Followers

Monday, December 30, 2013

::Papadom 2::

Nota:  Entri ni patut publish 25hb lepas, tapi tak tahu apa terjadi.  Malas nak edit to current date...

Selamat Bercuti semua dan Selamat Menyambut Perayaan bagi rakan yang meraikan.  Dah hujung tahun nampaknya semakin lembab keinginan nak update di sini.

Satu waktu dahulu, hujung tahun sangat dinantikan.  Pelbagai program percutian diatur bagi mendapat ketenangan sebelum bekerja semula di tahun baru.

Belum ada rezeki lagi nak kembali ceria seperti dahulu.  Kalau ada pun suasana sudah tidak sama, terlalu banyak perubahan dan perbezaan telah berlaku lewat 3-4 tahun ini.

Okay, am not dragging myself into sad moment.  Tinggal beberapa hari sahaja lagi, so let me enjoy every second before 2013 leaving in reality.

Last Monday, got chance for movie time.  Ya Allah, lamanya tak menonton wayang.  Sudah tenth Papadom 2 menjadi pilihan.  Yes, I am fan of Papadom 1 & fan of Afdlin Syauki since Soal Hati.

Most of his film either directed or cast by him mesti jadi pilihan untuk ditonton sebab beliau seeing menghidangkan sesuatu yang berbeza dan segar. 

Pergi menonton bertiga, 1st time date movie dengan Cayang Eki.  Berdebar okay!  Knowing his character yang sangat mencabar kesabaran, takut juga dia buat hal.

Tapi Alhamdulillah, he behave.  Dah besar barangkali, lagi pun Uncle Bob ada tu yang agaknya terkawal.  His not like Buah Hati yang over manja dengan Uncle Bob.

Back to Papadom 2, from my opinion its worth to watch too.  Towards the end, dapat rasa kesedihan yang cuba ditonjolkan walhal puas bergelak di pertengahan cerita.

Maybe most of you will say its ageing factor, itu yang tiba-tiba nak mengalirkan air mata.  Tapi, try putting yourself into this story line, kenang segala apa yang ayah kita telah lakukan sepanjang hayat, than you will feel the sadness.

Those pernah tonton Papadom 1, mesti tau how defensive Papa Mia(Liyana Jasmey), Encik Saadom (Afdlin Syauki) towards his daughter.  Crazy but that's the way to show his love.

In Papadom 2 we'll watch how Encik Saadom identified which Mia's boyfriend.  As a father he worried towards his daughter choice.  Yalah, tiba-tiba nak kahwin.  Walhal tak pernah tunjuk pun siapa boyfriend dia.

This round akan ada perkembangan hubungan Papadom dengan Professor Balqis.  Jadi ke tidak?  Cuba teka?

Kesudahannya?  As usual, I would like to suggest you guys to buy a ticket :)  Lets support our Malay Film Industry.  Takkan rugi pun!  I give 3.5 star out of 5!!

Rasanya every father will freak out bila anak perempuan ada teman rapat dan nak memulakan kehidupan baru.  Tanggungjawab bapakan, takkan nak lepaskan anak begitu sahaja.

Eh, ingat tadi nak up entry biasa-biasa sahaja.  Ini dah terlajak bercerita hal Papadom 2 pula.  Tak apalah, alang-alang menaip dan ada idea.

Got to go.  Ada lunch date with someone dan yang kelakar hanya nak makan nasi di tepi lorong.  Itu pun kalau buka, takut cuti kedai tutup.

Insyaallah, sambung nanti ya....




nota:  plus minus....




   


Wednesday, December 18, 2013

::Malas Dah Nak Cakap::

Sangat lama tak beriadah di depan laptop sementelah masih dibelenggu gangguan teknikal tak tahu bila akan selesai.  Mujur Imotiv membantu saya untuk membaca blog rakan-rakan lain.

Jawabnya segala cerita tertunggak bakal tidak dikongsi di sini.  Yalah, entah bila punya kesempatan untuk berlipur lara.  Ini pun pinjam laptop Macho Man.  Dah tinggal sebiji, jawabnya kongsi pakai secara adil.

GP punya komputer, tapi high-end sangat.  Biasalah jenama Apple hanya untuk mereka bercitarasa tinggi as for me, cap biasa-biasa sudah jauh memadai.

Sepanjang bulan asyiklah keluar masuk rumah dan berkunjung ke hospital.  Banyak perkara harus dilangsai.  Siapa dan sakit apa tu, susah pula saya nak kongsikan di sini.

Insyallah sekiranya mendapat keizinan dari tuan empunya badan, apa salahnya.  Tapi kalau dia tak beri, kenalah hormat hak privasi masing-masing.  Tak semua orang selesa bercerita perihal peribadi.

