Followers

Saturday, December 11, 2010

::Pencemaran Gaya Bahasa::

Semalam mengomel dengan adik-adik, Ninie dan Macho Man mengenai masalah gaya Bahasa Melayu di kalangan budak-budak sekarang ini.  Bukanlah ingin mengatakan yang kami ini bagus sangat di dalam penguasaan Bahasa Melayu tetapi sebagai orang Melayu risau juga bila memikirkan bagaimana nasib masa depan bahasa di tangan generasi muda kelak sedangkan Bahasa Melayu seharusnya disanjung tinggi.

Walaupun menyedari di sekolah mereka ini diberi pendedahan Bahasa Melayu yang secukupnya tetapi dari segi praktikal ramai yang tidak mengendah serta tidak menggunakan Bahasa Melayu mengikut nahu dan ejaan yang betul.  Malahan kini kita amat menyedari kaedah kependekkan dan penyingkatan ejaan begitu terserlah terutama dikalangan para remaja.  Gaya bahasa yang digunakan melalui pesanan ringkas (SMS) telah menular dengan meluas.

'aq tdak ske klu d owrg yg kco aq'
'bla nq pon ak da lame ak tuonggo'
'dy jnhji ngan ku sok nk rpair brang yg rowsak etu'
'ader kew owrang mchm owang x siuoman'

Antara contoh yang saya dapat dari FB anak-anak sedara dan adik rakan-rakan.  Pening bukan?  Seorang teman yang bertugas sebagai guru bahasa di sekolah kebangasaan turut melontarkan kerisauan perihal ini.  Ini kerana semakin ramai pelajar terutamanya murid Melayu yang cuai dan sering menggunakan gaya bahasa sebegini sewaktu pembelajaran dan juga peperiksaan.  Esok lusa entah bagaimana pula ejaan yang akan keluar pula, manakan tidak habis segalanya hendak dipendekkan dan mengikut sesedap jari membentuk ayat.

Pada pengamatan saya isu ini semakin dipandang serius terutama apabila ramai yang memberi komen negetif terhadap budaya ini.  Cumanya kita tidak pasti apakah jalan penyelesaian kerana kita tidak boleh menyekat penggunaan gaya bahasa tersebut terutama di kalangan rakan-rakan sebaya apatah lagi menegah mereka dari mengeja sebegitu.  Satu formula harus dicari bagi memastikan keindahan Bahasa Melayu tidak tercemar dengan anasir-anasir ejaan buruk ini.



nota:  Janganlah satu hari nanti anak Melayu tidak lagi mengendahkan keindahan Bahasa Melayu 

::Salam Takziah::

Am going to use dual language on this entry to express my feeling.  This entry are specially dedicated to my good friend, Mohd Faizal Izhar a.k.a. Mimie The Diva (MTD).  

Salam Takziah dari saya dan keluarga buat MTD sekeluarga di atas kehilangan ayahanda tercinta pada jam 4.10 pagi tadi.  Janji Allah itu pasti, bila tiba masanya kita akan dijemput dengan tiada siapa yang boleh menghalang.  Walau tidak pernah berkesempatan mengenali diri arwah tetapi melalui apa yang diceritakan oleh MTD saya seolah mengenalinya.  Saat menghembuskan nafas terakhir, MTD ada bersama arwah.  Alhamdulillah, perjalanan arwah untuk berjumpa Allah dipermudahkan urusannya.

Received a message from MTD at 7.10 am telling that his father passed away.  At first quite blurry with the message and it took me about half and hour to digest and start to react on it.  Tried few times call him but no answer, lucky my message being replied.  The worst thing happen to me today, am having my cycle on the same day.  Don't know how should I tell everybody the pain that I had but it is sssoooooo pain.  Due to my period pain, I nearly canceled to visit him but I keep on pondering and I just can't leave him alone by this time.

Called Macho Man to accompany me cause I knew I do not have strength to drive alone.  Reached Cheras Mosque about 10.30 am, by that time they already kafan the body.  MTD was with the body until everything done than Fieza and me meet him.  How strong you are, how harsh person you are but came across this moment, there must be some teardrops.  Be friend with him and know how he is, strong physical and wills but while we hug him...Three of us start crying.   It's hard to let go a person that we love but do we have choice on it???

Not able to talked much that time.  By 11.30, my pain became worst, I even can't stand anymore.  No choice, have to leave the mosque straight away without saying anything to him.  On my way back, I feel miserable and guilty.  The feel is over the top.  We laugh together, went through hard time together, we shared most of taughts but at this moment I left him aloneAm portray a bad friend, that is how I feel.  Every hour keep on SMS him for updating. 

