Followers

Wednesday, November 26, 2014

::Kenangan UPSR::

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) keluar.  UPSR paling kontroversi rasanya dengan kisah menduduki semula beberapa subjek mendapat soalan bocor.  Terfikir di manakah intergriti guru dan juga ibu bapa terlibat.

Tak mahulah persoalkan yang itu lagi.  Perkara dah berlalu.  Tahniah pada adik-adik yang berjaya peroleh keputusan memberangsangkan.  Di FB ramai anak rakan-rakan pass with flying colors.

Apa pun keputusan UPSR bukan penentu segalanya.  Masih jauh perjalanan sementelah banyak lagi peperiksaan besar bakal ditempuh.  Dengan format pendidikan yang baru (rasanya), cabaran menanti bukan calang-calang.

Diri harus dipersiap sebaik mungkin.  Seandai terkandas masih belum terlewat untuk memperbetul keadaan.  Yang penting tidak jemu berusaha dan tidak cepat mengalah.  

Tersenyum sendirian bila terkenang saat saya menjadi calon UPSR tahun 1992.  Dah 20 tahun lebih memori kemas tersimpan di lipatan sejarah.  Segalanya masih segar dan saat ini saya seolah memutar kembali video lama.

12 tahun, angka usia yang cukup mentah.  Usia permulaan memasuki alam remaja.  Sedikit kepintaran Allah kurniakan, walau tak sehebat mana tapi di sekolah saya antara 40 orang pelajar kelas pandai.

Dulu murid-murid di kelaskan mengikut tahap kepandaian berdasar keputusan peperiksaan.  Sekarang ni tak tahulah pula masih wujud sedemikian atau tidak.

Kenapa saya kata kelas pandai, kerana dari seluruh darjah 6 sekiranya saya mendapat tempat ke-40 di dalam darjah beerti saya adalah murid ke 40 dari keseluruhan darjah 6.  

Perbezaan markah di antara satu sama lain sangat sengit.  Kedudukan no 1 boleh sahaja diduduki lebih dari 3-4 orang dek markah sama.  Begitu juga kedudukan nombor-nombor lain.

Bila berada di dalam kelompok bijak, walau tidak sepandai mana pun tetap juga tumpang label PANDAI.  Biasalah tu!  Terlanjur mendapat gelaran sedemikian, mesti target pun tinggi.

Bukan setakat guru kelas tapi seluruh sekolah.  Katanya kami semua boleh bantu menaikkan nama serta gred sekolah peringkat negeri.  Berusaha tahap bermati-matian juga.

Keluarga pun tentulah inginkan sesuatu yang terbaik.  Alang-alang duduk kelas pandaikan, mungkin adalah harapan peroleh keputusan cemerlang.

Bila keputusan keluar, agak meleset juga target saya.  Dari 4A dapatlah 3A 1B.  Fuh, sedih bukan main.  Entahlah, sedih banyak ke malu banyak ke saya pun tak pasti.  Tapi menangis tahap tersedu-sedu.  Sampai bengkak mata.

Kawan rapat semuanya dapat 4A, saya terkontang-kanting tak dapat full set.  Tengok mereka seronok meraikan kejayaan, bertambah pilu di hati.  Waktu tu rasa end of world sangat!

Bukan tak ada rakan sekelas yang tak dapat 4A tapi entah kenapa touching sangat.  Rasa dah gagalkan impian semua orang.  Siap boleh salahkan diri kenapa tak belajar lebih subjek Matematik.

Immediate waktu tu terbayang kawan-kawan semua akan ke sekolah baik tapi saya bakal belajar di sekolah bertaraf biasa.  At that time memang high competition.

Saya aim nak masuk sebuah sekolah popular di KL tapi dah tahu takkan dapat dengan keputusan sedemikian.  Sekolah tersebut hanya akan ambil pelajar yang lulus cemerlang.

