Followers

Friday, April 15, 2011

::Maharaja Lawak::

Rasanya malam ni ramai yang dah mula tertancap depan peti televisyen sedari awal tadi.  Dengan program Imam Muda, Diari Akademi Fantasia dan sudah pastinya Maharaja Lawak (ML).  Sejak diwar-warkan akan program ML saya yakin program ini akan mendapat sambutan ramai.

Siapa agaknya favourite rakan-rakan ye? Secara peribadi saya menyukai Nabil.  Buat peminat-peminat Jozan, maaf sehingga hari ini saya belum boleh kata mereka bagus walaupun peroleh undian yang tinggi.  Apa yang dipersembahkan mereka biasa-biasa sahaja setakat ni.  Sepatutnya dengan populariti serta pendedahan meluas mereka berdua boleh buat dengan lebih bagus lagi.  Kita tengok bagaimana persembahan mereka malam ini.

Berbalik pada Nabil, semenjak kontroversi melanda dia, bintang bersinar semakin pudar.  Biasalah tu, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu agak sukar untuk memaafkan apa yang dilakukan oleh Nabil.  Jika Nabil ingin menawan kembali undi, Nabil kena berusaha 200%, saya rasalah.  Tetapi hairan tau, jika yang membuat kontroversi tu selebriti lelaki, masyarakat susah untuk menerimanya tetapi jika selebriti wanita, dengan hanya lafaz maaf dengan mudah sahaja orang kita menerima.

Peserta lain yang harus pengundi beri perhatian bagi saya, kumpulan Jambu.  Kekuatan mereka berdua benar-benar menyumbang kepada lawak yang berbeza.  Kalaulah prestasi konsisten, Jambu mesti boleh maju dengan mudah.  Sepah pun boleh tahan.  Tetapi ini semua terlalu awalkan, ada hampir dua bulan ML ini akan berlangsung, pelbagai kejutan ditampilkan para peserta demi mengekalkan kedudukan.

Yang agak malang dan goyah kedudukan setakat ini saya jangkakan Kumpulan Wai.  Mungkin insiden seorang ahli kumpulan Kecik memarahi Idlan pada minggu pertama hari itu memberi kesan dan penonton rasa tersinggung.  Mungkin dia harus meminta maaf secara terbuka bukan sahaja pada Idlan tetapi juga kepada penonton ML.  Jika benar, Wai perlu melakukan sesuatu minggu ini sebelum menjadi mangsa undian.  Secara jujur, lawak mereka tidak lawak.  Maaf ye peminat Wai.

Eh, kenapa saya komentar lebih mengenai ML ni?  Sudahlah kupasan mengenai persembahan  minggu terdahulu.  Ghairah menantikan ML sehinggakan tidak sedar saya membebel terlalu banyak mengenai program ini.  Buat rakan-rakan, selamat mengundi dengan bijak ye.  Undilah buat mereka yang benar-benar layak.  Saya mengundi tak?  Bila dah membebel, pastilah mengundi tetapi undi adalah rahsia..he..he..he..Tapi kenapa ye tiada penyingkiran di minggu lepas?  

Jom tengok antara gambar-gambar yang sempat Photographer Media Rakyat kami, Fit Sparrow ambil sewaktu persembahan ML minggu lepas.  Harap-harap gambar minggu ni lagi cantik ye Fit.  

  Peserta-peserta Maharaja Lawak

Kelakarlah dia orang ni dengan cerita tersendiri

Abang berkelander..he..he..he..

Harap-harap minggu ni lagi kelakar hendaknya

Favourite ramai ni..


nota:  segala apa yang dikongsi hanyalah pendapat sahaja, buat peminat-peminat fanatik peserta, jangan ambil hati ye...

   

No comments :

Post a Comment