Followers

Friday, August 31, 2012

::Singgah Sebentar::

Tekanannya bila bangun pagi hidung mula berair.  Ingatkan sindrom ala-ala morning sickness, lepas mandi akan pulih.  Sekali hampa :(  Ini tengah ssrroookkk srreekk...sssrrorrkk sreekk..

Hari ni perancangan hendak menyiapkan popiah mana yang ada, kemudian petang sedikit makan time!  Keluarga pakcik sebelah GM ada buat rumah terbuka buat sanak saudara.  Dikhabarkan menu makanan dahsyat semuanya.

Habislah saya, pasti bertambah berat paling kurang 1kg.  Cemburu melihat rakan-rakan yang boleh makan apa sahaja tetapi badan masih seperti itu juga.  Tak perlu risau memikirkan isu pertambahan berat.

Pagi tadi sempat menonton perarakan Merdeka melalui saluran televisyen.  Pernah melalui pengalaman menjadi penonton dan ditonton sewaktu zaman sekolah.  Seronok sebenarnya berada di lautan manusia meraikan kemerdekaan.

Tetapi sejauh mana kita rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan?  Saya enggan mengulas lanjut kerana hari ini apa sahaja berkaitan negara jika salah dibicarakan boleh bertukar menjadi isu sensitif.  Segala-gala hendak dipolitikkan!

Okay saya mahu sambung kerja, saja-saja singgah di sini.  Cerita-cerita bergambar belum ada mood nak kongsi.  Makanya andai sudi baca repekkan saya, terima sahajalah ya.  MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



nota:  hhhaacccuummm... 
 

 



 

:: Salam Merdeka::

Langsung tak angkat muka hari ni, sibuk menggulung popiah bagi menyiapkan tempahan.  Tak adalah kalut seperti dalam bulan puasa, tetapi tetap kena laju.  Jika tidak bila mahu siapnya.

Boleh pula terlupa rupanya hari ini juga rakyat Malaysia meraikan Ambang Merdeka.  Ramai menantikan percikan bunga api di ibu kota.  Ada ke?  Dengarnya ada perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sewaktu dengannya.

Apa pun reaksi dan pendapat mengenai hal ini terpulanglah.  Bagi saya, saya amat berbangga bergelar Anak Malaysia dan bersyukur di lahirkan di bumi bertuah ini.  

Harapan saya setiap apa yang telah ada hari ini biarlah dipulihkan jika punya cacat cela demi masa depan anak bangsa.  Kita tidak selamanya menongkat langit, maka kita mahu segala yang terbaik buat generasi masa akan datang.  

Semalam, seorang teman bertanya "Esok malam tak keluar meraikan sambutan ke?"  Cepat sahaja saya menggeleng, seolah tidak punya keghairahan menyambut perayaan.

Bukan tidak ghairah tetapi saat-saat sebegitu sudah puas dilalui suatu ketika dahulu.  Dah tahu dan boleh agak apa akan ada makanya ia tidak lagi menjadi agenda penting dalam diri.

Malah saya pernah turut serta dalam perbarisan lintas hormat dan juga persembahan jalanan sempena sambutan Ambang Merdeka.  Kebanyakkan dari kita hanya lebih tertarik kepada pancutan bunga api sahaja.  

Sudah pasti jalan raya sesak di serata ibu kota, di tambah pula dengan sekatan jalan raya bagi menghalang kemaraan Perhimpunan Kuning.  Agakkan saya!  

Dari penat tersangkut di dalam lautan kereta, baiklah saya duduk di rumah siapkan kerja-kerja yang ada.  Betul tak?

Apa pun saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA buat semua warganegara Malaysia dan Salam Syawal ke-13.  Mari kita raikan perayaan berganda ini dengan penuh istiqamah dan memohon ke hadrat Illahi semoga segalanya berjalan dengan baik buat kita dan juga negara.




nota:  secelaru mana pun, tetap harus tenang...

 

Thursday, August 30, 2012

::Nice Quotes::

Received this lovely quotes via email.  Nothing to loose for sharing right?  :) Have a nice day peeps!!

