Followers

Thursday, May 31, 2012

::Selamat Tinggal Mei 2012::

Lama sungguh tidak berkata-kata di lembaran maya.  Terlalu banyak perkara berlaku dalam sekelip mata lantas membantutkan rasa untuk bercanda di sini.

Perlu sedikit masa untuk kembali ke rutin sedia kala, Insyaallah akan tiba masa itu lantas kembali berbicara samada omongan kosong mahupun memberi sedikit informasi.

Hari terakhir di bulan Mei 2012, tiada sebarang perubahan drastik dalam diri malahan keadaan semakin menghimpit :( apa lagi daya usaha sendiri hilang arah.  

Esok secara rasmi masuk ke pertengahan tahun.  Adakah segala dilalui 2011 akan diharungi sekali lagi pada tahun ini?  Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui walau harapan setinggi menggunung butuhkan perubahan.  

Cukuplah sedikit coretan memberi tanda saya masih lagi sihat bernyawa.  Terima kasih buat sesiapa yang singgah ke sini sepanjang ketiadaan kisah baru.  

Moga bicara saya sebelum-sebelum ini dapat menghiburkan hari anda dan memberi sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.

Akhir kata, Selamat tinggal Mei 2012 dan Selamat datang Jun 2012.  Perkhabaran indah, muncullah di Jun ini buat menceriakan hati yang rawan.





nota:   hilang arah....


Friday, May 11, 2012

::Sedikit Buat Hari Ini::

As-salam di hari Jumaat yang hampir tiba ke penghujung.  Cuaca begitu indah di luar meski menanti tangisan airmata dari Sang Awan.  Hati sudah sampai ke mana agaknya rakan-rakan semua?  Hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi, kebanyakkan dari kita akan mengucapkan selamat tinggal buat pejabat, walaupun bersifat sementara.


Mencari-cari idea dengan berjalan ke sana sini untuk berkongsi bicara, ternyata kebuntuan semakin melanda.  Apakah ini menandakan kewibawaan otak untuk mencerna sesuatu baru semakin ditelan usia?


Tetapi bila lama berlayaran di dunia tanpa sempadan ini, bosan pula cepat sahaja menjengah.  Inilah manusiakan.  Bila tiada sibuk hendakkan segala kemudahan, bila sudah ada, segalanya mudah dihujung jari semakin laju mual dan malas menguasai diri.  


Minggu ini minggu sakit.  Siti Cutie masuk hospital, belum tahu untung nasib lagi.  Macho Man turut terkena tempias sejak hari Isnin lagi.  Abang turut mengalami nasib sama bila satu-satu penyakit muncul hingga tewas untuk membawa badan ke sana ke mari.  


Anak-anak badan sedap tak sedap, selsema dan batuk mula menghurung mereka.  Semalam giliran Ayu Bam Bam pula seakan-akan mahu dihinggap selsema dan sakit tekak.  Alhamdulillah saya belum menunjukkan sebarang tanda tewas dengan keadaan, cumanya saya lebih kepada jiwa kacau.. ha..ha..ha..


Ujian Allah tidak kenal sesiapa, tidak melihat apa situasi.  Itulah cabaran sedang kami depani, Insyaallah berjaya diatasi berkat sabar dan doa tidak putus kunjung dari semua.  Bila kenang segala apa berlaku, seolah tidak sabar untuk meraikan kejayaan yang sedang diusahakan.  


Jika adalah rezeki kami sekeluarga, sujud syukur ke hadrat Illahi adalah perkara terawal bakal dilaksanakan.  Moga Allah mendengar rayuan dan rintihan kami :)


Okay, dua tiga hari ini cerita ngetop sudah pasti kes ibu kurang siuman membelasah bayi darah daging sendiri.  Tipulah jika tidak sayu hati melihat keadaan bayi tersebut diperlakukan sedemikian (maaf saya tidak tergamak untuk berkongsi video tersebut di sini, cari sahaja di Youtube atau mana-mana laman web ya).  