Sana-sini sibuk merungut kenaikkan tol.  Malas dah nak cakap apa pun.  Jeritlah sekuat hati pada telinga Pak Menteri, naik tetap naik.  Mereka bukan terkesan dengan kenaikkan tersebut.  Dapat kereta baru lagi adalah!

Kita ni yang terpaksa berhadapan dengan realiti.  Nak guna jalan tanpa tol?!  Meh sini siapa yang bertutur sedemikian, saya bawa jalan tanpa laluan tol lepas tu tepuk dada tanya otak yang mengeluarkan idea sebegitu.  Wajar atau tidak bercakap sebegitu rupa?

Agak-agak lepas ni apa pula yang akan naik?  Naikkan sahaja semua yang ada.  Tak apa, rakyat Malaysia kaya-raya.  Mampu lagi nak tanggung kos kehidupan semakin tinggi.  Bukankah Malaysia makmur?

Apa yang berlaku, senyumlah sampai ke telinga.  Keperitan simpan dalam hati dan terus berdoa.  Jika benar saat ini kita rakyat sedang dizalimi, harap-harap mereka akan dapat pembalasan setimpal.  Seandainya tidak di dunia, di akhirat pasti menanti. 

Penatlah nak cakap apa yang berlaku di Malaysia setakat ini.  Yang pasti semuanya mengecewakan.  Konon nak jaga kebajikan rakyat, nampaknya itu semua sekadar janji tinggal janji.

Secara peribadi, saya tidak percaya apa dijanjikan waktu musim pilihanraya.  Mungkin ramai akan mengutuk saya selepas ini.  Tak ada satu pun yang saya percaya.  

Dan lihat hasilnya.  Tak sampai setahun, pesta naik harga!  Apa nak cakap lagi, tunggulah lima tahun dari sekarang.  Waktu tu baru berlumba-lumba nak turunkan segala harga, nak raih undi.

Better stop sebelum banyak lagi ayat-ayat kecewa mewarnai entri ini.  Sekarang kepala ligat memikirkan masa depan anak bangsa.  Di mana mereka 20 tahun akan datang?  Bakal melukut di tepian gantangkah?



nota:  malas dan bosan....    






Tuesday, December 10, 2013

::Musibah Banjir - Muhasabah Diri::

Umum mengetahui betapa teruknya musibah banjir kali ini terutama di Kuantan, Pahang.  Lebih dari 40k mangsa kediaman terjejas teruk penangan hujan tanpa henti selama berhari-hari.

Tak dapat bayangkan keadaan saudara kita di yang sedang diuji dengan bencana alam sedemikian.  Letak diri kita di tempat mereka, apa yang akan kita rasai?

Inilah kehidupan di dunia, tidak pernah akan terlepas dari diuji.  Saya muhasabah diri.  Di saat Allah uji saya dengan 1001 kepayahan, betapa seksanya mereka pula menahan ujian Illahi.

Walau seteruk mana, saya masih lagi punya tempat perlindungan, makan pakai masih rapi tersusun, kemudahan bersosial tidak tergugat.  Mangsa banjir saat ini?  Hanya mampu merenung jauh membayangkan segala harta benda musnah.

Bila dilanda musibah, tanggungjawab kita menghulur bantuan mana termampu.  Paling tidak hulurkan doa setulus ikhlas semoga Allah sentiasa melindungi saudara kita dan terus menyuntik semangat kekuatan hadapi ujian.

Sana-sini di laman sosial dan media elektronik war-war keperluan segera bantuan.  Hati terpanggil untuk turut serta membantu.  Kebetulan pada Ahad lepas satu lokasi pengumpulan barangan bantuan berhampiran rumah.

Apa lagi, terus berkobar-kobar.  Sementelah mereka tidak mahu bantuan kewangan tetapi lebih kepada keperluan asas dan makanan kering, saya terus sebarkan dikalangan ahli keluarga dan teman rapat untuk turut serta.

Secara jujur, dalam dompet bukan ada duit banyak mana pun.  Setakat nak beli barang 2-3 jenis bolehlah, nak bagi lebih memang di luar kemampuan.

Semangat nak tolong punya pasal, saya offer buka tabungan sesama sendiri.  Maknanya sesiapa sahaja di antara kami nak chip ini duit tak kira berapa ringgit pun waima sepuluh sen diterima.

Hasil duit terkumpul saya akan belikan barangan yang sangat diingini.  Makanya selain dari wang ringgit saya offer sedikit tenaga tak seberapa.  Alhamdulillah, dapat juga kumpul hampir RM300.