Death asked Life :
Why does everyone love you and hate me?
Life replied :
Because I am a beautiful Lie and you are painful Truth

A Lovely Logic for a beautiful Life
Never try to maintain relations in your life
Just try to maintain life in your relations

3 stages of Life:
Teen Age – Has time & energy – But no Money
Working Age – Has Money & Energy – But No Time
Old Age – Has Money & Time – But No Energy


We are very good Lawyers for our mistakes; and very good Judges for others` mistakes


World always say – Find good people and leave bad ones.
But I say, Find the good in people and ignore the bad in them


Because No one is born perfect
A fantastic sentence written on every Japanese bus stop.
Only buses will stop here – Not your time
So Keep walking towards your goal


Negative Thinkers focus on Problems
Positive thinkers focus on Solutions


Never hold your head high with pride or ego.

Even the winner of a gold medal gets his/her medal only when he bows his head down


Define TODAY
This is an Opportunity to Do A work better than Yesterday


African Saying:
If you want to walk quick, walk alone
If you want to walk far, walk together

Confident Quote:
I have not failed.  My success is just postponed.


Entire water in the ocean can never sink a ship unless it gets inside.
All the pressures of life can never hurt you unless you let it in.



note:  sharing is caring...

::Nak Cerita Apa Sebenarnya?::

Tadi beria-ia rasa nak update sesuatu di sini, siap berebut laptop dengan Macho Man.  Sekali bila dah tertancap depan skrin, boleh pula fikiran kosong tak tahu nak taip apa!  Sindrom hilang ingatan ni..
 
Bukan senang ya suka-suka hendak mereka cerita.  Kalau siap pun belum tentu mampu menarik minat orang lain untuk membaca.  Macamanalah agaknya rakan-rakan semua yang boleh berceloteh satu hari sehingga 4-5 entri?
 
Zaman sekolah dahulu, subjek penulisan Bahasa Melayu amatlah diminati.  Waktu itu, sentiasa rasa seronok jika mampu menyiapkan karangan berkajang-kajang walaupun telah ada guideline diberikan.
 
Paling seronok bila cikgu minta buat karangan bebas seperti cerpen.  Bermacam kisah boleh direka, ala-ala syok sendiri.  Rakan sekolah selalu kata, biasalah mewarisi bakat bapa.  
 
Tetapi kenapa sekarang tidak lagi?  Otak seakan tepu.  Nak mengarang sepucuk surat mewakili syarikat pun kadangkala mengambil masa 2-3 jam.  Lama duduk di hadapan skrin masih lagi terfikir-fikir ayat apa mahu digunapakai.
 
Apa sudah jadi?  Adakah ini tanda-tanda penuaan di mana otak sudah semakin hari semakin lembab.  Nampak gaya kena makan kismis banyak-banyak sebelum ditakluki penyakit nyanyuk.
 
Yang pasti, diakui semenjak dua menjak saya tidak lagi aktif mencabar minda.  Aktiviti membaca pun semakin berkurangan, hanya bergantung kepada sumber internet sahaja.  Itu pun sekiranya rajin mahu berlayaran di alam siber.
 
Dahulu setiap pagi saya akan menyelak akhbar-akhbar tempatan.  Kemudian mengisi masa lapang dengan bahan bacaan, tidak kira samada novel, buku-buku ilmiah, majalah berinformasi dan juga santai, bermain teka silangkata, sudoku dan macam-macam lagi.
 
Di masa lain, saya akan menghabiskan masa dengan berjalan-jalan menikmati keindahan bumi Allah SWT di samping berhujah perkara-perkara yang terlintas di mata dan kepala.  Akan sentiasa berfikir dan berfikir bagi mendapatkan jawapan ke atas segala persoalan.
 
Hari ini baru saya sedar segala itu telah lama saya tinggalkan semenjak 3-4 tahun lalu.  Terlalu banyak faktor sebenarnya kenapa saya tidak meneruskan segala aktiviti tersebut dan salah satu faktor utama pastinya keadaan kewangan yang benar-benar tidak mengizinkan.
 
Jangan salah faham.  Saya tidak menyalahkan keadaan yang sedang dilalui, tetapi apabila difikir semula inilah dugaan yang Allah telah tetapkan buat diri saya.  Alhamdulillah!
 