Those days manalah pandai nak muhasabah diri ke, terima sebagai takdir ke, ini perancangan terbaik dari Allah ke bagai.  Yang saya tahu saya GAGAL!

Pujuk-pujuk GP supaya saya dimasukkan ke sekolah tersebut, haram dilayan.  Dia kata sekolah di mana pun sama.  Yang penting diri.  Kalau malas belajar duduk sekolah baik pun tak akan dapat keputusan baik.

Makanya redha dengan keputusan bersekolah di sekolah yang saya tamat sehingga Tingkatan 5.  Sekarang mestilah saya akan kata segalanya telah ditulis dengan baik oleh Maha Pencipta.

Segala perancangan Allah SWT buat saya pasti ada hikmah.  Hari ini tiada siapa pun bertanya berapa keputusan UPSR.  Apa yang saya peroleh bukan tiket untuk teruskan kehidupan.

Berapa ramai kawan-kawan saya terkandas sewaktu UPSR hari ini jauh lebih berjaya dari saya.  Pegang jawatan tinggi, malah yang jadi Professional pun ada.  Saya dengan mereka ibarat jauh panggang dari api.

Itu tanda mereka tidak putus asa dan ambil ikhtibar dari kegagalan lampau.  Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.  Saya respek walaupun kadang-kadang bila bersua ada sahaja giat mereka, "Oh, Kaukan budak pandai.  Takkan nak duduk sama dengan kitaorang".

Dalam dunia sebenarnya tak ada yang pandai mahupun bodoh.  Sama sahaja, cuma bagaimana kita handle kehidupan serta berdepan dengan keadaan.  

Ibu bapa pun tak perlu tekan anak-anak seandainya keputusan tidak memberangsangkan.  Pupuk minat belajar dan sentiasa beri semangat pada mereka.  Insyaallah, ada rezeki anak-anak dapat keputusan cemerlang.



nota:  bagaimana pula UPSR sepuluh tahun akan datang?
               


Saturday, November 22, 2014

::Musim Tengkujuh Kembali::

Penghujung tahun sama seperti tahun sebelum, menjelang petang hujan membasahi bumi.  Ada masa sekali dengan ribut petir.  Dah biasa dengan keadaan sebegini dari dulu lagi.

Kasihan bila melihat saudara kita di Terengganu.  Kali ini, negeri penyu pula menerima musibah banjir.  Bukan tak pernah kena cuma rasanya tahun ini sedikit teruk.

Saya belum pernah menjadi mangsa banjir tapi perit getir berdepan bencana alam sedemikian dapat saya selami sementelah keluarga Siti Cutie pernah kena pada tahun 2012.

Hari tu ada tengok rakan di FB kongsi gambar keriangan anak-anak bila musim banjir.  Sesuai ke menikmati keseronokan?  Entahlah, saya seriau sebenarnya.  Bimbang sesuatu tidak diingin berlaku sehingga mengundang maut.

Mungkin saya tipikal.  Yalah tak pernah rasakan, tapi tak salah berjaga-jaga.  Lagi pun air banjir bukan bersih.  Tak baik untuk kesihatan kanak-kanak.

Di KL memanglah tak ada banjir tapi bila hujan mencurah banyak buruk dari baik terutamanya menjelang petang.  Kalau selalu boleh sampai rumah dalam tempoh 30 minit, musim tengkujuh ni boleh jadi satu jam ke satu jam setengah.

Program waktu petang semua ditunda ke satu waktu sesuai.  Semasa majlis perkahwinan saya hari tu pun risau juga.  Takut-takut hujan turun tidak mengikut masa sepatutnya.  

Alhamdulillah, selesai majlis barulah titisan air menderu turun.  Proses mengemaslah sedikit terganggu tapi apa pun itu semua kenangan.  Cuaca sangatlah merestui, panahan terik langsung tidak muncul.  Bersanding pun rasa nyaman!

