Followers

Friday, October 29, 2010

::Holiday::

Besides my watermark issue, I was busy prepared for my holiday.  Those things had hold me back to keep updating.  Am not going abroad, just local area but  still I have to spend time on the preparation.  While typing this entry my group and I already reached our destination.  Since there's a broadband so I took a chance to create this entry.  I really wanna know how's the feel blogging out from our own space.  Not bad, but there will be a moment when you just hesitate to look into it.

At this moment I am in Langkawi Island.  Will be here until end of this week.  If there's a chance to share my moment here I will do so.  By this time, I really need to have a good rest, seems tomorrow lot of activities need to be done.  Long day for all of us but overall we are happy.  As for that, I've break my promise to keep fit.  "No rice at all" has been abolished since I couldn't stand with the temptation.  'Holiday=eat' are the strong formula and we cannot deny it.  Hope my second day in here will be more better compared today.

Weekend is just around the corner, so am wishing everybody have a great weekend and welcome the month of November.  A month that full of celebration for my family.... ;)  



note:  Difficult to close my eyes.... 

Wednesday, October 27, 2010

::Sabar Menanti::

Di sebabkan saya masih lagi bertatih untuk mewujudkan watermark di dalam setiap gambar yang akan terpampang di sini, makanya entri baru terpaksa saya bekukan buat seketika.  Ini kerana saya harus mengemaskan diri saya dengan kaedah tampal menampal secara visual.  Sejak dua jam yang lalu saya hanya berjaya menghasilkan kurang dari lima keping gambar yang mempunyai watermark.  
 
Tumpuan harus saya berikan supaya kelak dapatlah saya menggunakannya dengan cekap dan tanpa meminta bantuan sesiapa pun.  Terima kasih Macho Man di atas kesudian memberi tunjuk ajar yang kesekian kalinya.  Lagi pula emosi saya sedang bercampur baur oleh itu kesungguhan untuk menarikan jemari terasa begitu janggal.  Moga esok kestabilan emosi amatlah dituntut supaya perjalanan kehidupan pada minggu ini tidak akan hambar...  Bagi yang menantikan (jika ada) saya menuntut kesabaran dari anda semua... ;)

 
 
 
 
nota:  hampir pasti saya akan menganjurkan Giveaway, cuma bilakah ianya saya belum lagi dapat memastikan..

Tuesday, October 26, 2010

::Setahun??!!::

Akibat dari tunggakkan akhirnya saya tenggelam di alam yang saya reka cipta ini.  Banyak cerita-cerita yang saya rasa wajar untuk dipaparkan di journal maya langsung tidak dikongsi.  Saat ini saya tidak tahu hendak memulakan mana yang dahulu.  Aktiviti-aktiviti Ramadhan dan juga Syawal semakin saya merasakan tidak releven lagi untuk dikongsi.  Entahlah, nantikanlah sahaja jika saya masih berminat untuk muat naik kisah-kisah basi.
 
Eh, baru terperasan!!!  Rupanya blog ini telah berusia setahun pada 21 Oktober yang lepas.  MasyaAllah!!!  Perkara ini pun boleh terlepas pandang ye??!!!  Saya mengambil peluang di atas kesedaran saya ini dengan melihat kembali entri sepanjang tahun.  Hasilnya biasa-biasa sahaja dan pandangan saya dari sudut seorang pembaca..."BOSAN!!!!"  he..he..he.. Diskriminasi terhadap hak milik persendirian.  Tetapi itulah yang saya rasakan.  Memang patut pun blog saya ini suam-suam kuku sahaja sambutannya.  Tak apalah, mungkin ini bukan dunia saya.  Saya hanya menumpang sebelah kaki mencari ruang jika boleh bertapak.  Andai tidak diterima saya bisa mengundurkan diri... ;)
 
Sempena setahun saya berceloteh, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak tehingga kepada mereka-mereka yang sudi meluangkan masa melawat saya di sini.  Kelapangan masa yang anda kongsikan bersama saya harapnya dapat menggembirakan dan menemani hari-hari anda.  Andai ada yang tersinggung dengan susunan bahasa di sini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana sejujur-jujurnya tidak terlintas di fikiran saya untuk menyakiti hati sesiapa pun.  Segala apa yang saya kongsi serta luahkan adalah tulus dari sanubari saya.  
 
 
 
nota:  terfikir juga untuk menganjurkan Giveaway tetapi....tengoklah nanti macamana.  Persoalannya adakah yang akan menyertai nanti??