Mostly from my family members and closed friend.  Ada seorang sahabat tu hanya mampu hulurkan less than RM10 tapi semangat membantu berkobar.  Walaupun sedikit dia tetap menyumbang, betul tak?

Pakaian terpakai pun saya berjaya kumpulkan juga.  Tak banyak mana sebabnya ramai dah beri waktu saya join program #shoptilludrop tempoh hari.  Saya sendiri tiada apa boleh didermakan.

Seronok tak terhingga bila saya dapat buat sesuatu, walhal hari yang nak beli barang tersebut saya  diserang gastrik melampau.  Gagahkan diri juga keluar membeli, amanah orangkan.

Bila dah selamat deliver, seronok tak terhingga.  Siapalah agaknya yang dapat bungkusan kami ini.  Semoga nilai tak seberapa ini mampu membawa keriangan di hati mangsa.

 Antara makanan kering yang berjaya dibeli seperti biskut kering, maggi, air mineral, sardin dan susu cair.  Tuala wanita pun ada juga!


Terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.  Sewaktu menghantar bantuan, beratur lori-lori besar untuk bawa hasil sumbangan.  Sikap sebegini yang sangat kita perlukan. 


Terfikir macam nak berterusan melakukan charity pula.  Banyak lagi masalah di luar sana menuntut keprihatinan kita yang mampu ini.  Mula dari kecil, Insyaallah dengan niat dan usaha Allah permudahkan segalanya.

Macam Telekung Project yang pernah saya kongsikan perihal mereka, bermula dengan wakaf telekung sahaja pun.  Alhamdulillah, sekarang dah establish dan banyak program charity berjaya dilaksanakan.

Tengoklah, kalau ada rezeki saya kongsikan di sini apa yang menarik untuk kita menyumbang balik kepada komuniti.  Mana tahu ada di antara yang membaca blog saya berminat turut serta.

Nantilah nak tanya adik-beradik dan keluarga apa yang boleh kita usahakan.  Terus terang kalau bicara soal wang, memang belum berkemampuan.  Tapi sumbangan tidak hanya tertumpu pada nilai ringgit sahaja, betul tak?

Berbalik pada musibah banjir yang melanda, khabarnya keadaan semakin pulih.  Cuaca pun nampak baik 2-3 hari ini.  Ada mangsa yang sudah pulang ke rumah dan memulakan sesi kemas rumah.

Teringat pula episod banjir melanda Ampang dan keluarga mertua Macho Man antara mangsa musibah.  2 minggu tak selesai kemas rumah.  Barang rosak jangan cerita, hampir kesemua tidak boleh digunakan lagi. 

Mari kita sama-sama berdoa semoga musibah banjir ini tidak akan kembali buat kesekian kalinya dan muhasabah diri betapa malang tidak mengenal siapa diri kita.





nota:  Gaza pula disaluti air...

  
 

Wednesday, December 4, 2013

::Hello Disember::

Lamanya tidak bersiaran sementelah banyak perkara menuntut masa dan tenaga.  Nak belayar di alam siber pun tersangkut-sangkut.  Demi masa depan, perkara penting didahulukan.

Banyak juga cerita terkini terlepas pandang meski di tangan punya sebuah telefon pintar.  Ada pun bukan sentiasa menatap, bila dah sibuk terlupa di mana letaknya.

Saat ini kita meniti detik-detik akhir 2013.  Macam tak percaya 2013 bakal mengucapkan selamat tinggal.  Apa pula perkhabaran 2014?  Berdebar menanti hari-hari mendatang setelah melalui pelbagai liku kehidupan.

Dah seminggu mendung menyelubungi dada langit.  Ada hari tidak berhenti menitiskan air mata.  Sedih benar langit sehingga mentari silu memunculkan diri.  

Itu jugalah apa yang sedang dirasai diri ini.  Allah hadirkan sedikit keceriaan bagi mengukir senyum, sebagai balasan diberinya dugaan tanpa henti.  Hanya mampu bersabar dan redha semoga segala apa yang menghimpit segera berlalu pergi.

Sebenarnya banyak gambar boleh dikongsikan di sini terutamanya sambutan majlis harijadi yang muncul bertali arus.  Sudah berbiji-biji kek dipotong sehingga mengundang muak.  

Beginilah kami di hujung tahun.  Ini pun masih ramai menanti giliran untuk memotong kek, berlarutan sehingga awal tahun hadapan.  Dah tak tahu nak tempah kek apa.

Sambut berkadar biasa sahaja.  Potong kek di rumah, GM masak makanan untuk semua.  Kalau tiada menu, beli menu ringkas di kedai mamak.  Makan di luar besar belanja nanti!