Semenjak tangisan pertama saya di dunia, saya boleh dikategorikan antara insan beruntung di dunia.  Apa sahaja kemahuan pasti dituruti samada cepat atau lambat.  Di kala ramai rakan-rakan sebaya saya hidup sekadar perlu, saya jauh meninggalkan mereka di belakang.
 
Minat saya terhadap dunia membaca tidak pernah mendapat halangan.  Berkoyan-koyan buku mampu dibeli walhal kebanyakkan kawan-kawan saya terpaksa meminjam antara satu sama lain jika berminat untuk membaca.
 
Bukan setakat itu, cakap apa sahaja diingini pasti akan sedia terhidang di depan mata.  Ini tidaklah bermakna saya tidak mengenal erti susah, tetapi sesusah mana pun kami jarang permintaan tidak dituruti.
 
Langit tidak selalu cerah.  Siapa tahu, orang yang kononnya mampu hidup jauh lebih senang hari ini tertinggal juga di belakang mereka-mereka yang pada mata kasar tidak mampu pergi jauh dalam kehidupan.
 
Tak adalah daif sangat kehidupan sekarang, cuma harus pandai mencongak untuk masa akan datang.  Segala yang datang bergolek sebelum ini agak mustahil untuk diraih.  Apa pun, jatuh bangun saya tetap bersama keluarga tercinta.
 
Biarlah apa pun mereka di luar sana berkata, selagi mereka tidak berada di tempat kami mereka tidak layak berkata apa pun dan kerana ini jugalah segalanya punya batasan.  Alhamdulillah, perkara sebegini benar-benar membuka mata.
 
Hidup bukan selamanya di paksi yang lurus.  Ribut taufan bisa merubah arah ke laluan benar-benar berbeza.  Bagaimana untuk kembali ke landasan sediakala itu terpulang kepada usaha kita.
 
Eh, ke mana sahaja arah tuju entri ini?  Sudah jam 2 pagi dan rasanya sudah melalut terlalu jauh.  Ada kaitan antara satu sama lainkah cerita di atas?
 
Nampak gaya saya harus menajamkan kembali idea-idea penulisan jika berhajat mahu menjadi blogger tegar.  Kalau tidak, alamatnya sentiasa sunyi dari celoteh.  
 
Sampai saat ini saya masih lupa apa sebenarnya yang ingin ditulis yang nyata jauh tersasar dari apa terhidang di atas.  Esok-esok datang semula idea tersebut, mana tahukan.
 
Okeylah, saya berundur seketika dari bebelan tak tentu arah.  Terima kasih ya pada yang sudi membaca.  Kerajinan anda amatlah dihargai.  Pada yang tidak membaca pun terima kasih juga ya.
 
Sekarang, saya sedang terfikir-fikir apa pula tajuk bersesuaian dengan entri ini.  Seandainya tidak punya tajuk kelak, kira halallah.  Berat juga nak memikirkannya! 
 
 
 
 
 
 
nota:  melalut.. 
 
 
 
 
 
      

Tuesday, August 28, 2012

::Adab Mudah Tapi Berkesan::

Hari ini kita bertukar-tukar ilmu yang saya peroleh dari melayari internet ya.  Nak bercerita hal-ehwal Hari Raya pun, gambar tak semuanya ada.

Info ini saya terima melalui email pula.  Perkara baik apa salahnya kita manafaat bersama.  Lagi pula bila diletakkan di sini, boleh juga saya sendiri membacanya untuk peringatan semula.

Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
====================

*
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

*
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).  Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.  Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa
oleh air tegukan pertama.

*
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12
tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

*
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

 
Tatacara di bilik air
================

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

*
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

 
Tatacara didik anak
================

*
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

*
Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

 
Tatacara didik diri sendiri
=====================

*
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, setiap amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

*
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

   

(saya copy & paste bulat-bulat tanpa sebarang ubahsuai) 




nota:  berubah ke arah lebih baik

::Doa - Masalah Datang Bulan (Khusus Untuk Kaum Hawa)::

Harus kongsikan di sini sementelah saya sendiri pesakit sengugut yang tegar.  Sudah puas mencuba bermacam jenis ubatan beserta kaedah tetapi tiada satu pun berhasil.  Ini pun saya peroleh dari Wall Facebook.  

