Followers

Sunday, September 29, 2013

::Bermuram Durja::

Sangat tertekan bila Candy Crush tak boleh dibuka melalui laptop.  Dahlah semangat berkobar-kobar sementelah masuk level baru.  Bosan menunggu berjalan merata di alam maya.
 
Secara tiba-tiba mood nak berceloteh suram.  Minggu ni langsung tak minat nak jengah blog, entah hantu mana yang dah tersampuk.  Kepala ingat tilam dan bantal sahaja :(
 
Nak kata badan letih, tak juga.  Kesihatan pula on-off.  Paling ketara menjelang Maghrib mesti rasa tak sedap badan tapi selera makan tak mengalah.  Cukup masa perut minta diisi.
 
Okay, bab makan tu lebih kepada nafsu mentekedarah hebat menguasai itu yang asyik ingat makanan sentiasa!  Tapi demam menjelang Maghrib, ramai kata sesuatu.
 
Saya terima segala pendapat dengan hati terbuka.  Selain perawatan moden usaha juga yang lain.  Sihat atau tidak itu kehendak Allah, yang penting saya sudah berusaha.
 
Selain itu, kalau akal dan minda lemah pun boleh memberi kesan pada keseluruhan kesihatan.  Saya akui terlalu banyak perkara membebani fikiran, hingga lelah di hujung hari.  
 
Oktober menjelang tiba, sayangnya sehingga hari ini apa dicita belum nampak bayang keberhasilan.  2013 bakal berlalu sama seperti tahun sebelumnya, menganyam impian.
 
Terlalu hebat dugaan Allah turunkan malah sehingga saat ini ada sahaja perkara menjunamkan momentum diri berlaku.  Apa rahsia disebalik segalanya?
 
Entahlah, semakin memikirkan segalanya rasa semakin malas dengan apa sahaja sedang dilalui.  Nak meneruskan entri ini pun malas.  
 
Esok hari Isnin dan saya memerlukan aura positif untuk terus bangkit dari segala kemurungan.  Jom tidur dengan harapan segala negativity akan nyah pergi sebaik mata dibuka.
 
 
 
nota:  selamat malam...    

Thursday, September 19, 2013

::Ingat Lagi Tak?::

Hari itu adalah merempan sekejap bila tak dapat gerak level Candy Crush, lepas tu keesokkan harinya berjaya.  Nak kena mengadu di sini dulu baru ada kemajuan..hehehe...
 
Tapi itulah langit tidak selalu cerah, sekarang dah tersangkut balik di level 165.  Dekat 4-5 hari juga ni, takkan nak jadi sebulan macam hari tu pulakan?  
 
Seriously, I easily addicted with games tak kiralah di telefon bimbit ke, laptop ke, PC ke kalau dah terpikat asyik mengadap.  Bahaya sungguh!
 
Ingat tak game ular yang ada pada handphone dulu-dulu?  Kalau tak silap dari Nokia 3210 dah ada game tersebut.  Teringat bila main sampai panas handphone.  Habis bateri dikerjakan.
 
Klasik betul.  Ada lagi ke game ular tu?  Sekarang game semua dah canggih dari segi visual mahupun audio.  Makin canggih makin melalaikan and I am one of the victim.  
 
Victim konon, walhal sendiri cari pasal nak terjebak main.  Cuba tak main tak adalah hanyut.  Eh, bukan hanyutlah, game ni semua nak release tension.  Kalau tak ada game nanti hati tak berbunga-bunga..hahaha...
 
 
Gambar seperti biasa dari Google.  Rasanya nak kena beli handphone klasik baru dapat main game klasik sebegini.  Kalau ada pun sekarang ni mesti dah improvise dari segi warna dan sebagainya, tak nostalgic!


nota:  imbau kenangan lama...



Wednesday, September 18, 2013

::Rimas::

Rasa malas mahu upload gambar, walhal banyak kisah boleh diceritakan.  Buat ini malas, buat itu malas memang sah dasar pemalas tahap maksima.
 
Tak apalah borak-borak kosong pun boleh, kalau tidak sunyi pula di sini.  Itu pun kalau ada sudi membaca, tiada yang sudi pun tak ada salahnya.
 
Dah seminggu lebih badan rasa tak sedap.  Menjelang malam badan letih, sendi semua bisa-bisa.  Macam nak demam tapi bila siang elok sahaja ke sana ke mari.  
 
Kalau ada pun sakit-sakit pinggang biasa.  Selain itu semua biasa sahaja.  Jumpa doktor mesti tiada jawapan melainkan diarah ambil darah. 
 