Kalau ada masa terluang, saya update lagi.  Entri ini bagi memecahkan kekosongan entri bulan Disember.  Jadilah, ada juga satu entri =)



nota:  mengantuklah...   

Sunday, November 24, 2013

::Malas::

Nak update tapi sindrom malas sedang hebat melanda, jawabnya jenguk mana-mana yang patut.  Gambar masih belum transfer dari laptop Sony, lagilah buat hilang mood.

Weekend pun tak ke mana.  Dah jemu sebenarnya berjalan sekitar bandaraya, semua sama sahaja.  Orang bertambah padat adalah, kan sekolah sedang bercuti.

Minggu hadapan sudah masuk minggu terakhir November, hmm...entahlah.  Situasi semasa masih menuntut kesabaran maha tinggi dalam meniti segala ujian yang tak reda.

Banyak faktor sebenarnya membuatkan semangat tidak berapa jitu, tapi nak buat macamana.  Itu semua ketentuan, kena redha dan terus bertawakal.

Lagi 2 bulan usia semakin bertambah.  Seandainya 2013 warna keceriaan gagal menguasai, semoga kedatangan 2014 menjanjikan sesuatu lebih indah.

Okay, dari tadi taip delete lebih 10 kali.  Tak tahu nak cerita apa sebenarnya.  Masih belum ada draf apa-apa dalam minda.  Bercelaru dengan macam-macam hal.  

Nantilah saya rajinkan diri dengan entri baru, itu pun kalau ada.  Menguap dah lebih 1000 kali dan badan lesu tak sudah.  Dasar PEMALAS Cap LIPAS!!!



nota:  kosong...

Wednesday, November 20, 2013

::Tipu Harga::

Dah masuk November ni mulalah pening kepala.  Harijadi berderet-deret menanti giliran terutama anak-anak di rumah.  Aiyark!!  Jenuh tepuk poket, kalau berbaki.
 
Toy's R Us pula pandai betul.  Waktu macam ni berkeping-keping katalong mainan dihantar.  Budak-budak ni dah aim nak mainan apa.  Kalau murah satu hal juga, tau sahajalah harga Toy's R Us :(
 
Belek-belek broucher terpandang satu permainan jenama Ben 10.  Hari tu Buah Hati jenuh bodek nakkan mainan tersebut tapi harganya, aduhai!! Tapikan, Toy's R Us ni tipulah!

Mainan tersebut harga di semua pasaraya sama RM159.  Kononnya store Toy's R Us tengah buat offer, bagi off RM40 tapi harga asalnya RM200.  TTIIIPPUU!!!

Kalau macam tu mana ada diskaun.  Dari hari tu waktu survey itulah harganya mana ada RM200.  Syarikat gah pun nak ambil kesempatan.  Kalau beri diskaun RM40 betul-betul pun bukan surut keuntungan.
 
Sesiapa yang ghairah dan percaya sangat dengan Toy's R Us ni berhati-hati dengan price manupulation.  Konon beri diskaun hebat tapi sebenarnya tidak langsung.  
 
If love your money, survey harga dulu and do make comparison.  Dah banyak kali kena sebenarnya dengan stor tersohor ni.  No doubt, quality wise superb tapi mainan kanak-kanak, selama mana boleh bertahan nak-nak jenis melasak seperti di rumah ini.   
 
Not intention untuk jatuhkan nama Toy's R Us tapi sebagai pelanggan bila rasa tertipu takkan nak diamkan sahaja.  Nama gah tapi buat perniagaan tak jujur.  
 
Tapi ini semua terpulang juga.  Kalau rasa okay, apa salahnya membeli di sana.  For me, mana harga yang I think been twisted of course takkan ambil.  Baik beli tempat lain, silap gaya ada house sale dapat lagi potongan 10% - 20%.
 
Hmm..nak beli apa ya untuk mereka ini?  Buah Hati sekarang agak mudah memahami situasi bila dia kata tak perlu belikan hadiah jika kekurangan wang.  Oh, tersentuh hati tau!  Dah besar our Hero yang seorang tu.
 
 
 
 
nota:  hadiah oh hadiah.....


 
 

Tuesday, November 19, 2013

::Dah Jumpa Pun::

Ekoran kehilangan seorang remaja di Johor Bharu semalam, habis bergegar seantero negeri kerana dipercayai berkaitan unsur misteri.
 
Sehingga lewat petang semalam masih belum dijumpai dan pagi tadi san sini heboh mengatakan sudah ditemui.  Mangsa bermalam di rumah seorang rakan, kawasan flat.
 
Alhamdulillah jika benar berita tersebut.  Hilang runsing keluarga yang tak habis-habis memikirkan pelbagai kemungkinan berlaku.
 
