Followers

Sunday, December 30, 2012

::Akibat Tak Boleh Tidur::

It's 2 a.m and I am still awake freshly.  NO "feel sleppy"...NO "yawning"...NO "tiring eyes"...from where does energy came?  Confused!
 
I wake up at 7 o'clock in the morning and up to this hour, haven't closed eyes at all.  SUPERB!! I did fill-in stomach with varieties of food as we attend wedding in the afternoon followed by quick dinner.
 
Although feel energetic but it doesn't sync at all with my brain, totally malfunction.  Drag me an hours just to start this entry.  Such a ridiculous wasted ha?!  What a BORING Saturday night I have.
 
Teringat satu waktu dahulu, senang cerita zaman muda remaja, malam minggu dipenuhi dengan aktiviti beriadah ke sana-sini.  Ada sahaja destinasi dituju bagi mengisi malam minggu.
 
Most of the time, melepaklah.  Kalau tidak bersama teman Abang, beralih angin bersama teman-teman saya.  Tempat bersantai tak menentu.  Ikut gerak hati dan rasa.
 
Sekarang serasa malas pula mahu berlibur di malam hari.  Teman-teman juga sudah semakin menyusut angka bilangan lantaran sudah punya tanggungjawab.  Lainlah bujang seperti kami ini, tiada apa perlu dikhuatiri.
 
Faktor usia sememangnya sudah benar-benar merajai diri.  Malam minggu lebih enak berada di kerusi empuk sambil menghadap peti televisyen sambil melepaskan lelah sepanjang minggu.
 
Well, I never felt old but those routine we had became less interest.  Afterall we born in this metropolitan city, what else can captured interest most seems everything looks alike.
 
Maybe we should plan or create something new, a new hobby maybe but please don't ask me to join night life from club to club.  Nanti kata berlagak baik pula, tetapi hakikatnya saya tidak tahan dengan kesesakkan melampau.  Itu sahaja!
 
I hate to suffocate myself with cigarette's fog.  I maybe can live with those heavy smoker such as GP and Abang even sometime Macho Man but how long can stand still if I have like thousand of them in one time?
 
Bukan tak pernah cuba tapi itu semua bukan gaya hidup saya.  Sudahlah caj masuk sesebuah kelab mahal, sayangnya nak buang duit ke arah sebegitu.
 
Okay, sekarang sudah mengantuk!  Apa kata nanti sambung cerita, kisah malam minggu.  Banyak juga mahu dibualkan, takpelah.  Anggap ini sebagai permulaan.  
 
In Shaa Allah saya kongsikan cerita-cerita sebegini pada malam minggu akan datang. 
 
 
 
 
nota:  selamat pagi... 
 
 
 
 

Friday, December 28, 2012

::iRingBo Tarikan Baru::

Agak-agak pernah lihat atau dengar atau tidak iRingBo ini?  Sejujurnya inilah pertama kali kami tahu adanya robot tunggangan ini.

Itu pun kebetulan berada di Tropicana City Mall sewaktu menonton Nuffnang Premiere Screening Jack Reacher tempoh hari.  Yalah, bila bawa budak-budak paling tidak harus bawa mereka berjalan-jalan dalam Mall.

Sedang jalan-jalan terserempak dengan kiosk iRingBo serta beberapa orang kanak-kanak seronok mencuba kecanggihan robot tersebut.

Hari ini dunia robot bukan lagi menjadi satu impian pada kita.  Jika dahulu sewaktu sekolah, kita  sering berimaginasi bahawa  satu hari nanti robot adalah teman permainan.

iRingBo adalah satu contoh betapa realiti robot semakin menghampiri kehidupan manusia dan tidak mustahil segala apa pernah kita bayangkan menjadi kenyataan.

Tak sempat bertanya lanjut perihal robot ini kerana mahu segera menonton wayang tetapi sempat jugalah Buah Hati dan adiknya naik dengan bayaran RM5 bagi 5 minit.

Basically, robot ini ada sensori tertentu.  Ia akan berhenti apabila menghampiri orang lain.  Kalau tak silap kita juga boleh set arahan untuk dipatuhi.

Selamatlah untuk kanak-kanak bermain dan robot ini juga tidak mudah terbalik meski bergerak laju.  Sebenarnya ia sesuai untuk anak-anak bermain di rumah.

iRingBo ini boleh dibeli pada harga RM1,500 kalau tak silap.  Sesiapa yang berminat untuk menjadi franchise pun dialu-alukan.  

Bagi sesiapa mahu melihat dengan lebih dekat dan mahu anak-anak merasai tunggangan robot ini, pergi sahaja ke Ground Floor Tropicana City Mall.  

