Followers

Sunday, November 24, 2013

::Malas::

Nak update tapi sindrom malas sedang hebat melanda, jawabnya jenguk mana-mana yang patut.  Gambar masih belum transfer dari laptop Sony, lagilah buat hilang mood.

Weekend pun tak ke mana.  Dah jemu sebenarnya berjalan sekitar bandaraya, semua sama sahaja.  Orang bertambah padat adalah, kan sekolah sedang bercuti.

Minggu hadapan sudah masuk minggu terakhir November, hmm...entahlah.  Situasi semasa masih menuntut kesabaran maha tinggi dalam meniti segala ujian yang tak reda.

Banyak faktor sebenarnya membuatkan semangat tidak berapa jitu, tapi nak buat macamana.  Itu semua ketentuan, kena redha dan terus bertawakal.

Lagi 2 bulan usia semakin bertambah.  Seandainya 2013 warna keceriaan gagal menguasai, semoga kedatangan 2014 menjanjikan sesuatu lebih indah.

Okay, dari tadi taip delete lebih 10 kali.  Tak tahu nak cerita apa sebenarnya.  Masih belum ada draf apa-apa dalam minda.  Bercelaru dengan macam-macam hal.  

Nantilah saya rajinkan diri dengan entri baru, itu pun kalau ada.  Menguap dah lebih 1000 kali dan badan lesu tak sudah.  Dasar PEMALAS Cap LIPAS!!!



nota:  kosong...

Wednesday, November 20, 2013

::Tipu Harga::

Dah masuk November ni mulalah pening kepala.  Harijadi berderet-deret menanti giliran terutama anak-anak di rumah.  Aiyark!!  Jenuh tepuk poket, kalau berbaki.
 
Toy's R Us pula pandai betul.  Waktu macam ni berkeping-keping katalong mainan dihantar.  Budak-budak ni dah aim nak mainan apa.  Kalau murah satu hal juga, tau sahajalah harga Toy's R Us :(
 
Belek-belek broucher terpandang satu permainan jenama Ben 10.  Hari tu Buah Hati jenuh bodek nakkan mainan tersebut tapi harganya, aduhai!! Tapikan, Toy's R Us ni tipulah!

Mainan tersebut harga di semua pasaraya sama RM159.  Kononnya store Toy's R Us tengah buat offer, bagi off RM40 tapi harga asalnya RM200.  TTIIIPPUU!!!

Kalau macam tu mana ada diskaun.  Dari hari tu waktu survey itulah harganya mana ada RM200.  Syarikat gah pun nak ambil kesempatan.  Kalau beri diskaun RM40 betul-betul pun bukan surut keuntungan.
 
Sesiapa yang ghairah dan percaya sangat dengan Toy's R Us ni berhati-hati dengan price manupulation.  Konon beri diskaun hebat tapi sebenarnya tidak langsung.  
 
If love your money, survey harga dulu and do make comparison.  Dah banyak kali kena sebenarnya dengan stor tersohor ni.  No doubt, quality wise superb tapi mainan kanak-kanak, selama mana boleh bertahan nak-nak jenis melasak seperti di rumah ini.   
 
Not intention untuk jatuhkan nama Toy's R Us tapi sebagai pelanggan bila rasa tertipu takkan nak diamkan sahaja.  Nama gah tapi buat perniagaan tak jujur.  
 
Tapi ini semua terpulang juga.  Kalau rasa okay, apa salahnya membeli di sana.  For me, mana harga yang I think been twisted of course takkan ambil.  Baik beli tempat lain, silap gaya ada house sale dapat lagi potongan 10% - 20%.
 
Hmm..nak beli apa ya untuk mereka ini?  Buah Hati sekarang agak mudah memahami situasi bila dia kata tak perlu belikan hadiah jika kekurangan wang.  Oh, tersentuh hati tau!  Dah besar our Hero yang seorang tu.
 
 
 
 
nota:  hadiah oh hadiah.....


 
 

Tuesday, November 19, 2013

::Dah Jumpa Pun::

Ekoran kehilangan seorang remaja di Johor Bharu semalam, habis bergegar seantero negeri kerana dipercayai berkaitan unsur misteri.
 
Sehingga lewat petang semalam masih belum dijumpai dan pagi tadi san sini heboh mengatakan sudah ditemui.  Mangsa bermalam di rumah seorang rakan, kawasan flat.
 
Alhamdulillah jika benar berita tersebut.  Hilang runsing keluarga yang tak habis-habis memikirkan pelbagai kemungkinan berlaku.
 