Inilah dugaan kesihatan terima dengan redha.  Harap tak serius mana, cuma kalau masih berlarutan memang paksa rela ke kliniklah jawapannya.
 
3-4 hari ni tak berapa ambil tahu sangat hal-ehwal negara.  Tup-tup timbul cerita Chin Peng yang dah mati dan abu mayat dia mahu dibawa pulang ke Malaysia.  
 
Bila dia mati pun saya tak perasan tapi hangat jugalah isu tersebut terutamanya di FB.  Ada membangkang sekeras-kerasnya dan ada pula menyokong lantaran abu mayat sahaja.
 
Dah tertinggal keretapi malas pula nak dig semua news dan baca all those related isu tapi umum mengetahui Chin Peng itu pengkhianat negara dan telah dibuang kerakyatan.
 
Saya faham jika ada yang tidak mahu memaafkan dia sehingga ke liang kubur tapi perlu ke mengeluarkan kata-kata kesat hanya kerana abu mayat?  Abu mayat sahaja kot?  
 
Baik menyokong juga menentang isu ini semua sama sahaja.  Kalau tak boleh terima usul membawa balik abu mayat tersebut tolak sahajalah, tak perlu beremosi melalut-lalut entah ke mana.
 
Ini sampai nak kawal semua pintu masuk bagi mengelakkan abu mayat tersebut sampai ke Malaysia, perlu ke sebegitu ekstrim?  As I said again, abu mayat sahaja kot! 
 
Banyak lagi rasanya perkara perlu pengawasan ketat dari pihak berkuasa seperti kawalan di laut-laut terutama di Sabah yang kini jadi sasaran pengganas.
 
Kalau mendiang Chin Peng tu boleh tengok segala perantakkan mesti dia senyum.  Yalah dari hidup sampai ke mati berjaya dia menghuru-hara hidup rakyat Malaysia.
 
Not going to touch this matter too deep nanti hidup saya pula berantakan sebab isu ini lebih terkait dengan keadaan politik semasa Malaysia.  
 
For me simple, tak bagi bawa balik sudah kalau bagi pun tak ada salahnya kerana tanpa Chin Peng tiadalah kemerdekaan.  Sekurang-kurangnya dia penyumbang kepada sejarah negara and I repeat again abu mayat je pun!
 
Mana ada sejarah negara-negara di dunia tidak menulis kisah-kisah hitam?  Tanpa itu semua tak majulah negara!
 
Cuma sedang berfikir apa perasaan keluarga mendiang?  Ramai okay famili Chin Peng di Malaysia.  Mesti terguris hati merekakan?  
 
Nak buat macamana, dalam hidup pasti ada yang mengguris dan diguris.  Biasalah tu.  Harapnya esok lusa dah tak kecoh pasal abu mayat Chin Peng lagi. 
 
Selagi ada isu ini selagi itulah macam-macam ayat negetif berserakan di mana-mana.  Rimas! 
 
 
 
 
nota:  banyak lagi perlu diberi perhatian...
 
 
 
 
         

Sunday, September 15, 2013

::Selamat Hari Malaysia::

Rakyat Malaysia cuti panjang sehingga Isnin sempena meraikan Hari Malaysia.  Tahun ini genap 50 tahun negara Malaysia tertubuh sejak tahun 1963.

Ke mana sahaja destinasi bakal dituju semua warga Malaysia?  Khabarnya dari Jumaat malam lagi lebuhraya dibanjiri kenderaan.  Rasanya semua berpusu-pusu keluar bercuti.

Tak kiralah balik kampung ke, melancong ke yang pasti semua ambil kesempatan merehatkan minda buat seketika.  Tujulah ke mana sahaja pun, keselematan diberi keutamaan okay!

Kalau ikutkan saya pun tiada sebarang perancangan tapi nak dijadikan cerita esok akan ke Port Dickson (PD).  Ad-hoc plan bersama adik Abang, Nisa.  Cari-cari hotel, sekali dapat.

Bulan ni dah berapa kali berulang ke PD even last week pun ke sana juga.  Ada perkara harus disegerakan itu yang ke sana.  Hal apa tak sesuai rasanya untuk dikongsikan.

Esok pergi lagi tapi kali ini memang untuk bercuti.  Bolehlah dapat berehat 2 hari 1 malam.  Boleh tahan juga harga hotel/apartment di sana.  

Yalah, dah lama tak buat urusan mencari hotel itu yang tak tahu price range.  Tengok pada harga sekarang, tak adalah nak pergi bercuti dengan kerap.  Mau setahun sekali sahaja.  Itu pun belum tentu.