Mana tahu dengan membaca ayat ini, Insyaallah sengugut saya akan pulih secara beransur.  Bagi sesiapa berhadapan masalah sama ataupun saudara sekeliling, mari kita sebarkan.  

Allah tidak berikan sakit tanpa sebarang ubat, hanya kita sahaja harus berusaha mencari jalan penyelesaian.  Moga masalah sengugut saya selesai selepas ini hendaknya.

 Kalau tak silap sumber dari Ustaz Azhar Idrus




nota:  berusaha dan terus berusaha...

Monday, August 27, 2012

::BOSAN::

Ramai dah kembali ke kantor tetapi tak ramai pula yang update ceritera.  Hari pertama bekerja semula, bosan pula menguasai diri.  Fikiran menerawang entah ke mana.

Ada sesuatu bersarang di minda tetapi amat sukar untuk dizahirkan.  Biarlah masa menentukan segalanya.  Berkocak benar jiwa, Ya Allah berikanlah ketenangan untuk menghadapi hari mendatang.

Nak bercerita panjang pun serasa malas benar.  Tengoklah, mungkin sekejap lagi selera bebelan kembali terbit.  Jika tidak, abaikan sahaja!



nota:  entah....

 

Saturday, August 25, 2012

::Lagu Raya 2012::

Genap seminggu kita meraikan hari kemenangan.  Sepanjang 7 hari Syawal banyak juga keluar menziarah saudara-mara.  Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan dan ruang untuk bersama sanak saudara.

Nanti-nanti sahaja saya sambung cerita berhari raya ;)  Bila sebut Hari Raya, beraneka lagu raya amat sinonim di telinga kita.  Sejak kecil lagi kita dah terbiasa dengan lagu-lagu lama dan baru.

Tahun ni saya amat terpikat hati dengan sebuah lagu raya nyanyian Biduanita Syarifah Aini dan Hail Amir.  Mula-mula dengar di radio ingatkan dendangan Allahyarham Rafeah Buang dan Allahyarham Ahmad Jais.

Berusaha Google, puas ke sana sini sebab tak tahu tajuk lagu tapi tak jumpa.  Entah macamana tergerak hati nak menaip nama Syarifah Aini, rupanya lagu dendangan beliau.  Lagu bertajuk Bisikan Hati di Hari Raya ini jarang sebenarnya saya dengari.

Mungkin dalam nisbah 1:8 dibandingkan dengan lagu-lagu popular lain, agakkan saya.  Tetapi dek kelunakan paduan suara biduan dan biduanita tersohor itu menyebabkan saya tertawan dan lagu tersebut bermain-main di minda.

Jika lagu ini dekat dengan anda semua, selamat mendengar.  Bagi tahun 2012, saya berikan lagu ini SONG OF THE YEAR (untuk diri saya).  Mari layan perasaan dan terbuai dengan melodi indah beserta lirik amat bermakna. 

    Seperti biasa di ambil dari laman You Tube




nota:  masih ada duka tersimpan...

Wednesday, August 22, 2012

::1 Syawal - 4 Syawal 2012::

Tak sabar menunggu rakan siber semua kembali berceloteh perihal sambutan Aidilfitri versi masing-masing.  Saya tiada apa yang berbeza, semuanya sama seperti sebelumnya.  Rutin di pagi Syawal ibarat diulang tayang.

Cuma kali ini keriangan berganda kerana Ninie tidak pulang ke kampung suaminya.  Riuh dengan jeritan budak bertiga ibarat 10 orang lagaknya.  Terasa benar kemeriahan suasana.

Entah kenapa tahun ini serasa tidak bersemangat untuk meraikan hari kemenangan.  Adakah faktor usia, ataupun ada unsur-unsur terselindung?  Maaf, saya sendiri tidak punya jawapan konkrit.  Kacau benar jiwa saya!

Mungkin juga letih dek menyiapkan tempahan.  Pegang ini tak kena, pegang sana rasa bosan.  Lemau sesangat!  Boleh pula malam raya sakit tidak diundang datang menjengah...huhuhu...