Setakat main pusing-pusing di situ pun sudah memberi keceriaan budak-budak.  Benda barulah katakan.  Jangankan kanak-kanak, dewasa pun turut teruja sama. 

        Inilah robot tunggangan berjaya menarik perhatian orang ramai



Cari kiosk ini jika ke Tropicana City Mall



 Dua beradik sedang mencuba permainan baru.  Ralit bermain kerana senang digerakkan dan tidak perlu kawalan sangat


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh juga lawat mereka di laman web seperti di dalam gambar ataupun melalui FB mereka


Jika ada sesiapa yang pergi mencuba nanti jangan lupa kongsikan keseronokkan dengan orang lain pula dan saya berkira-kira mahu ke sana lagi.  Yalah, Cayang Ejiki tak berpeluang merasa naik lagi.  

Seandainya mahu dibeli, bukan cukup sebiji.  Paling-paling tiga unit bagi mengelakkan perang teluk di siang hari.  Maka pergi sahaja ke sana bayar RM5 main.

Tak pasti pula tempat lain sudah ada atau tidak.  Takpe, nanti boleh ke Facebook mereka untuk keterangan lanjut.




nota:  dunia sekarang...

::I Luv Clothez Collection::

Seharian sibuk dengan kerja-kerja upload gambar I Luv Clothez.  Lama tak menjual, canggung pula rasanya.  

Bagi sesiapa yang mencari-cari baju jemputlah ke I Luv Clothez ya, mana tahu ada tersangkut di hati bolehlah beli.

Setahun lebih juga tidak berniaga, angin ribut mana datang menjemput untuk membuka semula.  Itu pun atas perkongsian bersama Nova.  Kalau tak ada desakan dia, mungkin terus berkubur.

Mungkin ada tertanya-tanya boleh untung ke berniaga online?  Secara jujur dan melalui pengalaman lalu, Alhamdulillah.  Asal ikhlas dan jujur dalam berniaga, In Shaa Allah segalanya dipermudahkan.


Saya berhenti seketika atas sebab-musabab agak peribadi juga.  Tiada kena mengena dengan tiada keuntungan cuma saya tidak untung sebegitu besar seperti peniaga online lain. 


Tengok pada modal dikeluarkan juga.  Kecil modalnya, kecil jugalah keuntungannya dan begitulah sebaliknya.


Apa pun, seronok sebenarnya bila dapat buka semula lebih-lebih lagi bila berpeluang berurusan dengan 1001 perangai pelanggan.  Gelagat pembeli sering dianalisis dalam mencari solusi terbaik.


Okaylah, sekali lagi dengan rendah hati saya menjemput anda semua ke I Luv Clothez dan jangan segan-segan memberi sebarang komen jika ada.   

Boleh juga "Like" page di FB link --->https://www.facebook.com/pages/I-LUV-CLOTHEZ-COLLECTION/353860416566




Antara koleksi yang boleh didapati di I Luv Clothez.  Jika ada sebarang pertanyaan boleh email di: iluvclothez@gmail.com



nota:  usaha tangga kejayaan..
  

Wednesday, December 26, 2012

::Cuba Mula Bicara::

Macam nak bercerita tapi dari tadi kejap keluar kejap masuk ke sini.  Idea tak betul-betul datang begitulah gayanya.

Lagi pula sakit yang datang mengejut benar-benar menganggu rasa.  Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul tanpa diundang.  Semua kerja serba tak menjadi.

2-3 hari cuaca sayu benar.  Senyuman mentari terus lenyap.  Apakah ada khabar sedih wahai Sang Matahari?  Kenapa sahaja kamu bermuram durja?  

Timbullah sesekali bagi menghangatkan rasa sejuk sentiasa mencengkam.  Pancarkanlah sinar itu supaya kain dijemuran bisa kering.  Berilah sedikit walaupun seketika!

Tadi singgah ke laman Twitter.  Sudah tidak dapat mengikuti secara langsung, banyak juga cerita laman sosial tertinggal.  Tak kisahlah, itu semua hal-ehwal dunia.  Lambat atau cepat pasti diketahui juga.

Merenung ke meja, banyaknya dokumen harus diselesaikan.  Sayangnya tiada punya cukup kudrat untuk melunaskan segala tuntutan.  Inilah akibatnya bila sihat tidak mahu beringat.


Mengharapkan segala apa yang bersepah ini menjadi satu titik tolak kepada perubahan menggembirakan buat permulaan 2013.  Jika benar, mahu sahaja segera memadam segala kepayahan selama ini.


