Followers

Friday, September 30, 2011

::Bicara Kosong::

Setiap kali Jumaat menjengah, setiap kali itu juga banyak hati berbunga riang walau masa berlalu begitu pantas.  Pelbagai rancangan disusun menyambut kehadiran hujung minggu.  Pada yang dapat waktu rehat hampir dua jam lebih, lagilah terasa Jumaat amat pendek.

Tapi bagi orang yang ibarat kerja tak kerja sama sahaja seperti saya, hari Jumaat sama seperti hari-hari lain.  Tiada yang istimewa melainkan ianya adalah Penghulu hari buat umat Islam.  Masuk ke hujung minggu adalah satu penyeksaan.  Tak pasti mahu mengarah ke mana.  Apa lagi ada di Kuala Lumpur ini, melainkan pusat membeli-belah begitu gah.  Punya wang berlebihan, boleh sahaja ke sana.

Di tambah pula sekarang ini, kesesakan lalu lintas tidak kenal hari.  Setiap hari sama sahaja malah hujung minggu boleh jadi hari yang menyesakkan dada tatkala terperangkap di dalam kesibukan jalan raya.  Hendak keluar dari Kuala Lumpur bukan boleh diamalkan selalu, segalanya memerlukan ongkos.  Setakat cukup-cukup di dalam kocek, baik lupakan sahaja niat.

Maaf, belum punya mood yang baik untuk berbicara, saya borak kosong sahaja di sini.  Saya manusia biasa, sampai satu detik fikiran melayang entah ke mana.  Mengenang nasib diri barangkali.  Doakan saya kembali ke tahap kestabilan dan boleh berbicara seperti sedia kala.  

Selamat Berhujung Minggu Rakan-Rakan!!!




nota:  kosong..... 

::Random Thursday::

(sorry, am using both language in this entry.  Everything jumbled up just like me today)

Sepanjang hari tidak bercanda di sini, pelbagai rasa merantai diri menyebabkan langsung tidak bermaya.  Add on, last night did not have enough sleep.  Manakan tidak, slept with Buah Hati really put me into great challenge.  Dah nama pun budak lasak, mata terpejam sekali pun tetaplah melasak.  Katil ibarat dia yang punya.  He usually sleep with GM, unfortunately Ziq Cayang fall sick so better separate them.  

Wake up not in good condition than some issue pop-up and again make me totally down.  Just unable to focus on my day and I felt tired easily.  Dalam masa yang sama, pinggang pula sakit secara tiba-tiba.  Knowing me, kalau dah sakit pinggang nothing I could initiate rather than laying on my bed.

Menjelang petang, Abang pula buat diri tersinggung.  Perkara kecil sebenarnya tetapi bila di dalam keadaan begini, yang kecil itulah boleh menjeruk rasa.  Dia tak perasan apa pun, cuma saya yang terasa lebih-lebih and by this time, I'm okay already.  

Because of things happen after one another, I lost my appetite.  Sebenarnya puasa, tapi entah macamana boleh terlupa dan selamba sahaja masukkan makanan ringan ke dalam mulut.  My fault due to uncertainty condition I guess. Tapi menjelang malam, perut berbunyi minta diisi.  Nak tak nak, pergi jugalah beli makanan, akibatnya dalam jam sebegini masih belum boleh melelapkan mata.  Perut sengkak dan ketat yang melampau!

At the same time, Ziq Cayang has give me such a valuable present.  He vomit on me!  Urrgghhh....way me??!!  Saya memang penggeli dan perkara sebegini boleh membuat saya tumpang sekaki untuk turut muntah sama.  Kelam kabut masuk tandas untuk membersihkan diri, terus mandi.  Cannot stand with the SMELL.  Thank you Izz Ziqry for the present.  After this please love me more and put my name in your list as most favorable auntie.

And now, am watching Step Up 3.  How I wish to be a good dancers just like them cause  I believe dancing is my another part of life.  Used to dream to become a great dancer but never get any encouragement.  Parents know better for their kids right?  :)   

My conclusion of the day, CARCA MARBA.. That's all!!!



nota:  semak...

 

Wednesday, September 28, 2011

::Perkhidmatan MyEg::

Buat pertama kali saya cuba berurusan secara talian internet bagi pembaharuan insuran kereta dan cukai jalan.  Selama ini ramai memuji perkhidmatan pantas diberikan MyEg Services lantas tidak salah bagi saya untuk mencuba.  Kemudahan sedia ada tidak salah kita gunakan asal tidak menyusahkan kelak.


Memang benar, dalam tempoh setengah jam segala urusan pembaharuan selesai dan kini saya hanya menanti penghantaran cetakan cukai jalan tiba ke pintu rumah.  Selagi belum terima, belum boleh memuji perkhidmatan MyEg.  Manalah tahu ada masalah kelak.  Jika semua selamat saya kongsikan di sini nanti.  Ternyata, semakin lama semakin senang untuk melakukan sesuatu.  Segalanya hanya di hujung jari.


