Followers

Tuesday, May 8, 2012

::Berjalan-jalan di Titiwangsa::

Kalau diikutkan sifat malas yang semakin beraja, sememangnya tidak akan ada satu pun mampu dilaksanakan.  Makin dilayan makin menjadi-jadi jalarannya.  Celoteh berjela pun bukan bernafsu sangat, kita mengambil langkah selamat, kisah bergambar.

Dalam 3 minggu lepas, GM teringin sangat ke Ampang Park.  Ada barang hendak cari katanya.  Sampai di sana, mengecewakan.  Dua ke tiga jam juga berpusing-pusing di sana sampai dapat merasakan orang berjual dah kenal muka kami semua.

Kebetulan Macho Man sekeluarga ada janji temu dengan keluarga belah mertua di The Mall.  Masalahnya malam, itu yang lantas ke Taman Tasik Titiwangsa.  Motif utama, mahu menghabiskan masa di tempat kurang mengugut saku wang.  

Maunya tidak, bayar letak kereta di Ampang Park sahaja telah menjerut RM10.  Mahal gila!  Mana lagi parking free kalau bukan di taman, maka berombongan kami ke sana.  Lagi pula boleh budak-budak bebas berlari.  Kalau jatuh tanggung sendiri.

Bila sampai sana, lensa kamera menjalankan tugas dan hasilnya seperti di bawah.  Tak banyak mana pun, semua seperti lesu sahaja.  Biasalah memikirkan perkara berselirat di kepala.  Keriangan ala kadar.


 Anak-anak yang punya keletah mereka tersendiri.  Gigih Cayang Eki memeluk Manje Yash hanya untuk bergambar


Makhluk alam yang berjaya mencuri perhatian khalayak.  Ralit budak-budak memerhatikan gerak-geri Sang Biawak



Ha, kan betul!  Tengok semua mata ke arah mana?  


My family, My Precious.  Half of us but wherever they are, they always in my heart


Macho Man bersama Manje Yash.  Sebenarnya Si Kecik ni tak boleh menahan diri dari melihat air di belakang.  Jika tiada pengawasan rapi, alamatnya.....



Cayang Eki dengan Papa aka Macho Man.  Kalau yang seorang tu tak takut langsung dengan air, yang ini pula...  Dari jauh nampak air kelam-kabut cari kaki untuk berpaut



Posing time!



Bukan senang nak dukung Manje Yash ni.  Budak baru dapat kakilah katakan



Nasib jurugambar memang beginilah.  Jarang-jarang gambar ke udara, tetapi ada peluang mahu juga posing sakan


Siti Cutie pun tak mahu ketinggalan juga, jadi layankan sahaja


Buah hati waktu ni tinggal di rumah neneknya di Ampang.  Sebal juga dia bila tahu kami berjalan-jalan, tetapi keseronokkan di Ampang mengatasi segalanya.  Cumanya pernah berjanji mahu membawa dia naik kuda di Titiwangsa, Insyaallah dalam masa terdekat haruslah ditunaikan.  Asyiklah menyebut nak naik HORSE!



nota:  memang ternyata idea kering.  Nak siapkan entri simple begini pun ambil masa dua jam :(

No comments :

Post a Comment