Followers

Thursday, February 26, 2015

::Terlebih Rajin::

Tiba-tiba terajin pula nak transfer gambar dari telefon ke laptop.  Banyak juga lebih dari 3000 keping gambar.  Biasalah, gambar online business pun banyak sebenarnya.

Bolehlah saya kongsikan di sini, cumanya gambar tersebut tiada watermark.  Harap sangat tidak akan ada pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan gambar-gambar tersebut untuk kepentingan diri.

Ini gambar pertama di dalam album.  Saya pun tak ingat tarikhnya bila dan hendak ke mana.  Orang nak selfie, kita pun nak juga sesekali.  Biasalah, selfie yang tidak menjadi kerana gambar tidak menarik.  Okay, gambar ni dah boleh padam!

Owh, okay dah ingat!  1st time servis Triton.  Gigih bangun awal pagi sebab nak meredah ke Puchong sana.  Waktu ni belum berkahwin dan belum pun rancang ke arah itu..hahaha..

Macam nilah lebih kurang kawasan servis.  Pemilik kenderaan tidak dibenarkan masuk dan gambar pun tak boleh ambil sebenarnya.  Saya ambil curi-curi.  Pelikkan kita tak boleh tengok kereta sendiri diservis.  Belasahlah...



Waktu ni tahap kebosanan dah sampai ke maksima.  Lama betul!! Sampai jam 10.00 pagi, dekat pukul 1.30 petang baru selesai.  Pengalaman pertama dengan Mitsubishi.  So far okay.  Ruang menunggu pun boleh tahan tapi kalau dah berjam-jam lamanya memang mati kutu la.

Selepas pengalaman pertama, servis kali kedua kami dah tau.  Booking seawal 2-3 hari kemudian bawa segala apa yang boleh digunakan untuk mengisi kebosanan termasuk makanan.

Sebabnya pusat servis ni agak jauh dari kedai makan.  Jenuh nak jalan kaki lagipun kawasan kilang.  Nak bawa kereta lain macam tak berbaloi pula sebabnya jauh ke Puchong.

Sekarang pun dah tak ada servis centre tersebut.  Tukar ke company motor yang lain, makanya terpaksalah kami cari tempat baru.  Belum pernah cuba pun lagi.

Dah lama saya tak kongsi gambar di sini.  Harapnya bila dah transfer gambar ni rajinlah sikit update.  Ala bukan cerita apa pun, kisah-kisah sendiri.  Orang pun tak minat nak baca.




nota:  janji ada..

Wednesday, February 25, 2015

::Tak Berapa Sihat::

Sekarang cuaca tak menentu.  Sekejap panas melampau, tau-tau petang hujan lebat.  Musim orang sakit juga.  Klinik penuh dengan pesakit, mostly kanak-kanak.
 
Saya pun sama, virus demam masih menguasai diri.  Sakit tekak dan selsema bersilih ganti.  Hari ni ura-ura nak kena batuk.  Hampir seminggu dah ni.  
 
Bukan saya sahaja yang sakit.  GP, Ayu Bam Bam, Macho Man, anak-anak, dan terbaru Abang pula.  Nama pun "roomate" mestilah akan terkesan juga.
 
Kiranya ini pertama kali Abang menjaga saya sakit.  Ujian tu!  Yalah, selama ni walaupun berkawan dalam satu tempoh amat panjang, tetapi bila sakit selalunya saya duduk di rumah.  Ada masa dia datang melawat.
 
Nak tak nak kali ni kena hadap.  Hehehe...nasib baik lulus.  Bersengkang mata juga dia menjaga untuk memastikan saya selesa dan segera sembuh.  Punah perancangan cuti tahun baru Cina.
 
4 hari berkurung dalam rumah.  Mujur juga!  Sana sini merungut jalan nak keluar dari Kuala Lumpur semuanya sesak.  Perjalanan ke destinasi memakan masa 45 minit bertukar menjadi 2 jam lebih.
 
Biasalah, cuti panjang.  Inilah masanya beriadah bersama keluarga.  Paling tidak pulang ke kampung halaman.  Tapi jika terlalu sesak, parah juga berada di atas perut jalan.  Serba tak kena dibuatnya.  Apatah lagi Abang bukan seorang penyabar bila berhadapan kesesakkan lalu lintas.
 
