Followers

Tuesday, April 19, 2011

::Sakitnya...::

Saat berkongsi bicara di sini, saya sebenarnya menanggung kesakitan amat sangat :(  Bisa kesakitan dialami tiga minggu lepas agak memeritkan malam ini.  Pasti kerana saya membonceng motor sebentar tadi.  Apa nak buat, tahan sahajalah.  Kalau cakap lebih-lebih pasti GM bising pada saya kelak, dah tahu sakit kenapa gatal-gatal naik motorkan.

Kalau tiada hal penting seboleh mungkin menolak keadaan tersebut, namun bila ianya tidak mampu dielakkan saya terima sahaja.  Bukanlah isu besar mana pun.  Bagi yang mengikut rapat blog ini, mesti ingat saya bercerita tentang ayah Abang kehilangan kereta.  Selepas kejadian  sehinggalah hari ini belum lagi berkesempatan membeli yang baru.

Dek kerana ada perkara tidak dapat dielakkan, hendaklah memakai kereta Abang.  Sebagai anak, takkan dia nak menolak permintaan ibu bapakan.  Kalau ditolak, tak ada orang lain akan bersyarah di telinganya melainkan saya.  Sebab saya sentiasa berpegang "Jika kita senangkan ibu bapa kita, Insyaallah Allah akan senangkan hidup kita, tapi sekali kita susahkan mereka walaupun sebesar zarah, selamanya hidup tak senang"   lagi pula, GP selalulah berpesan, kita hidup kalau apa yang ayah cakap tu tak nak dengar terpulanglah tapi kalau apa yang ibu kita minta, janganlah dikecewakan.  Hati ibu ni lain tau keramat dia.   

Apa yang GP katakan tu benar kerana saya menyaksikan benda-benda ini di depan mata.   Bagaimana mereka-mereka yang hidup di luar kerahmatan hanya kerana menyinggung hati kecil ibu.  Mungkin tidak patut saya terus jatuhkan hukuman buat mereka dengan mengatakan ini semua balasan Allah tapi, kita sendiri punya penilian atas apa yang berlaku.   Mereka-mereka ini bukan orang luar, tetapi saudara mara sendiri.  Tak perlu cerita hal orang di sini ye.  

GP dengan arwah ibu dia, Ya Allah punyalah betul menjaga hati.  Saya masih ingat lagi, arwah Atuk pernah marah gila-gila pada GP hingga keluarlah ayat kurang manis, tetapi GP hanya sengih sahaja penuh kesabaran.  Bila nak pulang dari jumpa arwah Atuk, GP salam macam biasa tanpa ada rasa sakit di hati walaupun apa yang dikatakan oleh arwah Atuk pada GP itu sememangnya tidak benar.  Sepatah perkataan melawan langsung tak keluar dari mulutnya. 

Bukan itu sahaja, pernah dalam poket GP hanya ada RM50 untuk belanja.  Tup-tup arwah Atuk minta duit, dengan hati ikhlas tanpa berbelah bahagi, GP hulurkan RM50 pada Atuk.  Sebab itu ibu saudara saya (Ngah) selalu cakap pada kami semua dan anak-anaknya, "rezeki papa/pakcik kamu tu murah sebab dia selalu senangkan atuk."  Lebih menjadikan keadaan itu indah apabila GM, tidak pernah mempersoalkan walau sedikitpun apa yang GP buat untuk ibunya.  Kejujuran hati GM sering terpancar keikhlasan waima dia sedang susah.  Bukan saya yang kata, Ngah yang kata.  Mungkin GM berpegang pada pepatah, "sayanglah ibu mertua seperti sayangkan ibu sendiri."  Alhamdulillah kehidupan GM senang selain disayangi ibu mertuanya. 