Mesti padat PD esokkan?  PDkan antara tempat peranginan yang berhampiran buat warga Kuala Lumpur.  Itu yang rancang gerak sana awal pagi.  Tak tahulah tercapai ke tidak hajat bertolak awal...he..he..he..

Okaylah, better stop now.  Nak kena kemas barang untuk esok.  Apa pun tak buat lagi ni, dahlah nak keluar rumah sebelum Subuh =)

Selamat Menyambut Hari Malaysia semua!  Semoga keharmonian di antara kaum yang sudah sedia terjalin akan terus erat dalam mengukuhkan lagi kestabilan negara.  Tak kira apa pun keturunan kita, kita tetap SATU MALAYSIA dan Malaysia tidak akan ada tanpa kita semua!  Proud to call myself MALAYSIAN and so do you.  I Love My Country & I Love People whom we MALAYSIAN!!!


Gambar dari Google Image





nota:  senyum tak perlu kata apa-apa....... 

         

Thursday, September 12, 2013

::What A Day::

Baru jam 2.30 petang, macam-macam sudah terjadi sepanjang hari ini.  Ujian pelbagai skala akan datang di dalam hidup tanpa mengira waktu.
 
Bangun pagi dalam keadaan berpeluh-peluh setelah mengalami mimpi agak berkaitan dengan mimpi sebelum ini kalau tak silap 2 minggu lepas.
 
Benar mimpi mainan tidur cuma manusia biasa terpedaya juga dan berfikir apakah ingin disampaikan melalui mimpi tersebut.  Segera mohon pada Allah SWT tiada apa buruk bakal menimpa.
 
Bila dah bangun dengan keadaan sedemikian, mood sudah pasti meracau.  Mulalah fikir perkara negetif.  Benda yang menjatuhkan motivasi diri.  Siap ala kadar, turun bawah dengan fikiran kosong.
 
Sambil meninjau kerja tertunggak dan juga melayari internet, perkhabaran duka singgah ke telinga.  Berita pemergian datuk saudara yang kami panggil Tok Alang Baharin, adik pada arwah Aki saya ke Rahmatullah mengusik jiwa.  
 
Memang Allahyarham sedang sakit malah semalam kami merancang ziarah pada waktu sesuai.  Perancangan Allah tiada yang dapat menghalang lagipun sudah sampai janjinya.
 
Semakin berkurangan kelompok warga tua dalam keluarga kami.  Ternyata kita semua sedang meniti usia untuk meninggalkan dunia jua satu hari nanti.
 
Ingatkan nak turut serta menziarah jenazah Allahyarham, boleh pula 'best friend' muncul.  Tak ada signal tau-tau ada.  Perut pula rasa tak selesa.  Apa kena entah?  Hati mula berbolak-balik samada mahu pergi atau tidak.
 
GP kata mahu bertolak selepas Zohor ke rumah anak Allahyarham di Shah Alam.  Waktu terluang diisi dengan melayan kerenah anak-anak bertiga di rumah.  
 
Gaduh kemudian baik semula adat resmi setiap hari mereka di rumah.  Nama pun adik-beradik, kalau tak terpekik terlolong bukan namanya budak-budak.
 
Dalam kekalutan boleh pula saya jatuhkan jag air dari atas almari.  Bayangkanlah macamana berderainya jag air tersebut.  Yalah, berdebuk dari tempat tinggikan.
 
Dah satu kerja pula nak membersihkan segala kaca yang ada.  Mujur Ayu Bam Bam hulur bantuan dengan menggunakan vacumn cleaner tapi kaca besar tetap kena pungut.  Habis satu dapur saya kena sapu.
 
Selesai episod kaca, tiba-tiba bahagian bawah perut kejang teramat sangat.  Mengigil satu badan, rasa seram sejuk dan sakit yang tak dapat nak diceritakan.  Seperti ada sebiji bom sedang meledak dalam perut.
 
Bukan dalam perut sebenarnya tapi lebih kepada kawasan peranakan.  Barangkali saya sedang datang bulan, buat kerja berat itu yang kena kejang melampau sakitnya.
 
Berguling sekejap sambil menangis bagi meredakan kesakitan.  Tak pernah rasa sakit sedemikian.  Teruknya keuzuran badan, baru menyapu keliling dapur boleh kena kejang sebegitu.
 
Ini dah reda sedikit.  Tak tahu nak buat apa, setakat minum air panas sahaja.  Dalam keadaan sebegini, saya batalkan hasrat turut serta menziarah Allahyarham.  
 