Khabarnya negeri Kelantan sudah diberi peringatan untuk bersedia menghadapi bah.  Memang mereka sudah lali, tapi kasihan jugakan.  Hujung tahun sahaja kena mula menyinsing kain.

Harap-harap banjir di Terengganu semakin berkurangan.  Mari kita sama-sama berdoa supaya musibah tidak berterusan dan saudara kita di sana akan dapat kembali ke kediaman masing-masing dalam waktu terdekat ini.

Ini semua ujian.  Allah takkan uji hambanya di luar kemampuan.  Semoga Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memandang remeh mangsa banjir tak kira di mana mereka berada.

Mujur cuti sekolah telah bermula.  Peperiksaan semuanya dah selesai.  Kalau tidak kacau juga.  Mana nak fikir hal banjir, mana nak ambil tahu peperiksaan.  Bertambah kalut!

Alamak, guruh mula berderam.  Nampak gaya kena berhenti dulu takut disambar petir pula.  Selamat berhujung minggu.  Nak keluar ke mana pun tak boleh, musim tengkujuh telah kembali.  Beristirehat di rumah sahajalah jawabnya.




nota:  merenung titisan air sambil mengulit kerisauan di hati


  






Tuesday, November 18, 2014

::Misi Mencari::

Di Malaysia kita sangat beruntung, cakap sahaja nak makan apa terus google dapat.  Kepelbagaian bangsa memberi kelebihan untuk pilih apa sahaja jenis makanan.  Janji halal!

Nak kata suka sangat tu tidaklah, tapi sebelum ni kami sekeluarga biasa makan steamboat di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail.  Sedap dan affordable.  Kalau kata steamboat terus tuju ke sana.

Malangnya, sebelum bulan puasa hari tu dah tutuplah pula.  Aduhai!  Di saat sedang teringin dah tak tahu nak tuju ke mana.  Randomly nak ke restoran-restoran sedia ada cuak pula.  Bimbang tak sedap.

Harga pun, hmmm...boleh tahan juga.  Rasa tak berbaloi hendak mencuba especially bukan semua dari kami gemar steamboat.  Rugi pula bila bayar sederap tapi tak makan sangat.

Ni tengah hunting mode.  Tak tahu nak hala ke mana.  Biasalah bila ada bakal ibu di rumah, kehendak harus dituruti.  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Sitie Cutie melalui fasa berpantang.

Any idea?  Tempat mestilah family oriented sebabnya ada budak.  Walau pun tak ramai tapi 3 orang mewakili 9 orang tenaganya.  Range price?  Kalau boleh less than RM30/per head.  Dapat yang own pot lagi best.  Ikut selera sendiri.

Harap-harap dapatlah kami penuhi impian ibu mengandung.  Kalau tak dapat apa yang mencapai piawaian kami, nampak gaya kenalah ke restoran yang agak terkenal.  Terpaksalah keluar lebih sedikit simpanan di poket.





nota:  teruskan mencari...

Monday, November 17, 2014

::Sikap Positif::

Pagi tadi dalam kereta sempat dengar kata-kata Dato' Fadzillah Kamsah, sekiranya kita sentiasa berfikiran positif ke atas sesuatu perkara, benda yang kita tak suka pun boleh bertukar sebaliknya.

Tetapi kalau dah semat unsur negetif ke atas sesuatu perkara, selamanya kita tidak pernah akan suka malah semakin membenci.   

Betul tau!  Macam saya waktu belajar dulu, tak pernah minat dengan subjek Matematik.  Ya Allah, rasa benak sangat.  Dari sekolah rendah membawa ke universiti, bila berhadapan matapelajaran Matematik, lemah longlai seluruh badan.

Sebenarnya saya silap kerana telah tanam segala unsur negetif ke atas subjek tersebut.  Tak bolehlah, susahlah, menyampah nak ingat formulalah, perlu ke Matematik ni dalam kehidupan, buatlah macamana pun saya takkan pernah lulus dan sebagainya.  Semuanya tiada yang positif langsung!