::Hati Berbicara::

Kadang kala kita memilih untuk berbuat sesuatu yang bodoh walaupun akal menyedari namun desakan nafsu mengatasi segala-galanya.  Yang pandai tak selamanya akan cemerlang begitu juga mereka yang bodoh, tidak selamanya kebodohan menguasai diri.  Percaya atau tidak kita perlu akan kedua-dua tersebut bagi mengimbangi kehidupan kita sebagai manusia.  Cuma terpulang untuk berada di dalam kelompok yang mana.

Saya tidak menafikan saya pernah melakukan perkara-perkara yang kurang bijak dan pengakhirannya sudah pastilah sesalan.  Saya mungkin agak pandai dari segi akademik atau dalam erti kata lain agak bertuah sebenarnya tetapi ianya tidak boleh dijadikan kayu pengukur.  Merenung kembali sepanjang kehidupan, saya bertuah tidak lahir di dalam sebuah keluarga yang perlu mengharungi kepayahan.  Kasih sayang yang tersedia ada melimpah ruah.  Keperluan pendidikan sentiasa mencukupi dan adakalanya saya mampu berkongsi.  

Melihat akan kejayaan rakan-rakan kadang kala berputik rasa cemburu di hati.  Ada yang pencapaian akademiknya jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan saya kini lebih berjaya sedangkan saya masih lagi seperti dahulu.  Saya gembira denga apa yang saya ada malah sering memanjat kesyukuran di atas segala kurnia tetapi ada detik saya ingin mengubah haluan tetapi sayang sauh kapal yang telah berlabuh jauh tenggalam ke dalam.  Perlu masa untuk menaikkan sauh atau barangkali ianya tidak bisa naik lagi kepermukaan.  Namun, apa jua keadaan saya yakin pasti ada rahmat disebaliknya.

Benar, saya bertuah menjadi saya dan saya bertuah tatkala mereka memerhatikan saya.  Walau tiada sebarang pencapaian yang boleh menandingi mereka-mereka tetapi saya berjaya menggapai sebahagian dari apa yang dicitakan.  Paling penting saya tidak akan berundur setapak ke belakang setelah saya memilih jalan itu untuk dilalui walaupun saya mungkin nampak bodoh di mata mereka..... 



nota:  ketenteraman jiwa yang agak terganggu...

::Berubah selera::

Blog ini masih di dalam proses baik pulih atau erti kata lain sedang melalui proses kecantikkan.  Inilah akibatnya apabila pemilik blog tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi.  Segalanya carca marba walaupun sebenarnya segala bantuan telah pun disediakan.  Saya hanya perlu memilih dan menyuai padan mengikut citarasa.  Tetapi setiap apa yang saya cuba padankan serba tidak menjadi, makanya terima sahajalah mana yang terpapar di skrin.  

Saya bukan pencinta merah (maaf ye Kak Merah).  Merah terlalu agresif bagi saya dan secara lahiriahnya saya bukanlah seorang yang pandai memaparkan keterujaan.  Pendapat saya warna merah membawa semangat waja yang menyala-nyala dan bersifat dominan.  Saya seorang yang tidak mahu terlalu menonjol dan lebih ke belakang.  Tetapi mengapa latar blog berwarna merah?  Seperti yang telah saya katakan tadi, saya tidak pandai membuat pilihan dan akhirnya saya berlatarkan bunga ros iaitu bunga kegemaran saya.  Hanya untuk perubahan tersebut, saya mengambil masa lebih dari 3 jam duduk di hadapan komputer riba ini.

Masih lagi berusaha mana yang perlu walaupun secara jujurnya, jemu telah mula menapak di hati saya.  Bukan saya tidak sedar akan wujudnya mereka-mereka yang boleh diupah untuk mencantikkan ruang peribadi ini, cumanya pada peringkat saya rasanya belum berbaloi lagi untuk mengeluarkan sejumlah wang.  Siapa sahaja pun yang mengikuti blog ini?  Tak apalah, lagi pula ini ruangan peribadi yang saya kongsikan bersama para pembaca budiman.  Saya yakin bukan latar yang memainkan peranan tetapi inti pati kandungan yang saya ingin kongsikan.



nota:  mencuba selagi terdaya....   



  

Monday, October 25, 2010

Holla!!

A day with my best friend although still lot of things need to be catch up between us. Not that easy for us to hung up together due towards our commitment. Yes, we often on the phone but than it's not that same compared to on eyes.

Today We spend most of the time on dinning. Most comfortable place for chit chat although we gonna end up with mouthering..We jumped from one to the others to pleased ourself. No wonder Allah haven't arranged us to meet up everyday or else both of us will end up as two cutest pumpkin in town.. =}

Few activities we did but let me published on other entry. My finger not that good to keep on pressing on the screen.Typo error here and there. This entry going to be an entrance for my next entries if me willing to choreograph my fingers!!! Or else this entry will be a sticky post without any earning from advertiser...ha..ha..ha..

