Followers

Monday, May 19, 2014

::Kera Sumbang::

Adalah sekali entah macamana, timbul isu KAWAN sewaktu berbual-bual.  Biasalah bila sebut sahaja KAWAN teruslah masing-masing terlintas siapa yang rapat ataupun tidak.

Dicongak-congak, baru sedar yang saya ni tidak mempunyai ramai kawan..hehehe..boleh dibilang berapa kerat sahaja.

Nampak sangat KERA SUMBANG!! Basically, saya suka sahaja berkawan tapi itulah ada malfunction pada mulut.  Saya lebih gemar mendengar dari bertutur.  Senang cerita, agak boring juga berkawan dengan saya ni.

Lagi satu, saya ni macam rimas sahaja kalau orang ramai kenal.  Bukan perasan bagus ke, diva ke, atau seangkatan dengannya.  Tapi itulah kelemahan-kelemahan yang menyebabkan saya kurang mempunyai kawan.

Zaman sekolah dulu nak kata popular sangat tu tidaklah, tapi mostly senior & junior kenal saya.  Aktif sesangat especially dalam Kebudayaan, so setiap kali atas stage ada sahaja muka saya manalah orang tak kenal.

Unfortunately, saya tidak kenal mereka :( Sejak habis sekolah sampailah ke hari ini, ada sahaja yang mengenali dan menegur, siap tahu nama bagai.  Saya pula macam blur, "eh, siapa ya dia ni?"

Bila masuk zaman kolej/universiti pun ramai juga kenal saya walau pun tak seaktif di zaman sekolah.  Kenapa?  Simple answer!  Mostly pakai tudung, adalah 2-3 orang macam saya yang tak bertudung, of course people easily restore dalam memory.

Again, saya kekok juga untuk berkawan.  Selalu pergi kelas balik kelas bersendirian.  Dalam kelas adalah few friends yang still keep in touch until today.  Others, NO!

Bila bekerja pula, lagilah tak ramai kawan sebabnya saya tidak berpeluang bekerja di organisasi besar kecuali sewaktu di Toyota.  Sayangnya saya tak lama di sana, dan masuk pun antara termuda so ada rasa segan-segan.

Bekerja sendiri lagilah teruk!  Terus tak ada kawan..hahahahaha...Dulu pekerja tengok kita pun segan-segan nak tegur.  Kawan jelah dengan adik-beradik.

Teman-teman rapat tu adalah.  Kalau tak ada langsung tu dah taraf melampau pula.  Agaknya sebab dah berkawan dengan Abang seusia muda, itu yang tak ramai kawan.

Bukannya dia tak bagi saya spent time dengan kawan-kawan tapi most of the time selesa keluar dengan dia.  Ramai juga kenalan Abang yang saya kenal dan rapat.  

Dari bujang sampai mereka berumah tangga.  Sekarang isteri mereka jadi kawan tapi sekadar kenalan biasa.  Bila berjumpa boleh sembang-sembang, tapi nak ada sesi meluah perasaan tu memang tiada calon.

On thing about Abang, he know how to blend with others.  Maybe sebab dia sedikit berusia dari saya.  Kawan-kawan sebaya saya sukalah kalau dia ada.  Bergurau sesaja sampai kejang perut.

Regret?! Alhamdulillah, setakat hari ini tak pernah rasa sedemikian.  Kadang-kadang bersyukur lagi, at least saya tidak terperangkap dalam drama dunia kawan tikam kawan, kawan makan kawan, kawan bunuh kawan dan macam-macam lagi.

Pernah juga kena benda-benda begitu tapi circle tak besar, kesan tu tak adalah teruk sangat.  Dah terkena, jawabnya sampai hari ni tak bertegur sapa.  Mungkin itu yang terbaik barangkali?

Okaylah, dah nak masuk Maghrib.  Hari ini puasa ganti.  Lagi 40 hari nak masuk Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak lunas hutang.  Akibatnya, macam pecutan marathon.  Non-stop berpuasa.



nota:  juadah berbuka hanya air kosong, Alhamdulillah...
 

  

::Sudah Sampai Masa::

Dalam dua minggu lalu, bertalu-talu saya dikejutkan berita pemergian beberapa insan yang saya kenali dan agak rapat.  Tatkala mendapat berita tersentak seketika dan hati dirundung hiba.
 
Ramai benar yang saya kenali, sama-sama bergelak ketawa kembali kepada Maha Pencipta.  Sudah semakin dekat saya dengan kematian.  
 
Toleh ke belakang seketika, tiada apa menggamit rasa bangga.  Hmm..Panjang lagi perjalanan tetapi rasa semakin singkat waktu dikurnia.
 
Am not going to mention who they are, yalah..Yang dah pergi tetap pergi, kita di dunia menanti detik penghuluran jemputan, entah bila agaknya?  
 
Al-Fatihah dan Yassin mengiringi pemergian mereka, moga-moga mereka tenang dan aman di sana, Insyaallah.

Lately, tersangat sibuk.  Ada masa buat-buat sibuk =) tapi berbunga di hati.  Lama berdoa dan gigih berusaha, Alhamdulillah semakin menampakkan hasil.  Bila dah ada depan mata baru rasa puas.

Itu yang bila dapat khabar duka, feel down sangat-sangat.  Tak bermaya nak menghadap kerja-kerja.  Fikiran menerawang entah ke mana mengimbau kenangan indah sewaktu bersama arwah-arwah.

Tipulah kalau tiada tergigit lidah.  Ada ketika dendam terbuku di hati tetapi ambil jalan mudah, enggan memperbesarkan cerita, kasih kembali bertaut.

Sayangnya kekangan masa menjadi faktor utama, perhubungan terjalin rasa jauh walhal boleh sahaja curi detik bersua barang seketika.

Bila dah tiada, terselit juga sesal.  Pemergian mereka diuji kesihatan tidak stabil.  Selama terlantar sakit, saya tidak berpeluang menziarah.  Ada sahaja halangan ;(

Tak apalah, nak buat macamana.  Mereka akan saya kenang dalam setiap doa.  Memori pelbagai rasa akan sentiasa terkunci rapi.  Semoga kita semua bersua di SANA satu hari kelak.






nota:  kehidupan perlu diteruskan...