Eh, kenapa saya meleret entah ke mana ni.  Berbalik kisah awal, Abang ni anak sulung, lelaki pula tu, sudah tentu dia kena bertanggungjawab ke atas kedua ibu bapa.  Lagi pula dia belum berkahwin, jadi tiada dakwa dakwi lagi.  Merungut jugalah dia agak penat, yelah balik kerja lewat.  Lepas tu, nak uruskan hal kereta pula.  Tapi saya tanya dia, ikhlas tak?  Ikhlas katanya, cuma hari ni memang kerja banyak, penat teramat sangat.  Kalau ikhlas, saya kata jangan merungut, Insyaallah kepenatan tersebut akan di balas kelak. 

Boleh pulalah hari ini kereta dia ada pada saya..huh..huh..nak tak nak terpaksa jugalah gagahkan diri turun ke KL menghantarkan kereta.  Itu satu hal, malam yang sama deadline untuk Media Rakyat (MR).  Mau pening kepala memikirkan keadaan.  Jalan terbaik untuk tiba rumah dalam kadar segera naik motor sahajalah.  Bila naik motor, terpaksa Abang menghantar saya pulang.  Itu yang dia rasa penat, manakan tidak dari Sentul ke Kota Damansara bukan satu jarak yang dekat.

Motor Abang pula bukanlah motor jenis biasa.  Dengan tingginya, aduhai.  Bukan tak biasa naik motor, sedangkan waktu mula-mula kenal pun memang dia pakai motor sahaja.  Cuma sekarang ni motor dia dah naik taraf sedikit dan amatlah tidak sesuai untuk orang seperti saya yang sedang sakit.  Sakit punya hal, jarak biasa pun rasa jauh sangat.  Tak sabar nak sampai ke rumah.

Waktu inilah tak sabar rasanya hendak memiliki semula kenderaan sendiri.  Tapi yelah, belum punya rezeki yang cukup lagi.  Tak apa, adalah nanti-nanti tu.  Mana tau dengan berkat Abang senang hati ibu bapa dia, saya boleh tumpang sekaki..he..he..he..main-main je.  Saya adalah wanita moden (cewahh!!!), seboleh mungkin berdiri dengan kaki sendiri.  Sudah cukup saya susahkan Abang selama ini.

Turun sahaja dari motor, aduhai...Sakit gila!!!  Tapi saya tidak mahu mengadu pada Abang, nanti bertambah runsing hati dia.  Tahan jelah sakit ni.  Insyaallah, sembuh nanti.  Lagi pula niat saya baik, bukannya melencong ke mana.  Saat keluar rumah tadi, saya berterus terang dengan GM.  Moga dengan segala kebaikan ini, akan dapatlah sedikit habuan buat saya dari Allah.  Kalau tak dapat pun tak apa, yang penting pahala confirm dapat..he..he..he..

Harap-harap sakit tidak berlarutan sehingga esok, kalau tidak payah juga.  Banyak kerja nak kena selesaikan.  Dah tiga minggu emosi untuk bekerja seolah diawang-awangan.  Fail-fail berterabur.  Sebelum apa-apa terjadi, baiklah saya selesaikan kerja-kerja tersebut.  Moga esok di beri kekuatan lebih beserta semangat.


* GP - GREATEST PAPA
  GM- GREATEST MAMA
  ATUK - NENDA TERCINTA
  ABANG - KEKASIH HATI KU..HE..HE..HE..


nota:  Tak dapat membayangkan sekiranya sakit ini menjadi bertambah serius :(  Moga ianya tidak menjadi kenyataan!!
         

    

Saturday, April 16, 2011

::Akademi Fantasia 9::

Ramai sebenarnya telah membuat ulasan mengenai Akademi Fantasia 9 (AF9) ni.   Kita dah tahu siapa pun yang terkeluar. Saya tidak berpeluang menonton konsert minggu lepas.  Hari ini baru berpeluang menonton ulangan.  Lama sebenarnya tidak menjadi pengikut program realiti ini, semenjak Pak Nil menarik diri.  Bagi saya Aznil=AF=Aznil.