Tinggal seorang diri, rasa sayu pula hati.  Entah kenapa?  Berkecamuk rasa dalam hati!  Sangat tak suka bila perasaan kacau sebegini.  Mahu saja diledak keluar biar menjadi lahar.  
What a day right?  Menghitung waktu apa pula bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.  Mungkin Allah sedang memberi dugaan atas tiket mengkhafarah diri.  Hidup di dunia pasti ada himpunan dosa.
 
Dahlah tak boleh solat, kalau tidak itulah saat paling mendamaikan tatkala ombak gelora membadai.  Sabarlah duhai hati, mungkin ada hikmah di atas segala apa yang berlaku ini...
 
 Hasil pencarian melalui Google Image, klik pada gambar untuk kredit tuan empunyanya
 
 
 
nota:  juga satu peringatan...
 
 

::Lagi Kes Dera - Sumber Berita Harian::

Tengkorak retak didera pengasuh

Oleh Khairul Azran Hussin dan Norfarahin Hussin 
Tengkorak retak didera pengasuh  
Keadaan Nur Sofea ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi pediatrik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
 
Klang: Seorang bayi perempuan berumur enam bulan dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan otak selain retak tengkorak serta lebam pada dahi dan kedua-dua lutut, dipercayai didera pengasuh.

Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Bayi itu mulanya dihantar ke Hospital Pantai oleh pengasuhnya kira-kira jam 4.30 petang kelmarin selepas sesak nafas, sebelum dirujuk ke HTAR untuk rawatan lanjut.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, yang bekerja sebagai posmen pada jam 9.59 malam kelmarin.

“Sharil ketika itu berada di Pulau Indah kerana urusan kerja, dihubungi pengasuh anaknya untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Dia kemudian menghubungi isterinya yang bekerja sebagai kerani di Pos Laju di Jalan Raya Timur, di sini, juga untuk memberitahu perkara sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beri keterangan

Mohamad berkata, pengasuh itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika kecederaan mangsa mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Sementara itu, nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 61, berkata cucunya kini kritikal dan dimasukkan ke Wad Jagaan Rapi Unit Pediatrik, HTAR kerana darah beku dalam kepala akibat hentakan kuat. 

“Sebelum ini, cucu pernah luka dan lebam di kepala, namun anak serta menantu tak syak apa-apa sehinggalah dia sukar untuk bernafas, semalam (kelmarin). Saya tak sangka perkara ini berlaku kepada cucu sulung saya itu, tambahan pula pengasuh berkenaan kenalan rapat keluarga,” katanya.

Difahamkan, pengasuh itu ialah isteri rakan sekerja bapa mangsa.
 
 
SUMBER:  BERITA HARIAN
 
********************************
 
 
Hanya mampu urut dada dan beristighfar tatkala melihat gambar anak malang ini dan membaca berita tersebut.  
 
Kes dera oleh pengasuh ni tak habis-habiskan?  Tak ada perasaan langsung ke sewaktu membelasah anak tersebut.  Anak orang pula tu!
 
Kalau rasa tak mampu nak jaga jangan ambil tanggungjawab tersebut.  Ini bukan perkara main-main ini melibatkan nyawa orang lain.
 
Semoga Allah memberi kesembuhan kepada anak ini dan pelaku kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya. 




nota:  semakin hilang akal manusia...

::Char Kuey Teow Simply Delicious::

Bagi yang tak tahu, restoran Char Kuey Teow (CKT) Simply Delicious ini milik selebriti Serena Redzuawan.  Tak pasti pula sejak bila beroperasi tapi bila semua dah mencuba, haruslah saya cuba jugakan.

Lagi pun tak jauh dari rumah, ala-ala sekentut orang kata.  Itu pun orang jauh semua dah sampai, yang dekat tak sampai-sampai lagi.  Semalam ajak Ayu Bam Bam ke sana.

Nama pun restoran CKT sudah pasti menu utama CKT.  Ada 3 saiz:  kecil, sederhana dan besar.  Secara jujur saya bukan peminat CKT makanya ambil saiz kecil sahaja.  Takut tak habis.

Saiz kecil harga RM6/sepinggan.  Nak tambah telur ke, kerang ke pun boleh tapi harga pun bertambah juga :)  

Ada juga menu lain seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya tapi tak terlintas pula nak mencuba.  In Shaa Allah ada rezeki lain kali kita cuba.

Dari segi rasa, okay!  Rasa semua cukup tak ada yang kurang.  Nak kata sedap entahlah, dah kata bukan pencinta CKT agak payah nak bagi thumbs up!  

