Followers

Thursday, April 14, 2011

::Patin Bunga::

Dua tiga hari ni, antara topik hangat pastinya harga ikan patin mencecah belasan ribu ringgit.  Dulu sekali ikan ni pernah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan harga yang agak mengejutkan juga, kali ini sekali lagi.

Ada yang kata jumlah tersebut untuk makan seramai 50 orang, ada pula berita mengatakan harga dikenakan untuk makan seramai 350 orang.  Tapi walau apa pun,bila kena membayar secara belasan ribu secara tiba-tiba pasti akan mengejutkan sesiapa sahaja.  Bayangkan tiba-tiba orang yang makan itu tiada duit untuk membayar sebegitu jumlah, bagaiamana agaknya.

Abang antara penggemar ikan patin bunga ni.  Maaf saya sendiri tidak pasti bagaimana rasanya kerana saya tidak makan ikan.  Setiap kali sekiranya menghala ke pantai timur, dia pasti tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ikan patin ini.  Benar, harga seketul ikan yang telah siap dimasak mencecah RM20-RM30.

Apakah relevennya harga semahal itu saya tidak pasti.  Cumanya, bila kita telah mengetahui akan harga tersebut lebih awal, kita dah aware akan isu harga ini.  Mungkin mereka yang makan pada hari itu tidak arif dengan harga ikan tersebut, makanya tidak menjangkakan akan sebegitu mahal.

 
Cuma saya terfikir, peniaga tersebut bila dia ingin memberitahu harga kepada pelanggan dengan harga semahal itu, tidakkah rasa bersalah?  Yelah, ada ke orang sentiasa bawa duit sebanyak itu untuk berjalan-jalan.  Inilah gunanya tanda harga supaya tidak ada pihak merasakan tertipu, ditipu dan menipu.  Paling tidak ini pengajaran buat semua pihak terlibat.

Maaf saya tidak bermaksud ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi dalam apa jua keadaan peniaga dan pelanggan punya hak masing-masing.  Terpulang bagaimana akad perniagaan itu dijalankan sahaja samada merelakan dan direlakan.  Kita punya pendapat tersendiri dan ini adalah antara pendapat saya mengenai isu ikan patin ini.


nota:  Pernah bela ikan patin tapi tak pasti pula patin bunga atau tidak... ;)



No comments :

Post a Comment