Ini juga menutup kisah misteri Villa Nabila yang secara tiba-tiba popular walhal sudah berpuluh tahun kewujudannya di pandang sepi.
 
Tapi saya masih seronok membaca 1001 spekulasi dan mitos berkenaan villa tersebut.  Biasalah, cerita-cerita paranormal sering menjadi perhatian bukan?
 
Okaylah, kita tinggalkan kisah Villa Nabila dan biarkan ianya menyimpan segala khazanah.  Terus hanyut dengan cerita pun bukan dapat hasil, tapi beri kepuasanlah..hehehe...
 
Saya sambung kerja dulu.  Semak dengan masalah internet dan laptop yang super duper slow.  Bila nak selesai isu internet pun entahlah!  
 
 
 
 
nota:  berjam-jam lamanya...

Monday, November 18, 2013

::Villa Nabila, Betul Ke?::

Bangun pagi, buka FB terpandang akan berita mengenai kehilangan sekumpulan remaja di dalam sebuah rumah yang dikatakan penuh misteri.

Wah, menarik!  Sementelah kejadian berlaku di bahagian Selatan tanah air, saya menjangkakan cerita tersebut hanya akan bersebaran di laman sosial.

Maka seharian Google sana sini bagi mengetahui kisah sebenar disebalik misteri yang berlaku.  Siap contact relatives/friends yang tinggal di sana untuk mendapatkan kesahihan.  

By afternoon rupanya dah semakin hangat diperkatakan sehingga trending di Twitter tapi pihak polis menafikan pula kerana hanya menerima satu laporan kehilangan dan bukannya 23 orang.

Power of social media nowadays.  Kalau tak ada internet, confirm cerita tersebut hanya berlegar di kalangan mereka di sana sahaja.  Silap-silap ini hanya dongengan buat kita di bandar.

Mean time, melalui beberapa orang rakan berhampiran dengan kawasan kejadian mengatakan sejak dari semalam lagi sudah dipenuhi orang ramai and numbers getting bigger sehingga sesak lalulintas.

Polis dah kawal dan menutup jalan masuk ke rumah tersebut.  Until this entry published, masih belum ada sebarang berita mengenai adik yang dilaporkan hilang and most of people accepting that cerita 23 orang itu hanyalah khabar angin belaka.

Sesiapa yang rajin like myself, spent your time "Googling" and read Twitter timeline.  Macam-macam versi ada.  Taip sahaja keyword VILLA NABILA akan keluarlah seribu satu macam link.

Budak yang hilang tu dikatakan kali terakhir nampak di villa tersebut.  Apa agaknya yang memberi keberanian pada adik tersebut untuk masuk ke situ?  Seorang diri pula.

Memang villa tersebut sudah lama usang dan kosong.  JBians call it Haunted Mansion.  From time to time ada sahaja spooky stories.  Berani betul orang yang menghampirinya.

Dalam Twitter ramailah beri nasihat tak perlu takut dengan apa jua makhluk kecuali Allah.  Betul tu, tapi kitakan manusia biasa yang punya macam-macam perasaan.  

Lagi pun selain manusia, dunia ini turut didiami makhluk yang tidak dapat dilihat melalui pancaindera mata seperti Jin dan sebagainya.  Tak mustahil rumah terbiar seperti Villa Nabila mengundang penghuni menegakkan bulu roma.  

Terfikir-fikir apa rahsia disebalik Villa Nabila yang begitu gah berdiri tapi sudah diseluputi pokok-pokok meliar?  Adakah benar ianya penuh dendam kesumat sehingga mampu mengundang maut manusia yang masuk ke dalamnya?

Dulu cerita sebegini saya baca melalui novel-novel mistik dan misteri.  Tak sangka ilusi penulis rupanya sebuah kenyataan di alam maya.

Back to kisah kehilangan budak-budak tu, melalui FB Darul Takzim FC & Johor FA mengkhabarkan sahih 23 orang dan 22 orang tersebut sudah berjaya dibawa keluar.  Tinggal seorang lagi.

Wallahualam!  Tak berada di sana dan hanya mendapat kisah dari laman sosial.  Kita doa yang terbaik untuk mangsa, jika benar.

Ada juga dapat versi cerita dari orang sana tapi tak apalah.  Tak sesuai nak bercerita di sini.  Agak-agak ada tak produser nak terbitkan kisah Villa Nabila ini?  We'll see...

Adik-adik di luar sana, janganlah buat kerja tak berfaedah sebegini.  Kalau pun berani sangat dan nak mencabar diri, cari sahaja aktiviti ekstrem sedia ada dan bukannya bermain perkara-perkara diluar akal.