So, good night peeps and HOLLA to new week!!!


Posted from my baby..



Wednesday, October 20, 2010

::Tanda Lelaki Sayang::

This video has been spread among FB user.  I received it from one of my good friend, Mr Salo.  Such a nice video with a great content but how true it is you have to judge by your own and based on experiences.  Feel like want to share it with all my readers.  Few words freak me out although its true.  Whenever, a man infront of us sometime we don't realized that they also just like a woman.  The only thing, the hide it for the sake of being a "MEN".  Not every men are bad right?  Hope this video will help most of us to know better our men.. :)

 

note:  as a women, we can't deny that men are that important in our life =)

::At Last::

On this entry, I did say that will try my best how to create my own watermark although seldom picture has been uploaded.  After a few hours, I gave up.  Totally gave up!!  Failed to synchronized my brain and my super power idea.  Me screwed everything due to lack of skills.  Officially to announced, I am not into "Photoshop" although am having the latest version :(

I shouted my problem to Macho Man and Ayu Bam Bam both currently owned such a great lappy with superb branding.  I'm so lucky to have them as my siblings..he..he..he..They always keep updating themselves with new software, aware with all those changes and always try vary new method.  Less than hour managed to design my very own watermark.  Not that complicated, just a simple wavy words but it took my whole day and end up with nothing.

Next step, to teach me how to apply.  It's a challenge for them especially Macho Man due to my zero knowledge.  No wonder they have special class for those who are interested to learn more how to use Photoshop.  Until this hour, I have no interest at all.  Sorry!!!  Macho Man insist to teach me how to edit picture but refused.  Will not crank my head at this moment until I'm ready for it.

Thanks to both my brother and sister for their favor.  So, next time my readers may feature my picture together with watermarks.  Nothing special but only for the purpose of individual securities.  
note:  difficult to be a person that always at the behind of everything....

Tuesday, October 19, 2010

::Alhamdulillah::

This evening supposedly meet up with MVB but she cancelled in very last minute. The most funniest thing, Abang told me he will be going for playing badminton as usual but than he miss-looked the schedule.

By that time, I already in KL so Abang invited me to his family house since they going to have a dinner. Thought it just an ordinary dinner but it's not at all. They had something special which I can call it as seafood gallore.

My aim from today onwards,avoiding rice at night. Yes!! Totally no rice for me but me just can't stop eat all the dishes. What a shame towards my behaviour but I just can't hold myself on it. Thank you to all family members for their treat.. :)

As a result, until this time I even cannot lay on my bed. 100% full!!! Luckily I have 'Confession of a Shopaholic" on aired. Still not sleepy at all so I might be with this movie until the end.

How good if I can hold myself just now? He..he..he..


Note: this entry posted from my baby..

Monday, October 18, 2010

::Berangan::

Bila menonton cerita-cerita penyiasatan seperti CSI, amat teruja melihat pasukan penyiasat menyelesaikan kes-kes yang mereka hadapi.  Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan sesuatu diluar jangkaan boleh menjadi begitu mudah di tangan mereka.  Tetapi kenapa tidak di alam realiti?

Orang bodoh pasti dapat menjawab persoalan saya kerana di dalam filem mahupun siaran bersiri segalanya telah dirancang dan setiap masalah yang direka sudah ada jawapannya.  Ini tidak berlaku di dalam dunia realiti.  Jangan kita bandingkan dengan negara luar yang mempunyai kelengkapan yang cukup canggih, cumanya alangkah bagus jika setiap kes yang disiasat di negara kita dapat diselesaikan dengan kaedah yang diguna pakai seperti yang kita tonton.  Pasti nasib mereka yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya.  Perbicaraan kes juga tidak akan tertangguh dalam satu jangka masa yang agak lama.

Menyorot kejadian pembunuhan 4 orang termasuk jutawan kosmetik baru-baru ini, dapat kita lihat pihak berkuasa amat sukar untuk membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah.  Hampir sebulan, keputusan DNA juga belum diperoleh.  Jika menonton CSI, dalam tempoh kurang dari sehari bukti dapat dikumpulkan bagi menahan pesalah..he..he..he..

Saya tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang bersubahat menghapuskan bukti kes.  Apalah sangat 7 tahun jika dibandingkan dengan seksa yang terpaksa ditempuh oleh mangsa sehingga menemui ajal.  Jika mereka berkelakuan baik sepanjang di dalam tahanan, tempoh 7 tahun mungkin akan dikurangkan.  Apa pun, hukuman telah dijatuhkan walaupun ramai yang tidak bersetuju.  Siapalah kita untuk bersuara di pihak undang-undang.