Apa pun lega rasanya telah selesai satu perkara yang membelenggu hati.  Maunya tidak, di dalam kesempitan macam-macam pula harus dikeluarkan untuk pembayaran tetapi tidak punya banyak pilihan kerana kereta begitu penting buat kami semua, payah pula nanti.


Rakan-rakan pernah menggunakan khidmat MyEg?  Bagaimana pengalaman anda?  Mudah atau menyusahkan?  ;)




nota:  terpaksa juga...

::Surah Al-Kausar::

 Saya peroleh dari Google Image

Tidak disangka selepas berkongsi perihal Doa Duduk Di Antara Dua Sujud, sepupu saya pula berkongsi hikmah di sebalik surah Al-Kausar (seperti gambar di atas) dan kebetulan pula, ini adalah surah yang sering saya lagukan sewaktu mendirikan solat (ayat pendek sebenarnya).

Walau lidah lancar mengalun, tidak pernah terfikir begitu besar hikmah di sebalik Surah paling pendek ini, iaitu hanya mengandungi 3 potong ayat sahaja.  Mengikut kiriman yang diberikan kepada saya, Surah Al-Kausar bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai itu diperbuat daripada batu permatan nan indah dan cantik.

Manakala rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.  Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ianya diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi 
 
Selepas ini harus meneruskan amalan sedia ada dan lebih menghayati.  Ternyata terlalu banyak rahsia Allah SWT tidak kita bongkar.  Apa yang diperoleh ini saya panjangkan dan kongsi buat anda semua, moga kita beroleh kebaikan dariNya.
 
Wallahuaalam... 



nota:  perkara baik tidak perlu tunggu untuk dikongsi..

::Sekadar Berkongsi::

Sebelum adanya segala macam laman sosial di alam siber ini, saya banyak bergantung kepada email untuk berhubung dengan rakan-rakan di samping bertukar pendapat dan informasi.  Kebetulan pula saya bukanlah seorang rajin hendak melayari dari satu laman sesawang ke satu yang lain.  Oleh itu kebanyakkan email berguan yang diperoleh saya simpan, mana tahu berguna di masa akan datang.

Terlanjur saya malas untuk mengarang bicara di sini, apa kata saya kongsikan informasi yang saya simpan.  Pastinya info ini telah ramai peroleh, tapi rasanya tak salah jika saya ulang pakai.  Manalah tahu ada yang belum pernah baca, ianya merupakan bonus.  Lagi pula untuk mengisi masa terluang anda semua di sini, sekurang-kurangnya adalah sesuatu.. ;)

RAHSIA DIRI PADA TARIKH DILAHIRKAN

1 hb-  Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2 hb-  Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya

3 hb-  Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati

4 hb-  Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah

5 hb-  Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi

6 hb-  Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta

7 hb-  Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat 

8 hb-  Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9 hb-  Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10 hb-  Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11 hb-  Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???

12 hb-  Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13 hb-  Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14 hb-  Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15 hb-  Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16 hb-  Kamu ini seorang yang moody rupanya.. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17 hb-  Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18 hb-  Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19 hb-  Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan persahabatan sebelum menjadi serius.

20 hb-  Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia 

21 hb-  Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22 hb-  Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23 hb-  Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampangi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan si dia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24 hb-  Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia

25 hb-  Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!

26 hb-  Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja (ini saya,hmm,,betul ke?? he..he..he..)

27 hb-  Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka!  Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

28 hb-  Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29 hb-  Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30 hb-  Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31 hb-  Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!! 

Rakan-rakan yang mana satu?  Tepatkah seperti apa diramalkan?   Jika tepat mungkin ianya secara kebetulan.  Jika tidak tepat, kita sendiri sedia maklum ini merupakan sesuatu yang umum dan sebagai manusia kita tidak sama seperti orang lain. 

Apa pun tidak perlu percaya 100% apa diperkatakan kerana kita yang membentuk diri sendiri lagi pula ini mungkin mewakili 0.01% nilai di dalam diri.  Ini hanya sebagai panduan dan analisa umum sambil berseronok menilai manusia disekeliling.


nota:  tak salah berubah ke arah kebaikan dan tak salah juga menambah segala kebaikan sedia ada.. 

::Penuh Hikmah Segalanya::

Tertarik dengan kiriman email dari seorang Hamba Allah.  Walau tidak panjang email yang dihantar, tetapi cukup membuat saya terpikat.  Benar katanya, kadangkala kita buta hati dalam melunaskan tanggungjawab sebagai hambaNya, walhal dalam setiap perkara yang diperintah telah punya hikmah tersendiri.  Terutamanya di dalam solat.  Segalanya telah lengkap.

Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud antaranya, walau pendek tetapi mengandungi maksud mendalam.  Saya sendiri hanya menghafaz dan melafazkan tanpa mengambil tahu erti disebaliknya.  Tatkala mengetahui melalui kiriman email tersebut, benar-benar menyentuh ke hati saya.  Moga Allah menerima segala apa dilafazkan seharian walau selama ini buta tuli.  Memang benar, Allah itu Maha Berkuasa dan segala apa direncanakan di dunia punya hikmah besar tersembunyi.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku)

WALLAHUALAM...


nota:  bila telah mengetahuinya, sentiasa rasa tidak sabar untuk melaksanakannya. 

::Kisah Rambut::

Terlanjur menggodek komputer riba Abang ni, sambil-sambil kita bercerita dan saya sedang mencuba meletakkan watermark di dalam gambar.  Harapnya berjaya.   

Ok, tak perlu berselindung lagi, sememangnya saya tidak memakai tudung.  Di awal zaman remaja dahulu, macam-macam gaya rambut saya mencuba.  Semuanya mendapat khidmat nasihat pakar rambut (katanya) walau terpaksa melabur ratusan ringgit setiap kali berkunjung.

Hampir setiap tahun saya mewarnakan rambut hinggalah sampai ke tahap saya bosan dan tak tahu warna apa hendak digunakan.  GM sering menghamburkan kata-kata marah bimbang implikasi kelak, namun sebagai remaja yang keras kepala saya memandang enteng apa sahaja dituturkan GM.

Dalam 5 tahun lepas jika tidak silap, saya mula berhenti mewarna dan menggayakan rambut mengikut peredaran masa.  Kenapa saya sendiri kurang pasti, mungkin atas sebab peningkatan umur dan telah mula menilai setiap wang mengalir keluar.  Ala-ala bertaubatlah ni.  Lantas saya berhenti mengunjungi salun dan hanya akan ke sana jika hendak memendekkan rambut, itu pun saya lebih kerap menggunakan bantuan seorang rakan datang ke rumah.

Apa yang saya suka bila tidak menyalutkan sebarang warna, rambut kelihatan sihat dan tidak perlu membuat sebarang treatment.  Penjimatan berganda, tetapi helaian rambut saya mulai rosak sedikit demi sedikit.  Paling ketara apabila di bahagian tertentu rambut bertukar menjadi warna putih seperti uban. 

Mula-mula saya mengetahuinya, panik tak terkata.  Umur baru sahaja 20-an tetapi kepala mulai dipenuhi uban.  Walau hanya beberapa helai, ianya cukup merisaukan saya.  Mujur ianya tidak berjangkit teruk dan helaian putih kekal bertapak di kepala saya.  Rasakan, pandai sangat menggunakan bahan kimia berlebihan, inilah akibatnya.

Setiap kali menyisir rambut dan terpandangkan helaian rambut putih tersebut, ianya banyak mengingatkan saya seribu satu perkara terutamanya penambahan umur.  Usia tua semakin mengejar dan zaman remaja jauh saya tinggalkan.  Walau ramai menyarankan saya membuangnya, tetapi saya berasa sayang pula.  Biarlah uban itu di situ.  

Entah macamana, dalam bulan puasa baru-baru ini, berderai jatuh rambut-rambut di saat saya menyisir rambut dengan jemari.  Rambut gugur perkara biasa kerana memang terlalu banyak rambut yang gugur.  Terlalu berat barangkali lantaran ini adalah julung kali saya menyimpan rambut panjang sebegini.  Paling-paling sebelum ini hanya setakat di bahagian tengah belakang badan.  Kini hampir mencecah ke pinggang.

Dalam banyak-banyak, terpandang akan saya sehelai rambut berwarna putih.  Alamak!!  Dah gugurlah...Terus minta bantuan Ayu Bam Bam bagi memastikan ada lagikah uban di kepala.  Cari punya cari, sudah tiada.  Ala, sedihnya rasa.  Gugur jua akhirnya.  Lama juga ia mendiami di atas kepala.  Kelakarkan, rambut yang dianggap rosak pun saya sayangnya secara berlebihan.  

Tak mengapalah, akan sampai masanya nanti hitam akan bertukar warna sama ada bersedia atau pun tidak.  Sehelai itu hanya sebagai peringatan dan pengajaran supaya menjadi lebih baik dari sekarang dan yang pasti bertudung adalah lebih baik dari segalanya.   


Alamak kenapa gambar ni tak betul kedudukannya?  Adalah mana-mana silapnya ni.  Tak mengapalah, nama pun percubaan.  Ok, nampak tak rambut tersebut.  Inilah dianya yang telah gugur.  Panjangkan? 



nota:  dah tak ada cerita lain agaknya??