Ini juga menutup kisah misteri Villa Nabila yang secara tiba-tiba popular walhal sudah berpuluh tahun kewujudannya di pandang sepi.
 
Tapi saya masih seronok membaca 1001 spekulasi dan mitos berkenaan villa tersebut.  Biasalah, cerita-cerita paranormal sering menjadi perhatian bukan?
 
Okaylah, kita tinggalkan kisah Villa Nabila dan biarkan ianya menyimpan segala khazanah.  Terus hanyut dengan cerita pun bukan dapat hasil, tapi beri kepuasanlah..hehehe...
 
Saya sambung kerja dulu.  Semak dengan masalah internet dan laptop yang super duper slow.  Bila nak selesai isu internet pun entahlah!  
 
 
 
 
nota:  berjam-jam lamanya...

Monday, November 18, 2013

::Villa Nabila, Betul Ke?::

Bangun pagi, buka FB terpandang akan berita mengenai kehilangan sekumpulan remaja di dalam sebuah rumah yang dikatakan penuh misteri.

Wah, menarik!  Sementelah kejadian berlaku di bahagian Selatan tanah air, saya menjangkakan cerita tersebut hanya akan bersebaran di laman sosial.

Maka seharian Google sana sini bagi mengetahui kisah sebenar disebalik misteri yang berlaku.  Siap contact relatives/friends yang tinggal di sana untuk mendapatkan kesahihan.  

By afternoon rupanya dah semakin hangat diperkatakan sehingga trending di Twitter tapi pihak polis menafikan pula kerana hanya menerima satu laporan kehilangan dan bukannya 23 orang.

Power of social media nowadays.  Kalau tak ada internet, confirm cerita tersebut hanya berlegar di kalangan mereka di sana sahaja.  Silap-silap ini hanya dongengan buat kita di bandar.

Mean time, melalui beberapa orang rakan berhampiran dengan kawasan kejadian mengatakan sejak dari semalam lagi sudah dipenuhi orang ramai and numbers getting bigger sehingga sesak lalulintas.

Polis dah kawal dan menutup jalan masuk ke rumah tersebut.  Until this entry published, masih belum ada sebarang berita mengenai adik yang dilaporkan hilang and most of people accepting that cerita 23 orang itu hanyalah khabar angin belaka.

Sesiapa yang rajin like myself, spent your time "Googling" and read Twitter timeline.  Macam-macam versi ada.  Taip sahaja keyword VILLA NABILA akan keluarlah seribu satu macam link.

Budak yang hilang tu dikatakan kali terakhir nampak di villa tersebut.  Apa agaknya yang memberi keberanian pada adik tersebut untuk masuk ke situ?  Seorang diri pula.

Memang villa tersebut sudah lama usang dan kosong.  JBians call it Haunted Mansion.  From time to time ada sahaja spooky stories.  Berani betul orang yang menghampirinya.

Dalam Twitter ramailah beri nasihat tak perlu takut dengan apa jua makhluk kecuali Allah.  Betul tu, tapi kitakan manusia biasa yang punya macam-macam perasaan.  

Lagi pun selain manusia, dunia ini turut didiami makhluk yang tidak dapat dilihat melalui pancaindera mata seperti Jin dan sebagainya.  Tak mustahil rumah terbiar seperti Villa Nabila mengundang penghuni menegakkan bulu roma.  

Terfikir-fikir apa rahsia disebalik Villa Nabila yang begitu gah berdiri tapi sudah diseluputi pokok-pokok meliar?  Adakah benar ianya penuh dendam kesumat sehingga mampu mengundang maut manusia yang masuk ke dalamnya?

Dulu cerita sebegini saya baca melalui novel-novel mistik dan misteri.  Tak sangka ilusi penulis rupanya sebuah kenyataan di alam maya.

Back to kisah kehilangan budak-budak tu, melalui FB Darul Takzim FC & Johor FA mengkhabarkan sahih 23 orang dan 22 orang tersebut sudah berjaya dibawa keluar.  Tinggal seorang lagi.

Wallahualam!  Tak berada di sana dan hanya mendapat kisah dari laman sosial.  Kita doa yang terbaik untuk mangsa, jika benar.

Ada juga dapat versi cerita dari orang sana tapi tak apalah.  Tak sesuai nak bercerita di sini.  Agak-agak ada tak produser nak terbitkan kisah Villa Nabila ini?  We'll see...

Adik-adik di luar sana, janganlah buat kerja tak berfaedah sebegini.  Kalau pun berani sangat dan nak mencabar diri, cari sahaja aktiviti ekstrem sedia ada dan bukannya bermain perkara-perkara diluar akal.