Berbalik kepada CSI tadi, adakah Malaysia juga mempunyai pasukan seperti di dalam siri popular tersebut?  Kecanggihan peralatan mungkin tidak 100% tetapi wujudkah peralatan ?seperti mereka di dalam negara kita?  Pendapat peribadi saya, jika kerajaan ingin melabur di dalam menubuhkan pasukan seperti CSI serta lengkap dengan peralatan canggih pun tidak mengapa apatah lagi sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah di negara kita menggerunkan juga.  

Tak apalah, saya ingin menyambung menonton CSI sambil membayangkan satu hari nanti CSI Malaysia setanding dengan mereka-mereka ini... :)


nota:  adakah saya di landa kemaruk untuk sentiasa menaip entri baru?

::I am Heavy!!!::

During last Ramadhan I've shredded more than 4kgs.  Did not aspect to loose that much but through out the month I had done some extra job which I have a chance to lost more.  Am happy with what I achieved.  At first I did not realized that I lost few kgs and keep on deny whenever people whoowing at me but than I have to agree with them especially when I tried some clothes that being ages inside my closet.

But, that was few months back.  Now, I can feel that my weight is increasing tremendously.  Hua..hua...and the most scary part, I might gain more than what I lost.  Why they not allowed people like me to join "The Biggest Losser Asia''?  Still thinking to re-join my gym but few issues holding me back.  I have to say "NO" to all diet supplement because the results totally 0.  Am not saying all those products in market was bad.  Whoever that success with that way congratulation!!!

Wish to shred more than 10kgs from my total weight but the mission is ssssooooo impossible unless I keep on doing what ever that I had done during Ramadhan.  For short term maybe yes but for long term I cannot pursue that job but who knows....he..he..he..Wish me luck to keep on fit!!!!



note:  Miss that moment......

::Learning Process::

I am not a hot spot bloggers and my readers are among my circle but being told that I still need to have some protection especially when its come on privacy, I really take a note.  Just can't imagine if one day from small issue might be a huge for me later.  My concern on this medium just to share whatever that I have in my mind.  That is why rarely I manage to capture photo during any incidence but its scares me when heard few cases causes from irresponsibility person in this world. 

So, I guess will take an advice from them who speak for my rights.  Now, in learning process how to display a watermark on each photo that will be uploaded.  I am away behind from everybody seems all of them already have it.  :(  It's okay, life is a learning process and everyday will be learn new things.  I am cracking my head how to do it..he..he..he.. wish me luck!!!



note:  giving myself few more hours and if still unsuccessful, will shout my problem to Ayu Bam Bam and Macho Man.  (Takkan tak boleh tolong Alongkan, kata masing-masing pakai Mac..huh..huh..huh..)    

Hmmm...

Quiet sometime haven't use my baby to post something..Try to sleep but just can't close my eyes. Nearly 1am now. Thought I am hungry but than no. Great cause eating at this time is not good at all. Am I tired? Don't think so, but I can feel heat from my body. Switch on aircond dosen't help me at all. Will try to take a bath!!! It's my last choice...

Please eyes,only for tonight. Co-operate with my body system or else tomorrow will be a nightmare for me..

::Short Weekend::

What a short weekend yea??  Abang was very busy with his brother wedding.  Me, just took part on Sunday since did not turn up on Saturday.  Had certain issue on it but its okay, passed is passed.  Such a tiring week for him and his family.  Organized wedding was such a tedious and tiring job.  Moreover its all about money..money..money...and nowdays, to have just a simple wedding we still need few thousand.  What a demanding situation right?

Sunny and dry weather through out the ceremony.  Alhamdulillah, at least guest can feel the vibes.  None of picture captured by me.  No definitely answer why I haven't captured any of it although my phone just in my hand.  Abang will be tiring for this coming week and am planning not to disturb him.  Let him have a good rest before we fly to......he..he..he..

We ordered cake for the couple but was totally upset with the results.  We requested yellow+orange+white colour but they gave us 1 piece of cake with blue colour.  The girls was so suprised but than nothing we can do seems the ceremony will begin in few hours.  We ordered from King's in Jalan Ipoh since I already became a member.  We falls into serious discussion and a few arrguments with the girl and we claim for more discount.  At last we entitle up to 30% discount although I am not totally satisfied but since none of Manager in the bakery and the worker unable to make their own decision, we agreed.  Frankly speaking, if the Manager is there, I will claim more because its totally ruin us.  If happen whoever from King's read this, please take note and make sure your factory workers bake our cake according to what we asked for or else you may lost more loyal customer like us!!!!  Again, I have no picture but King's representative may refer to your Jalan Ipoh Branch on what had happen today.

