Followers

Wednesday, January 26, 2011

::Contest I Love My Family::

Sepanjang berjinak-jinak dengan dunia blog, ini adalah kali kedua saya terpanggil untuk menyertai peraduan yang dianjurkan rakan blog.  Sebenarnya peraduan ini dapat tahu dari blog Kak AiRasa terpanggil pula untuk menyertai bila terpandangkan perihal peraduan di blog Kak Ai.  Menang atau tidak belakang cerita, yang pasti saya menyertai untuk memeriahkan lagi peraduan yang dianjurkan dalam masa yang sama menambah kenalan di alam maya ini.  Lagi pula saya bangga apabila dapat berkongsi cerita mengenai Keluarga Saya yang sangat saya sayangi.  Buat rakan-rakan yang lain, jom sertai peraduan I Love My Family Contest 2011 ini, dan zahirkan kasih sayang anda terhadap keluarga diruangan ini.   Bagi yang berminat menyertai, masih belum terlambat kerana tarikh tutupnya adalah pada 31 Januari 2011.

Sebelum entri ini meleret-leret seperti biasa, apa kata kita penuhi dulu syarat-syarat wajib yang telah digariskan.  Yang pertamanya, harus copy logo tag peraduan ini dan letakkan di blog sendiri.  Kemudian linkkan ke tuan empunya blog iaitu, Blog Ayien.

Syarat utama telah saya laksanakan!!! :)

Kemudian, ceritakan kenapa kita sayangkan keluarga beserta aktiviti terbaru yang dilakukan bersama keluarga tersayang dalam gaya penulisan yang paling kreatif dan menarik.  Jika dapat sertakan tarikh dan tempatnya sekali adalah lebih bagus.  Buah ilham saya adalah seperti berikut:

-  Kenapa kita sayangkan keluarga kita ya?  Pelbagai jawapan yang akan kita peroleh apabila persoalan ini diajukan.  Bagi saya, kita tidak perlu bertanya mengapa perlu kita sayangkan keluarga kerana SEHARUSNYA dan WAJIB bagi kita menyanyangi keluarga.   Keluarga adalah sebuah rahmat dari Yang Maha Esa. Tanpa keluarga kita sendiri tidak akan sampai ke tahap yang kita ada sekarang ini.  Pasti pelik rasanya jika kita mendengar ada individu mengatakan yang dia tidak sayangkan keluarganya.  Kasih sayang yang disemai di dalam keluarga adalah kasih sayang yang jujur dan paling ikhlas boleh kita peroleh di dunia.  Saat bersama keluarga adalah detik yang paling indah dan bermakna walaupun di kala kesusahan.  Jika hendak digambarkan rasa kasih sayang saya kepada keluarga adalah mustahil kerana rasa cinta dan sayang saya terhadap keluarga adalah melimpah ruah.  Tiada galang ganti mereka di dalam kehidupan saya walau tawaran hadir berjuta-juta ringgit.  Alhamdulillah, ikatan kami sekeluarga sememangnya erat walaupun ada yang telah mempunyai keluarga masing-masing.  Andai dapat memperlahankan waktu, saya pasti akan memperlahankan detik ketika bersama keluarga.  Biarlah suasana itu kekal sebegitu.  "Ya Allah!!! Kau peliharalah kesejahteraan Keluarga ku di Dunia dan Akhirat"


- Sejak akhir-akhir ini kerap juga kami sekeluarga menghabiskan masa bersama.  Biasalah, dari bulan November sehinggalah ke Januari, tidak putus-putus sambutan hari jadi dan ulangtahun perkahwinan.  Manakan tidak, bayangkan bermula dari 8 November Permata Hati Ninie, Chebolat-Cehbolat lahir,19 November kami sekeluarga menyambut ulangtahun Ayu Bam Bam kemudian diikuti pula pada 27 November hari lahir Ninie, 28 November harijadi Buah Hati, 01 Disember GM pula meraikan ulanglahirnya, 11 Disember suami Ninie pula mengambil tempat sambutan, 24 Disember ulangtahun perkahwinan GM dan GP serta Macho Man dan Siti Cutie, 2 Januari pula hari kejadian GP, 8 Januari Macho Man pula mengambil tempat dan akhir sekali saya sendiri pada 26 Januari.  Cuma Siti Cutie sahaja agak tercampak pada  8 Mac.  Berderet-deretkan?  Pening tau kepala untuk menyiapkan segala hadiah.  Bagi menambah keceriaan kami sekeluarga, Siti Cutie bakal melahirkan adik buat Buah Hati dalam tempoh 2-3 hari ini.  Segala sambutan adalah wajib diraikan oleh kami sekeluarga demi mengeratkan lagi ikatan keluarga yang sememangnya telah sedia terjalin.  Harap apa yang telah kami amalkan ini akan menjadi tradisi turun temurun.  Insyaallah!!!


Di sini haruslah disertakan sekali gambar sekeluarga yang dianggap paling menarik bagi menggambarkan kasih sayang kami sekeluarga.  Nak kata lawa sangat tu tak pastilah pula, cumanya gambar ini diambil sewaktu kami meraikan hari lahir GP yang ke-55.  Alhamdulillah, Allah panjangkan umur GP hingga ke hari ini dan dapat melihat kami semua membesar dengan pelbagai ragam.  Kami semua ceria yang teramat sangat, lebih-lebih lagi apabila Ninie berhajat membelanja kami sempena kejayaan mendapat jawatan tetap di pejabatnya baru-baru ini.
Lokasi gambar adalah di Menara Kuala Lumpur pada 02 Januari 2011, minum petang bersama keluarga tercinta.  Dari kiri di belakang:  Ninie, saya, suami Ninie dan Chebolat-Chebolat, Ayu Bam Bam, Siti Cutie dan Macho Man.  Dari kiri di hadapan:  GP, Buah Hati dan GM.

Terma yang terakhir, haruslah menjadi pengikut kepada blog Ayien.  Syarat ini telah pun dipatuhi.  Harapnya sudi jugalah menjadi pengikut blog saya yang tidak seberapa ini.Buat Ayien, moga penyertaan saya ini akan memeriahkan lagi pertandingan.  Salam perkenalan buat Ayien, moga persahabatan di alam maya ini akan terjalin erat walau kesempatan bersua agak sukar untuk dilaksanakan.



nota:  Mujur tidak terlalu lambat :)  







 

2 comments :

  1. wow....interesting..keep it up..... kalau menang end of dis mth tgk keputusan ...nway ada....selamat berkenalan hehehhehe

    ReplyDelete