Tak apa, orang seperti kami masih boleh berjalan pada hari biasa.  Tak perlu tunggu cuti panjang sementelah bekerja sendiri.  Cuma kalau nak berjalan bersama ahli keluarga lain, memang kena waktu cuti.
 
Duduk di rumah pun sakit tak pulih lagi, kalaulah keluar bercuti agaknya terus tak bangun dari katil.  Kawan-kawan pun jaga kesihatan juga tau.  Suhu panas melampau ni dikhabarkan akan berlansung sehingga penghujung Mac.
 
Elakkan terdedah di bawah cahaya matahari.  Kalau boleh elak lagi bagus.  Banyakkan minum air masak.  Ini pesan Tuan Doktor!  Jika perlu ambil supplement bersesuaian seperti Vitamin C untuk mengekalkan kesihatan optima.
 
Tapi kalau dah nak sakit siapa kita nak mengelak.  Sakit itukan penghapus dosa-dosa kecil.  Tak ada sakit, tak tertanggung pula nak bawa dosa ke sana-sini...hehehehe...Insyaallah, mohon doa semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sentiasa.
 
Saya ni konon-kononnya nak berkisah perihal perkahwinan saya tapi entah bila nak mula.  Rancang punya rancang, cerita kosong juga yang saya berikan.  Bukan nak tarik minat orang baca pun, sekurang-kurangnya saya ada tempat mengimbau kenangan satu hari kelak.
 
Boleh nanti anak-anak, cucu-cicit baca.  Manalah tahu, satu hari akan datang saya gagal mengingati momen indah tersebut.  Nama pun faktor usia, tak mustahil ada masalah ingatan.
 
Tengoklah saya cuba mula esok.  Itu pun kalau mood tip-top.  Eh, esok macam nak ke Pejabat Agama.  Entahlah!  Kalau ada selamat membaca, kalau tiada selamat menanti..
 
 
nota: menaip sambil mengelap tisu ke hidung...

Monday, February 9, 2015

::Pertama Di Februari::

Tak tahu bila agaknya saya punya mood untuk sentiasa bersiaran.  Perasaan serba tak kena sebenarnya.  Terlalu banyak bermain difikiran sehingga badan menerima padah, letih lesu jadinya.

Dah masuk Februari, bermakna 2015 hanya berbaki 10 bulan.  Sekelip mata sahaja nanti sedar-sedar sudah penghujung tahun.  Tidak terhitung masa bergerak, ibarat sehela nafas ianya berlalu.

Baru-baru ni, Perdana Menteri selaku Kementerian Kewangan telah mengumum langkah penjimatan belanjawan negara dan salah satu darinya menghentikan selama setahun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Hmm..pengumuman tersebut memberi impak yang besar kepada kami kerana kami adalah antara pengusaha kem ;(  Sedih bila PM umumkan sedemikian, bayangkan dalam masa terdekat apa pula punca rezeki kami?

Tak apalah, ini ujian.  Redha dan bersabar itu sudah pasti.  Buat masa ini, kami menanti apa keputusan Kerajaan Malaysia kerana mereka menjanjikan pengusaha seperti kami tidal akan diabaikan.

Not going to comment about this matter.  After all, tak ramai pun tahu kami menjalankan perniagaan sedemikian.  Sekarang kami berusaha mencari jalan keluar, paling tidak dapat cari pendapatan lain sepanjang tahun.

Perkara sebeginilah kadang-kadang cepat meruntuhkan semangat.  Puas memujuk hati, Allah tidak akan turunkan musibah sekiranya umatNya tidak mampu menanggung.  Ini semua tanda Allah sayangkan kami.

Tapi biasalah, ada masa sedih dan hiba jadi teman.  Tidur malam sering memikirkan apa bakal jadi esok hari.  Siapa tak mahu hidup senangkan?  Namun semuanya telah tersurat...

Okaylah, am not suppose to think bout this matter.  Ini semua boleh menyekat motivasi diri sedangkan perjalanan hidup masih jauh.  Akan banyak lagi onak ranjau kehidupan sedia menanti.

Aduh, tiba-tiba blank.  Dah tak ada idea nak berceloteh.  Tengoklah bila-bila dalam waktu terdekat ni kalau ada idea saya singgah semula ke sini.  Doakan yang terbaik untuk kita semua




nota:  menguap sepuluh kali...