::Segalanya Baru::

Perasan atau tidak, agak lama saya tidak membuat sebarang entri beserta gambar?  Ini kerana saya telah beralih ke sebuah komputer riba yang baru.  Bukanlah baru mana pun, kepunyaan Abang setelah hak milik saya berpindah ke tangan orang lain.

Ini yang sukar apabila segala yang biasa tiada di sini terutamanya untuk meletak watermark dan kerana itu, tidak dapat saya meletakkan sebarang gambar.  Maaf jika anda semua tidak dapat menjamu mata lantas terbit rasa bosan.  Akan diusahakan seberapa segera, Insyaallah.  Wah, gaya bercerita seolah ribuan pembaca menerjah ke sini.

Masih berkira jenama apa yang sesuai untuk dimiliki, namun hati saya berat mengatakan Sony Vaio kerana telah biasa dengan segala perincian serta perisian.  Slow learner di dalam hal ehwal gajet bakal menyusahkan diri sendiri dan membuat orang yang mengajar serasa menyampah.  Siapa lagi jika bukan adinda-adinda saya.  Sebelum mereka give up lebih baik saya bersiap sedia seawal mungkin.

Saya sedang mencuba-cuba, jika menjadi segalanya akan kembali seperti sediakala.  Tengoklah nanti macamana.  Pening juga bila tiada siapa yang sudi mengajar.




nota:  serabut dengan pelbagai hal...

 

 

Tuesday, September 27, 2011

::Cuba Untuk Lebih Mengerti::

Hati sering bertanya mengapa tiada siapa di sisi saat ujian datang melanda walhal waktu tawa ria tidak terbilang ramainya.  Belum berkisah perihal hati, belum bertanyakan bantuan, segalanya belum tetapi bilangan yang ada menyusut secara tiba-tiba.  Benarlah kata pepatah,  saat suka riang tidak perlu berusaha untuk mencari teman.  Begitu jauh terasa di hati kecil ini.

Tetapi bila kembali menggunakan akal fikiran yang waras, sebuah senyuman mampu terukir.  Inilah rencah dunia.  Tak perlu nak menyalahkan sesiapa waima membenci mana-mana  pihak kerana mereka juga hidup di dunia dengan seribu satu masalah melanda.  Mereka juga tercari-cari siapa selayaknya untuk berkongsi bahu bagi mengendong bebanan sedia, maka bersyukurlah tatkala tiada siapa di samping, kita masih punya diri kita sendiri.

Kesilapan kita bila mengenangkan tiada siapa yang sudi waktu di kesusahan kerana tanpa dakwa dakwi, kita punya Tuhan Maha Agung lagi Maha Mengasihani.  Silapnya kita kerana meminggirkan Dia tatkala kita ketawa berdekah-dekah dan diuliti kesenangan.  Salahnya kita kerana lupa segala apa yang diamanahkan pada saat segalanya ada di depan mata dan khilafnya kita kerana hanya sedar pada saat mahu menghulur rayuan.

Setiap perkara berlaku pasti akan datang secara berkembar baik dan buruknya, hanya perlu kupas menggunakan kebijaksanaan yang telah dianugerah.  Apa sahaja berlaku pasti menghadiahkan pengalaman berharga serta membawa kita ke satu lagi tahap kematangan dan di waktu inilah siapa kawan siapa lawan..

Selamat malam semua!!!
nota:  merapu...



::Tersangkut::

Idea tak berapa nak ada 2-3 hari ni.  Banyak perkara berlegar-legar di fikiran, kerana itu tidak berjaya mencanai idea, jika ada sekalipun ianya tersekat-sekat.  Tengoklah mana tahu sekejap lagi akan berfungsi seperti biasa, buat masa ini saya mendoakan semoga rakan-rakan semua berada di dalam kesejahteraan dan diredha Allah SWT.  

Monday, September 26, 2011

::Hati Berbunga::

Kehidupan saya di alam nyata dan di alam siber lebih kurang sama sahaja.  Tak ramai kawan dan kalau ada pun setakat saya tegur-tegur biasa kerana terlalu segan.  Sesiapa sahaja yang sudi berkawan, Alhamdulillah.  Tapi nak lebih-lebih bermesra, memang longlai badan untuk melaksanakannya.


Sejak menggunakan Twitter, rajin juga menegur sapa walau tidak pernah bersua muka terutamanya Top Bloggers tapi tak semualah yang saya ikut.  Ini kerana saya sedar, kita follow mereka tetapi untuk mereka follow kita sememangnya susah.  Yelah, ramai tu follower, takkan nak ikuti semuanya.  Baik mengikut rapat dengan mana yang mereka kenal dan baik sahaja.  Tidaklah nanti terlepas cerita-cerita terkini.