Bila sahaja menonton terbayang akan anak-anak di rumah ini yang dimanja dan dibelai dengan penuh kasih sayang.  Anak-anak sekalian, Farysh, Izz Ziqry, Fyrash:  "betapa kalian beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang utuh dengan ikatan Ukhwah serta penuh kasih sayang.  Lihat di luar sana, ramai tidak beruntung dan tidak bernasib baik seperti kalian bertiga.  Moga kalian membesar sebagai insan kenal erti Syukur dan Tawadduk kepada apa sahaja perintah dari Allah SWT buat umatnya.  Toleh ke belakang dan lihat masa silam mu di mana kamu dibajai dengan segala limpahan kurnia dari keluarga kita yang bahagia!"


Antara adegan mengundang hiba saya apabila bayi tersebut tetap mahu berjalan ke arah ibunya walaupun dipukul bertalu-talu seolah meminta simpati dan ingin menzahirkan betapa dia memerlukan kasih sayang.  Okay, tak mahu membayangkan lagi.  Mengundang sebak teramat.


Apa agaknya untung nasib menimpa bayi tersebut?  Pastinya dia membesar di dalam keadaan trauma melampau.  Moga terpelihara nasibmu anak, Insyaallah kebahagiaan pasti menanti suatu hari nanti.  


Rentetan muat naik video tersebut, perakam mendapat cemuhan hebat.  Saya sendiri pada mulanya naik angin juga kepada dia.  Yalah, kerana dia menghalalkan perbuatan zalim dan dengan senang hati menjadikannya bahan tontonan ramai.


Inilah kita manusiakan, cepat sahaja membuat kesimpulan.  Tetapi sesiapa pun akan terus memberikan kesimpulan kerana merasakan perkara tersebut tidak patut langsung berlaku dan ianya kejam.


Setelah mendapat cerita sahih, kasihan pula rasanya kecaman terhadap wanita tersebut.  Siapa sebenarnya dalang bertindak menyebarkan video tersebut hingga menimbulkan gangguan emosi di kalangan kita semua?


Mungkin niat penyebar itu baik untuk menjadikannya pedoman tetapi, dia juga harus sedar betapa khalayak Malaysia mempunyai sifat keprihatinan teramat tinggi dan mereka tidak boleh melihat sebelah mata sahaja perkara sebegini.


Terharu saya apabila menjelang petang sewaktu hari video tersebut beredar di laman maya, pihak polis menerima panggilan aduan lebih dari 300 orang.  Ramaikan?  Alhamdulillah, sikap sedemikian belum benar-benar pupus di kalangan rakyat Malaysia walaupun ada sesetengah dari kita buat tidak peduli sahaja.  


Cumanya, sedikit menganggu fikiran saya.  Cukupkah hukuman setakat 18 bulan penjara? Walhal mangsa terpaksa membayar akan sikap kejam tersebut sepanjang hidupnya, barangkali.


Siapalah saya untuk mempertikaikan undang-undang tetapi dengan hukuman ringan sedemikian, jenayah zalim ini akan berleluasa dan pelaku akan menganggap tiada apa perlu dikhuatiri.  


Barangkali kerana status ibunya yang kurang siuman dan kerana itulah hukuman hanya setakat itu.  Entahlah...


Alamak, membebel panjang pula.  Saya harus usai segera dan melengkapkan diri serta mental dengan kesesakkan lalu lintas bakal didepani sebentar lagi.  Ada rezeki saya sambung bebel lagi hal ini....








nota:  Selamat Berhujung Minggu...
  











Wednesday, May 9, 2012

::Wordless Wednesday 3::

S.U.K.A.Y.A.K.A.M.U.





nota:  kadang-kadang kita tak nampak sebenarnya apa yang Allah cuba berikan

::Wordless Wednesday 2::

Ciptaan Allah itu indah dan keindahan berganda apabila kita tahu menghargainya..