Kita nantikan sahaja penghujung misteri Villa Nabila ini.  Adakah sahih kehilangan 23 orang remaja tersebut?  I guess, cerita ini we'll never get from local news so kenalah rajin surf internet.



nota:  tak ada kerja cari kerja....

 



 

Thursday, November 14, 2013

::Karnival #shoptilludrop::

Ingat tak pernah saya sebarkan di sini mengenai Karnival #ShopTillUDrop anjuran Project Made collaboration dengan Telekung Project.  Cerita lama sebenarnya ni, tapi biasalah saya ni.  Tercicir keretapi sedikit.


https://www.facebook.com/pages/Project-Made-FB-Page-2013/210284292448522


Berbalik pada program tersebut, Alhamdulillah saya dan Ayu Bam Bam berkesempatan turut serta meski ada sedikit halangan.  It's a great programme dan rasa berbesar hati being part of it.  

2 hari sebelum program mengambil tempat saya telah menghantar barangan terpakai yang masih boleh digunakan ke rumah Hajjah Ainie, founder of Project Made.

Mostly pakaian saya dan Ayu Bam Bam yang tidak sesuai lagi dipakai.  Senang cerita, kebanyakkannya skirt, baju kemeja ketat-ketat dan seluar.

Ada juga saya minta pakaian terpakai dari ahli keluarga lain dan kenalan terdekat.  GM pula let go few set pinggan yang tak digunakan lagi.

   Banyak juga dalam simpanan.  Since #shoptilludrop ini melibatkan golongan bukan beragama Islam, sesuailah saya let go pakaian zaman muda yang tak cukup kain tu.  Semuanya pun still in a good condition.  Kalau simpan lama-lama pun bukan ada orang nak pakai


Barangan kaca dari GM.  Itu pun masih banyak lagi dalam simpanan.  Dah nak runtuh kabinet dapur dek menyimpan pinggan-mangkuk yang berat



Penuh juga bonet satu kereta dengan barangan terpakai dan yang penting masih lagi elok


On the date, saya dan Ayu Bam Bam drove ke tempat anjuran.  Nak cerita pun tak pandai tapi belakang Jalan Imbi dan agak jauh ke dalam.  

Di situ penempatan bagi pelarian beberapa negara seperti Mynmmar mendapat perlindungan dari Malaysia.  Anak-anak mereka diberi asas pembelajaran.

Antara gambar  di kawasan tersebut yang sempat saya rakam 


Konsep program ialah shopping mood but no single cent will be out from their pocket.  Mereka akan datang ke tempat jualan, choose according to their desire than bring back home.

As refugees, it must be a hard time for them.  Inilah masa mereka mendapatkan apa yang diingini mengikut keperluan tanpa memikirkan kos.

Sumbangan yang diterima termasuk pakaian wanita dan lelaki dewasa, peralatan rumah, barang mainan, buku-buku, keperluan perubatan, pakaian kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

Sebagai volunteer kami diarah menyusun barang jualan dan membantu kelancaran para pembeli di gerai sedia ada.  Dah habis, kenalah susun dan bersihkan kawasan.

Program berlansung sehingga jam 3 petang.  Alhamdulillah it was success dan yang paling seronok dapat berkenalan dengan ramai volunteer yang berhati luhur.  

By the way, anak-anak dari Baitul Ehsan Al-Khairi juga turut sama datang jadi volunteer.   

Insyallah, diberi kesihatan baik dan kelapangan saya mahu lagi turut serta dengan program-program sebegini.  Tak dapat hulur wang, sumbang tenaga pun sudah banyak membantu.

Briefing by founder of Project Made, Hajjah Ainie and Telekung Project, Kak Azila Aziz bagi memastikan kelancaran program pada hari tersebut



  Antara barangan yang dijual pada hari tersebut



Tak sabar anak-anak ini nak memilih barang mainan yang ada



Para ibu memilih pakaian buat si kecil mereka.  Pakaian kanak-kanak adalah antara yang paling laris.  Dari berpuluh-puluh kotak, tinggal satu kotak sahaja di penghujung hari



Sumbangan nasi ayam dan aiskrim pun ada pada hari tersebut.  Alhamdulillah, murah rezeki mereka yang menghulur bantuan



Sambil-sambil menjual, ambil kesempatan berposing.  Kenangan indah buat kami semua



 Kenangan manis buat saya!  Terjumpa kawan lama sewaktu sekolah rendah.  Jika bukan kerana program ini pastinya ukhwah ini tidak akan kembali terjalin



Kami bersama Kak Azila, Telekung Project.  Saya amat menyanjung tinggi usaha beliau.  Beliau wanita istimewa dan berjiwa kental.  Kalau nak tahu projek-projek sedang dijalankan, jangan lupa Like FB Telekung Project.