Jom kita mengira detik menuju pintu 2013 dan bersedia melabuhkan tirai 2012.  Apa pun yang telah berlaku dan bakal berlaku itu semua sudah ketentuan Illahi.  Dia Maha Mengetahui segalanya!




nota:  cuba sambung kerja tertunggak...


Saturday, December 22, 2012

::At Last...::

At last..apa yang ditunggu selama ini menjadi kenyataan.  Penantian selama satu tahun lebih terjawab hari ini.  Alhamdulillah, walaupun ianya merupakan satu lagi permulaan baru tetapi sekurang-kurangnya jawapan sudah berada di tangan.  
 
May all hurdle that we've gone through before will not continue in this second phase.  Sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi gelombang kedua pula, In Shaa Allah semuanya akan baik belaka.
 
At last..I'd got a chance to watch Twilight Breaking Dawn Part 2 after a month screening in cinema.  Ini episod akhir, kerana itu meronta mahu menonton.  Mujur Abang sudi menemankan.
 
Tak perlu rasanya saya bercerita mengenai filem tersebut lantaran sudah banyak pawagam tidak menayangkan Twilight.  Expected ending whereby everybody happy with their lives.  
 
Sangat bernasib baik bila Cineleisure E-Curve masih memutarkan cerita tersebut. Kebanyakkan panggung hanya mempunyai 2 tayangan sahaja setiap hari, awal pagi dan lewat malam.  Bila dapat tahu tayangan jam 8 malam, terus pergi.
 
At last...I've decide to re-open my online business after a year keep silent.  Well, this round will be sharing with one of my good friend.  Hope everything turns good!  Nanti bila dah bersedia akan diwar-warkan di sini =)
 
At last...the date that most people awaited come into reality but those prediction were far away.  Itulah, siapa kita mahu melawan takdir Allah.  Tak salah mengkaji tetapi bukan begitu taksub.
 
Sana sini memperkatakan tentang "End Of The Day".  Siap berseloroh lagi.  Jangan lupa tanya diri sendiri ya, adakah sudah cukup bagus mempersendakan janji Allah?  Yang pasti Kiamat itu pasti, cuma bila masanya kita sendiri tidak tahu.
 
Malah sewaktu berada di dalam perut The Curve sebentar tadi tersentak seketika melihat sebuah kedai menggantungkan promosi turun harga sempena "Hari Kiamat".  Gila namanya!
 
At last...tersingkir juga Kumpulan Bandung Jonkers dari menjadi peserta Maharaja Lawak Mega 2012.  Ternyata lawak mereka langsung tidak menyerlah.
 
At last...baru rasa hendak tidur.  Letih di badan sudah terasa, walhal sepanjang hari mana ada melelapakan mata barang seketika.  SELAMAT MALAM!!
 
 
 
 
nota:  at last...

Friday, December 21, 2012

::Nuffnang Premiere Screening - Jack Reacher::

Sekali saya berkesempatan menonton filem hasil tiket dari Nuffnang.   Kali ini Jack Reacher dari Universal Studio.  Ini kali ke-5 rasanya saya menonton percuma.

Secara keseluruhan cerita yang didukung oleh Tom Cruise sebagai watak utama ini memang menarik dan boleh dikategorikan sebagai wajib tonton.  Penonton tidak akan kecewa dengan persembahan cerita ini.

Filem berdurasi hampir 2 jam ini akan sentiasa membawa debaran setiap minit lantaran genre filem action-thriller.  Namun, tetap diselitkan satira bagi ruang bernafas setelah sentakan aksi-aksi debar.

Terima kasih Nuffnang sekali lagi memilih saya.  Kali ini, saya bersama Macho Man setelah Abang tidak dapat turut serta.  Bukan senang untuk dia berkata BAGUS kerana adikku ini sangat choosy perihal menonton wayang.

Saya menggalakkan anda semua pergi menonton Jack Reacher.  Tak akan menyesal dan tidak akan dapat menafikan betapa Tom Cruise sangatlah handsome!  hehehe...

Cepat-cepat ke panggung wayang dan dapatkan tiket anda.  Sinopsis filem Jack Reacher yang saya ambil hasil dari pencarian Google Search:

When six shots ring out during rush hour and five random people are left dead, a city is thrown into chaos. The evidence leads police to former Army Sniper James Barr, who tells police they have the wrong man and asks for Jack Reacher to be brought in. Suddenly what seemed like a simple case become complex. 

Reacher, a former Army Military Police officer, doesn't care about proof or the law, he only cares about what's right. He and Barr served in the military together and during their time in the Gulf War, Barr murdered four people and walked free on a technicality.