Tapi sempat jugalah saya membeli-belah sedikit, menikmati hasil keuntungan tak seberapa ;).  Itu pun saya pergi petang raya.  Orang sibuk di rumah menyiapkan segala persiapan, saya hilang entah ke mana.

Abang tinggal di rumah menyiapkan lemang.  Tahun ini pun tak banyak lemang yang dibakar, setakat 25 batang sahaja.  Kebiasaannya mencecah ke angka 50.  Dalam jam 9 malam macam tu selesai semua.

Maaflah, tiada gambar untuk dikongsi kali ini.  Dah kata mood melayang entah ke mana, nak pegang kamera pun serba tak kena.  Buat ketupat pun macam nak tak nak sahaja.  Akibatnya, tak berapa nak menjadi isi ketupat kali ini.

Tidur pun awal, dan ini bukanlah seperti kebiasaan ya.  Rasanya dalam 12.30 malam dah berlayar jauh.  Mungkin penangan ubat, Alhamdulillah bangun pagi sedikit segar.  

1 SYAWAL
Rasanya belum pernah lagi saya ke masjid menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.  Jika di kampung, kami yang muda belia ini memang takkan pergi kerana harus menyiapkan hidangan buat mereka-mereka yang akan pulang selepas solat sunat.

Lagi pula takkan nak berebut-rebut bilik air dengan kaum lelaki.  Kebiasaan itu terbawa-bawa ke rumah sendiri.  Tetapi 'yang ado' menyiapkan hidangan.  GM yang bertungkus-lumus.  

Saya yang pemalas lipas ini hanya sibuk menyiapkan diri.  Konon nak bergaya, walhal tak sedar diri bukan gorgeous mana pun..ha..ha..ha..  Turun sahaja semua sudah sedia terhidang, hanya menantikan kehadiran semua ahli keluarga untuk bersantap.

Selesai makan, rakam potret pula dan disusuli sesi bermaaf-maafan.  Bila tengok bilangan ahli keluarga, alahai ini sahaja!  Yalah, tidak punya adik-beradik ramai.  Pusing-pusing muka sama sahaja.

Anak-anak di rumah girang mendapat huluran habuan Aidilfitri.  Untungkan mereka :)  Tak apalah, setahun sekali nak berhabis untuk 3 Little Munchkins!  Buah hati antara paling pandai mencuit hati, yalah dah besar.

Habis segala sesi di rumah segera bertolak ke pusara Allahyarham Adik, Allahyarham Mak dan Allahyarham Onyang.  Juga rutin saban tahun, cuma tahun ini agak terlewat sedikit.  Hampir jam 12 tengahari juga baru sampai di Tanah Perkuburan Jalan Kuching.  

Sejam berada di sana, edisi berhari raya dihalakan ke rumah Nek Long di Jalan Ipoh.  Ini pun rutin biasa.  Walau Allahyarham telah tiada, kami tetap mengunjungi anak Allahyarham yang masih tinggal di sana.

Mereka merupakan keluarga GM.  Allahyarham Nek Long merupakan kakak kepada Allahyarham Mak @ Nenek saya iaitu ibu GM.  Ini juga beerti Allahyarham adalah anak kepada Onyang saya. 

Puas makan, berborak, bergambar tiba masa untuk pulang.  Kali ini Abang turut serta.  Keluarganya pulang ke kampung, dia sahaja mahu ke sana pada keesokkan hari.  Katanya mahu bawa saya sekali.

Ikutkan sahaja.  Sudahlah dia bersyahdu syahdan di hari raya kali ini.  Yalah, tahun pertama tanpa kehadiran Ibu tercinta, segalanya canggung benar.  Dari awal Ramadhan hari-hari sebak mengenangkan Allahyarham Ibunya :(

Kemudian saya berpecah dengan keluarga.  Abang mahu ke rumah sepupunya di Gombak.  Edisi makan lagi!  Sepanjang Ramadhan saya hilang 3kg, sehari berhari raya saya tambah 2kg.  Dahsyat!