   Ayu Bam Bam bersama salah seorang anak Baitul Ehsan Al-Khairi.  Mudah mesra dan sangat rajin membantu



Photo group.  Gambar ini saya ambil dari FB Telekung Project


Banyak yang saya belajar dari program #shoptilludrop terutamanya melihat kesusahan hidup orang lain di depan mata jika dibandingkan dengan kita.

Seperti saya, meski sedang dilanda cubaan dan dugaan yang saya rasakan sudah cukup hebat, rupanya ada lagi insan di luar sana menderita jauh lebih jerih.  

Dan, bantuan bukan sahaja dihulurkan buat kita sesama Islam tetapi sesama manusia.  Pertolongan tiada sempadan!  Balasan, biar Allah uruskan segalanya.

Terima kasih Project Made, Terima kasih Telekung Project atas kenangan yang saya rasa tidak akan dapat di mana-mana dan amat berharga sebagai panduan meniti cabaran hari esok.




nota:  tersenyum bila terkenang..








Wednesday, November 13, 2013

::Saya Berpuasa::

Ingatkan dah tak mampu meneruskan puasa hari ini, Alhamdulillah sampai juga ke penghujung.  Badan tak berapa nak sedap, asyik nak baring sahaja.  Penat keterlaluan barangkali.

Ramaikan yang berpuasa hari ini.  Syukur sangat bila kita semua masih dapat merasai nikmat-nikmat yang Allah berikan.  Selagi mampu, rebut.

Sebenarnya banyak cerita mahu dikongsi bersama tapi laptop Sony merajuk pula, tak boleh nak layari internet.  Pinjam komputer riba Abang sementara waktu tapi leceh nak pindahkan gambar.

Tengok malam ini rajin atau tidak nak buat, kalau masih malas jawabnya entri tanpa bergambar dihidangkan buat bacaan.  Terima kasihlah ya pada yang sudi membaca.

Menu apa buat hidangan berbuka?  Saya GM masak nasi ayam.  Menu siang dibawa ke malam.  Okaylah tu, seharian tak makan bukan berselera mana pun nak makan macam-macam.

Aduh, ganti puasa tak habis lagi!  Parah ni, perkara wajib harus diselesaikan segera.  Okay, minggu depan kena mula semula.  Banyak lagi hutang.  

Esok Insyaallah berpuasa lagi.  Tadi ada juga terbaca pertelingkahan berkenaan puasa 9 dan 10 Muharram dalam FB.  For me simple, kita buat dan niat kerana Allah SWT.  Baik ke buruk, biar Dia sahaja nilai.

Tak salah nak cari kesahihan tapi sampai menimbulkan ketegangan sesama sendiri, Allah pun tak suka.  Betul tak?  Kita semua masih lagi dalam proses pembelajaran, gali lagi ilmu pengetahuan. 

Betulkan saya jika salah, tegur pun boleh kerana saya berfikiran terbuka dan menerima apa sahaja pandangan dan pendapat.    

Selamat berbuka dan Selamat Berpuasa!



nota:  Alhamdulillah....

::Wordless Wednesday 15::

Sangat lama tak buat Wordless Wednesday, hampir setahun rasanya.  Alang-alang ada gambar, saya letak di sini.

Inilah jadinya bila tiada anak perempuan di rumah.  Nasib akal waras, kalau tidak mahu berconteng muka dibuatnya.  Kepingin mahu mendandan :)




nota:  comel tak?  

Tuesday, November 12, 2013

::Sihat Ke Tak Sihat?::

Dah nak dekat seminggu badan rasa tak sedap sangat, eh bukan badan tapi kepala.  Rasa berpusing bila pejamkan mata, baringkan badan dan bertukar posisi badan.
 
Sangat tak selesa, even ekor mata ada macam cahaya yang menambahkan berat di kepala.  Dulu-dulu symptom sebegini sering menghimpit seharian tapi rasanya dah lama tak kena.
 
Nak tarik diri ke klinik/hospital cukuplah malas.  Positive thinking rasanya benda ni bersifat sementara tapi itulah dah berlarutan beberapa hari risau juga.  Usia bukan lagi muda, takut sakit lain menanti.
 