Based on that experience, Reacher believes Barr is guilty. but Barr's sister Rosemary, convinced her brother is being framed, enlists a young defense lawyer named Helen Rodin. When Reacher arrives, Barr has been beaten so badly he can't even remember the day of the murders.

Reacher knows the shooter missed one shot on purpose and he learns that in three years at a practice range, Barr never missed a target. Helen and Rosemary analyze the clues and try to convince Reacher that Barr could be innocent. As Reacher gets closer to learning the truth, someone tries to get Reacher off the case.


Bukti tiket! hehehe..Selebih pada itu tiada gambar.  Kata pakai handphone biasa-biasakan.


Antara aksi di dalam filem.  Gambar hasil pencarian Google Image --->http://spinoff.comicbookresources.com/wp-content/uploads/2012/12/jack-reacher1.jpg


 Imej dari Google Image juga ---> http://media.salon.com/2012/12/jack_reacher.jpg





nota:  seronok tengok wayang percuma...
 


 

Wednesday, December 19, 2012

::Harijadi Cayang Ejiki Versi 2::

Bersedia untuk entri sambutan harijadi bertali arus ya.  Musim sambut harijadi keluarga kami tiba lagi.  Jangan muak, jangan bosan ;)  Kita sambung kisah sambutan hari lahir Cayang Eki.  

Selepas sambutan kecil-kecilan bersama keluarga, giliran acara besar pula mengambil tempat.  Sudah menjadi trend sekarang sambutan harijadi ni.  Untung anak-anak sekarang.

Asalkan anak-anak gembira, kita tersenyum puas meski terpaksa berusaha keras menyediakan segala persiapan.  Sudahlah dalam keadaan tiada bibik, dapat bayangkan bagaimanakan?

Hal-ehwal jemputan urusan ibu bapa Eki.  Boleh tahan ramai juga yang datang, Alhamdulillah.  Cukuplah dengan hidangan tersedia.  Mujur hujan turun lewat petang.

Acara harijadi semua sama sahaja.  Jemputan datang, makan-makan, potong kek, bergembira kemudian buka hadiah.  Tuan rumah tersenyum girang, anak-anak bergurau-senda.

Tahun ini genap 2 tahun usia Cayang Ejiki.  Semakin keletah, semakin bijak.  1001 gelagat mencuit hati.  Alhamduillah dikurniakan kesihatan baik belaka meski ada masa ujian kecil datang melanda.

Hari ini Cayang Ejiki sudah begitu sebati dengan kami semua.  Sehari tidak bersua muka serasa rindu membara.  Kurniaan Allah buat kami sekeluarga, meski hanya bersandarkan ikatan saudara, hubungan erat semakin ketat.

Kelebihan punya ibu saudara belum punya anak, segala kasih-sayang dicurah pada semua anak-anak di rumah tidak berbelah bahagi. 

  Kek ditempah dari Berry's.  Rasa tidak mengecewakan meski persembahan kek bertaraf biasa.  Kuda merupakan binatang kesukaan Cayang Ejiki.  


Antara tetamu awal yang hadir.  Dekorasi ringkas kali ini dan kebanyakkan yang hadir terdiri dari sanak-saudara serta rakan-rakan Ninie dan suami.


Keluarga bahagia.  Bilalah mahu bertambah ahli, setelah Cayang berusia 2 tahun, sesuai rasanya dia punya seorang lagi adik..he..he..he..


 My devoted family.  I love them in every single my breath



Antara menu yang disediakan.  Semuanya masak sendiri, kecuali Spagetti dari ibu mertua Ninie dan kuih-muih


 Hadiah untuk si kecil berusia 2 tahun.  Stok mainan sepanjang tahun, tak perlu lagi membeli.  Terima kasih pada yang sudi menghulurkan hadiah ini





nota:  entri harijadi tidak sampai di sini sahaja..

::Kolagen Asli::

Sana sini sibuk dengan supplement kecantikkan.  Baik secara makan mahupun dengan kaedah penggunaan seperti cucuk dan sapu.  Berpuluh-puluh jenama ada di pasaran dan semuanya menawarkan 1001 kebaikan.

Saya sendiri tidak ketinggalan terutamanya setelah menginjak ke usia yang sewajarnya mendapat perhatian khusus.

Tahu mengenai kolagen asli?  Ramai menyebut Pure Marine Collagen (PMC), ada juga menggelar Ibu Kolagen.

Mula tahu fungsi dan kebaikkan kolagen seawal usia 20-an lagi.  Kerap mengunjungi pusat rawatan kecantikkan memberi sedikit pendedahan mengenainya.