Seronoknya kalau dapat berendam di kala musim panas sekarang ini..


nota:  hikmah terselindung tiada siapa mengetahuinya

::Wordless Wednesday 1::

Sepanjang berada di dalam dunia blog hmm...rasanya dah nak dekat tiga tahun tak pernah cuba buat WORDLESS WEDNESDAY.  Teringin juga bila melihat rakan siber sibuk buatkan, secara rasminya nak buatlah hari ini.  


SELAMAT HARI RABU ALAM SIBER!   


Terus tersenyum walau hati gundah gulana







nota: Senyum tanpa perlu kata apa-apa

::Bowling, Ampang Point::

Awas!  Entri bergambar lagi.  Maaf jika mengundang jemu, inilah akibatnya bila pemilik blog diterjah kemalasan tahap melampau.

Okay, gambar-gambar ini dirakam sewaktu kami menghabiskan masa demi menantikan sesuatu dari pihak ketiga.  Lama sudah sebenarnya.  Dalam bulan Februari 2012.  

Namun segala apa diharapkan itu tidak menjadi kenyataan maka tinggallah gambar menjadi kenangan.  Jangan bertukar mimpi ngeri sudah!

 Ya, kami ke sini, Ampang Super Bowl di Ampang Point.  Sebenarnya kami dari rumah keluarga Siti Cutie, itu yang pilih untuk ke situ.  Hmm.. lama juga tidak bermain bowling.  Kali terakhir rasanya dalam tahun 2004/2005 macam tu.


 Bersungguh-sungguh gaya ini orang.  Lama tak main, bila bermain semula harap maklumlah.  Serba tak menjadi gayanya


 Agak-agak jatuh tak semua pin yang ada?


 Teruja Buah Hati dapat bermain sama.  Walau tiada sebarang pin dijatuhkan, tetapi dia menang gaya terlebih sudah!


 Erk??!! Tak faham!! Yang pasti tujuan utama Abang mahu menyakat Siti Cutie


 Tak sampai 5 balingan, dia dah mengadu lapar.  Walhal lutut mengigil melihat jualan di situ.  Akhirnya aiskrim strawberi menjadi pilihan


 Dan saya lebih kurang Buah Hati, makan dan makan.  Mainnya tidak!  Tak senonoh rupanya


 Buah Hati bersama Pakciknya, adik kepada Siti Cutie


 Keluarga bahagia.  Manje Yash tinggal rumah kerana Mama dan Papanya mahu meloncat sakan tanpa sebarang gangguan


 Saya pun mahu juga!  Antara lelaki-lelaki kesayangan saya.  Mereka berdua punya persamaan mungkin sejak azali, LORAT dan DEGIL.  Apa pun saya sayang mereka

Agak-agak lepas ini akan bermain lagi tak?  Era jaguh bowling telah jauh ditinggalkan, lagi pula saya tidak lagi boleh mengangkat beban.  Tak apalah, giliran anak-anak pula meneruskan minat dan kecekapan di dalam sukan bowling.

Berapa caj sekarang saya sendiri kurang pasti.  Tetapi hari itu, mereka bertiga bermain untuk 2 set tidak sampai RM50.  Kaki bowling pasti sudah biasa dan tahu berapa harga dikenakan.  




nota:  melihat bola bowling, segala kenangan seakan berputar semula...



nota: semakin ingin cuba dilupakan, semakin ia datang menghampiri...

::Jalan-Jalan di The Curve::

Secara semulajadi, hujung minggu adalah saat paling membosankan bagi warga Kuala Lumpur.  Ke mana sahaja hendak berjalan pasti menimbulkan kerunsingan.  Masakan tidak, segala tempat di bandaraya boleh dijelajahi bila-bila sahaja tanpa menunggu waktu cuti.

Sekian lama menjadi anak jati KL, saya sendiri berhadapan dengan kemurungan di hujung minggu.  Pening kepala memikirkan mahu ke mana terutamanya bila anak-anak ada di rumah.  Lagi pula, keluar tanpa menggunakan sebarang duit adalah amat mustahil.