Salah seorang Top Bloggers yang memang saya follow sejak berjinak-jinak dengan Twitter sudah semestinya REDMUMMY.  Secara jujur, Kak Red seorang yang begitu peramah dan selagi boleh dia cuba membalas apa sahaja yang kita Tweet pada dia cuma lambat atau cepat sahaja.  Walaupun Kak Red tidak follow saya, tetapi dapat balasan setiap kali saya reply Twitter dari dia sudah seribu rahmat buat saya.

Awal Syawal tempoh hari, saya telah menukar avatar Twitter dan semenjak itu memang tiada sebarang Tweet dari saya buat Kak Red.  Biasalah, musim raya semuanya pun sibuk.  Hari-hari view timeline dan tahu apa sahaja yang Kak Red shout di timeline, tapi tak balas apa pun.  Baru malam tadi, saya ada membalas apa yang Kak Red tweet dan amatlah teruja....

Bukan kerana dia balas semula tweet saya.  Itu perkara biasa, tetapi dia menyapa dengan ayat, "Avatar baru, sapa budak tu?"  Wah!!!!!  Dia ingat avatar saya sebelum ini dan bila bertukar baru Kak Red perasan.  Itu yang hati terus berbunga-bunga.  Masakan tidak, jika ditimbang tara, berapa ratus balasan tweet yang dia peroleh seharian kerana dia begitu terkenal dan sesiapa sahaja mahu menegurnya.  Setakat saya seorang, takkan mudah untuk dia ingat.  

Tapi itulah kelebihan seorang Top Bloggers aka Redmummy dan saya yakin kerana faktor inilah dia begitu disenangi dan ramai yang menjadi pengikut setia Kak Red samada melalui blognya, Facebook dan Twitter.  Terima kasih Kak, kerana ingat saya.  Tersenyum simpul saya sepanjang malam mengenangkan perkara ini.. he..he..he.. 

Bagi yang baru berkecimpung di sini dan juga di Twitter, saya cadangkan follow Redmummy kerana banyak info dan kisah akan dikongsikan bersama anda semua.  Nak follow Twitter saya pun boleh, kenalkan diri dan Insyaallah saya akan follow rakan-rakan kembali. 




nota:  tersengih-sengih...   

Saturday, September 24, 2011

::9 Tanda-Tanda Saat Kematian::

Saya yakin ramai telah mengetahui perihal ini dan pastinya peroleh melalui pencarian di internet serta sebaran ilmu dari tokoh bijak pandai.  Bagi yang pernah tahu perkara ini, tak mengapalah dan izinkan saya berkongsi di sini buat renungan diri sendiri dan rakan-rakan lain jika sudi kerana hakikat yang kita ketahui, setiap yang hidup pasti akan mati.  Info ini saya peroleh melalui edaran sekular dari Madrasah berhampiran rumah.  Selamat Membaca!!

9 Tanda-Tanda Saat Kematian
1.  100 hari, seluruh badan rasa bergegar
2.  60 hari, pusat rasa bergerak-gerak
3.  40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut.  Lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.  Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing.
4.  7 hari, mengidam makanan
5.  5 hari, anak lidah bergerak-gerak
6.  3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak
7.  2 hari, selurh dahi bergerak-gerak
8.  1 hari, terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar
9.  Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.  Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang alim masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.  Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.  Dan akhir sekai datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"

Sambung Rasulullah SAW lagi:  "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga.  Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.  Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri.  Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Wallahualam....



nota:  sekadar berkongsi

::Rancangan Melodi::

Dulu-dulu wajib menonton rancangan Melodi, di zaman Kak Ogy menjadi pengacara.  Kalau boleh tak mahu terlepas pada minggu tersebut, tambahan pula waktu itu mana ada ulangan seperti sekarang.  Dua tiga tahun kebelakangan ni dah tak punya rasa untuk menonton.  Faktor usia barangkali tapi bosan sebenarnya.  Macam dah tak ada apa-apa setakat gosip semata.

Lagi pula sekarang ni sumber cepat sahaja sampai terutama melalui laman web.  Kiranya ada yang disiarkan di Melodi agak basi jugalah kecuali gosip-gosip yan memang mereka sendiri timbulkan.  Saat ini sedang menonton ulang tayang, tak pasti dari minggu bila.  Glamour betul ye dunia artis sekarang.  Tumpuan berlebihan nampaknya diberikan sekeliling.  Patutlah ramai berebut menjadi artis walau sedar bakat tak seberapa.

GP satu ketika dahulu merupakan bekas wartawan hiburan dan kerana itu sepak terajang dunia artis amat faham sekali dan mungkin kerana itu juga saya tidak begitu berminat dengan dunia hiburan.  Jangan tak tahu, apa sahaja berlaku sekarang, zaman dahulu lagi telah ada.  Bezanya dahulu perkara-perkara dalam selimut susah untuk dibongkar, tetapi hari ini selagi boleh dikorek, akan dikorek sebaik mungkin.