Pernah satu ketika, taksub dengan keajaiban kolagen setelah melihat hasil melalui seorang rakan.  Hampir-hampir juga mencucuk kolagen tetapi tergalang-galang dek ketakutan menguasai diri.

Mujur nasihat pakar meninggalkan sedikit kesan bila dia mengatakan kolagen hanya sesuai bagi usia  20-an ke atas.

Harga suntikan pada waktu itu fuuhh!!  Ribuan ringgit harus dilaburkan termasuk sekali dengan suntikan Vitamin C.  Perempuan kalau nak cantik punya pasal, sanggup buat apa sahaja.

Hari ini pengaruh kolagen semakin meluas.  Hampir kesemua produk kosemtik ada set khusus dengan kolagen dan sudah pasti ianya mensasarkan wanita berusia 30-an.

Kerap kali terfikir untuk mencuba tetapi keraguan kuat menguasai.  Lagi pun bila melihatkan harga semuanya boleh tahan mahal, pendam sahaja niat.  

Entah macamana, GM bertanyakan bagaimana mahu mendapatkan kolagen asli.  Dari beli pil harga berpuluh-puluh, mencecah ratusan pun ada, baik makan yang asli.

Biasalah, orang tua mana ada masalah untuk menelan rasa pelik-pelik bagai.  Kalau telur mentah pun boleh telan, apatah yang lain-lain, setakat petik jari.  

Kebetulan junior sekolah ada menjual namun bukan rezeki untuk berurus niaga.  Tapi itulah mungkin sudah sampai jodoh nak consume akhirnya dapat juga.  

Tumpang beli dari Nova, bila tengok status FB dia pun makan.  Lagi pun bila tanya akan kesan, segalanya positif.  Tak teragak-agak untuk mencuba.

Terus terang, bau dia, fuh!! boleh tahan hanyir.  Nama pun aslikan, mana boleh hilang segala bauan kurang enak.

Kalau makan begitu sahaja memang tak tertelan.  Masuk separuh jalan keluar balik.  Mula-mula makan pernah kunyah, alamak!!  Melekat hanyir di lidah sepanjang hari.

Langkah selamat dicampur dengan air seperti Sunquick ataupun Ribena tetapi lebih memilih Sunquick kerana rasa masam dapat menghilang rasa kurang enak secara total.

Pernah cuba dengan air manis, hmm.. tak sedap.  Tetap terasa hanyir, tapi taklah sekuat makan begitu sahaja.  

Macamana GM makan?  Tak perlu tanyalah, dengan tenang sahaja dia campur sedikit air berperisa kemudian telan.  

Bila dimasak kolegan akan bertukar cair dan menjadi seperti agar-agar bila disejukkan di dalam peti ais.

Saya tahu ada 2 jenis kolagen,  warna putih jernih dan warna ungu gelap.  Dari segi khasiat sama sahaja cumanya warna ungu lebih kadar anti-oksida dan lebih kuat baunya kerana kaedah pengeringan melalui proses wap (kalau tak silap).

Info ini saya peroleh terus dari pengusaha kolagen di Semporna, Sabah.  Yalah, bila dah makan kena tahu serba sedikit, takkan nak melulu sahaja masuk ke dalam badan.

Sehingga hari ini saya masih lagi menggeledah sana sini mencari kebaikan dan keburukan kolagen, jika ada.  Ianya perlu kerana bercadang mahu meneruskan mengambil kolagen sebagai supplement tetap.

Alhamdulillah, hampir sebulan saya mengambilnya banyak perubahan pada diri.  Ini bukan iklan ataupun promosi PMC kerana saya tidak menjual dan tiada siapa membayar bagi tujuan promosi.

Antara kesan positif pada diri saya:-

1)  Rambut kurang gugur.  Pernah saya suarakan kebimbangan di sini akan kadar rambut gugur yang luar biasa hinggakan bila bangun pagi berterabur sana sini rambut gugur.  

Setiap kali membuka ikatan rambut, segumpal helaian rambut ikut serta dan kerana masalah ini saya memotong pendek.  Malangnya masalah tidak selesai dan rambut terus gugur sehingga nipis rambut di kepala :( 

Pernah terfikir untuk membotakkan rambut.  Dari terus luruh baik saya buang dan biarkan rambut baru tumbuh.  Siapa tahan bila asyik di marah rambut bersepah satu rumah.

Sekarang, masalah rambut gugur tidak membelenggu diri lagi.  Memanglah ada yang gugur tetapi tidak sebanyak dahulu.  Atas katil pun dah tak penuh dengan rambut.  

Bila sikat setakat 1-2 helai sahaja luruh.  Leraikan ikatan getah pun tiada rambut yang putus.  Tersenyum bila melihat kesan sebegitu.