Keep on telling Abang how I feel so he promised me to pay a visit during Tahlil.  Alhamdulillah MTD did understand my situation.  What ever it is, on his side everything settled.  Few chaotic appeared but it's normal especially in that situation.  Now is the time for him to have full recovery since his the one take fully in-charged while his father ill.  Once again I would like to express my condolence and sorry for MTD and the whole family for losing a person that they love, a person that they call him "FATHER".  

      Me and MTD

      

note:  Moga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman

 

Friday, December 10, 2010

::TARA 4::

The Amazing Race Asia (TARA) 4 ended today and announced Richard & Richard as officially winner for this season.  I've missed the one that aired on 9pm Malaysian time but than I watched it on 11pm.  TARA is one of my favourite show since season one.  Hmm...not only TARA but also the one that in US format.  If I'm not mistake, I watched The Amazing Race, US format since season 2 or 3 and know they already have it about 17 season all together.   Wish I am on the race but already knew that I will not able to overcome my fear at all so keep it as a dream.

Back to TARA, actually I voted for Michelle and Claire but luck is not on their side.  So upset with Hussien and Natasha, the Indonesian group because Hussien took the four hour penalty on the finale session.  Was thinking it such a stupid decision although knew it was Hussien's weakness.  Should think this matter before he decide to join TARA because pity to his daughter.  If he give a try they might have a chance to win the competition.   I bet if Ethan & Khairie were in finale, Richard & Richard will have to face a rough time.  I am a fan of Ethan & Khairie for this season because they represent Malaysia..he..he..he..

Congratulation to all contestant and believe me their experience is worth more than USD100,000.  Now I am waiting for The Amazing Race Season 17 and The Biggest Loser finale on next week.  

   The Contestant - picture from Google Image



note:  when will the next season yea??

::Second Time::

Just came back from my second time of Narnia for the reason of accompany my only brother's family.  At first we intended to watch one of Malay movie that released today but than we had to switch for certain reason.  Moreover, Buah Hati going to join us.  Today was a first day screening for normal screen.  We reached One Utama (OU) quite early so we decided to had a quick dinner for our Buah Hati at A&W and he seems enjoy especially the curly fries.

Later we entered and get our seats, while Macho Man queing for our pop corn.  As usual the que was so long but since Narnia is one of hot selling movie at the moment, the advert took place almost half and hour and he able to join before the movie start.  Unfortunately, Buah Hati was so sleepy and he falls into a deep sleep although he look so interested  on the first half of the movie.  Overall I enjoyed the movie and the truth is I am not a 3D person because today I am more in the movie compared the previous one.  Maybe 3D eyewear disturbed myself and my mind so I lost interest on the movie but this time I can feel the sadness at the end of the movie seems I am aware that on the next series there will no more Pevensie's appearance.  I got this info through Narnia's Book synopsis.

Officially I've watched Narnia two time and its worth it.  Narnia's production making money through out the world and was thinking when will our local production be as standard as international movie.  Is there a third time for me?  Not sure yet, based on demand...he..he..he...so do not hesitate to choose this movie especially to Narnia's follower.  Whoever have not watch this movie, spare some time and watch previous series before spending money for this latest chronicles.  My previous comment is remain just that I add more feeling towards the movie for this time and of course the impact will be different right?? 



note:  Thinking to buy the books series...


Thursday, December 9, 2010

::Langkawi 5::

Setelah berhimpit-himpit dalam kerumunan manusia akhirnya kami berjaya juga sampai ke kaki bukit.  Satu memori indah telah kami loretkan di dalam sudut ingatan sepanjang berada di puncak.  Kami memperuntukkan sedikit masa berjalan sekeliling Oriental Village sebelum meninggalkan persekitaran tersebut untuk menuju ke destinasi berikutnya. Tak banyak gambar yang ditangkap sewaktu berjalan-jalan dipersekitaran Oriental Village.  Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi buat tatapan.