Masa musim pertama dahulu, saya adalah orang pertama mengikut program ini di rumah.  Kalau tak silap bermula pada minggu kedua.  Dari musim ke musim, Pak Nil adalah penyeri.  Bukan saya sahaja, malahan seisi rumah bersetuju.  Segalanya serba tidak menjadi apabil Pak Nil tidak lagi berada di atas pentas.  Ibarat sirih pulang ke gagang, kami semua berkobar ingin menonton musim ini.

Waktu tirai, saya mengikuti mereka semua menyanyi.  Belum ada peserta berjaya menawan hati.  Hari ini apabila menonton siaran ulangan, aduhai..Kenapa tiada seorang peserta pun yang outstanding?  Sepatutnya dengan tempoh kematangan program ini, para pelajar harus terdiri dari mereka yang betul-betul mempunyai variasi dan warna dari segi nyanyian dan personaliti.

Macamana hendak mengikuti program ini seandainya tiada seorang peserta pun yang boleh dipuji?  Oh lupa, ada Pak Nil.  Bolehlah, dari tiada tarikan langsung.  Sayangkan, mereka punya tenaga pengajar yang baik tetapi tidak mempergunakan kelebihan dengan baik.  Tak apalah, mungkin pelajar ini punya alasan dan strategi sendiri, lagi pula inikan pertandingan.  Wish them a very good luck!!

Malam ini kita lihat bagaimana persembahan.  Apa pun, saya memang suka Pak Nil..he..he..he..Seorang pengacara yang very brilliant!!!  Buat rakyat Malaysia dan agensi berkaitan, berilah pengiktirafan sewajarnya buat Malaysian Sweetheart ini.  Jom lihat hasil kerja Abang Jurugambar kami, Fit Sparrow buat kerja sepanjang AF9.  Kalau mahukan gambar yang banyak, pergi sahaja ke page dia ye atau beli akhbar kami Media Rakyat!! :)

Pak Nil yang tidak pernah mengecewakan sewaktu berada di atas pentas

 Persembahan boleh tahan bagus jika hendak dibandingkan dengan ada yang masih lagi kekal di AF9.  Inilah suratan namanya, bagus tanpa tuah pun susah juga.  Moga Laika berjaya di luar.

  Peserta penuh debaran menanti keputusan


nota:  Saya bukan penyanyi yang bagus tetapi sakit telinga mendengar nyanyian antara peserta AF9 kali ini.  Terfikir apa sebenarnya produksi program cari dari mereka.  Mungkin terlalu awal untuk membuat penilaiankan

::Borak-borak Kosong::

Secara rasminya kita telah pun mengetahui siapa terkeluar dari Maharaja Lawak minggu ni.  Nanti-nantilah saya komen, sekali harung dengan gambar dari kamera Fit Sparrow.  Walau apa pun, Maharaja Lawak malam ni memang best dan sekali lagi Nabil dan Sepah berjaya menawan hati.  Jozan pula mula menunjukkan taring, macam nilah baru bagus.  Status FB malam ni pun bersepah mengenai Maharaja Lawak.  Mujur saya tiada akaun Twitter, kalau tidak mahu menderu-deru komen di sana masuk.

Esok rakan-rakan buat apa agaknya.  Saya sudah terbayangkan apa bakal berlaku esok hari.  Seharian 'kekasih hati' bekerja sampai malam.  Kereta pula pada dia, makanya tersadailah saya di rumah.  Mungkin esok satu lagi hari baik buat saya meneruskan agenda berehat.  Tapi, asyik berehat sahaja pun lemau juga rasanya.  Jika berpeluang ingat nak juga menjengah panggung wayang, cuma esok tidak akan berlaku nampaknya.