2)  Kulit badan tidak kering lagi.  Masalah kulit kering ni normal terutamanya bagi yang bekerja di bilik berpenghawa dingin.  Sapulah macam-macam krim, tetap juga kering. 

Antara yang boleh kurangkan masalah, Vaseline tapi tak lama kemudian kulit kembali kering.  Minum air banyak pun tetap tak boleh lari.  Paling teruk bahagian kaki.  Bila garu, habis bertukar warna putih.  Teruk gila!

Sejak ambil kolagen, kulit bahagian atas badan paling ketara lembap.  Bila menggaru, tiada kesan putih.  Bukan itu sahaja, dapat rasa kulit tegang dan sihat.

Bahagian kaki pun berkurangan tetapi belumlah sampai tahap membanggakan.  Kesan kulit kering masih kelihatan, cuma semakin hari semakin baik.

3)  Kuku nampak berkilat dan bersinar.  Kalau tidak, nampak tak bermaya dan tak kuat.  Senang patah.  Tapak tangan pun licin dan lembab.

4)  Dalam 4-5 tahun lepas, saya sudah ada tanda pigmentasi di bahagian tepi mata walaupun belum tahap serius lagi dan semakin hari semakin gelap warnanya.

Puas mencuba pelbagai jenis produk whitening based tapi tak memberi sebarang impak.  Bila apply cream, mesti renung lama-lama sambil memikirkan bila akan hilang ;(

Produk yang saya pakai bukan calang-calang jenamanya.  Tak mahulah sebutkan di sini, tetapi jangan terkejut kerana setiap kali replanish produk terbang dekat RM1k

Selepas 3 minggu pengambilkan kolagen, baru saya perasan warna pigmentasi semakin berkurangan.  Harapnya akan hilang dalam sedikit masa lagi.

5)  Siapa kenal dan pernah bersua, mesti tahu saya gemuk orangnya.  Bukan gemuk dari kecil tetapi tumbesaran bila nafsu selera semakin membuak.  Dari sekeding umat hinggalah sebesar ini, semuanya disebabkan faktor pemakanan.

Bila masalah berat badan, selulit pasti membelenggu.  Bahagian-bahagian tertentu begitu kuat kesannya.  Mujur terselindung di balik pakaian tetapi risau juga merebak ke bahagian-bahagian lain.

Apa yang membanggakan, secara perlahan warna selulit semakin pudar.  Macam tak percaya pun ya kerana saya mengambil masa 10 tahun lebih berusaha menghilangkannya.

Belilah pelbagai jenis krim di pasaran, semuanya gagal.  Pernah terfikir mahu mencuba mana-mana slimming centre.  Bila tengok harga..hmm..

Harapnya kesan selulit ini akan hilang terus.  Jangan silap ya, hanya selulit yang semakin pudar tetapi berat badan tetap begitu juga.  Setakat hari ini belum pasti kolagen boleh menurunkan berat badan atau tidak.

Ini kerana saya belum lagi susut sejak makan kolagen walaupun sepatutnya boleh membantu melaraskan berat badan.  Tak apalah, takkan nak dapat semua dalam satu-satu masa.

6)  Badan rasa ringan dan bertenaga.  Okay, ini memang nampak sangat faktor usia.  Di tambah pula saya ada sakitkan, memang berat sahaja badan.  Sentiasa rasa malas untuk bergerak.

Bangun pagi urat-urat semua tegang.  Bila bangun bukan boleh terus bergerak, kena regangkan segala otot.  Tumit pun selalu sakit.

Tapi selepas amalkan kolagen 2 kali sehari, kurang masalah bangun pagi.  Buka mata badan serasa segar.  Masalah tidur malam pun hilang.  Lena hingga ke waktu sepatutnya.

Banyak perubahan boleh dirasa cuma ini antara yang terkesan.  Lain-lain tu progress agak lambat.  In Shaa Allah kalau ada lagi nanti saya tak keberatan berkongsi.

Bagi di luar sana yang masih ragu-ragu, apa kata cuba.  Mana nak dapatkan, cari sahaja di FB atau Google Search.  Ramai peniaga PMC secara online.  Harga memang berbeza-beza, sebagai pengguna pandai-pandailah memilih peniaga.

Saya sedang menjalankan testimoni pada Abang pula.  Bila baca di internet, tiada masalah bagi lelaki untuk mengambil kolagen.  Selepas sebulan nanti kita tengok apa hasilnya.  