Oleh itu, kadangkala tempat biasa diterjah dengan paksa rela menjadi pilihan.  Bila masanya gambar-gambar ini diambil saya sendiri sudah lupa, yang pasti hari Sabtu bertempat di The Curve (TC).

Lokasi TC tidak kurang 15 minit dari kediaman.  Biasa juga ke sana cuma bezanya ada aktiviti sampingan untuk kanak-kanak.  Bolehlah, bagi mengisi masa lapang budak-budak.  Apa yang menyesakkan apabila umat dunia terlalu ramai setiap kali hujung minggu.  Rimas!  

Tengok sahajalah gambar ya.  Itu pun tak banyak mana dan hanya menggunakan kamera telefon, kerana itu kualiti gambar sangatlah teruk.

 Inilah aktivitinya,  Bungee Trampolin.  Bayaran dikenakan RM12/10minit untuk kanak-kanak dan RM15/10minit untuk dewasa (kalau tak silap) dan akan dihadiakan sekeping gambar berukuran 8R


Kerjanya adalah melompat dan melompat sehingga yang paling tinggi termampu dilakukan.  Buah hati sedang cuba mendapatkan rentak bagi melayangkan badan


Bila tidak menjadi, bantuan Papa amat diperlukan.  Respek pada Buah Hati, dia tidak gentar langsung.  Ada ciri-ciri bermain permainan ektrem dia ni


Cuba memberikan pose menarik


Kepenatan setelah melompat-lompat


Sebelum bermain trampolin, sempat lagi dia merayu untuk menunggang gajah.  Nasib baik semua mood pun okay, bolehlah dilayan permintaannya.  Kalau tidak, pasti konflik tercetus!


Tak pasti pula masih ada atau tidak Bungee Trampolin ini.  Lagi satu, dia terletak di E-Curve, satu bangunan dengan Cathay Cineplax tingkat bawah sekali berhadapan restoran makanan segera Popeye.

Zaman berseronok yang terlampau sudah berlalu barangkali, kini masa untuk melihat tawa riang di wajah anak-anak.  Di tambah pula dengan hakikat hidup kita bukannya lama mana lagi.




nota:  ada manis...ada pahit...rencah dalam kehidupan  
    

 

Tuesday, May 8, 2012

::Kantoi Yang Paling Kantoi::

Jom saya kongsikan kisah jenaka yang diperolehi melalui email.  Tersenyum seketika saya ketika membacanya.  Moga tengahari anda semua tercuit dengan cebisan kisah di bawah.  Mungkin ada juga pernah membaca atau mendengar kisah ini.  Betul atau tidak, Wallahualam..
TERIMA KASIH RAYMIE SUDI MENGHANTAR EMAIL INI YA!!

Aku baru kahwin & duduk dgn bini aku berdua. Aku ni ada tabiat suka mkn telur rebus. Tak tau la nape, sedap agaknya. Sejak aku kahwin tabiat tu kurang sikit sebab bini aku masak sedap2 tapi dah lama gak la aku tak pekena telur rebus ni.
 
So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt otw tu, aku singgah kedai mkn. Ada telo rebus! apelagi............, aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn.
 
Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu..
 
Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi. Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das! PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..
 
Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong..
 
ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku la tanya bpk mertua aku, 'dah lama ke pak smpai?' Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"


 Gambar diambil dari Google Image


Amcam!  Agak-agak kalau terjadi pada kita, apa reaksi bakal kita lahirkan.  Malu tak usah cakaplah.  Mahu bertahun orang akan bercerita.  Siapalah agaknya Si Pencerita ini?  Teringin pula nak tahu apa reaksi dia terhadap insiden ini, jika benar berlaku





nota:  jangan tersengih-sengih ya..

::Berjalan-jalan di Titiwangsa::

Kalau diikutkan sifat malas yang semakin beraja, sememangnya tidak akan ada satu pun mampu dilaksanakan.  Makin dilayan makin menjadi-jadi jalarannya.  Celoteh berjela pun bukan bernafsu sangat, kita mengambil langkah selamat, kisah bergambar.