Malam menjengah dan kembali ke trek rutin, berkunjung ke rumah keluarga Siti Cutie di Ampang.  Di sinilah bermula episod ngeri saya!  Tak pernah seumur hidup berhadapan masalah pembuangan sisa kumbahan, kali ini membawa padah.

Jejak sahaja di Ampang saya terus menghabiskan masa di bilik air sehinggalah saya minta diri sejam kemudian.  Sebarang makanan tidak sempat saya jamah, dek masalah sembelit terlampau.

Keluar bilik air tak selesa, duduk dalam bilik air masalah tak selesai.  Musibah benar saya rasakan.  Dalam perjalanan pulang Abang belikan sekampit Pil Chi Kit Teck Aun.  Terus saya telan tanpa banyak bicara.

Sampai di rumah, perut menggelodak terus lari ke bilik air.  Duduk sahaja....bbbrruummm... (eeeuuuww) semua keluar.  Yang mana tersangkut tadi semua langsai tanpa segan silu.

Selesai Qada' Hajat, buang diri ke atas katil dan terus ZZzzzzzz....tak sedar diri!  Lauk pauk dibekalkan Siti Cutie pun saya tak sempat makan, rasanya masih ada di dalam peti sejuk.

Sadiskan 1 Syawal saya.  Apa pun saya gembira, Alhamdulillah dapat berkumpul satu keluarga dan masih diberi kesempatan mengunjungi sanak saudara.  Walau segala serba sederhana tetapi ia tetap dirai.

2 SYAWAL
Maaf, tiada gambar untuk dikongsi.  Saya pulang ke kampung Abang di Negeri Sembilan.  Biasalah sesi makan dan makan dan makan dan makan.  Tak pernah berhenti.  Bertolak seawal jam 8 pagi, bertolak pulang lebih kurang jam 9 malam. 

Apa yang mengerikan musim perayaan ini sudah pastinya kesesakan lalu lintas.  Tersangkut juga kami seketika, namun kemudian segala berjalan lancar.  Adatlah tu, semua pun mahu keluar berhari raya.

Di sana sempat berkunjung ke rumah teman baik Abang, Abang Bong.  Juga turut serta rombongan merisik sepupu Abang.  Ini semua perancangan mengejut, ikutkan sahaja.  Bukan buat apa pun, makan yang lebih.  

3 SYAWAL
Ninie masak-masak untuk rakan taulan mereka.  Kami tumpang makan..he..he..he..selepas episod sembelit melampau, sehingga hari ini badan kurang bermaya.  Semua urat sakit-sakit, mungkin kesan dari meneran agaknya..eerrkk!!

Boleh pula rumah Ninie lifnya rosak.  Aduyai, bencana namanya!  Kaki lutut semua sakit-sakit, ini terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat empat.  Demi adik gagahkan juga.  Nanti kata tak sudi pula.

Dari rumah Ninie, GM ajak ke rumah Makcik di Taman Permata.  Bolehlah, lagi pun tak ada kemana-mana.  Berempat (saya, Abang, GM dan Cayang Ejiki) pergi berhari raya.  Tanda-tanda episod ngeri 1 Syawal seperti mahu berulang.

Makanan boleh tahan sedap, tetapi selera tertutup dek kesakitan yang terasa ;( Kali ini saya tak layankan sangat, mujur tidak teruk.  Kalau tidak...mahu saya tarik Abang ke hospital malam itu juga. 

4 SYAWAL
Hari ini GM heret kami ke rumah saudaranya lagi =)  Biasalah, GM anak kota.  Sanak saudaranya semua di KL sahaja.  Senang!  

Pertama ke rumah sepupu GM di Wangsa Maju, kemudian anak sedaranya juga di kawasan berhampiran dan akhir sekali ke rumah sepupu saya di Ampang.

Hari yang amat menyendatkan perut.  Terasa benar kesengkakkannya.  Kena jaga ni, jika tidak ada yang tak boleh keluar pintu sebaik Syawal melabuhkan tirai.

Tahun ini saya dan Abang mensasarkan hanya 3 buah rumah sahaja dalam satu hari.  Kurang tak mengapa, lebih kalau boleh tak mahu.  Keadaan Abang kurang sihat membataskan selera, oleh itu kenalah hormat dia..hik..hik..hik..