Ada juga perancangan hendak menjenguk Nova sekeluarga.  Siapa Nova?  Kan bulan 10 yang lalu saya ke Langkawi bersama mereka sekeluarga.  Nova baru sahaja bersalin.  Sebagai kawan, haruslah menziarahi orang barukan.  Mungkin hari Ahad boleh dilaksanakan.  Entahlah, bergantung kepada keadaan kerana baru tadi Abang kata mak dia masuk hospital.  Pasti nanti dia ingin menjengah juga.  

Sejak kebelakangan ini, asal malam sahaja rasa nak demam.  Tak pasti pula apa puncanya.  Mungkin saya aktif di siang hari sehingga lupa kemampuan saya bukan seperti dahulu lagi.  Segalanya kini perlu dibataskan demi kebaikan diri sendiri.  Moga Allah perkenankan doa saya untuk sembuh seperti sebelumnya.

Hujung minggu ni rumah serasa sunyi.  Mana tidaknya, Buah Hati pulang Ampang.  Kalau tidak dialah madu dan dia juga racun.  Rumah pasti riuh dengan gelagatnya.  Aduhai, semakin dia membesar semakin sayang pada budak nakal tu.  Ada sahaja perangainya yang mencuit hati.  Pagi tadi bangun-bangun hening je rumah.  Selalunya pagi-pagi lagi dia dah membuka peti suaranya.  Tak apalah, mereka di Ampang pun pasti merindui Buah Hati juga.  Paling lewat pun hari Ahad dah balik ke sini semula.

Hmm, hujung bulan ni ada cutikan?  Nak susun perancangan ke tidak?  Entahlah, buntu bila memikirkan banyak hal yang sedang melanda.  Bila memikirkan naik sakit kepala.  Ada atau tidak jalan penyelesaian saya sendiri tidak pasti.  Namun, saya yakin Allah tidak akan mengecewakan permohonan umatNya ini.  

Masa untuk belayar ke alam mimpi.  Mampukah saya malam ini untuk melelapkan mata?  Malam-malam sebelum ini saya gagal.  Selagi jarum jam tidak menyentuh angka 3, selagi itulah mata bundar ini menolak untuk pejam.  Masalah betul.  Ini kerana segalanya bergerak secara carca marba apabila waktu tidur kita tidak berada di paksi yang betul.  Minggu lepas sewaktu bersama dengan Fieza secara terangan dia kata tidak suka saya tidur lewat.  Umur dah semakin tua, tidak baik untuk kesihatan.  Saya bersetuju tapi nak buat macamanakan...

Baik berhenti sebelum meleret ke mana-mana.  Selamat berhujung minggu rakan-rakan...




nota:  Masih terkenang gelagat Maharaja Lawak yang mencuit hati

   

Friday, April 15, 2011

::Maharaja Lawak::

Rasanya malam ni ramai yang dah mula tertancap depan peti televisyen sedari awal tadi.  Dengan program Imam Muda, Diari Akademi Fantasia dan sudah pastinya Maharaja Lawak (ML).  Sejak diwar-warkan akan program ML saya yakin program ini akan mendapat sambutan ramai.

Siapa agaknya favourite rakan-rakan ye? Secara peribadi saya menyukai Nabil.  Buat peminat-peminat Jozan, maaf sehingga hari ini saya belum boleh kata mereka bagus walaupun peroleh undian yang tinggi.  Apa yang dipersembahkan mereka biasa-biasa sahaja setakat ni.  Sepatutnya dengan populariti serta pendedahan meluas mereka berdua boleh buat dengan lebih bagus lagi.  Kita tengok bagaimana persembahan mereka malam ini.

Berbalik pada Nabil, semenjak kontroversi melanda dia, bintang bersinar semakin pudar.  Biasalah tu, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu agak sukar untuk memaafkan apa yang dilakukan oleh Nabil.  Jika Nabil ingin menawan kembali undi, Nabil kena berusaha 200%, saya rasalah.  Tetapi hairan tau, jika yang membuat kontroversi tu selebriti lelaki, masyarakat susah untuk menerimanya tetapi jika selebriti wanita, dengan hanya lafaz maaf dengan mudah sahaja orang kita menerima.