Ada masa bila pusing teruk sangat, sampai loya jadinya.  Nak makan pun tak berselera bila dah kena macam ni.  Tekanan darah rendah ke, kurang darah ke?  Assumed!
 
Dari kecil memang ada masalah tekanan darah rendah, kurang darah ni tapi itu dulu sebab makan sangat memilih.  Rasanya dah gemuk ni takkan ada masalah sedemikian.
 
Entah, tapi bila jumpa doctor memang tak pernah naik bagus pun tekanan darah.  Paras cukup makan sahaja, itu pun doctor mesti bising sebab bimbang.
 
Atau barangkali saya stress.  Well, tipu kalau saya katakan I'm okay.  Luaran memang boleh tersenyum, ketawa tapi dalam hati...Biarlah Allah sahaja mengetahui.
 
Betullah, rasanya saya tertekan.  Sebab itu rasa tak selesa di kepala ini menghantui.  Kena tarik nafas dalam-dalam dan bertenang secara batiniah.  Nanti kalau keadaan bertukar buruk, ramai orang bakal susah :(
 
Tengok macamana, kalau masih lagi berlarutan must have guts to go to clinic or hospital.  Agak-agak buat fully medical check-up insurance cover tak?  Kena tanya ejen ni, kalau ada bagus juga.
 
Kalau sudi doakan kesejahteraan saya ya...
 
 
 
 
nota:  hanya mampu berserah...

Monday, November 11, 2013

::Super Mokh Sebuah Muzikal::

1st of all, this musical theater is highly recommended.  Thumbs up!  Takkan menyesal jika pergi menonton.  Kalau ada duit lebih, laburkan duit beli tiket dan tonton, gerenti puas hati.

Muzikal SuperMokh akan berlangsung sehingga 18 November ini.  Saya promote ini tiada kena-mengena dengan ganjaran ataupun minat Hans Issac ke, sebab ini produksi beliau.

Saya sarankan kerana anda akan terhibur dan tenggelam dalam kehidupan seorang lagenda Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Siapa tak kenal dengan Allahyarhamkan?  Nama beliau tidak asing walaupun pada mereka yang tidak minat dan tidak bermain bola seperti saya.

Jujurnya saya sekadar kenal nama.  Tak pernah ambil pusing pun biografi Allahyarham, apatah lagi pencapaian semasa hayat dikandung badan.

Tapi bila menonton teater ini, betapa saya bangga kita punya lagenda seperti beliau.  Footballers should watch this inspired theater.  Kenal apa sebenar erti perjuangan. 

Mungkin selepas menonton pemain bola negara akan lebih bersemangat dan bercita-cita mahu jadi seperti Allahyarham Mokhtar Dahari.

Teater ini berkisar bagaimana insan istimewa Mokhtar Dahari berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang karier pemain bola sepak berkaliber.

Awie berjaya menghidupkan watak Allahyarham dan ada sebuah lagu disampaikan beliau begitu terkesan di hati.  Terbayang di mata betapa Allahyarham benar-benar kecewa dengan apa yang melanda dirinya.

Jika benarlah apa dipersembahkan itu kisah benar, saya memang respek dengan lagenda bola sepak ini.  Meski dibayar tidak semewah seperti pemain hari ini, beliau tetap berusaha keras menjulang nama pasukan dan nama negara.

Terima kasih Ina, adik Abang for the ticket.  Ina one of essemble bagi teater ini.  Dia beri 4 keping tiket, malangnya saat akhir Abang tak dapat turut serta.  

Ini sedang berkira-kira mahu tarik Abang ke Istana Budaya.  Kalau Ina ada tiket lebih lagi, bolehlah hulur-hulur.  Tapi kalau tak ada, tak mengapa, kita beli sahaja :)

Yang pasti kalau tonton berkali-kali pun confirm tak bosan.  Ada ke publisher yang jual biografi Mokhtar Dahari?  Kalau ada ingat nak beli untuk koleksi bacaan pula.  Nanti nak Google..

 Complimentary ticket tapi view agak dekat dengan stage.  Clear dan tak terlindung.  Thanks once again to Ina :)  Nyanyi baik-baik ya


   Super Mokh, Lagenda Bola Sepak Malaysia.  Disanjung tinggi peminat tempatan dan digeruni ketika beraksi di padang



 Kalaulah saya punya kesempatan melihat dia beraksi di padang, pasti saya menjadi penonton setia ke stadium



 Pameran aksi Mokhtar Dahari di ruang legar Istana Budaya



Sayang Abang tak dapat turut sama jadi penonton.  Yang penting mereka turut terhibur dan bangga dapat menyaksikan pementasan "Super Mokh Sebuah Muzikal"

Cepat dapatkan tiket sementara masih ada kekosongan.  Kalau ikutkan respon penonton, rasanya teater ini akan dapat sambutan hangat di kalangan peminat.