Kita nantikan sahaja penghujung misteri Villa Nabila ini.  Adakah sahih kehilangan 23 orang remaja tersebut?  I guess, cerita ini we'll never get from local news so kenalah rajin surf internet.



nota:  tak ada kerja cari kerja....

 



 

Thursday, November 14, 2013

::Karnival #shoptilludrop::

Ingat tak pernah saya sebarkan di sini mengenai Karnival #ShopTillUDrop anjuran Project Made collaboration dengan Telekung Project.  Cerita lama sebenarnya ni, tapi biasalah saya ni.  Tercicir keretapi sedikit.


https://www.facebook.com/pages/Project-Made-FB-Page-2013/210284292448522


Berbalik pada program tersebut, Alhamdulillah saya dan Ayu Bam Bam berkesempatan turut serta meski ada sedikit halangan.  It's a great programme dan rasa berbesar hati being part of it.  

2 hari sebelum program mengambil tempat saya telah menghantar barangan terpakai yang masih boleh digunakan ke rumah Hajjah Ainie, founder of Project Made.

Mostly pakaian saya dan Ayu Bam Bam yang tidak sesuai lagi dipakai.  Senang cerita, kebanyakkannya skirt, baju kemeja ketat-ketat dan seluar.

Ada juga saya minta pakaian terpakai dari ahli keluarga lain dan kenalan terdekat.  GM pula let go few set pinggan yang tak digunakan lagi.

   Banyak juga dalam simpanan.  Since #shoptilludrop ini melibatkan golongan bukan beragama Islam, sesuailah saya let go pakaian zaman muda yang tak cukup kain tu.  Semuanya pun still in a good condition.  Kalau simpan lama-lama pun bukan ada orang nak pakai


Barangan kaca dari GM.  Itu pun masih banyak lagi dalam simpanan.  Dah nak runtuh kabinet dapur dek menyimpan pinggan-mangkuk yang berat



Penuh juga bonet satu kereta dengan barangan terpakai dan yang penting masih lagi elok


On the date, saya dan Ayu Bam Bam drove ke tempat anjuran.  Nak cerita pun tak pandai tapi belakang Jalan Imbi dan agak jauh ke dalam.  

Di situ penempatan bagi pelarian beberapa negara seperti Mynmmar mendapat perlindungan dari Malaysia.  Anak-anak mereka diberi asas pembelajaran.

Antara gambar  di kawasan tersebut yang sempat saya rakam 


Konsep program ialah shopping mood but no single cent will be out from their pocket.  Mereka akan datang ke tempat jualan, choose according to their desire than bring back home.

As refugees, it must be a hard time for them.  Inilah masa mereka mendapatkan apa yang diingini mengikut keperluan tanpa memikirkan kos.

Sumbangan yang diterima termasuk pakaian wanita dan lelaki dewasa, peralatan rumah, barang mainan, buku-buku, keperluan perubatan, pakaian kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

Sebagai volunteer kami diarah menyusun barang jualan dan membantu kelancaran para pembeli di gerai sedia ada.  Dah habis, kenalah susun dan bersihkan kawasan.

Program berlansung sehingga jam 3 petang.  Alhamdulillah it was success dan yang paling seronok dapat berkenalan dengan ramai volunteer yang berhati luhur.  

By the way, anak-anak dari Baitul Ehsan Al-Khairi juga turut sama datang jadi volunteer.   

Insyallah, diberi kesihatan baik dan kelapangan saya mahu lagi turut serta dengan program-program sebegini.  Tak dapat hulur wang, sumbang tenaga pun sudah banyak membantu.

Briefing by founder of Project Made, Hajjah Ainie and Telekung Project, Kak Azila Aziz bagi memastikan kelancaran program pada hari tersebut



  Antara barangan yang dijual pada hari tersebut



Tak sabar anak-anak ini nak memilih barang mainan yang ada



Para ibu memilih pakaian buat si kecil mereka.  Pakaian kanak-kanak adalah antara yang paling laris.  Dari berpuluh-puluh kotak, tinggal satu kotak sahaja di penghujung hari



Sumbangan nasi ayam dan aiskrim pun ada pada hari tersebut.  Alhamdulillah, murah rezeki mereka yang menghulur bantuan



Sambil-sambil menjual, ambil kesempatan berposing.  Kenangan indah buat kami semua



 Kenangan manis buat saya!  Terjumpa kawan lama sewaktu sekolah rendah.  Jika bukan kerana program ini pastinya ukhwah ini tidak akan kembali terjalin



Kami bersama Kak Azila, Telekung Project.  Saya amat menyanjung tinggi usaha beliau.  Beliau wanita istimewa dan berjiwa kental.  Kalau nak tahu projek-projek sedang dijalankan, jangan lupa Like FB Telekung Project.