Dalam 3 minggu lepas, GM teringin sangat ke Ampang Park.  Ada barang hendak cari katanya.  Sampai di sana, mengecewakan.  Dua ke tiga jam juga berpusing-pusing di sana sampai dapat merasakan orang berjual dah kenal muka kami semua.

Kebetulan Macho Man sekeluarga ada janji temu dengan keluarga belah mertua di The Mall.  Masalahnya malam, itu yang lantas ke Taman Tasik Titiwangsa.  Motif utama, mahu menghabiskan masa di tempat kurang mengugut saku wang.  

Maunya tidak, bayar letak kereta di Ampang Park sahaja telah menjerut RM10.  Mahal gila!  Mana lagi parking free kalau bukan di taman, maka berombongan kami ke sana.  Lagi pula boleh budak-budak bebas berlari.  Kalau jatuh tanggung sendiri.

Bila sampai sana, lensa kamera menjalankan tugas dan hasilnya seperti di bawah.  Tak banyak mana pun, semua seperti lesu sahaja.  Biasalah memikirkan perkara berselirat di kepala.  Keriangan ala kadar.


 Anak-anak yang punya keletah mereka tersendiri.  Gigih Cayang Eki memeluk Manje Yash hanya untuk bergambar


Makhluk alam yang berjaya mencuri perhatian khalayak.  Ralit budak-budak memerhatikan gerak-geri Sang Biawak



Ha, kan betul!  Tengok semua mata ke arah mana?  


My family, My Precious.  Half of us but wherever they are, they always in my heart


Macho Man bersama Manje Yash.  Sebenarnya Si Kecik ni tak boleh menahan diri dari melihat air di belakang.  Jika tiada pengawasan rapi, alamatnya.....



Cayang Eki dengan Papa aka Macho Man.  Kalau yang seorang tu tak takut langsung dengan air, yang ini pula...  Dari jauh nampak air kelam-kabut cari kaki untuk berpaut



Posing time!



Bukan senang nak dukung Manje Yash ni.  Budak baru dapat kakilah katakan



Nasib jurugambar memang beginilah.  Jarang-jarang gambar ke udara, tetapi ada peluang mahu juga posing sakan


Siti Cutie pun tak mahu ketinggalan juga, jadi layankan sahaja


Buah hati waktu ni tinggal di rumah neneknya di Ampang.  Sebal juga dia bila tahu kami berjalan-jalan, tetapi keseronokkan di Ampang mengatasi segalanya.  Cumanya pernah berjanji mahu membawa dia naik kuda di Titiwangsa, Insyaallah dalam masa terdekat haruslah ditunaikan.  Asyiklah menyebut nak naik HORSE!



nota:  memang ternyata idea kering.  Nak siapkan entri simple begini pun ambil masa dua jam :(

Friday, May 4, 2012

::Pertama di Mei::

As-salam di hari Jumaat, Penghulu segala hari.  Entri pertama di bulan ke-5 2012.  

Entah kenapa saya dilanda kemalasan teramat sangat, dalam erti kata lain bosan dengan dunia sekeliling baik di luar sana mahupun melalui laman maya.  

Semangat menerawang ke sana sini sambil fikiran asyik memikirkan perkara-perkara negatif.  Sindrom apakah ini?  atau saya sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan diri sendiri?

Kalau nak diikutkan banyak cerita boleh dikongsikan baik kisah sendiri atau pun ngomel perihal disekeliling.  Tetapi itulah, darjah kemalasan melebihi segalanya maka segala omongan hanya berselirat di dalam kepala.

Tengoklah nanti jika segala kembali normal, akan penuh kembali senarai entri dengan repekan.  Buat sementara, saya mendoakan semoga semua kita akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat....







nota:  sambil menaip, sambil pejam mata...mengantuk!!