Am going to take a deep sleep and wake up without any blues.  Hope for a shinning week starting on tomorrow.  For those who read my entry, am wishing you have a good day!!!!




note:  plan for a shower but..just forget it..can't stand to be in dreamland!!!






Friday, October 15, 2010

???

"Type" and "Delete"..the only action I had done whenever start to created new entry.  My focusing is here and there.  Can't focus on whatever that I should do.  Am having mentally tortured I guess.  Sometimes feel tired being a person that have to keep on think.  Never stop praying for the best or at least ligthen up the pathway that I shall go through.  I am tired!!  I am bored!!  I am frustrated!! I am demotivated!!  I am...who I am!!!  Nobody knows what's in my heart and this medium only captured 1% of what I feel.. :(

Try to throw away all the negativity although my strength is very low.  Let this week gone with the wind and may whatever coming tomorrow or the day after tomorrow shall give me such a beautiful flowerish spirit.
note:  life is something that we should never give up!!!


Tuesday, October 12, 2010

::Tragedi 10.10.10 ::

Hari ini topik utama di dada akhbar dan juga laman-laman web sudah tentu mengenai kemalangan maut yang meragut 12 nyawa dan lebih 40 orang cedera berlokasi di Lebuhraya Plus semalam.  Tarikh 10.10.10 yang dianggap cantik susun atur nombornya dan juga diharap membawa tuah kepada sesetengah individu menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang terlibat di dalam kemalangan.

Saya menyedari akan kemalangan tersebut lebih kurang pada pukul 11 malam sewaktu memandu pulang.  Siaran Sinar memberi laporan khas mengenai kemalangan tersebut.  Saat saya mendengar akan berita tersebut, saya tersentak seketika dan mengucap panjang.  Ini kerana saya baru sahaja melalui kawasan kemalangan mungkin pada jam 5.30 petang.  Saya dan Abang telah pergi ke Muar.  Bukan setakat kami bertiga sahaja iaitu termasuk Ayu Bam Bam tetapi seluruh ahli keluarga Abang dan juga saudara maranya turut serta.  Adik lelaki Abang telah melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad tersebut iaitu 10 Oktober 2010.

Bertolak ke Muar sehari sebelum majlis iaitu pada hari Sabtu dan kami semua pulang sejurus tamat majlis perkahwinan.  Lebih kurang hampir pukul 4 petang kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.  Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat dan dilindungi Allah SWT cumanya apabila mendapat tahu akan kemalangan tersebut, saya memanjat kesyukuran kepada Illahi kerana kami semua tidak terlibat (mintak dijauhkan kalau boleh).  Bayangkanlah sekiranya kami melewatkan perjalanan mungkin dalam tempoh sejam tidak mustahil kami juga bakal menjadi mangsa kejadian.

Kemalangan tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 6.50 petang dan pada waktu itu rasanya kami semua baru sahaja menyambung semula perjalanan pulang setelah berhenti rehat seketika di Perhentian R&R Seremban.  Kecuaian pemandu bas tersebut telah mengakibatkan kemalangan jiwa ngeri berlaku.  Agak menghairankan juga, ini kerana pada waktu kemalangan terjadi kenderaan sememangnya agak banyak di lebuh raya.  Macamana ye pemandu bas tersebut boleh memandu dengan laju??  Inilah akibatnya apabila mengabaikan undang-undang serta keselamatan di jalan raya sehinggakan mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.  

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.   Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat umat Islam yang menjadi mangsa.  Di harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya dalam kes ini. Saya berkesempatan melihat gambar-gambar ngeri kemalangan tersebut tetapi tidak tergamak rasanya untuk muat naik di sini.  Jika anda ingin melihat gambar-gambar tersebut bolehlah menjengah ke :

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dari rakan blog cumanya saya hanya berkesempatan melihat gambar-gambar tersebut di blog mereka ini.  Berikut antara gambar-gambar yang saya ambil dari Blog Amazing Nara.  Moga ianya menjadi pedoman buat kita semua dan sentiasa ingat bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk kita mengikut tuntutan perasaan dan nafsu.






nota:  ASTAGHAFIRULLAHALLAZIM!!!!
 

Wednesday, October 6, 2010

New Night Market

Almost three years we stay in Kota Damansara (KD), today is our 1st time going to one of  night market in here.  GM used to go the one at Section 3 on every Friday.  Not that bad the night market that we have been or maybe I should say its much more better than the one that we used to go to.