   Ayu Bam Bam bersama salah seorang anak Baitul Ehsan Al-Khairi.  Mudah mesra dan sangat rajin membantu



Photo group.  Gambar ini saya ambil dari FB Telekung Project


Banyak yang saya belajar dari program #shoptilludrop terutamanya melihat kesusahan hidup orang lain di depan mata jika dibandingkan dengan kita.

Seperti saya, meski sedang dilanda cubaan dan dugaan yang saya rasakan sudah cukup hebat, rupanya ada lagi insan di luar sana menderita jauh lebih jerih.  

Dan, bantuan bukan sahaja dihulurkan buat kita sesama Islam tetapi sesama manusia.  Pertolongan tiada sempadan!  Balasan, biar Allah uruskan segalanya.

Terima kasih Project Made, Terima kasih Telekung Project atas kenangan yang saya rasa tidak akan dapat di mana-mana dan amat berharga sebagai panduan meniti cabaran hari esok.




nota:  tersenyum bila terkenang..








Wednesday, November 13, 2013

::Saya Berpuasa::

Ingatkan dah tak mampu meneruskan puasa hari ini, Alhamdulillah sampai juga ke penghujung.  Badan tak berapa nak sedap, asyik nak baring sahaja.  Penat keterlaluan barangkali.

Ramaikan yang berpuasa hari ini.  Syukur sangat bila kita semua masih dapat merasai nikmat-nikmat yang Allah berikan.  Selagi mampu, rebut.

Sebenarnya banyak cerita mahu dikongsi bersama tapi laptop Sony merajuk pula, tak boleh nak layari internet.  Pinjam komputer riba Abang sementara waktu tapi leceh nak pindahkan gambar.

Tengok malam ini rajin atau tidak nak buat, kalau masih malas jawabnya entri tanpa bergambar dihidangkan buat bacaan.  Terima kasihlah ya pada yang sudi membaca.

Menu apa buat hidangan berbuka?  Saya GM masak nasi ayam.  Menu siang dibawa ke malam.  Okaylah tu, seharian tak makan bukan berselera mana pun nak makan macam-macam.

Aduh, ganti puasa tak habis lagi!  Parah ni, perkara wajib harus diselesaikan segera.  Okay, minggu depan kena mula semula.  Banyak lagi hutang.  

Esok Insyaallah berpuasa lagi.  Tadi ada juga terbaca pertelingkahan berkenaan puasa 9 dan 10 Muharram dalam FB.  For me simple, kita buat dan niat kerana Allah SWT.  Baik ke buruk, biar Dia sahaja nilai.

Tak salah nak cari kesahihan tapi sampai menimbulkan ketegangan sesama sendiri, Allah pun tak suka.  Betul tak?  Kita semua masih lagi dalam proses pembelajaran, gali lagi ilmu pengetahuan. 

Betulkan saya jika salah, tegur pun boleh kerana saya berfikiran terbuka dan menerima apa sahaja pandangan dan pendapat.    

Selamat berbuka dan Selamat Berpuasa!



nota:  Alhamdulillah....

::Wordless Wednesday 15::

Sangat lama tak buat Wordless Wednesday, hampir setahun rasanya.  Alang-alang ada gambar, saya letak di sini.

Inilah jadinya bila tiada anak perempuan di rumah.  Nasib akal waras, kalau tidak mahu berconteng muka dibuatnya.  Kepingin mahu mendandan :)




nota:  comel tak?  

Tuesday, November 12, 2013

::Sihat Ke Tak Sihat?::

Dah nak dekat seminggu badan rasa tak sedap sangat, eh bukan badan tapi kepala.  Rasa berpusing bila pejamkan mata, baringkan badan dan bertukar posisi badan.
 
Sangat tak selesa, even ekor mata ada macam cahaya yang menambahkan berat di kepala.  Dulu-dulu symptom sebegini sering menghimpit seharian tapi rasanya dah lama tak kena.
 
Nak tarik diri ke klinik/hospital cukuplah malas.  Positive thinking rasanya benda ni bersifat sementara tapi itulah dah berlarutan beberapa hari risau juga.  Usia bukan lagi muda, takut sakit lain menanti.
 
Ada masa bila pusing teruk sangat, sampai loya jadinya.  Nak makan pun tak berselera bila dah kena macam ni.  Tekanan darah rendah ke, kurang darah ke?  Assumed!
 
Dari kecil memang ada masalah tekanan darah rendah, kurang darah ni tapi itu dulu sebab makan sangat memilih.  Rasanya dah gemuk ni takkan ada masalah sedemikian.
 