Peserta lain yang harus pengundi beri perhatian bagi saya, kumpulan Jambu.  Kekuatan mereka berdua benar-benar menyumbang kepada lawak yang berbeza.  Kalaulah prestasi konsisten, Jambu mesti boleh maju dengan mudah.  Sepah pun boleh tahan.  Tetapi ini semua terlalu awalkan, ada hampir dua bulan ML ini akan berlangsung, pelbagai kejutan ditampilkan para peserta demi mengekalkan kedudukan.

Yang agak malang dan goyah kedudukan setakat ini saya jangkakan Kumpulan Wai.  Mungkin insiden seorang ahli kumpulan Kecik memarahi Idlan pada minggu pertama hari itu memberi kesan dan penonton rasa tersinggung.  Mungkin dia harus meminta maaf secara terbuka bukan sahaja pada Idlan tetapi juga kepada penonton ML.  Jika benar, Wai perlu melakukan sesuatu minggu ini sebelum menjadi mangsa undian.  Secara jujur, lawak mereka tidak lawak.  Maaf ye peminat Wai.

Eh, kenapa saya komentar lebih mengenai ML ni?  Sudahlah kupasan mengenai persembahan  minggu terdahulu.  Ghairah menantikan ML sehinggakan tidak sedar saya membebel terlalu banyak mengenai program ini.  Buat rakan-rakan, selamat mengundi dengan bijak ye.  Undilah buat mereka yang benar-benar layak.  Saya mengundi tak?  Bila dah membebel, pastilah mengundi tetapi undi adalah rahsia..he..he..he..Tapi kenapa ye tiada penyingkiran di minggu lepas?  

Jom tengok antara gambar-gambar yang sempat Photographer Media Rakyat kami, Fit Sparrow ambil sewaktu persembahan ML minggu lepas.  Harap-harap gambar minggu ni lagi cantik ye Fit.  

  Peserta-peserta Maharaja Lawak

Kelakarlah dia orang ni dengan cerita tersendiri

Abang berkelander..he..he..he..

Harap-harap minggu ni lagi kelakar hendaknya

Favourite ramai ni..


nota:  segala apa yang dikongsi hanyalah pendapat sahaja, buat peminat-peminat fanatik peserta, jangan ambil hati ye...

   

Thursday, April 14, 2011

::Short Note::

We faces different problem each day.  Other person may not encounter the same situation but  back to basis, Allah keep on testing us.  At this moment we are facing some difficulties.  Again we believe Allah promise something towards the end.  Do not give up, keep praying, patience, redha, etc.  Really need to boost our positive vibe, Insyaallah there something glory are waiting for us!!! 

::Patin Bunga::

Dua tiga hari ni, antara topik hangat pastinya harga ikan patin mencecah belasan ribu ringgit.  Dulu sekali ikan ni pernah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan harga yang agak mengejutkan juga, kali ini sekali lagi.

Ada yang kata jumlah tersebut untuk makan seramai 50 orang, ada pula berita mengatakan harga dikenakan untuk makan seramai 350 orang.  Tapi walau apa pun,bila kena membayar secara belasan ribu secara tiba-tiba pasti akan mengejutkan sesiapa sahaja.  Bayangkan tiba-tiba orang yang makan itu tiada duit untuk membayar sebegitu jumlah, bagaiamana agaknya.

Abang antara penggemar ikan patin bunga ni.  Maaf saya sendiri tidak pasti bagaimana rasanya kerana saya tidak makan ikan.  Setiap kali sekiranya menghala ke pantai timur, dia pasti tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ikan patin ini.  Benar, harga seketul ikan yang telah siap dimasak mencecah RM20-RM30.