It was unplanned to go there.  GM, Buah Hati and Me reached there quiet early about 5.30pm.  I can bet from today onwards GM will choose here rather than others.  Numbers of choices and variety of food we can get.  Through our sneak preview, most of the veges are fresh and in good condition.  Those day, I love to go to night market even sometimes GM will assign me to shop for our home stock.  Even my Buah Hati also cant stand with the temptation all the way.  For him of course the toy temptation!!!

As usual, forgotten to snap any pictures.  The only picture that I managed to captured is the one that Buah Hati bought from there.  Both of us falls into small faught before he managed to pursue me to buy something for him.  You are such a lucky kid deary Al-Farysh :).  Whatever it is, this night market will be our new place for shop and we shall say good bye to the one in Section 3...


 Fishing Game.  It cost me 10 bucks but I can feel that this will not live longer due to the quality of this toy.  Less than half and hour, some awkward sound came from this game.


Was addicted towards his newbies.  Try harder to catch fish as many as he can.  Good for him to learn how to become more patience.


note:  is this entry short enough?? Still thinking why I bother to tell other people about the new night market that we went...hmmm.....
 

::Red Mummy Dot Com::

Terpanggil untuk membuat entri ini tatkala melihatkan entri beliau berkenaan Contest Meletup TOP TOP!  Julung-julung kalinya saya menyertai blog contest setelah hampir setahun berjinak-jinak dalam medium ini.  Secara jujur dan ikhlas saya menyertai  contest ini bukan kerana ingin memenangi hadiah yang ditawarkan tetapi saya turut serta kerana saya yakin dengan cara ini, tuan empunya blog tersebut iaitu Red Mummy (RM) ingin mendapatkan maklum balas serta  sudut pandangan yang berbeza-beza mengenai blognya.  Sebagai pembaca yang setia, tidak salah rasanya saya berkongsi rasa mengenai blog RM.

Saya mula mengenali RM melalui blog Nisa dalam penghujung tahun 2008.  Pada waktu itu jugalah saya baru sahaja mengenali apa itu dunia blog (ketinggalan zaman betul).  Nisa meletakkan link-link top bloggers dan secara rambang saya telah melawati laman RM.  Ibarat cinta pandang pertama saya terus menyukai RM tetapi pada waktu itu entri RM belum lagi banyak dengan iklan-iklan yang ditaja seperti hari ini.  Dek kerana menyedari RM telah lama berkecimpung di arena ini, saya sanggup meluangkan masa mengorek entri-entri lama beliau.  Waktu itu jugalah saya menyedari bahawasanya seronok juga membaca kisah kehidupan individu-individu yang langsung tidak kita kenali.  Tak salah rasanya jika kita mengenali seseorang itu dari jauh.  

Apabila saya sendiri mempunyai blog, saya tidak lupa meletakkan link RM di dalam blog saya supaya ianya memudahkan saya untuk terus ke laman web beliau.  Melawati blog RM saya sering berasa santai.  Seronok mengetahui dunia RM melalui laman maya ini walaupun saya yakin tidak semua kisah hidupnya dikongsikan buat pembaca.  Selain kisah sehariannya, banyak juga tip-tip yang dikongsi.  Saya belum berkeluarga tetapi sekurang-kurangnya saya dapat menimba ilmu kehidupan melalui RM.  Seingat saya, di awal-awal saya berjinak dengan RM banyak juga berkongsi tip-tip solekan.  Walaupun saya langsung  tidak mempraktikkan apa yang RM kongsi kerana saya kurang gemar bersolek, namun saya tetap membacanya sekali lalu.    

Tanpa saya sedari, semakin lama RM semakin popular dan tidak salah rasanya jika saya klasifikasikan empunya blog tersebut sebagai selebriti siber.  RM semakin lama semakin berubah wajah selaras dengan usianya di dunia siber ini.  Daripada tip-tip serta perkongsian pengalaman, kini RM juga menjadi tempat produk-produk meluaskan pengaruh perniagaan.  Mulanya jelak juga apabila RM sering menghidangkan entri-entri Advertorial Post dan Cover Event.  Namun sebagai pembaca tegar akhirnya saya juga tenggelam dalam keseronokkan membaca entri-entri tersebut.  Mungkin gaya tersendiri pengolahan penulisan oleh tuan empunya blog menyebabkan saya sentiasa melekat bersama RM. 

Yang terbaru dan semestinya pengikut setia RM tahu, entri beliau berkaitan tas tangan.  Aduhai!!!  Meleleh air liur tatkala melihat RM menjinjing dari satu jenama ke satu jenama yang lain.  Sudah tersurat rezeki RM sebegitu murahkan :)..  Selepas ini saya yakin RM akan menjadi tempat rujukan untuk hal ehwal berkaitan tas tangan.  Lagipun, perempuan dan tas tangan mana boleh dipisahkan makanya dengan tanpa segan silu dan sebagai pengikut setia RM, saya tidak kisah jika setiap hari ada sahaja hidangan entri berkenaan tas tangan jika dibandingkan dengan entri kucing (ini kerana saya tidak berminat dan takut pada kucing :( ).