Rasanya penat jadi tumpuan ramai.  Sudahlah bekerja mencari sesuap nasi, apa sahaja dilakukan semua ingin ambil tahu hingga hilang privasi.  Agaknya manusia sekarang terlalu obses untuk mengetahui perihal orang lain terutamanya sisi negatif dan kerana itu Melodi mampu bertahan.  Bukanlah saya menuduh rancangan tersebut hanya mengkhabarkan berita buruk artis, tetapi intipati gosip menjadi hala tuju utama Melodi.

Mungkin generasi muda yang baru minat menonton Melodi dan kerana inilah ianya masih relevan untuk bertahan.  Kiranya Melodi telah meletakkan rancangan mereka ke satu tahap di mana tidak akan putus penonton, kerana itu jika dilihat sekarang wartawan bertugas semuanya muda remaja dan berani.

Tak apalah, moga rancangan Melodi akan kekal sampai bila-bila dan berjaya menjadi  antara rancangan Melayu yang ulung.  Cuma untuk saya menjadi pengikut setia,tidak lagi.          



nota:  dah bosan sangat-sangat beginilah jadinya..

Friday, September 23, 2011

::Tak Habis-Habis Isu Astro::

Agak lama juga tidak meluangkan masa menonton televisyen di waktu puncak iatu dari jam 8.00 malam ke atas.  Sesiapa yang lama mengenali saya di sini, televisyen dan saya begitu sinonim.  Alat kawalan jauh di bawah penguasaan saya sepenuhnya.

Entah kenapa, hari ini sakit hati sangat dan rasa membazir masa duduk setia di hadapan televisyen.  Manakan tidak, sudahlah tiada rancangan menarik boleh pula Astro Ria menyiarkan rancangan temu bual dari negara seberang di waktu puncak.  Aduhai, kami pelanggan Astro bukan membayar yuran laluan untuk menonton rancangan luar.  Sudahlah siaran lain menayangkan rancangan ulangan.  

Terus saya merasakan satu diskrimiasi buat penggiat seni tempatan.  Sebagai sebuah stesen televisyen berpengaruh di Malaysia, Astro sepatutnya memberi laluan dan keutamaan buat karya tempatan.  Walau kurang bermutu, tetap ia tetap karya rakyat Malaysia.   Nak kata rancangan luar tersebut ada kelas pun tak juga.  Balik-balik benda yang sama terutama drama berepisod. 

Secara terang, saya cukup menyampah dengan penyiaran rancangan dari luar terutamanya negara Indonesia.  Bayangkan pada satu-satu masa, hampir ke semua siaran menyiarkan cerita-cerita dari sana.  Jika tak percaya cuba lihat Sabtu pagi, ada ulangan berterusan buat drama Indonesia.  Separuh hari diperuntukkan untuk karya luar.  Sangat tidak adil buat penonton dan penerbit.   

Maaflah buat penggemar tegar drama Indonesia ataupun rancangan-rancangan dari sana.  Saya bukan anti Indonesia tapi kita berada di MALAYSIA dan sewajarnya hanya rancangan tempatan menguasai saluran, bukannya dari luar.  Soalan lapuk, di sana adakah mereka menayangkan produk dari negara Malaysia?  Umum pasti tahu jawapannya kan?   Penat dah rasanya kita memperjuangkan perkara ini, tetapi tetap tiada perubahan!!

Bukankah Astro telah memperkenalkan pakej Indo Pek?  Apa lagi, pindahkanlah ke semua siaran dari Indonesia ke sana dan sesiapa berminat silalah langgan.  Jika disiarkan melalui pakej tersebut, pihak Astro tidak akan rugi.  Berapa ratus ribu rakyat mereka di sini dan sekarang majoriti dari mereka telah ada permit pun, hasil dari program Pemutihan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.

Ternyata pihak Astro tidak pernah melihat apa keinginan pelanggan, segalanya lebih kepada keuntungan.  Isu ulang tayang dah terlalu klise untuk diutarakan, tetap tiada perubahan.  Isu yang selama ini hangat dibincang iaitu cukai ke atas pelanggan senyap begitu sahaja.  Dah agak perkara ini akan berlalu ibarat angin bertiup di telinga, akhirnya pengguna terpaksa menanggung.

Malas sebenarnya asyik cakap berulang-ulang tapi geram juga bila melihatkan benda yang sama sahaja.  Saya lebih sanggup menonton rancangan yang dah berusia 10-20 tahun lampau diulang semula dari rancangan luar.  Sekali lagi saya ingatkan ini tidak ada kena mengena dengan rakyat atau cuba bersikap perkauman tetapi saya juga punya hak sebagai pelanggan.



nota:  bosan..bosan..bosan...

