah belaka.  Kita yang jujur dan ikhlas akan terbuai dengan apa dipamerkan tanpa dapat melihat titik hitam di dalam hati.

Bukan mahu mengatakan diri ini cukup baik.  Tidak sama sekali!!  Tetapi Alhamdulillah setakat ini belum pernah terdetik untuk menganiya sesiapa walau kerap menerima tikaman tajam menusuk dari pelbagai arah.  Segalanya diterima dengan hati terbuka dan redha kerana memikirkan tidak semua akan suka serta boleh menerima apa yang kita lakukan.

Sebahagian dari tindak-tanduk kita berisiko tinggi untuk dikritik dan menjadi buah mulut.  Lebih malang lagi ianya boleh mencetuskan api kemarahan dan dendam kesumat.  Tiada yang mustahil bukan meskipun niat disebalik apa kita lakukan adalah ikhlas semata-mata.    

Biarlah, lagi membuka segala pekung semakin sarat dada sakit membayangkan karenah manusia akhir zaman.  Cuba sebaik mungkin menarik nafas sedalam-dalamnya tatkala berhadapan dengan mereka-mereka yang bertukar topeng setiap hari.

Apa yang pasti, saya tidak mahu tergolong di dalam golongan mereka, Insyaallah.  Setiap hari saya memohon doa semoga dijauhkan dari bersikap sedemikian dan tidak menurut hasutan syaitan yang semakin berleluasa.  Hasutannya yang utama iaitu MEWUJUDKAN PERSENGKETAAN SESAMA KITA  










nota:  cabaran semakin kuat....