Selain dari entri tas tangan, entri-entri berkaitan informasi juga turut dipaparkan.  RM tidak pernah lupa untuk berkongsi setiap informasi yang diperoleh.  Informasi-informasi ini boleh dikatakan ilmu juga buat kita yang tidak mengalami atau berdepan dengannya.  Sekurang-kurangnya kita tidak membaca dan meninggalkan RM dengan otak yang kosong.  Jika bukan kita yang bakal menggunakan informasi tersebut mungkin orang-orang disekeliling kita memerlukannya maka kita dapat berkongsi dan memanjangkan ilmu yang diperoleh.  Saya sendiri tidak kisah jika entri-entri berinformasi ini sering terpampang di dalam RM

Semerah warna latar RM, saya yakin semerah itu jugalah cinta beliau terhadap blognya.  Jika tidak, masakan RM sebegitu berjaya hari ini.  Tidak pernah terfikir hanya dengan menulis blog kita boleh menjana pendapatan sampingan sebegitu lumayan.  Saya untuk seberjaya seperti RM sudah pastilah tidak jawapannya.  Entri harian pun hangat-hangat tahi ayam.  Apa pun, saya yakin RM sentiasa cuba memperbaiki mana yang patut dari semasa ke semasa supaya ia terus releven di dunia tanpa sempadan ini.  Mungkin permintaan kami-kami ini yang membaca RM supaya RM menambahkan bilangan entri harian agak melampau, tetapi itulah hakikatnya.  4-5 entri sehari tidaklah mencukupi namun kami juga harus menerima hakikat bahawa tuan empunya blog juga mempunyai komitment kehidupan yang menuntut masa beliau.  

Kepada yang belum mengenali RM, sila-silalah menjenguk beliau di http://redmummy.com/.  Jika anda bosan jangan salahkan sesiapa ini mungkin kerana kita mempunyai citarasa yang berbeza.  Apa yang pasti, saya suka mengikuti blog RM dan sehingga hari ini bosan belum lagi menguasai diri saya.  Buat Kak Red, maaf jika entri saya ini panjang meleret kerana saya sememangnya tidak pandai untuk memendekkan entri seperti akak.  Jika bosan membaca entri ini saya faham tetapi itulah, saya masih gagal mencari formula untuk mencoret rasa dengan kaedah mudah dan ringkas.  




nota:  Maaf, tiada sebarang gambar dapat saya paparkan kerana saya kurang arif untuk copy gambar blog RM dan letakkannya di sini.  Masih banyak yang saya perlu belajar...

::Takdir Cinta::

Usai menonton Konsert Istimewa Rossa di saluran Astro, terngiang-ngiang pula di telinga sebuah lagu yang dilagukan.  Saya bukanlah peminat tegar Rossa makanya sebarang album artis tersebut tidak berada di dalam simpanan saya meskipun lagu dendangannya tidak asing bagi saya.  Mungkin ada sedikit sifat nasionalis di dalam diri, hasrat untuk memiliki album artis luar tidak pernah terlintas.  Lagipun, dunia kecanggihan menghalalkan kita untuk menikmati lagu-lagu artis luar dengan mudah.  

Okey, kita berbalik kepada niat awal coretan entri ini.  Lagu yang tidak berhenti bermain di cuping telinga saya adalah lagu Takdir Cinta.  Bukanlah sebuah lagu baru kerana sesiapa yang ada menonton filem Ayat-Ayat Cinta pasti telah mendengar lagu Takdir Cinta ini.  Saya sendiri telah menonton filem tersebut cumanya tatkala menonton filem Ayat-Ayat Cinta saya lebih tertarik kepada OST filem tersebut juga dendangan Rossa yang bertajuk juga Ayat-Ayat Cinta.  Tetapi hari ini entah kenapa terbuai pula rasa tatkala mendengar sang penyanyi mendendangkan lagu tersebut.