Siap beritahu awal-awal pada GP dan GM jangan marah kalau report card ada warna merah dan semestinya subjek MATEMATIK.

Akhirnya sampai tua, bila masuk universiti, subjek Matematik yang menyebabkan pointer sering jatuh.  Manakan tidak, ulang berapa kali.  Last time seat untuk exam tu pun dah minta sangat-sangat pensyarah beri peluang bagi markah kasihan.  Kalau tidak sah tak dapat sijil.

Terukkan tahap benci saya pada Matematik.  Ini semua kerana sikap dan fikiran negetif.  Saya langsung tidak pernah menanam segala apa yang positif kerana itu saya berterusan gagal.

Sebaliknya, saya pernah benci subjek Sains sama seperti Matematik.  Pun dah siapkan diri bila tunjuk kad laporan sekolah.  Confirm merah!  

Tapi saat akhir sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya pujuk diri untuk minat subjek tersebut.  Walaupun hati 50-50, Alhamdulillah bila segala unsur positif menguasai diri saya berjaya atasi kebencian pada subjek Sains.  

Dari sering mendapat gagal dalam subjek sepanjang 5 tahun belajar di sekolah, akhirnya saya beroleh P3 untuk Sains.  Tak sangka ok!  Cikgu Sains pun macam tak percaya.  

Untuk subjek Matematik, biasalah, dapat P6.  Ngam-ngam lulus, kalau tak nampak cacat sikitlah pada sijil SPM.  Natijah dari sikap negetif berterusan tau sehingga ke tua.  Rasa macam kena sumpahan Matematik.  Lemah betul mencongak!

Kalaulah saya mampu upah persepsi negetif dari awal mesti saya berjayakan?  Moral of the story, tanamkan sikap positif dalam apa jua keadaan.  Hidup hanya sekali, tak perlu rasanya kita nak belenggu diri dengan aura tidak sihat.

Kadang-kadang kita terlepas pandang peluang terbuka hanya kerana memikirkan benda negetif.  Contohnya macam saya, sewaktu buat permohonan sambung belajar saya menolak keras segala bentuk course melibatkan Pengurusan Perniagaan.

Alasannya saya tidak mahu lagi menghadap segala bentuk formula berkaitan Matematik.  Akhirnya saya terpilih masuk ke UiTM bagi Diploma Pentadbiran Awam.  Happy gila!  Yalah, course di bawah Fakulti Undang-Undang mana ada Matematik (pada fikiran saya).

Rupanya.....mampu bertahan sehingga semester 2 sahaja!  Subjek yang menyebabkan saya tersingkir semuanya berkaitan Matematik!  Waktu tu masih belum mampu lagi untuk terima subjek kira-kira.  Ala-ala memberontak jugalah ni.

Tapi akhirnya, saya kembali ke Pengurusan Perniagaan juga sehingga berjaya peroleh Sarjanamuda.  Bayangkan sepanjang hidup, Matematik tak boleh lari dari diri. Gagal beratus kali pun kena juga berdepan.

Sebenarnya saya hanya perlu sedikit motivasi diri dan tanamkan rasa SUKA pada subjek tersebut.  Dari tak suka, lama-lama akan jadi minat.  Bila dah minat kita akan rasa seronok untuk belajar.

Kita ni buat apa pun kalau tak seronok takkan menjadi hasilnya dan keseronokkan itu hanya akan lahir bila sentiasa bersikap positif.  Sesusah mana pun dengan sedikit suntikan motivasi, Insyaallah akan menjadi mudah.

Apa sahaja dari segala segi dan perkara dilakukan, POSITIF itu perlu.  Masih belum terlewat untuk alihkan magnet-magent negetif ke suatu tempat lain dan gantikannya dengan fikiran positif.

Jom kita usaha bersama dalam membina motivasi diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran mendatang.  Hanya kita sahaja boleh ubah apa yang kita ingini.

