Followers

Wednesday, May 11, 2016

::Borak Kosong Lagi::

Tinggal lagi beberapa minggu Mei 2016 pula melabuhkan tirai kemudian Jun pula menjengah.  It's going to be a busy month sebabnya adik ipar bakal menamatkan zaman dara tak lama lagi.

Lepas ni dah tak ada majlis perkahwinan sebelah Abang.  Tunggu giliran anak-anak buah pula, jika panjang usia dapatlah turut serta :)  Macam tak percaya budak kecil yang saya kenal seawal usia 8 tahun bakal menjadi suri hati sang jejaka pilihan.

Begitulah putaran hidup!  As for me, semua ini tak terasa sebab kahwin pun di hujung usia hehehe....Belum lagi rasa dah tua walaupun hakikatnya, SEDIH!!!  Lagi empat tahun menjengah usia 40 tau seiring dengan Wawasan 2020.

Bila kenangkan usia :( sedih pula rasanya.  Kehidupan saya tidaklah gemilang, senang cerita masih merangkak-rangkak mencari dataran yang kuat tetapi sejujurnya saya tidak pernah kecewa dengan ketentuan kerana Allah lebih mengetahui apa yang tersirat.

Kesibukan dengan majlis kahwin pastinya saya terkenangkan apa yang dilalui dua tahun lalu.  Memang betullah ianya kenangan manis yang tak akan dapat dilupakan tapi azab kepenatan, fffuuhhh....Boleh tahan!!  

Terlalu banyak benda yang hendak diuruskan dalam tempoh begitu singkat.  Walaupun dah buat perancangan teliti serta persediaan awal tetapi semakin hampir pada harinya ada sahaja tambahan kerja.  Tak kuat mental dan fizikal boleh break down.

Alhamdulillah saya tidak berdepan masalah-masalah besar.  Kalau baca di internet pengalaman pengantin dengan pelbagai isu terutamanya berkaitan PENIPUAN memang menggerunkan.  

Mujur saya banyak buat tempahan dari orang sekeliling dan boleh dipercayai.  Sebelum close deal ada juga survey dengan orang luar tapi Allah dah mengarahkan hati memilih mereka yang terdekat.  Lega sangat.

Lagi pun rancangan untuk majlis sangatlah singkat.  Bertunang tak sampai tiga bulan, terus langsungkan perkahwinan.  Tak ada dalam perancangan melalui tempoh pertunangan tetapi bagi menghormati permintaan keluarga kita jalankan sahaja.

Kalau ada masa nanti saya ceritakan semuanya di sini.  Lagi senang kalau buat per-entry.  Manalah tahu satu hari nanti boleh jadi tatapan generasi saya akan datang.  



nota:  ada masa lapang sedikit..


No comments :

Post a Comment