Followers

Thursday, September 12, 2013

::Lagi Kes Dera - Sumber Berita Harian::

Tengkorak retak didera pengasuh

Oleh Khairul Azran Hussin dan Norfarahin Hussin 
Tengkorak retak didera pengasuh  
Keadaan Nur Sofea ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi pediatrik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
 
Klang: Seorang bayi perempuan berumur enam bulan dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan otak selain retak tengkorak serta lebam pada dahi dan kedua-dua lutut, dipercayai didera pengasuh.

Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Bayi itu mulanya dihantar ke Hospital Pantai oleh pengasuhnya kira-kira jam 4.30 petang kelmarin selepas sesak nafas, sebelum dirujuk ke HTAR untuk rawatan lanjut.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, yang bekerja sebagai posmen pada jam 9.59 malam kelmarin.

“Sharil ketika itu berada di Pulau Indah kerana urusan kerja, dihubungi pengasuh anaknya untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Dia kemudian menghubungi isterinya yang bekerja sebagai kerani di Pos Laju di Jalan Raya Timur, di sini, juga untuk memberitahu perkara sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beri keterangan

Mohamad berkata, pengasuh itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika kecederaan mangsa mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Sementara itu, nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 61, berkata cucunya kini kritikal dan dimasukkan ke Wad Jagaan Rapi Unit Pediatrik, HTAR kerana darah beku dalam kepala akibat hentakan kuat. 

“Sebelum ini, cucu pernah luka dan lebam di kepala, namun anak serta menantu tak syak apa-apa sehinggalah dia sukar untuk bernafas, semalam (kelmarin). Saya tak sangka perkara ini berlaku kepada cucu sulung saya itu, tambahan pula pengasuh berkenaan kenalan rapat keluarga,” katanya.

Difahamkan, pengasuh itu ialah isteri rakan sekerja bapa mangsa.
 
 
SUMBER:  BERITA HARIAN
 
********************************
 
 
Hanya mampu urut dada dan beristighfar tatkala melihat gambar anak malang ini dan membaca berita tersebut.  
 
Kes dera oleh pengasuh ni tak habis-habiskan?  Tak ada perasaan langsung ke sewaktu membelasah anak tersebut.  Anak orang pula tu!
 
Kalau rasa tak mampu nak jaga jangan ambil tanggungjawab tersebut.  Ini bukan perkara main-main ini melibatkan nyawa orang lain.
 
Semoga Allah memberi kesembuhan kepada anak ini dan pelaku kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya. 




nota:  semakin hilang akal manusia...

No comments :

Post a Comment