Itu pun awal pagi hari ini menggagau mencari Klinik Kesihatan.  Meski cuti raya, tidak beerti rawatan turut cuti sama.  Nasib baik ada yang berhampiran, jika tidak ke klinik biasa sahaja jawabnya.

Fuh!! Sekali jalan cerita Syawal.  Tengah punya idea mencurah bolehlah.  Esok lusa, kembali sepi.  Biasalah tu, macam tak kenal saya.  Harapannya ada yang sudi membaca dan terisi masa senggang sementara menanti rakan lain update blog mereka. 

Ke mana pula arah tuju esok dan hari seterusnya?  Jika punya ruang pasti aka diloretkan di sini, Insyaallah.  Buat rakan-rakan jaga makan ya.  Segalanya biar berpada.  

Bagi yang akan pulang ke kampung / dari kampung, berhati-hati di jalan raya.  Elakkan menjadi tajuk akhbar kerana ramai bakal menangis jika benar musibah terjadi.  Ish!!  Minta simpang dari segala malapetaka.

Jom saya sajikan gambar-gambar yang sempat dirakam pada 1 Syawal.  Hari-hari lain, 'nan ado'.  Tahun depan sahajalah kita beria-ia mengambil gambar ya..


 FAMILI CERIA!



 GELAGAT SI KECIL



KAMI YANG BELUM BERKELUARGA..he..he..he..



 WARIS EMPAYAR KAMAL AMIR AL-HAJ (GP) & ROHANA ISMAIL (GM)



DAH MACAM ANAK TERUNA BUAH HATI NI HA.  LAGI 10 TAHUN MEMANG DEWASA BENARLAH DIA.  DAH BOLEH DITUGASKAN MENJADI PERSONAL BODY GUARD


INI HANYA SEBAHAGIAN DARI KELUARGA BESAR GM.  JIKA DIKUMPULKAN SEMUA MEMANG SAH TAK MUAT KAMERA.  


MEREKA PUNYA CERITERTA SENDIRI, TERLAKAR KENANGAN SYAWAL 2012..ha..ha..ha..PAKAI BAJU SAMA!  BERBULU JEK MACHO MAN, NAK BUAT MACAMANA.  INI TAKDIR NAMANYA!


 
 

 nota:  bersyukur di atas segala kurniaan Illahi, keluarga lebih berharga dari segalanya

::Salam Minal Aidil Walfaizin 2012::

As-salam di Syawal ke-4..
 
Sekejap sahajakan.  Esok sudah masuk 5 Syawal tetapi saya yakin semua masih berada di dalam suasana keraian.  Pasti ramai melajak cuti sampai seminggu lebih.  Alang-alang bercuti apa salahnya.
 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan MINAL AIDIL WALFAIZIN buat semua yang sudi membaca coretan tak seberapa di sini.  Andai ada kata-kata kurang enak di hati serta tersinggung rasa, maaf zahir dan batin di pinta.
 
Saya hanya manusia biasa, kadangkala lepas perilaku, lepas bahasa.  Harap segala kesalahan sudi dimaafkan.   
 
Semoga Syawal kali ini mengukuhkan lagi ukhwah yang telah sedia terjalin.  Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menjamu selera di rumah terbuka =) dari saya dan keluarga.
 
KELUARGA TERCINTA!




nota:  cerita raya nanti bersambung ya...

Wednesday, August 15, 2012

::Fuuhhh....Akhirnya!!::

Setelah beberapa hari bertungkus lumus dalam menyiapkan tempahan popiah, akhirnya hari ini berjaya juga selesai.  Alhamdulillah!!

Terasa lepas segala beban yang ada.  Itu pun setelah saya menolak hampir 40 botol tempahan hadir di penghujung-penghujung ni.  Maaflah ya, saya tidak punya kakitangan tambahan, hanya setakat itu sahaja termampu.

Okay, mahu berehat seketika.  Insyaallah nanti akan ada entri menyusul, itu pun jika saya tidak penat dan persiapan lebaran tidak terlalu padat.