 Anak-anak cukup suka tatkala ikan-ikan ini timbul merebutkan roti yang dibaling.  Husin membeli sebuku roti untuk aktiviti ini


 Antara pemandangan Oriental Village yang sempat dirakam oleh Nova

Miera sempat berposing berlatar belakangkan tasik

Ada kisah yang mencuit hati sewaktu kami selamat tiba di kaki bukit.  Kisah yang sehingga hari ini pasti membuatkan ketawa terburai bila mengenangkannya.  Kisahnya begini, menghampiri saat mendarat kami berempat terpandang akan kandang rusa bersebelahan stesen kerata kabel.  Beria saya mengajak anak Ejump, Miera untuk bermesra dengan rusa-rusa yang ada.  Sebaik sahaja kami turun tanpa memandang yang lain berlari saya ke arah rusa sambil menggendong Miera.  Gelagat yang gelojoh yang akhirnya membawa padah.  Ahli kumpulan yang lain sempat membeli minuman dan makanan ringan bagai tetapi kami berdua seolah ditarik magnet ke arah kandang tersebut.  Sementelah tiada bayaran yang dikenakan lagilah menambahkan keterujaan saya.  Menjerit-jerit memanggil mereka yang lain supaya segera ke kawasan tersebut.

Sebaik memasuki saya disambut seekor rusa.  Secara spontan Miera ketakutan dan bergelut minta turun dari dukungan lantas berlari ke arah mamanya.  Tatkala Abang tiba bersama makanan rusa, ianya menambahkan lagi tarikan rusa-rusa yang ada.  Entah kenapa saat rusa-rusa tersebut menghampiri, badan mengigil ketakutan dan rasa ingin keluar dari kandang dengan segera.  Tetapi malangnya, rusa-rusa mengerumuni dari pelbagai sudut dan ada yang mula melagakan mulutnya ke badan saya.  Apa lagi menjerit-jerit saya di situ sambil cuba melarikan diri.  Lari ke kanan ada rusa mengejar, berlari ke kiri seekor lagi setia menanti, seolah saya mempunyai tarikan.  

Penjaga tersebut mengatakan yang rusa-rusa ini amat jinak.  Yang perlu saya tunjukkan adalah ketenangan tetapi saya gagal kerana perasaan takut menguasai.  Saya menjadi bahan tontonan dan gelak tawa mereka yang ada di situ.  Berlari keluar dari keadaan tersebut memberi kelegaan namun dek kerana ketakutan yang amat badan menjadi lemah longlai sehingga tidak mampu untuk berjalan.  Tidak terlalu saya untuk meneguk walau setitik air dan pada waktu itu apa yang perlu saya lakukan adalah bertenang.

 Rusa yang jinak.  Ada sahaja tetamu yang menjengah rumah mereka pasti akan di sapa dengan mesra

 Gelagat saya apabila di serang hendap

Sedang menjerit-jerit ketakutan dan menjadi bahan ketawa mereka-mereka di luar

Tidak kira siapa sahaja asalkan boleh bermesra pasti rusa akan mendekatinya.  Sesiapa yang takut awas ye!!



nota:  Ada kerja perlu dilunaskan, nanti sahaja kita sambung semula :)

Wednesday, December 8, 2010

::Langkawi 4::

Jom kita sambung lagi ye walaupun mungkin sempat bercerita sedikit sahaja.... 

Perjalanan seterusnya sudah pastilah ke Gunung Mat Chincang dengan menaiki kereta kabel, sebuah lagi tempat yang sememangnya mencuri perhatian para pelancong baik dari dalam dan luar negara.  Harga tiket bagi pemegang Mykad ialah RM15, kanak-kanak atas 3 tahun RM10 dan pelancong luar pula RM30.  Jangan lupa untuk membawa Mykad jika ingin menikmati kadar bayaran istimewa ini kerana harga tersebut tidak dapat diberikan sekiranya kaunter tiket tidak dapat slotkan Mykad ke dalam mesin pengeluar tiket.  Di kaki gunung, bolehlah berjalan-jalan di Oriental Village sambil meninjau cenderamata untuk di bawa pulang. 

Sedikit info mengenai kereta kabel: merupakan kenderaan atau alat yang digunakan untuk ke puncak Gunung Mat Chincang.  Jarak perjalanan dari kaki bukit hingga ke puncak  yang tingginya 713 meter beranggaran 2.2km di mana panjang keseluruhan kabel tersebut 919.5 meter.  Sampai sahaja di puncak, pelawat boleh juga memberanikan diri dengan melalui Jambatan Langit Langkawi.  Sepanjang perjalanan ke atas, kita disajikan dengan panorama hijau saujana mata memandang dan juga berkesempatan melihat telaga tujuh.  Tatkala berada di puncak kita boleh melihat Laut Andaman yang terbentang luas dan juga sebahagian dari negeri Thailand.