Pelakon lain turut berlakon selain Awie ialah Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nazir dan penggiat teater tempatan.





nota:  harimau mati meninggalkan belang...


::Adik-Beradik::

Entah macamana tadi boleh tersangkut menonton drama di saluran Astro, Wangi Setanggi.  Kalau tak silap produksi Rashid Sibir, cerita lama tu.  Allahyarham Zami Ismail pelakon utama.

Tertarik dengan jalan cerita pengorbanan seorang abang terhadap adik tapi bila adik dah berumah tangga semuanya berubah sehinggakan sanggup menghalau abang yang telah berkorban selama hayatnya.

Tanpa adik dia sedar suaminya berniat jahat untuk membolot harta mereka.  Macam-macam rancangan jahat si suami laksanakan.

Relate pula cerita tersebut dengan realiti hari ini.  Ramai sebenarnya punya jalan cerita seperti apa ditayangkan. 

Sebenarnya saya tak sesuai kot nak ulas perkara sebegini, yalah belum berumahtangga.  Nanti orang kata pandai-pandai sahaja.  Sepak terajang alam perkahwinan tak tahu menahu nak komen lebih-lebih.

Tapi itulah, apa yang saya kongsikan di sini adalah apa yang terlintas.  Saya memang hairan kenapa agaknya bila dah berkahwin hubungan adik beradik mesti renggang?

Dah banyak saya lihat di depan mata.  Bukan semualah, tapi kebanyakkannya.  Tak dapat saya bayangkan, selama berpuluh tahun mengenal hati budi darah daging, saat melangkah sahaja keluar dari rumah terus berubah.

Takkanlah tak ada rasa sekelumit sayang pada adik beradik yang dah hidup bertahun-tahun, makan minum bersama, tidur sebantal.  Tak nak spesifik pada mana-mana tapi baik suami baik isteri.  Senangnya berubah!

Ada tu bila dah kahwin rezeki Alhamdulillah melimpah ruah, tapi bila adik beradik minta bantuan, macam-macam alasan diberi.  Memanglah takkan asyik nak beri bantuan sahaja, tapi kitakan boleh berfikir, kalau bukan dalam kesusahan takkan meminta pertolongan.

Kalau rasa tak boleh membantu, apa salahnya beri dorongan dari mental dan kerohanian.  Saling bertanya khabar, doakan sesama sendiri dan banyak lagi.  Bantuan tidak semesti berbentuk material.

Sebab itu sekarang ini banyak kita lihat, bila ibu bapa sudah tiada, adik-beradik bersepah merata.  Yang ini nak ikut kata suami, yang itu nak dengar cakap bini.  Alasan paling biasa didengari "Mak ayah saya ada lagi.  Awak tu adik beradik sahaja yang tinggal"

Tolonglah!! Selain mak ayah, kita membesar dengan saudara kandung.  Kita berjaya kerana mereka juga.  Kita jadikan contoh adik beradik yang cemerlang untuk turut melakar sesuatu yang terbaik.  

Tak kurang juga ada saudara lebih berusia beralah dan berkorban masa, peluang untuk berjaya demi melihat adik-adik mencapai cita-cita.  Sanggup tak meneruskan pengajian meski peluang masuk Universiti depan mata.

Tapi bila beri alasan, "Kita ni dah ada keluarga sendiri , jaga sahaja keluarga kita.  Lain-lain tu tak perlu dah" sedihnya rasa hati.  Saya yang tak ada kena-mengena pun turut tersentuh.
Orang kata untung adik beradik ramai, tapi apa untungnya kalau hanya muncul beberapa tahun sekali.  Kalau orang dulu bolehlah kita nak kata faktor kewangan menjadi penghalang, orang sekarang ada lagi ke faktor itu?

Bagi yang masuk ke keluarga orang, ingatlah pasangan kita ni pun ada tanggungjawab lain juga.  Kalau rasa tak boleh terima adik beradik lain tu, fikir semula untuk hidup bersama pasangan.

Perkara sebegini sentiasa berlaku disekeliling kita.  Ambil ikhtibar di atas kesilapan dilakukan oleh orang lain dan cuba perbaiki diri sendiri.  Jangan kata adik-beradik dah tak penting bila sudah berkeluarga.