SELAMAT HARI RABU RAKAN-RAKAN...




nota:  Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Friday, August 10, 2012

::JUALAN KUIH RAYA::

*Entri ini Sticky Mode sehingga Hari Raya, entri terbaru di bawah entri ini ya* 

As-salam Pembaca Budiman,

SEMPENA KEDATANGAN SYAWAL SAYA ADA MENJUAL BEBERAPA JENIS KUIH BAGI MENCERIAKAN HARI LEBARAN RAKAN-RAKAN.  JIKA MEMIKAT HATI DAN BERMINAT, BOLEH DAPATKANNYA YA =).  PERTANYAAN LANJUT BOLEH HANTAR KE EMAIL SAYA:  maria_190998@yahoo.com / iluvclothez@gmail.com / Facebook

HOMEMADE KUIH SIPUT
1KG:  RM22  1/2KG:  RM12 (harga istimewa bagi tempahan melebihi 10kg)
TARIKH TUTUP BAGI HARI RAYA:  10 0G0S 2012 (bagi yang ingin awal untuk kudapan pun boleh, kami ada ready stock)
- Penghantaran terus ke kawasan anda (bergantung kepada kawasan tertentu dan kos penghantaran akan ditentukan kelak)

- Boleh diambil dari beberapa pick-up point yang kami aturkan mengikut tarikh dan masa kami (tiada sebarang kos penghantaran akan dikenakan)

- Melalui pos laju kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli tetapi harus awal.  Jika tidak kuih sampai selepas raya



HOMEMADE KUIH GUNTING
1KG:  RM22  1/2KG:  RM12 (harga istimewa bagi tempahan melebihi 10kg)
TARIKH TUTUP BAGI HARI RAYA:  10 0G0S 2012 (bagi yang ingin awal untuk kudapan pun boleh, kami ada ready stock)
 
- Penghantaran terus ke kawasan anda (bergantung kepada kawasan tertentu dan kos penghantaran akan ditentukan kelak)

- Boleh diambil dari beberapa pick-up point yang kami aturkan mengikut tarikh dan masa kami (tiada sebarang kos penghantaran akan dikenakan)

- Melalui pos laju kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli tetapi harus awal.  Jika tidak kuih sampai selepas raya



KAMPUNG MADE BATANG BURUK
 
RM 15, 100 biji
 TARIKH TUTUP BAGI HARI RAYA:  10 0G0S 2012 (bagi yang ingin awal untuk kudapan pun boleh, kami ada ready stock)
 
- Penghantaran terus ke kawasan anda (bergantung kepada kawasan tertentu dan kos penghantaran akan ditentukan kelak)

- Boleh diambil dari beberapa pick-up point yang kami aturkan mengikut tarikh dan masa kami (tiada sebarang kos penghantaran akan dikenakan)

- Tiada penghantaran menerusi pos laju, bimbang kuih rosak/ pecah / berderai


KEK LAPIS LEGIT IMPORT DARI INDONESIA (PRE ORDER)
HARGA:  RM 45/1kg
TARIKH TUTUP:  30 Julai 2012 
ETA:  Bermula dari 12 Ogos 
 
- Penghantaran terus ke kawasan anda (bergantung kepada kawasan tertentu dan kos penghantaran akan ditentukan kelak)

- Boleh diambil dari beberapa pick-up point yang kami aturkan mengikut tarikh dan masa kami (tiada sebarang kos penghantaran akan dikenakan)

- Tiada penghantaran menerusi pos laju, bimbang kuih rosak/ pecah / berderai


TAMBAHAN:

*  Kuih Insyaallah sedap kerana ini bukan pertama kali menjual
*  Pembayaran dilakukan secara COD/Maybank Online bergantung kepada situasi
* Pick up Point buat masa ini:  Kota Damansara, HUKM, Sentul, Damansara, Bangsar.  Tarikh belum ditentukan lagi
*  Sesiapa yang berminat untuk menjual pun boleh hubungi saya tetapi dengan kuantiti yang munasabah
*  Apa-apa sahaja pertanyaan saya sudi menjawab.  Hantarkan sahaja ke email ya:  maria_190998@yahoo.com / iluvclothez@gmail.com