Followers

Friday, April 11, 2014

::Hari Tanpa Telefon::

Semalam seharian berada di luar.  Ingatkan lepas servis kereta bolehlah terus pulang ke rumah, tup-tup ada pula yang timbul.  Terlanjur berada di sekitar berdekatan so lets proceed.

Boleh pula tak caj telefon malam sebelumnya.  Bila nak keluar tengok dah tahap nyawa ikan.  Dah teringat nak keluar bawa car charger, elok keluar pintu laju hidupkan enjin terus jalan.

Mendapat seharian tiada telefon bimbit.  Hanya sempat update status di Facebook kemudian selamat tinggal, terus mati.

Memang ada second phone tapi nombor tu hanya orang tertentu sahaja boleh hubungi.  Just a simple phone, kecil sahaja saiznya.

Through out the day memang terputus hubungan dengan Whatsapp, WeChat, FB, Twitter dan segala mak nenek apps.  Resah gelisah jadinya!  

Tapi sebenarnya ok juga.  Tak ada kalut sekejap-sekejap nak tengok phone.  Nanti tak sampai lima minit nak buka FB pula, kepingin tahu apa sedang berlaku.  

So no bad okay life without smart phone.  Sometimes we need a space for ourselves, escape from technology.  Kalau tak ada pun bukannya jejas kehidupan pun.

Why not you guys give a try?  Matikan segala sistem-sistem canggih yang diusung ke sana sini and enjoy your own sweet time.  

Kita balik ke 10-20 tahun lalu bilamana telefon bukanlah benda penting yang harus dibawa setiap kali melangkah keluar.

Semalam tu, boleh sahaja view dari Note Abang, tapi I'm kind of person yang tak betah menggunakan hak orang lain.  Setakat sekejap-sekejap tu bolehlah, tapi nak lebih-lebih rasa awkward.  Itu pun sempat juga update blog...hew..hew.. 

Balik jam 2 pagi, ha ambik!  Menderu-deru mesej masuk via Whatsapp dan email.  Dah satu kerja nak view satu persatu.  At last, abaikan terus tidur.  Hahaha...

Pada sesiapa Whatsapp bertanyakan Shaklee hari ini saya lunaskan ya.  Jangan marah, bukan sengaja nak matikan talian.  Cuai punya hal, tak boleh nak salahkan sesiapa.

Selamat hari Jumaat dan Selamat Beristiqamah di penghulu segala hari.  Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan dipermudah segala urusan dunia dan akhirat.





nota:  nothing to loose...


No comments :

Post a Comment