Sepanjang kami menghabiskan masa di puncak, angin bertiup kencang sehinggakan ada masanya perkhidmatan kereta kabel terpaksa diberhentikan demi keselamatan ramai.  Jambatan langit juga ditutup.  Suasana di atas begitu dingin dan kami semua mengambil kesempatan menikmati keindahan dan suasana nyaman disulam dengan gelak ketawa dan kekecohan mengambil gambar.  Bukan itu sahaja malahan mereka sempat menikmati hidangan burger dan juga aiskirm walaupun keadaan dingin mencengkam diri.  

Hampir dua jam juga kami menghabiskan masa di puncak sehingga si lelaki-lelaki terlepas solat Jumaat.  Bukan mereka saja melewatkan masa sewaktu di atas tetapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami turun ke bawah.  Ini kerana ada ketikanya pihak pengurusan kereta kabel terpaksa memberhentikan perkhidmatan atas alasan angin kencang.  Jambatan  Langit juga ditutup atas alasan yang sama.  Tatkala perkhidmatan kembali, keadaan agak bersesak-sesak kerana semua pun mahu turun ke bawah.  Jom lihat antara gambar-gambar kami sepanjang menaiki kereta kabel dan di puncak gunung.

  Saat konsol berlepas.  Muka Miera yang agak cuak

Amiera dah okey masa ni.  Suka Mama dan Papa Miera ada orang pangku anak mereka :)

Kami berempat menaik konsol yang sama.  Husin sekeluarga serta Abang Pejai menaiki sebuah lagi konsol di hadapan kami.  Setiap konsol boleh dimasuki seramai 6 orang sahaja

Inilah Telaga Tujuh.  Gambar ini ditangkap sewaktu kami sedang menuju ke puncak Gunung Mat Chincang

Beginilah rupanya konsol yang kami naiki.  Mesti semua kenalkan.  Sempat bergambar bersama Nova sebelum Amiera berlari ke arahnya

Berada di atas puncak dan Abang menikmati aiskrim walaupun cuaca yang amat dingin.  Angin bertiup kencang, lihat rambut saya yang berterbangan

Aksi terlarang yang langsung tidak boleh ditiru.  

Pemandangan dari atas Gunung Mat Chincang

Bergambar beramai-ramai adalah perlu untuk mengukir memori serta kenangan indah

Siapa kata Lelaki tidak suka bergambar?  Tengoklah mereka-mereka ini yang gila bergambar.  Setiap kali ada peluang pelbagai posisi ingin dicuba

Keadaan yang agak sesak sewaktu menantikan masa yang sesuai untuk turun ke bawah

Nantikan sambungan seterusnya ya.  Mengambil masa yang agak lama untuk muat naik gambar-gambar.  Apa pun, jika ke Pulau Langkawi tidak lengkap rasanya menaiki kereta kabel ini.  Jadi janganlah lepaskan peluang jika berkesempatan ke sana.  Fieza kata tempat ni romantik :) sebab drama bersiri popular Dalam Hati Ada Cinta melakukan penggambaran di atas ini.



nota:  berapa siri lagi agaknya episod ini akan selesai ye??

::Ngangkung vs Narnia::

Berkesempatan menonton dua buah filem pada Ahad lepas.  Ngankung dan Chronicles of Narnia -Voyage Of The Dawn Trader.  Kedua-dua mempunyai genre yang berbeza.  Kenapa memilih Ngangkung?  Kerana meminati lakonan Shaheizy Sam yang saya rasakan boleh menggalas apa sahaja watak yang diberi.  Kenapa memilih Narnia?  Kerana telah mengikuti cerita tersebut dari bahagian pertama dan jalan cerita yang mempuyai tarikan tersendiri.  Antara kedua-dua tersebut Narnia adalah cerita yang saya tidak sabar untuk menantikan kemunculannya di pawagam.

Mula-mula kita berbicara mengenai Ngangkung dahulu kerana kami menonton cerita tersebut dahulu dan baru ke sebuah lagi cerita.  Ngangkung berkisarkan bagaimana ketaksuban si pemain nombor ekor sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kemenangan.  Apa yang ada di dalam filem tersebut lebih kurang apa yang pernah kita dengari turun temurun apa yang si kaki judi ini lakukan untuk mendapatkan nombor tersebut dan ianya adalah amalan syirik dan kurafat.  Seperti biasa setiap apa yang dibuat melanggar hukum syarak pasti mendapat balasan, begitu jugalah mereka-mereka semua.  Setiap dari mereka akhirnya menerima akibat dek kerana ketaksuban mereka pergi ngangkung dan kesudahannya sudah pastilah keinsafan yang mereka peroleh.  