Esok lusa kalau sudah sampai masa dijemput Illahi, siapa yang akan bantu urus diri terbujur kaku?  Paling tidak saudara kandung juga akan ke depan menghulur tenaga.  

Tak saya nafikan ada juga jenis adik-beradik ambil kesempatan atas kesenangan satu sama lain.  Ini lain pula kesnya.  Biasalah, nama pun manusia.  Kalau tak begini buat perangai begitu.

Saya adik beradik seibu tak ramai, 4 orang sahaja.  Alhamdulillah, buat masa ini masih rapat sebab duduk dekat dan tinggal serumah.  Ibu bapa masih ada lagi.  Harapnya perhubungan sebegini akan kekal selamanya.

GP pernah pesan kalau nak cari pasangan hidup cari yang boleh terima bukan sahaja ibu bapa tapi ahli keluarga secara keseluruhan.  Kenal tradisi keluarga dan jangan abaikan bila dah ada bentuk keluarga sendiri.

Contohnya meraikan harijadi sesama sendiri.  Sibuk macamana pun, find a way to gather and celebrate.  Bukan nak hadiah pun tapi suasana ikatan sentiasa disuburi.

Entri saya tidak membahan atau menemepelak sesiapa secara spesifik.  As mentioned earlier, ianya terjadi di depan mata saya.  Ianya peringatan buat diri sendiri juga.

Yalah, kalau ada rezeki pasti akan punya keluarga lain.  Jauhkanlah dari sikap sedemikian.  Jangan jadi pemutus tali sillaturrahim sesama manusia terutama saudara kandung.

Bagi yang bersikap sedemikian, belum terlewat untuk membetulkan mana yang salah.  Tanamkan dalam diri, sebelum pasangan kita kenal kita, terlebih dahulu dia sudah berkongsi kasih sayang dengan insan-insan lain.  

Kita yang baru kenal ini hanya menyambung kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan membesarkan keturunan.  Jangan bertindak zalim kepada mereka.



nota:  tiba-tiba beremosi...  



Sunday, November 10, 2013

::Tragedi Port Dickson::

Hujung bulan lepas join trip ke Port Dickson.  Trip ni sebenarnya anjuran geng kerja Abang and mostly dah berkeluarga tapi seronok sangat sebab semua jenis sempoi walaupun anak dah berderet.

Sebenarnya hampir tak jadi nak pergi atas sebab-sebab tertentu.  Jodoh untuk kenal kawan-kawan baru barangkali, dapat juga turut serta.  Lagi pun bayaran semua dah buat terlebih awal.

Dalam 2-3 bulan ni asyik berulang ke Port Dickson.  Terukkan, cerita-cerita sebelum pun tak kongsi lagi.  Tak apalah, ada rezeki nanti share di sini.

Menginap di Paradise Lagoon Apartment.  Kali kedua duduk sini.  Apartment biasa-biasa sahaja.  Tapi sebab nak buat BBQ mudah pilih situ.  Kalau kata betul-betul nak rehat, memang Paradise Lagoon ni takkan jadi pilihan.

Sebelum daftar masuk apartment, isi perut dahulu.  Masing-masing dari pagi perut kosong, bila sampai semua terus serbu


Bila tengok gambar ni, rasa panjangnya rambut!  Dah nak kena potong balik ni, walhal baru rasanya dipendekkan



Sampai apartment, bising mulut Buah Hati ajak berenang.  Sejak pandai berenang hati menggeletek nak berendam.  Kena cari rumah ada kolam renang nampak gayanya


Lamanya tak berenang!  Sejak sakit, tak berani nak berenang tapi sesekali dapat berenang rasa seronok sangat.  Cita-cita nak jadi diver masih tersemat di dalam hati, tak tahu berkesempatan melakukannya ke tidak


Berani betul berendam seorang diri.  Saya tak larat, sebab matahari sedang terik memancar.  Air dalam kolam tu pun rasa suam


   Dengan Buah Hati yang semakin membesar.  How I missed those days, waktu dia masih diulit oleh semua ahli keluarga dengan keletah mencuit hati


Petang sikit mereka pula terjun ke dalam kolam.  Sampai ke Maghrib baru semua pakat keluar



Bila dah ramai terjun ke kolam, saya tarik diri sambil keringkan badan di tepian.  Nasib baik suit ni masih boleh sarung, ingatkan dah tak muat sebab gemuk.  Sekarang dah banyak jual baju mandi Muslimah, nak cari satu set.  Dah tak sesuai nak sarung bikini, nanti ada yang terbeliak mata..hehehe...