Apakah relevennya harga semahal itu saya tidak pasti.  Cumanya, bila kita telah mengetahui akan harga tersebut lebih awal, kita dah aware akan isu harga ini.  Mungkin mereka yang makan pada hari itu tidak arif dengan harga ikan tersebut, makanya tidak menjangkakan akan sebegitu mahal.

 
Cuma saya terfikir, peniaga tersebut bila dia ingin memberitahu harga kepada pelanggan dengan harga semahal itu, tidakkah rasa bersalah?  Yelah, ada ke orang sentiasa bawa duit sebanyak itu untuk berjalan-jalan.  Inilah gunanya tanda harga supaya tidak ada pihak merasakan tertipu, ditipu dan menipu.  Paling tidak ini pengajaran buat semua pihak terlibat.

Maaf saya tidak bermaksud ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi dalam apa jua keadaan peniaga dan pelanggan punya hak masing-masing.  Terpulang bagaimana akad perniagaan itu dijalankan sahaja samada merelakan dan direlakan.  Kita punya pendapat tersendiri dan ini adalah antara pendapat saya mengenai isu ikan patin ini.


nota:  Pernah bela ikan patin tapi tak pasti pula patin bunga atau tidak... ;)



::Target 5000::

Saya mengaku salah satu sebab menceburkan diri di dunia blog ini apabila melihat ramai berjaya menjana pendapatan tambahan.  Tarikan $$$ akan kuat juga pada awalnya.  Tetapi setelah mula berjinak, faktor $$$ tidak lagi menguasai minda. 

Ada jugalah buka akaun dengan pemberi-pemberi iklan.  Namun setelah hampir dua tahun, jumlah terkumpul tidak sampai pun nilai yang boleh dikeluarkan..he..he..he.. Tetapi saya tidak ralat walau pada awalnya berharap benih yang ditanam  akan bercambah dengan lebat kelak.

Susah sebenarnya untuk menjadi blogger tegar.  Hanya mereka yang cekal dan berhati waja sahaja layak melakukannya.  Apatah lagi apabila kita perlu approach rakan-rakan lain untuk sering singgah ke laman kita.  Mungkin saya mempunyai sifat malu terlalu tebal, kerana itulah gagal di dalam misi memegang title 'Blogger Tegar'.  Saya malu untuk berkongsi hal ehwal diri, saya malu untuk sentiasa memetik punat kamera, saya malu untuk mengajak rakan-rakan membaca nukilan saya, saya malu untuk turut bersama komuniti yang wujud di dalam alam maya ini, saya malu....saya malu...saya malu....

Tetapi saya tetap ingin menarikan jemari comel, makanya apa sahaja terlintas akan dikongsi di sini.  Benar tiada apa yang menarik pun.  Cuma kadang kala saya merasakan ianya sebagai terapi juga di kala segalanya bercelaru.  Dengan ini saya sedar bahawa saya tidak akan berjaya seperti blogger lain yang menjadikan medium ini sebagai lubuk  $$$, dan saya tidak menyesal.  

Bagi yang rajin datang menyinggah, terima kasih tidak terhingga.  Apa pun pembaca ke-2000 tidak dapat dikesan.  Tak tahulah siapakah gerangannya, siapa pun dia saya ucapkan terima kasih kerana menjadikan angka tersebut realiti.  Jom kita letak target baru, pembaca ke-5000.  Agaknya saya perlu menunggu lagi dua tahun lagi kot.  Tapi tak kisahlah, biar lambat mana pun selagi ada rezeki saya bersiaran di sini, Insyaallah pasti akan bertemu juga.


nota:  Harapnya rajinlah lepas ini berkongsi bicara

     

::Raja Buah::

Memang sedang musimlah sekarang ni.  Merata orang sibuk bercerita mengenai Raja Buah ni.  Dalam FB sendiri ramai yang muat naik gambar-gambar sedang menikmati durian.  Mujurlah saya bukan seorang yang fanatik, kalau tidak mahu terjebak sama.