::Menghilangkan Penat::

Nak cerita apa ya hari ni?  Macam dah tak tahu nak berbicara butir perihal, sedangkan banyak sahaja yang terbuku.  Tetapi apa yang terbuku dan tersirat pusing-pusing perkara yang sama.  Sebagai seorang pembaca di laman sendiri, saya sendiri mulai bosan dengan segala rintihan diutarakan di sini.  Seolah tiada perkara memberansangkan atau ke arah positif.  Kalau asyik meratap sampai bila-bila pun tak ke mana.

Alhamdulillah, tatkala menjenguk ke luar ternyata hari ini mentari tidak silu lagi.  Serasa bersemangat di hari Jumaat nan indah pabila dapat merasakan bahang panas yang hilang selama beberapa hari.  Apa agaknya khabar murung dua tiga hari yang lalu?  

Semalam Abang bawa menziarah ibunya yang telah pun keluar dari hospital.  Hampir seminggu lebih juga telah berada di rumah.  Melihat keadaannya, Alhamdulillah nampak sihat dibandingkan sewaktu ditahan tempoh hari.  Menurut Abang, kini segalanya perlu diuruskan di rumah.  Senang juga, tidaklah ayah Abang berulang-alik dari rumah ke hospital.  Kasihan sudah tentu, apabila badan sihat selama ini duduk terlantar menghitung hari untuk kembali pulih.  Moga ada keajaiban bakal berlaku buat Abang sekeluarga.

Okey, dapat email dari teman yang sentiasa tidak putus menghantar email-email berguna, Raymie hantar saya email ini semalam, jom kita baca beramai-ramai, manalah tahu berkesan ke atas diri kita.  Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua, Insyaallah

TIPS MENGHILANGKAN KEPENATAN

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a katanya: Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi SAW mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam.  Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi SAW namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. 

Apabila Rasulullah SAW pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi SAW kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. 

Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? 

Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (Allahu Akbar) sebanyak tiga puluh empat kali , tasbih (Subhanallah) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) sebanyak tiga puluh tiga kali*. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam 
 
Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: “La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni ALLAH segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim)
 
Inilah penawar ringkas yang Nabi SAW ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah SAW ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."  

Oleh itu, dicadangkan kepada kaum ibu, para suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), InsyaALLAH petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Wallahu álam....



nota:  perkara baik tak salah untuk kita mencuba
 

Thursday, September 22, 2011

::Luahan Hati Hari Khamis::

Agak sibuk juga hari ni menyiapkan segala perkara yang tergendala semalam.  Tak pasti samada berbaloi atau tidak melaksanakan apa yang diminta, harapnya tidaklah seperti yang saya sangka.  Dah penat mengharap sebenarnya, takut untuk meletak harapan setinggi gunung.  

Masih tercari-cari apa sebenarnya saya harus lakukan buat masa ini.  Benar setiap pilihan ada baik buruk cuma jika punya kesempatan, ingin meminimakan segala apa yang buruk supaya sendiri tidak menanggung beban rasa.  Pada usia sebegini, saya perlu sesuatu yang pasti, dan bukannya pada tahap mencuba-cuba mana tahu mengena.

Saya tidak pernah mencari kesempurnaan di dalam hidup, begitu pun saya juga tidak mudah berpuas hati dengan apa yang ada.  Bukan untuk menjadi terbaik tetapi bagi saya apa sahaja diusahakan perlu dilakukan sebaik mungkin sehingga memberikan hasil memuaskan hati jika bukan bagi pihak ketiga, cukup puas di hati.

Mungkin kerana itu, ujian datang bertimpa.  Adakah saya tidak bersyukur dengan pemberianNya sebelum ini?  Hati saya yakin berkata TIDAK, malahan setiap saat saya sering memanjat kesyukuran di atas segala kurniaan.  Bukan untuk menunjuk-nunjuk ketulusan hati, tetapi bencana menimpa pun saya anggap kurniaan Illahi.

Namun saya yakin, segala apa yang datang hari ini merupakan refleksi dari apa yang telah saya lakukan semalam, hari sebelumnya dan juga masa lampau.  Pembalasan dari Allah tidak diturunkan segera.  Mungkin hari ini saya sedang melalui proses pembalasan di atas kekhilafan lalu.  

Tidak mustahil dalam bercita-cita menjadi individu disenangi dan dihormati, saya telah menyakiti hati dan perasaan orang lain.  Tidak pasti juga, dalam mengejar apa diingini saya telah menindas individu lain tanpa disedari dan mungkin juga dalam menggapai mimpi saya telah menzalimi insan lain segalanya demi kepentingan DIRI SENDIRI dan kerana itu ketenangan di hati begitu payah untuk dimiliki.  