 Malam menjelang, apa lagi?  Makan time.  Berusaha gigih mereka semua membakar.  Banyak sungguh makanan, sampai berlebih-lebih



We are lady boss.  Tunggu sahaja makanan dihidangkan, terus ngap!  Sambil menanti berborak sesama sendiri dan melayan gelagat anak-anak kecil



 Nasib jurukamera.  Barulah ada sekeping gambar dia.  Selebihnya gambar orang lain


Muka kekenyangan dan keletihan.  Kalau bentang tilam dalam kegelapan pun boleh lena diulit mimpi



Antara menu yang menunggu giliran untuk dibakar.  Sampai keesokkan hari masih lagi santap lauk BBQ.  Orang ramai tapi itulah, angin laut dah mengenyangkan perut barangkali


Selesai program BBQ hampir 1 pagi juga.  Kononnya nak memancing, tapi semua dah tak larat, nasib baik sungguh Si Umpan.  Pulang ke laut semula tanpa sebarang kecederaan.

Esoknya mandi-manda di Teluk Kemang.  Disebabkan sebelum trip ni dah ada mandi laut, nafsu nak berendam tak berapa membuak.  Malas nak basahkan baju sebenarnya.

Ucap selamat tinggal Port Dickson lebih kurang jam 2 petang setelah selesai makan tengahari dan waktu itu jugalah tragedi Port Dickson kami berlaku.

Secara tiba-tiba kereta dipandu mati.  Nasib baik Abang yang bawa, kalau saya mesti panik dan melelong di tengah jalan raya.

Pihak PLUS tunda kereta sehingga tol berhampiran, Tol Lukut kemudian kena cari jalan macamana nak repair kereta.

Telefon sana, telefon sini semuanya tak dapat membantu.  Nasib baik pihak PLUS ada contact mekanik yang mereka sering berurusan.  Dapat juga mekanik tu sampai.

Tapi dia berada di luar kawasan, paling cepat jam 6 petang baru boleh sampai.  Tiada pilihan kena juga tunggu.  Dekat tiga jam tersangkut tepi tol Lukut.

Dengan hujan lebat mencurah, jalan sunyi.  Risau betul kalau ada yang mahu ambil kesempatan.  Meski bukan berseorangan, orang nak buat jahat bukan kira berapa ramai pun.

Nak lelap mata tak senang langsung.  Sekejap-sekejap terjaga ditambah dengan perut yang lapar.  Waktu orang makan tengahari tadi tak nak makan sebab masih lagi kenyang sarapan pagi.  

Bila stranded, perut pula mengalun irama rock klasik.  Sedihnya rasa waktu tu.  Macam-macam perkara terlintas difikiran.

At last sampai juga Abang Joe tu dalam pukul 6.15 petang.  Dalam hujan-hujan gigih dia membaiki kerosakkan.  Dalam hati berdoa supaya semuanya akan selesai.

Malangnya bila dah tukuar apa yang patut, kereta masih gagal dihidupkan.  What choice that we have?  Tunda ke KL jawabnya.

Kenapalah selama hampir 3 jam stranded di tepi highway tak terfikir nak cari towing?  Walhal kalau kami tunda balik kos jauh lebih murah :(  

Sebabnya Insuran ETIQA menawarkan perkhidmatan tunda kereta 50km pertama secara percuma.  Setiap kilometer selepas itu akan dikenakan RM3 bagi 1km.  Kos tarik ke KL lebih kurang RM150++ termasuk tol.  Murahkan?!

Dah nama tak ada rezeki nak jimat duit.  Sampai KL, mekanik biasa periksa sakit lain pula.  Lagi duit mengalir keluar.  Sabar jelah!  1k lebih duit diperuntukkan membayar Tragedi Port Dickson ni.

Menangis saya mengenangkan nilai tersebut.  Yalah, sudahlah banyak hal berlaku secara bertimpa-timpa, duit pula langsung tak boleh nak jimat.  Hanya Allah tahu segala rahsia disebalik kesulitan.

Redha dengan kejadian.  Rasa jeran nak ke Port Dickson lagi.  Tunggulah lagi setahun dua baru ke sana semula.  Yang penting kami selamat sampai rumah, syukur Alhamdulillah.

 Pihak PLUS sedang memeriksa kerosakkan



Akhirnya khidmat Towing juga digunakan.  Pengalaman pertama naik lori tunda.  Towing sekarang dah canggih, tak pakai jenis tarik-tarik.  Ini jenis kereta terus naik atas lori.  Syarikat insuran lain ada Towing Service juga ke?





 nota:  macam-macam hal..