Entah, tapi bila jumpa doctor memang tak pernah naik bagus pun tekanan darah.  Paras cukup makan sahaja, itu pun doctor mesti bising sebab bimbang.
 
Atau barangkali saya stress.  Well, tipu kalau saya katakan I'm okay.  Luaran memang boleh tersenyum, ketawa tapi dalam hati...Biarlah Allah sahaja mengetahui.
 
Betullah, rasanya saya tertekan.  Sebab itu rasa tak selesa di kepala ini menghantui.  Kena tarik nafas dalam-dalam dan bertenang secara batiniah.  Nanti kalau keadaan bertukar buruk, ramai orang bakal susah :(
 
Tengok macamana, kalau masih lagi berlarutan must have guts to go to clinic or hospital.  Agak-agak buat fully medical check-up insurance cover tak?  Kena tanya ejen ni, kalau ada bagus juga.
 
Kalau sudi doakan kesejahteraan saya ya...
 
 
 
 
nota:  hanya mampu berserah...

Monday, November 11, 2013

::Super Mokh Sebuah Muzikal::

1st of all, this musical theater is highly recommended.  Thumbs up!  Takkan menyesal jika pergi menonton.  Kalau ada duit lebih, laburkan duit beli tiket dan tonton, gerenti puas hati.

Muzikal SuperMokh akan berlangsung sehingga 18 November ini.  Saya promote ini tiada kena-mengena dengan ganjaran ataupun minat Hans Issac ke, sebab ini produksi beliau.

Saya sarankan kerana anda akan terhibur dan tenggelam dalam kehidupan seorang lagenda Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Siapa tak kenal dengan Allahyarhamkan?  Nama beliau tidak asing walaupun pada mereka yang tidak minat dan tidak bermain bola seperti saya.

Jujurnya saya sekadar kenal nama.  Tak pernah ambil pusing pun biografi Allahyarham, apatah lagi pencapaian semasa hayat dikandung badan.

Tapi bila menonton teater ini, betapa saya bangga kita punya lagenda seperti beliau.  Footballers should watch this inspired theater.  Kenal apa sebenar erti perjuangan. 

Mungkin selepas menonton pemain bola negara akan lebih bersemangat dan bercita-cita mahu jadi seperti Allahyarham Mokhtar Dahari.

Teater ini berkisar bagaimana insan istimewa Mokhtar Dahari berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang karier pemain bola sepak berkaliber.

Awie berjaya menghidupkan watak Allahyarham dan ada sebuah lagu disampaikan beliau begitu terkesan di hati.  Terbayang di mata betapa Allahyarham benar-benar kecewa dengan apa yang melanda dirinya.

Jika benarlah apa dipersembahkan itu kisah benar, saya memang respek dengan lagenda bola sepak ini.  Meski dibayar tidak semewah seperti pemain hari ini, beliau tetap berusaha keras menjulang nama pasukan dan nama negara.

Terima kasih Ina, adik Abang for the ticket.  Ina one of essemble bagi teater ini.  Dia beri 4 keping tiket, malangnya saat akhir Abang tak dapat turut serta.  

Ini sedang berkira-kira mahu tarik Abang ke Istana Budaya.  Kalau Ina ada tiket lebih lagi, bolehlah hulur-hulur.  Tapi kalau tak ada, tak mengapa, kita beli sahaja :)

Yang pasti kalau tonton berkali-kali pun confirm tak bosan.  Ada ke publisher yang jual biografi Mokhtar Dahari?  Kalau ada ingat nak beli untuk koleksi bacaan pula.  Nanti nak Google..

 Complimentary ticket tapi view agak dekat dengan stage.  Clear dan tak terlindung.  Thanks once again to Ina :)  Nyanyi baik-baik ya


   Super Mokh, Lagenda Bola Sepak Malaysia.  Disanjung tinggi peminat tempatan dan digeruni ketika beraksi di padang



 Kalaulah saya punya kesempatan melihat dia beraksi di padang, pasti saya menjadi penonton setia ke stadium



 Pameran aksi Mokhtar Dahari di ruang legar Istana Budaya



Sayang Abang tak dapat turut sama jadi penonton.  Yang penting mereka turut terhibur dan bangga dapat menyaksikan pementasan "Super Mokh Sebuah Muzikal"

Cepat dapatkan tiket sementara masih ada kekosongan.  Kalau ikutkan respon penonton, rasanya teater ini akan dapat sambutan hangat di kalangan peminat.

Pelakon lain turut berlakon selain Awie ialah Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nazir dan penggiat teater tempatan.





nota:  harimau mati meninggalkan belang...