Cuba berdamping dengan mereka yang sentiasa positif.  I know its sound lame but give a try dekati dan berkawan dengan pengusaha-pengusaha MLM.  Mereka ni ada aura positif sangat tinggi.  

Tak perlu nak termakan pujukan ke apa tapi sedut semangat-semangat positif mereka.  They know how to find ways especially on survival.  Kalau tak  macamana nak maju.  Formula ini one of my Marketing Lecturer yang beritahu.

Tak kisahlah apa pun, yang penting POSITIF...POSITIF..POSITIF...Terima kasih Dato' Fadzillah Kamsah for your words this morning.  Yes, I have to call back my white aura and detox away those black shadow.




nota:  bersemangat...





     
     

Friday, November 14, 2014

::Status Baru::

Alhamdulillah, hari ini genap dua minggu memegang status baru.  Macam tak percaya pun ada, tapi itulah hakikat :)

Hmm...nanti-nanti saya cerita.  Lagi pun gambar tak banyak.  Manalah ada masa nak pegang telefon.  Gambar dalam koleksi ni pun minta pada rakan-rakan yang hadir.  

Terima kasih atas ucapan dan doa.  Kalau ikutkan di sini ramai tak tahu.  Yalah, tak ada apa perkhabaran tup-tup dah bergelar ISTERI.  Sebenarnya tak sempat nak war-war di blog.  Mana yang saya sempat approach sahaja tahu.

Tak ada apa pun nak cerita, hanya nak berkongsi berita terkini.  Ini pun saya masih lagi canggung.  Macam tadi dapat panggilan:

A : Saya wakil auditor, nak bercakap dengan wakil Syarikat M
Saya:  Ya saya, Maria.  Ada masalah ke Cik?
A:  Tak saya nak tanya, eh ni Cik Maria ke Puan Maria?
Saya:  Cik Maria, ops! Silap! Puan..tak apa, Cik pun boleh...(sambil tersengih-sengih)
A: Aik, boleh confuse pula ya...
Saya:  Hahahaha....(malu pun ada)


Biasalah tu kan.  Masih baru lagi!  Nanti dah lama-lama tak adalah malu ke silap ke...hehehe...Apa pun saya bersyukur segalanya berjalan lancar.  Hiccup tu mestilah ada tapi Alhamdulillah berjaya ditangani.

Nanti saya kongsikan kisah-kisahnya ya...

Tarikh persandingan:  01 November 2014





nota:  Alhamdulillah...

Thursday, November 13, 2014

::Singgah Sebentar::

Tak tahu bila agaknya nak come back di sini.  Ada sahaja halangan terutama dari segi masa.  Ini pun curi masa sebentar.  Apa yang saya sibukkan pun tak tahulah.  Hakikatnya masih canggung membahagi masa.

Kehidupan baru sedang bermula dan saya sedang cuba menyesuaikan diri.  Yalah, berpuluh tahun sudah biasa dengan segala rutin sedia ada, pasti sukar untuk ubah.  Tak apa, ambil masa lebih sedikit.  Janji bahagia :)

Dah masuk pertengahan November, bermaksud hanya tinggal sebulan lebih untuk melabuh tirai 2014.  Banyak kenangan indah.  Jika punya ruang, saya kongsikan di sini kelak.  Pasang surut kehidupan itu biasa, bukan nama manusia andai tidak diuji.  Yang penting redha!

Setiap pahit hempedu akan berbalas dengan kemanisan seandai kita bersabar dan percaya pada Allah SWT.  Allah takkan membebani umatnya sekiranya tidak mampu untuk ditanggungi.

Okaylah, got to go!  Ada kerja perlu dilunas.  Biasalah recam kehidupan, apatah lagi di saat dunia makin hampir ke penghujung.  Cepat sahaja masa beredar.  Tak sempat menghela nafas barang sesaat.





nota:  curi masa...