 Setakat hari ini, sudah 3 paket, kongsi dengan GM.  3 sudu pagi, 3 sudu malam.  Siapa tuan empunya yang menjual saya tak tahu kerana beli melalui Nova.  Setiap paket boleh bertahan dalam 2 minggu lebih.


     Rupa asal kolagen sebelum direbus.  Sebelum rebus harus dicuci 5-6 kali kemudian direndam semalam.  Sebelum rebus keesokkanya ulang cuci 5-6 kali.  Air rendaman dikatakan bagus untuk disapukan pada tumit kaki kering dan jerawat tapi saya belum pernah mencuba


Kolagen selepas disejukkan di dalam peti ais.  Bertukar menjadi agar-agar


Selamat berkolagen!



nota:  asal ada kebaikkan apa salahnya..

   
  

Tuesday, December 18, 2012

::Kembali Bersiaran::

Hampir seminggu ruangan ini terdampar kesepian.  Bukan tak ada kisah boleh dikongsi bersama cuma jemu terlalu kuat menguasai diri.  Ternyata saya tidak segigih blogger-blogger sedia ada.
 
Hari ini sekali lagi berpeluang menonton wayang percuma melalui Nuffnang.  Terima kasih daun keladi, budi baik disanjung tinggi.  Cerita Jack Reacher lakonan Tom Cruise pula mengambil tempat.
 
Selesai menonton nanti saya kongsikan di sini best atau tidak ya.  Dari trailer, macam menarik tapi tak tahulah pula.   Selamat menonton pada yang akan turut serta hari ini.
 
Mahu bersiap-siap ke Tropicana City Mall.  Mujur dekat, tak adalah insiden ke Pavillion pada Tayangan Perdana Lagenda Budak Setan 2 - Katerina berlaku.  
 
Jeran bila mengenangkan!  Masakan tidak, hampir 3 jam tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas.  Nasib baik tak terlepas tayangan.  Mungkin lain kali lokasi harus diambil kira sebelum bersetuju untuk turut serta.
 
In Shaa Allah, bersua semula dengan entri-entri lain selepas ini.  Oh ya, penjawat awam dapat gaji hari ini.  Selamat berbelanja!  Khabarnya kali ini beserta bonus separuh bulan.  
 
Agak-agak Abang ada tak nak hulurkan sedikit apa yang dapat tu?  Tak beri pun tak mengapa kerana dia akan bagi semua pada saya..hahaha...
 
 
 
 
 
nota:  merancang sesuatu...
 
 


 
  

Wednesday, December 12, 2012

::Maharaja Lawak Mega 2012::

Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) sudah masuk minggu ke-5 dan sudah ada penyingkiran seramai 3 kumpulan iaitu Kumpulan Da Di Du, Kumpulan Pi Mai dan Kumpulan Balas.  
 
Apa komen anda semua?  Entahlah, macam kurang menyengat pula musim kedua ini sementelah banyak muka sama kembali ke pentas.  Sudah dapat menjangka jenis persembahan bakal dihidangkan.
 
Senarai penyingkiran pun dapat ditelah dari awal.  Kebetulan persembahan mereka juga tidak mengundang ketawa sangat dan selayaknya tersingkir.
 
Tak pasti kenapa pihak penerbit memanggil peserta sama.  Apakah sudah tiada lagi pelawak tanah air boleh dijemput sebagai peserta?  
 
Kumpulan Jozan, Kumpulan Jambu dan Kumpulan R2 tidak mengapa juga kerana mereka bertanding sebelum ini di pentas Maharaja Lawak.  Ini masanya mereka buktikan untuk lebih bersinar di persada lawak tanahair.
 
Kumpulan Boboi meski tambah ahli, seperti tidak adil kerana dua orang ahli sebelum ini sudah berada di peringkat akhir MLM 2011.  Begitu juga Kumpulan Saywho, malah mereka mengekalkan wajah sama untuk bertanding.
 
Bukan mahu menafikan yang mereka tidak bagus tetapi seperti yang saya katakan hala tuju persembahan seperti dapat dijangka.  Sebagai penonton kita mahu sesuatu yang segar dan tidak mahu membandingkan dengan musim lalu.
 
Setakat hari ini, tiada persembahan lawak berjaya melekat di hati kecuali persembahan Jozan di minggu pertama.  Selepas minggu itu, Jozan juga sudah kurang sengat.  Harap mereka tidak berasa selesa dengan undian yang menyebelahi mereka.
 
Barisan juri nampak mantap.  Semua mereka mampu memberi komen bernas meski ada di antaranya bukan pelawak.  Tetapi itulah kuncinya, jika peserta boleh membuat juri ketawa itu bermakna usaha persembahan menjadi.
 