Lebih-lebih lagi CKT ni penuh dengan telur dan saya tak makan telur.  Ada sesekali rasa loya tapi as I said, rasa semua cukup.  Pedas+manis+masin+lemak semua bersatu dengan sempurna. 

Tekstur kuey teow pun just nice.  Aksesori seperti udang, kerang dalam pinggan pun seimbang.

Senang cerita kalau maintain sebegini boleh datang lagi cuma harga mungkin sedikit mahal kot, eh ke memang itu harga standard?

Waktu makan tu pun Serina ada di restoran tapi biasalah nak minta bergambar agak segan.  Khabarnya dia memang sentiasa berada di situ.  

Bagus juga, awal-awal perniagaan ni banyak pemantauan harus dilakukan.  Tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja.

Cuma saya agak kurang senang dengan sistem Self-Service Counter sebabnya agak lama juga harus beratur menunggu giliran order.

Kebetulan waktu saya mereka sedang mencuba sistem baru bagi machine counter, lagilah kelam kabut.  Nak dekat 5 minit juga saya berdiri sebelum order.

Bila keadaan sedemikian, they decide not to use the machine, back to writing on a receipt tapi still saya lihat tempoh beratur tetap lama.  Yalah, satu kaunter sahajakan?  Kalau fast food restaurant ada banyak kaunter.

Restoran sebegini rasanya tak sesuai pendekatan self-service.  Ragam orang order seribu satu kerenah.  Ada nak itu, ada nak ini.  Bila counter person have to entertain macam-macam permintaan itu yang beratur panjang.

Barangkali Serina berhadapan masalah pekerja kerana itu dia tiada pilihan menggunakan sistem sedemikian.  Lagi pun saya perasan majoriti pekerja di restoran Simply Delicious kebanyakkan warga luar.  Mereka yang di dapur saya tak pasti.

Bagi sesiapa berminat nak cuba boleh datang ke:  Encorp The Strand Kota Damansara, Jalan PJU5/20A.  Kalau ada yang nak belanja saya bagitau ya, sepantas kilat saya sampai..hehehe...

 Walaupun saiz kecil, cukup untuk membuat perut rasa kenyang.  Nampak sedap tak?



 Berjaya dihabiskan tapi kerang, udang dan taugeh semua letak tepi.  Ada yang Ayu Bam Bam kaut, pinggan dia licin.  Lupa pula nak ambil gambar!


Inilah yang saya katakan tadi, agak ramai juga orang beratur.  One thing, restoran ini bukan orang Melayu sahaja datang makan.  Kaum lain pun turut ada.  It's a good sign right? 



 Oh, ada juga order Chocolate Cake Moist ni.  Satu bekas RM3.50.  Boleh tahan sedap, ini confirm saya akan beli lagi walaupun saiznya comel.


Gambar restoran lupa nak ambil, tapi landmark yang senang restoran ini berhampiran Ariani Kota Damansara.  Kalau kedai Ariani ni mesti ramai tahukan?  Kalau dulu kawasan tersebut sunyi tatkala malam, sekarang tidak lagi ;)



nota:  dah macam blog review tempat makan pula..

 

 


 

Wednesday, September 11, 2013

::Tekanan::

Sangatlah tertekan!  Dah berbulan tersangkut, tak lepas-lepas lagi.  Most of the time give up tapi adatlah sekejap sahaja rasa sebegitu.  Manusia mana pernah serik.
 
Ini semua angkara Candy Crush (CC).  Tak cukup main di laptop, sambung di telefon pula.  Jumpa Abang pinjam pula Note dia, sangat kemaruk terutamanya bila level sedia ada gagal ditembusi.
 
Entah bila agaknya berjaya?  Bagi masa lagi seminggu, kalau tak lepas juga sahih akan delete CC.  Bosan dah menunggu detik kejayaan...hahaha..Main CC pun emosi bukan main!
 
Kalau tak silap saya tersangkut Level 147 ni dari sebelum bulan puasa lagi.  Bayangkan, ni dah nak masuk raya haji, macamanalah tak tertekan.
 
Ada tak sesiapa nasib sebegini?  Banyak kali juga hampir berjaya bilamana hanya satu sahaja jelly harus dihapuskan.  Tapi kesudahannya mengecewakan.  
 
Misi mencari permainan baru, agak-agak dah tak boleh tahan kita say goodbye... =)  Ialah, main game seharusnya release tension tapi ini dah terbalik, makin tension jadinya!
 
 



nota:  perkara kecil pun mahu digaduhkan...
 