ATAU yang paling utama, saya telah mengabaikan siapa DIA MAHA PENCIPTA, MAHA BERKUASA, YANG MENURUNKAN SEGALA REZEKI DI DUNIA, YANG MENGATUR SEGALA APA DI MUKA BUMI DAN YANG MENJADI TEMPAT MEMOHON DAN MENGADU kerana itu saya terpaksa menelan segala kepayahan dan selayaknya untuk tidak merungut.

Lantas, saya tidak putus-putus mohon diampunkan segala salah dan silap dariNya dan menghulurkan kemaafan buat sesiapa sahaja di dunia andai sudi memafkan dan mengampunkan segala dosa walau sebesar kuman.  Jika bukan untuk kesenangan di dunia ini, memadai buat bekalan perhitungan di hari penentu kelak.    

Apa yang pasti, harapan tetap harapan dan jika ianya memberikan hasil, ramai individu akan menerima impak di atas kejayaan tersebut.  Moga Allah melihat apa yang kami usahakan ini antara yang paling ikhlas selama ini kerana ramai bergantung harap kepadanya.




nota:  bukan rezeki untuk diri sendiri...
 

Wednesday, September 21, 2011

::Selamat Malam::

Hari ni badan sangat lemau.  Jiwa kosong hendak melaksanakan sebarang tanggungjawab, ibarat separuh nyawa hilang entah ke mana.  Dapat pula arahan harus menyiapkan kerja dalam kadar segera, semua itu menjadikan keadaan serba tak kena.  Cuaca pula sedingin mungkin, matahari teramat silu menunjukkan wajah ceria.  Mungkin mentari sedang bermuram durja seperti saya.

Nak tak nak kerja kena jalan, kalau tidak susah juga nanti.  Entah mengapa, komputer riba ini pula tidak boleh membaca arahan.  Geramlah pula, walhal banyak perkara hendak diselesaikan.  Tak mahu minit terakhir baru terhegeh-hegeh hendak sempurnakan kerja.  Payah nanti.  Macho Man harus menyelesaikan masalah ini dalam kadar segera!!

Ingatkan selepas kunjungan hormat ke klinik pada hari Ahad lalu, sakit akan segera pulih.  Tak pasti di mana silap, sejak malam tadi batuk makin menjadi dan hari ni akhirnya tekak begitu perit.  Secara kebetulan saya berpuasa pula, bertambah kering tekak jadinya.  Bersambung-sambung sakitkan.  Nak buat macamana, terima sahajalah pemberian Allah SWT.  Sekurang-kurangnya Dia tidak pernah lupakan saya lantas bertali arus ujian mengunjungi diri.

Idea belum datang mencurah, saya berhentikan di sini dahulu.  Jika ada nanti kita sambung kelak.  Selamat Malam Dunia!!
nota:  bagaimana lagi harus dibuang rasa gundah ini..

::Aku dan Kesepian::

Disebabkan berita tak berapa nak gembira sampai ke tangan, emosi agak bercelaru juga, apalagi jom saya perdengarkan lagu yang pertama kali saya dengar menerusi Sinar FM dalam minggu lepas rasanya.  Sampai rumah terus cari lagu ini kerana ianya mengundang hiba di hati saya.  Begitu terkesan dan jika saya menghayatinya lebih dalam, bisa mengundang air mata.   Secara kebetulan lagu ini seusia dengan saya.

TAJUK LAGU:  AKU DAN KESEPIAN
PENYANYI:  AZLINA AZIZI


MASA...
SEANDAI KAU BISA BERULANG LAGI
MALAM...
KIRANYA KAU MENCERITAKAN KISAH INI
BIAR...
KUSIMPAN RAHSIA HAITUKU YANG TERLUKA
SEPI...

KASIH...
BAGAI MIMPI KU BERTEMU DAN BERMESRA
NAMUN...
KAU TINGGALKAN KESEPIAN TAK BERMAYA
KINI...
KU MENCARI KEBAHGIAAN TAK BERSUA
PILU...

c/o  MENGAPAKAH KAU CURAHKAN SINAR CINTAMU YANG SUCI PADAKU
HAMPA  DAN KECEWA SEMUA HILANG BAGI DEBU TAK BERKESAN
MENGAPAKAH PERPISAHAN MENGHANCURKAN HARAPAN INDAH KUSAYANG
KU DERITA KEHILANGAN KASIH MESRA

JAUH...
KU TINGGALKAN KISAH DUKA YANG MEMBARA
KINI...
KU MENCARI ERTI CINTA YANG SEJATI
HANYA...
KESEPIAN MENEMANI KU SENDIRI
KASIH...

ulang c/o





nota:  mood hari ini tak menentu ibarat cuaca di luar