Followers

Saturday, January 21, 2017

::Mengenang dan Memikir::

Assalam 2017 hari ke-21.  Tanpa sedar kita menghampiri penghujung Januari dan bakal berganti ke Februari pula.  Inilah dia namanya masa tidak akan berhenti walau sesaat.

Tiada perancangan untuk berada di sini, just for a while maybe.  Rasanya ramai blogger dah tak meriah macam dulu.  Faktor usia barangkali tapi channel media sosial yang lain juga antara penyumbang kenapa ramai tak update.

Hujung minggu macam ni rakan-rakan buat apa?  Seronokkan dapat bergolek-golek atas katil lama sedikit?  Tapi saya susah sikit, mata dah tune certain hours mesti celik.  Hari-hari biasa bangun awal, bila Sabtu Ahad pun macam tu juga.

Saya tak siapkan pun lagi sambungan entri terdahulu.  Entahlah, boleh diteruskan atau tidak?  Malas betul nak buka laptop sambil jari menari.  Rasa dah makin lembab diri ni.  Huhuhu....

Minggu depan ada cuti panjang.  Masih tiada sebarang perancangan.  Mungkin hanya duduk berteleku di rumah sambil menghitung detik bila agaknya cuti akan sampai ke penghujung.

Zaman sekarang zaman duit.  Segala-galanya perlukan RM RM RM RM!  Bukan Makcik Rosmah Mansor tau.  Am not her fan at all.  Siapa peminat tegar dia saya mohon maaf ya. Perasaan suka atau tidak bukan boleh dipaksa.

Berbalik pada isu RM RM RM, sejujurnya saya takut untuk keluar rumah!  Belum keluar lagi dah terbayang berapa banyak yang bakal terbang.  Tak keluar rumah pun duit boleh mengalir deras apatah lagi berada di luar.

Besar betul cabaran kita di tahun-tahun mendatang.  Nilai matawang Malaysia semakin kecil.  Adakah akan sampai masa suatu hari nanti duit kita sudah tiada nilai?  Takut memikirkan segala kemungkinan.

Sekarang kena betul-betul bijak berbelanja dan rancang kewangan terutamanya yang tiada jaminan pekerjaan.  Bila-bila masa sahaja boleh jadi mangsa kemelesetan ekonomi. Lebih seriau kalau kita ada tanggungan yang ramai :(

Semoga kita akan terselamat dari musibah sebegini.  Saya tau betapa peritnya bila kuasa membeli "kosong".  Saya lalui bagaimana terpaksa ikat perut bagi memastikan apa yang ada mencukupi.

Juga pernah tebalkan muka pinjam duit sana-sini demi meneruskan badai kehidupan yang ganas tanpa henti dan ramai sebenarnya di luar sana ujian datang tanpa henti.  

Lelah di dada bila berbicara soal begini.  Meruntun jiwa mengingatkan pelbagai perihal yang datang dan pergi dalam diri malah kepala tidak pernah berhenti memikirkan apa pula bakal menjelma.

Had to go!  Idea semakin kering dan ayat merapu banyak keluar.  Selamat berhujung minggu!  Enough of "mengenang" dan "memikir" nanti lain jadinya.



nota:  kacau-bilau...  









  

No comments :

Post a Comment