 

Thursday, September 5, 2013

::Video #shoppingraya2013 Baitul Ehsan::




Baru jumpa video di bawah ini, tadi cari tak jumpa.  Dah masuk entri baru jumpa.  Tak apalah, saya bagi entri khas untuk video ini.

Selain dari sukarelawan yang membawa anak-anak shopping, sukarelawan ambil video dan gambar juga turut ambil bahagian tapi maaflah saya tak sempat berkenalan dengan mereka semua

Video ini hasil dari panahan lensa Black Lens Production.  On the day mereka yang terlibat dalam kerja-kerja fotografi sangat sporting dan tak jemu-jemu ambil gambar kami semua dan video ini antara hasilnya.

Selamat menonton!

::#shoppingraya2013::

Sepatutnya kisah #shoppingraya2013 ni saya muat naik sebulan yang lalu tapi biasalah, semua cerita pun tertunggak.  Tak apalah, janji saya update :)

Bagi yang tak tahu, saya berjaya terpilih antara salah seorang sukarelawan bagi menjayakan #shoppingraya2013 kelolaan Projek Iqra'.  Excited + glad, that's the only words to describe my feelings.

Pagi 27 Ogos, saya ke Rumah Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi di Taman Maluri.  Kami telah disaran untuk sampai awal supaya program dapat dimulakan tepat pada masanya.

Alhamdulillah, kesemua sukarelawan sampai pada masa yang sepatutnya.  Kalau ada pun 2-3 orang yang tersesat.  Misi kami membawa anak-anak Baitul Ehsan (BE) membeli-belah.

Selesai pendaftaran, kami berkumpul di bawah khemah di hadapan rumah BE bagi menanti penerangan dari wakil Projek Iqra' dan pembahagiaan anak-anak.

Berdebar juga sambil membayangkan siapa gerangan bakal menjadi anak saya selama beberapa jam.  Boleh ke saya handle anak-anak tersebut?

Yalah, saya tak pernah ambil bahagian dalam sebarang aktiviti sebegini mesti ada rasa sedikit cemas walaupun saya yakin tiada masalah akan timbul.  Afterall they are kids.  

Sewaktu mendengar kata-kata aluan serta sedikit penerangan mengenai BE dari pengasas mereka iaitu En Omar membuatkan hati saya tersentuh.

BE ditubuhkan tanpa bantuan mana-mana pihak berwajib dan ianya adalah inisiatif sendiri En Omar dan isterinya Puan Ummi.  BE bukan sahaja menerima anak yatim tetapi juga anak-anak fakir miskin.

Banyak juga cabaran yang mereka hadapi, tapi demi kasih sayang juga kerana Allah SWT, dari sebuah pertubuhan kecil hari ini sudah ramai anak-anak di bawah seliaan mereka.

Mendengar pelbagai kisah latar belakang sebahagian dari anak-anak di BE sekali lagi menghambat kepiluan di sudut hati.  Ada yang berjalan berhari-hari untuk sampai ke rumah tersebut.  

Ada juga ibu bapa yang tidak mahukan anak-anak mereka sedari kecil dan macam-macam lagi.  Semakin saya sedar betapa beruntungnya saya selama ini dibandingkan dengan mereka.

Berkat sabar, usaha dan tawakal hari ini BE sudah punya 2 lokasi.  Satu di Gombak bagi menempatkan anak-anak lelaki dan di Taman Maluri pula penempatan bagi anak-anak perempuan.

Tak terkira pahala yang Allah kurniakan buat En Omar dan Puan Ummi.  Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak di BE.  It touch my heart deeply!  

Bagi sesiapa di luar sana nak mencari saham akhirat, boleh salur sumbangan anda ke Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi.  Mereka sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan demi masa depan anak-anak BE.

To know more bout them boleh ke FB Page mereka di SINI.  Untuk Projek Iqra' pun mereka ada FB Page dan laman web mereka di SINI.  Bolehlah tahu dari masa ke semasa program yang dianjurkan.

Later, representative dari Projek Iqra' pula mengambil tempat dan sudah semestinya highlight "Do's & Don't" buat para sukarelawan.

Kami diberi 2 orang anak (minimum) dan bertanggungjawab sepenuhnya dari saat anak diserahkan sehingga dipulangkan semula.

Setiap anak mendapat peruntukkan RM150 seorang.  Barangan keperluan adalah menjadi keutamaan disamping persiapan menyambut lebaran dan lokasi shopping pula di Tesco Ampang, berhampiran rumah BE.

Tidak dibenarkan sama sekali membawa mereka ke tempat lain.  Ini bagi tujuan pemantauan serta faktor keselamatan.