Seolah ada kuasa magis yang mengarahkan hati saya untuk terus berlagu.  Mungkin juga lewat kebelakangan ini saya kerap mendengar kisah tragis cinta tiga segi makanya lagu Takdir Cinta ini amatlah releven sekali.  Siapa yang terlibat??  Tidak perlu rasanya saya berkongsi siapa mereka-mereka.  Biarlah mereka yang berada di dalam kemelut ini berusaha merungkai permasalahan yang mereka hadapi.  Cumanya, saya terfikir dan apa yang boleh saya katakan, Cinta itu sendiri penuh dengan misteri.  Bukan kita tidak berusaha untuk setia pada yang satu.  Sedangkan cinta yang dituntut iaitu Cinta pada Illahi itu sendiri kita sering berselingkuh inikan pula cinta sesama manusia.  

Setakat hari ini saya tidak pernah terperangkap dalam kisah bersegi-segi ini.  Saya tidak berada di dalam situasi mereka dan saya tidak dapat menerangkan apa sebenarnya yang mereka rasa tetapi secara dasarnya kita tahu ianya amat memedihkan.  Buntu dan keliru pasti membelenggu dan secara kebetulan lagu ini saya tujukan khas buat mereka-mereka  di luar sana yang terperangkap di dalam dilema cinta dan juga buat kita yang sering curang pada Maha Pencipta.

Tajuk Lagu:  TAKDIR CINTA
Dendangan:  ROSSA
Ciptaan:  Melly Goslow
Lirik:

Ku Tutup Mata Ku
Dari Semua Pandangan Ku
Bila Melihat Matamu
Ku Yakin Ada Cinta
Ketulusan Hati Yang Mengalir Lembut

Penguasa Alam Tolonglah Pegangi Aku
Biarku Tak Jatuh Pada Sumur Dosa
Yang  Terkutuk
Dan Menyesatkan Cintaku

Andaikan ku Bisa
Lebih Adil Pada Cinta
Kau dan Dia
Aku Bukan Nabi
Yang Bisa Sempurna
Ku Tak Luput Dari Dosa

Biar Aku Hidup Seperti Ini
Takdir Cinta Harus Begini
Ada Kau dan Dia Bukan Ku Yang Mahu
Oh Tuhan Tuntunlah Hatiku

Tuesday, October 5, 2010

::Last Weekend::

Manage to fulfill some invitation on last weekend although I have no choice to rejected few of it.  For those had invited me thank you so much but I seek for an apologized cause could not manage to get to your houses.  Perhaps next time deary friends.. :) Do invite me  next time ya!!

One of my high school junior, Farah get married on last Saturday.  We know each other since primary.  At first me quiet hesitate to attend her ceremony but after think a few times, I manage to get there.  One of the reason is her family and my family quiet close and most of her family members know us each other since kids.  At the same time, her brother and me used to studied in same primary school and she had attended my sister's ceremony.  For all that reason I gave her ceremony on my priority list for that Saturday although its a last minute decision.  Luckily Abang agree to go there and due to last minute decision, we arrived there around 3pm.  

Farah's house actually is our ex-neighborhood.  We stayed there about 4 years.  Entering her house area really bring back my memories.  Place where I grew and make friends.  Few of my good friends also live there but they have move out just like me.  Me remind Abang the place where we started our bonding.  He just smiled :).  How I wish I could return to those days..hmmm...

I spent nearly an hour than we make a move.  Manage to catch up with few school friends but unable to stay longer cause I have to go to my aunty's aka Angah house at Klang.  All the way to Klang we stuck in heavy traffic.  It took us nearly an hour to reach Klang.  Since its my aunty's house so I have to allocate certain hour there seems we are so close.  After all we just had Nasi Minyak so need few hours more to digest whatever that we ate.  Angah prepared fab dishes but my stomach only ready for one of it so I choose Coconut Rice.  

I had to pushed Angah to cut the cake.  Oh yea, besides Open House Angah also celebrating her son's birthday.  After they cut the cake than we straight away left Klang and make our way to Selayang, CPR's house.  Again we bump to bump with other cars on the road.  This time GM and Macho Man together with his family come along.  Almost 9.30 we reached there followed by heavy raining.  CPR warned me earlier to spare spaces for her home-made Laksa.  I did and end up with over loaded.  Only  in one day and three houses, I guess I already top-up 2 kgs on my weight..huh..huh..No strength to climb up on scale and look at the figures.  My Saturday end-up at 1am.

Sunday, already have few of activities.  This time MTD is with us but not every plan goes well.  Few things pop-up so we decide only to go to Nisa's House (Abang's Sister) and Abang close friend in Kajang.  We left Kajang after Maghrib prayers and we have something lite for our dinner in Bandar Tasik Pemaisuri before we sent MTD back.  Reached home around 10pm and by 11pm I can feel some sticky on my eyes...I slept together with my bloated stomach!!! I guess its final week of Syawal for us because next week we'll not be in KL.  Where to go?  Later yea...(as usual)



note:  none picture to share cause no mood to hanging with my camera...