Sayang sekali Kumpulan Sepah tidak turut serta.  Saya yakin dengan kehadiran mereka saingan akan sengit dan barulah peserta lain berusaha memperbaiki mutu persembahan.
 
Kita tengok sajalah nanti.  Jika sampai ke sudah masih tidak meninggalkan bisa, ternyata percaturan pihak penerbit bagi MLM kali ini gagal dan saya adalah antara menyesal tak sudah kerana semata-mata menambah Astro Mustika demi MLM 2012.
 
Apa pula persembahan mereka kali ini ya?  
 
 


nota:  ketawa menghiburkan hati...

::Apa Akan Ada Esok Hari?::

Mengantuknya mata, sedangkan ada sedikit kerja menanti.  Syaitan mata memang begini, bila waktu senggang susah hendak tutup rapat tapi dalam keadaan terdesak waktu itu jugalah tak tertahan-tahan hendak katup.

Dalam keadaan sebegini menyesal pula rasanya tak siapkan kerja awal.  Inilah akibat suka bertangguh, rasakan.  Bukan sekali dua tetapi inilah kelemahan diri sejak dari dulu lagi.

 
Perut pula sejak dari petang telah mula rasa tak sedap.  Kentut selang seminit, mujur tiada bau.  Gelodak di dalam hanya Allah yang tahu.  Tak senang duduk dibuatnya.
Tapi, tetap juga berselera.  Orang belum jemput makan, dengan laju apa terhidang masuk perut.  Hai, cepatlah baik hendaknya kerana esok punya misi penting.

Esok juga tarikh indah untuk diingati kerana ianya bakal berlaku sekali sahaja sepanjang umur kita.  12/12/12 bakal menjadi keramat buat sebahagian daripada kita.
Masih ingat spekulasi bakal melanda dunia pada tarikh tersebut?  Akan berakhirkah dunia kita esok?  Benar kita tidak boleh percaya lebih-lebih sementelah ianya datang dari sumber luar.

Segala ketentuan bukan datang dari manusia.  Rahsia alam tiada yang mengetahui namun tidak salah meramal melalui reaksi persekitaran.  Alam sering berbicara hanya manusia tuli dengan ego diri.
Kita juga harus percaya Kiamat itu akan hadir bila-bila masa sahaja.  Mungkin 12/12/12 menjadi titik tolak, siapa tahu?

Benar, tarikh tersebut cantik dan mudah diingati.  Jika jatuh pada hujung minggu pasti ramai memilih untuk membina istana cinta tetapi ada juga mahu mengabadikan kenangan terindah itu esok.

Ada 2-3 orang yang saya kenali akan bernikah keesokkan hari.  Majlis utama akan dilangsungkan pada hujung minggu akan datang.  Semoga berkekalan ya!
 
Dalam kita sibuk mewarnai keindahan tarikh tersebut, jangan mudah alpa.  Sudah berapa kali tarikh cantik sedemikian meninggalkan kesan hitam mendalam dalam sejarah negara.
Antara kuat terpahat di ingatan ialah pada tarikh 10/10/10.  Hari tersebut adik lelaki Abang melangsungkan perkahwinan di Johor.  Saya berada di sana bagi memeriahkan majlis.

Kami pulang selepas selesai majlis persandingan.  Lebih kurang jam 6.30 petang rombongan pulang berhenti rehat di R&R Seremban dan kami terkejut mendapat berita satu kemalangan dahsyat berlaku di Lebuhraya Pedas - Linggi.  
Masih ingat akan tragedi tersebut?  Kemalangan yang melibatkan bas ekspress dan kereta.  Lebih dari 10 orang nahas dan kesesakan sepanjang lebuhraya mengambil masa lebih dari 3 jam. 

Kawasan Pedas - Linggi itu baru sahaja kami lalu.  Allah benar-benar menyelamatkan kami semua.  Sekiranya kami lewatkan perjalanan barang setengah jam mungkin kami semua adalah mangsa kejadian, Wallahualam.

 Sebahagian dari kesan kemalangan tersebut.  Gambar diambil dari Google Image

Apa pula kisah esok ya?  Mari kita sama-sama berdoa biarlah segalanya dalam keadaan baik dan sempurna.  Moga Allah menjauhkan kita semua dari malapetaka tidak diduga.

Yang pasti esok antara hari penting bagi kami.  Gementar juga mahu melaluinya seawal pagi.  Barangkali berkat keindahan tarikh tersebut akan ada berita gembira menyusul selepas ini.  

Letakkan harapan setinggi langit, In Shaa Allah akan dipermudahkan setiap apa diusahakan.




nota:  berdebar...