Segala pembelian juga diwajibkan beresit dan jika ada baki waima 1sen pun harus dipulangkan kepada anak-anak tersebut.  Haram okay makan hasil anak-anak yatim!

Selesai taklimat penyerahan pun bermula.  Seramai 25 buah kereta sukarelawan (kalau tak silap) telah ditugas menggalas tanggungjawab pada hari tersebut.

Semua pun berdebar menanti siapa agaknya bakal menjadi anak.  Tapi ada momen betul-betul menyentuh hati, bila wakil Projek Iqra' mengumumkan nama seorang bayi berusia 6 bulan yang akan turut serta.

Kalau tak silap nama bayi tersebut Abdul Rahman and guess what my tears drop.  Bayi secomel itu tidak dikehendaki oleh ibu bapa??!!  Entahlah, ragam manusia sukar diteka.  

Semua berebut-rebut mahu mendukung dan bergambar, as for me tak sanggup.  Taknak orang nampak air mata saya mengalir tatkala memegang bayi tersebut.

Terbayang budak-budak bertiga di rumah.  Mereka lahir dan dibesarkan dengan sempurna sedangkan ada sahaja kisah duka anak-anak lain di dunia luar.  Beruntunglah wahai anak-anakku semua!  

Saya dan Abang dapat 2 orang anak lelaki, Izham (11 tahun) dan Aliff (8 tahun).  Kedua-dua mereka punya keluarga tapi kurang berkemampuan.

Izham seorang periang, peramah dan agak kelam kabut sedikit..hehehe...tapi Aliff very reserved character.  Izham banyak bertanya itu ini tetapi Aliff lebih suka mengiakan sahaja.

Kelakar juga bila Izham tanya kami bawa kereta apa.  Mungkin mereka teruja nak naik kereta yang barangkali susah untuk dapat peluang sebegini. 

Sampai di Tesco kami terus ke misi utama, SHOPPING!!  Sebelum tu dah soal siasat dahulu apa keperluan yang diingini.

I did let them know how much budget to they have for the day walaupun dalam hati dah berniat kalau ada yang terlebih, Insyaallah akan kami tambah.

Basically they don't desire any raya clothes.  Mereka lebih inginkan barang-barang keperluan seperti tali pinggang, minyak rambut, deodarant, stokin dan sebagainya.

Mungkin pihak BE sudah beritahu mereka dahulukan mana yang penting dari barangan hari raya.

Since they had draw my mind, terus sahaja kami tuju.  Mula-mula mereka cuba kasut and guess what they know what type of shoes that they want.

Kiranya ada stail sikitlah.  Pilihan Izham lebih kepada ala-ala pilihan remaja masa kini.  Aliff pula inginkan kasut bertali sebab dia tak pernah ada kasut sedemikian.

Malangnya pilihan di dalam Tesco amatlah kurang dan tidak memikat hati mereka berdua.  So we decide not to buy any shoes from there.

Proses pemilihan baju dan seluar juga punya sedikit masalah.  Tak banyak pilihan yang tinggal dan masalah saiz isu utama.  

Barangkali sudah ramai datang membeli kerana itu sudah tidak punya banyak pilihan.  Cari-cari dapatlah mereka seorang sehelai kemeja-T.

So from Tesco itself each of them got T-Shirt, hair gel, body spray and belt.  Selesai membayar kami jalan-jalan di luar Tesco. 

Dapatlah anak berdua tersebut kopiah sorang satu.  They looking forward for Jubah, unfortunately no size for them.  Pity!

Masuk pula ke Bintang Fashion, tinjau seluar panjang.  Alhamdulillah kedua-dua ada saiz dan warna dikehendaki.  

At first they wanted black long pants but Abang did suggest other color so they proceed with it.  Hairan juga kenapa mereka hanya mahukan warna hitam, barangkali senang untuk dipakai pada bila-bila masa.

Looking for their shoes is something challenging for us especially looking at the price.  Dalam Tesco tak ada yang berkenan, luar dari Tesco harganya semua boleh tahan.

Tapi Alhamdulillah, setelah keluar masuk beberapa kali di kedai kasut Bata akhirnya dapat juga although had to add own money.

Before we left, Abang buy them few pair of socks.  Sayangnya tak dapat merealisasikan impian Izham dan Aliff untuk membeli jam tangan dan beg sandang :(

Semoga Izham dan Aliff gembira sepanjang hari dan sangat berpuas hati dengan hasil pembelian.  Who knows one day they ought to bumped into this blog.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat Team Projek Iqra' yang telah memberi peluang sangat berharga ini.  Pengalaman yang akan saya kenang sampai bila-bila.