Kenapa tidak suka saya sendiri tidak tahu.  Bukanlah tidak suka langsung cuma kalau makan setakat 2-3 ulas sahaja.  Itu pun kalau yang jenis durian kampung, kalaulah yang lain-lain macam D24, Musang King bagai memang seulas sahajalah jawabnya.

Dua minggu lepas berkesempatan ikut Abang balik kampung dia.  Serius, banyak gila durian.  Boleh dikatakan setiap rumah mesti berlonggok durian depan pintu.  Macam dah tak hairan diaorang buat.  Sekali tu, adalah bawa balik KL dalam beberapa biji.  Hasilnya, penangan bau durian sampai hari ini tak hilang-hilang.  Setiap kali masuk kereta harus kuatkan semangat hidung untuk mengambil bau yang menusuk.

Sampai ke satu tahap, memang pening kepala dibuatnya malah hampir muntah.  Aduhai, pelbagai petua telah dicuba tetapi tetap tidak mendatangkan hasil.  Agak-agak di luar sana ada petua lain tak selain dari roti, arang dan daun pandan?  Tak tahulah bila agaknya bauan tersebut boleh hilang secara total.

Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya hasil yang di bawa balik memuaskan hati ramai pihak.  Kalau di rumah ni, pastinya lah Buah Hati dengan Siti Cuty.  Penggemar durian yang tegar.  Bagi mereka yang selama ni asyik terliur mengenangkan Raja Buah ni, apa lagi inilah masanya.  Tak perlu susah-susah hendak mendapatkannya.  


nota:  Bila pula agaknya musim buah manggis ye?  Sedapnya....

 

Saturday, April 9, 2011

::Harapan Menanti::

Sehingga hari ini, boleh dikatakan kesakitan dialami hanya 40% sahaja pulih.  Selama terlantar, pelbagai rencah rasa bermain di benak fikiran.  Kadangkala aura negetif terlalu menguasai lantas menimbulkan emosi bercelaru.  Inilah sebenarnya dirasai oleh mereka-mereka yang berhadapan dengan aneka penyakit di dunia.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Kini saya lebih memahami mengapa pesakit-pesakit kronik mudah putus asa untuk meneruskan hidup.

Setiap hari harapan untuk pulih sebelum berlakunya insiden seminggu lalu sering tersemat.  Sebelum melelapkan mata, doa dipohon moga Allah kabulkan permintaan.  Benar Allah belum memberi restuNya namun saya tidak akan berputus harap.  Setiap penyakit ada ubatnya dan apa yang sedang saya tanggungi pasti menemui titik noktah.

Seminggu lebih terlantar di katil saya benar-benar menginsafi diri.  Saat tubuh badan sihat, saya sering alpa dan taksub dengan kerja seharian.  Tatkala di landa musibah, hari-hari lepas dilalui jelas bermain di birai mata ibarat lakonan semula.  Apa yang berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya bukan.

Hari-hari mendatang mungkin tidak akan sama lagi seperti semalam.  Saya redha namun tetap berusaha untuk memulihkan diri.  Apa yang saya alami ibarat 10% sahaja dari apa yang dialami oleh sesetengah individu.  Terima kasih buat keluarga, Abang, teman-teman, saudara mara yang tidak putus-putus mengambil berat dan menghulurkan kata-kata semangat.  Hanya Allah sahaja dapat membalas budi mereka-mereka ini.

Ternyata saya tidak mampu berlama di kerusi.  Bisa sakit semakin menular.  Elok saya berundur buat seketika dan merehatkan segala ketegangan.  Insyaallah jika diberi kekuatan dan idea mencurah kita bertemu lagi di ruangan ini.  Selamat melayari hujung minggu rakan-rakan!!!!
nota:  Perlukah meneruskan perancangan untuk esok??!!  Masih berfikir...