Tak lupa nak ucap tahniah buat mereka kerana berjaya membawa kegembiraan di hati anak-anak BE dan menyayangi mereka seadanya

Insyaallah umur panjang dan kalau ada rezeki saya pasti akan turut serta program sebegini.  Hidup di dunia saling memberi dan sebahagian dari hak kita adalah hak milik orang lain.

Program sebegini akan membantu kita insan kerdil muhasabah diri seadanya.  Susahnya diri kita, ramai lagi jauh lebih susah.  Senangnya kita akan lebih bertambah senang dengan perkongsian.

Bukan setakat wang ringgit sahaja yang kita boleh kongsi bersama tetapi masa, tenaga, kasih sayang dan banyak lagi.  Yang penting niat ;)

 Jom biarkan gambar pula berbicara..

 Suasana di pagi hari sebelum proses pengagihan anak-anak dilakukan


En Omar sedang memberi penerangan dan info ringkas mengenai BE


Wakil dari Projek Iqra' memberi penerangan bagi program sepanjang hari



Inilah anak-anak kami :)  Sebelah saya Izham dan sebelah Abang pula Aliff namanya


Terima kasih Izham dan Aliff kerana memberi kenangan berharga buat kami berdua.  Doakan kesejateraan kami ya anak-anak :)  



 Klik-klik bersama Izham dan Aliff


 Sukarelawan dan anak-anak BE bergambar beramai-ramai bagi buat kenangan #shoppingraya2013




Yeah, dah sampai Tesco.  Jom shopping!


Saat ketika membeli-belah di dalam Tesco Ampang.  Memang penuh dengan anak-anak BE waktu itu dan pihak Tesco dengan baik hati membuka kaunter pembayaran khas bagi kami semua


nota:  sedang mencari video #shoppingraya2013 di You Tube tak jumpa pula, nanti kalau jumpa saya kongsikan di sini

   




     

             

 


   

Monday, September 2, 2013

::Akhirnya Minyak Naik Juga::

Setelah saban tahun rumors harga minyak akan naik, akhirnya naik juga rm0.20 seliter mulai tengah malam ini.  Tak sampai setengah tahun Barisan Nasional kembali memerintah.
 
Hmm..tak mahu cakap apa-apa.  Semua pun punya pendapat sendiri, nama pun penyokong tegar.  Kedua-dua belah pihak akan mempertahankan apa yang mereka rasa sebaik mungkin.
 
Apa yang pasti kita nantikan sahaja kenaikan segala harga barang, perkhidmatan waima semualah.  Tak cium dah bau harga turun.  
 
Kenaikkan harga minyak sebenarnya penanda aras bagi kehidupan rakyat Malaysia.  Janganlah kata hanya RM0.20/seliter tidak memberi sebarang kesan.  Besar kesannya tau!
 
Kalau naik gaji pun takkan memberi kesan positif.  Berapa banyak pun gaji boleh naik, lainlah sampai beribu ringgit.  
 
Secara jujur saya kecewa dan pasti bukan saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berperasaan sedemikian.  Kehidupan sempit akan bertambah tersepit ekoran kenaikkan harga minyak.
 
Bukan kita boleh buat apa pun.  Nak protes pun sejauh mana keberkesanannya?  Lagi pun "Rakyat Malaysia" memilih kehidupan aman.  Harus bersyukur sebab tak jadi seperti negara luar.
 
Dan saya hanya tersenyum sumbing bila ramai mengatakan, "ala RM0.20 je pun.  Rokok naik RM0.50 semua rileks je" tapi saya tak merokok agak-agak macamana?
 
Atau pun yang berkata sebegini "kalau harga minyak naik nanti Kerajaan naikkan BR1M" tapi bagi tak dapat macam mana pula?
 
Terus terbayang Manifesto Pakatan Rakyat, "hari ini menang esok harga minyak turun".  Agak-agak formula apa mereka pakai ya sehingga menjanjikan penurunan harga?
 
Kenapa Kerajaan tak cuba gunapakai formula tersebut? Pasti senyuman rakyat Malaysia sehingga ke telinga.  
 
Oh lupa, bukankah ramai pakar di dalam Kerajaan pastinya sudah diteliti sedalam mungkin dan jalan terbaik adalah menaikkan harga minyak.  Redha sahajalah Rakyat Malaysia!!
 
Ini barulah namanya hadiah dari Kerajaan sempena sambutan Kemerdekaan ke-56.  Tak sabar nak tunggu hadiah seterusnya, ke kena tunggu tahun hadapan?
 
 
 
 
nota:  apa-apa sahajalah.........