Filem komedi seram ini biasa-biasa sahaja bagi saya.  Menonton buat pertama kali bisa menggeletek hati tetapi tidak untuk kali kedua.  Cumanya watak Shaheizy Sam agak tidak natural dan nampak ianya dibuat-buat walaupun yakin ianya adalah tuntutan dari Sang Pengarah.  Filem ini berjaya di dalam genre tersebut tetapi untuk membanggakannya dan untuk filem ini memangku tema "Filem Kita Wajah Kita" tidak berapa menyerlah.  Jika ianya dihasilkan sebagai sebuah telemovie juga tidak mengapa.  Daripada 5 bintang, saya memberinya 3.  


Gambar di ambil melalui enjin pencarian Google

Filem kedua antara yang saya nantikan sejak berakhirnya bahagian kedua.  Bila sahaja mengetahui yang Narnia akan memasuki panggung pada tahun ini hati melonjak riang.  Tidak sabar menantikan apakah yang bakal terjadi seterusnya.  Kepada sesiapa yang tidak pernah mengikuti filem ini dari awal amatlah disarankan menonton filem-filem terdahulu, jika tidak sememangnya agak sukar untuk memahami jalan cerita pada kali ini.  

Buat pertama kalinya saya menonton wayang secara 3D.  Meletakkan harapan tinggi serta berharap saya akan menyukainya tetapi bertukar menjadi keadaan yang kurang menyenangkan.  Rimas sebenarnya apabila terpaksa memakai cermin mata 3D tersebut.  Di tambah pula dengan saiznya yang tidak padan langsung dengan diri saya.  Bila tidak menyarungkan kaca mata tersebut, tidak cantik pula gambar yang ditayangkan.  Masalah lain pula dari segi sarikata.  Penayangan melalui kaedah 3D ini tidak menyediakan sarikata buat para penonton.  Masalah ini timbul kerana filem Narnia menggunakan dialek Bahasa Inggeris yang pekat (British style).  Pasti agak sukar untuk memahaminya kerana agak asing di pendengaran telinga walaupun sebenarnya semakin lama menonton pemahaman semakin baik.

Apa yang pasti musim pertama dan kedua lebih hebat dari yang ketiga ini.  Mungkin kerana empat beradik Pevensie tidak kelihatan, yang ada hanya Lucy dan Edmund dan ditambah dengan watak baru, Eustace.  Pengembaraan mereka kali ini lebih mencabar di mana Prince Caspian berusaha mencari tujuh orang pemimpin yang dihapuskan oleh Lord Miraz dan berhasrat menyatukan mereka kembali demi Narnia.  Sepanjang perjalanan mereka di uji dan berdepan dengan pelbagai halangan bagi menghapuskan kuasa jahat yang hanya boleh tamat penguasaannya melalui gabungan tujuh bilah pedang yang dimiliki oleh ketujuh-tujuh Lord tersebut.


Cuma bagi saya siri kali ini nampak seperti lebih kepada pengembaraan kanak-kanak.  Tiada sebarang cabaran yang dianggap sangat mencabar.  Watak Lucy dan Edmund juga tidak berkembang dan agak statik sama seperti siri sebelum.  Tiada sebarang keistimewaan terhadap watak mereka walaupun mereka berdua sudah dewasa.  Saya mengharapkan sesuatu yang WOW dengan mungkin dua beradik Pevensie ini lebih memiliki kuasa-kuasa magis.  Malahan pada kali ini, Lucy langsung tidak menggunakan air hikmahnya.  Aslan juga muncul pada penghujung cerita dan sejak dari mula kita sudah dapat mengagak keseluruhan perjalanan filem tersebut.  Jika siri-siri sebelum ini, pada penamat cerita saya merasa sedih apabila mereka terpaksa meninggalkan dunia Narnia tetapi tidak terjadi pada penamat kali ini.  Sekiranya cerita ini bakal bersambung, pengarah filem harus meletakkan suatu formula yang lebih UMPH untuk menarik penonton seperti saya kekal hingga ke akhir siri.

 Poster ini diambil melalui Google Image


Apa pun, janganlah menjadikan ulasan saya ini untuk tidak menonton kedua-dua filem tersebut.  Ulasan ini hanyalah pendapat peribadi.  Lain orang lain pandangannya.  Tetapi saya yakin pengikut setia filem Narnia pasti tidak akan teragak-agak ke panggung wayang untuk menonton filemnya dan bagi filem Ngangkung, apa salahnya kita menyokong produk tempatan.  Sekurangnya mampu jugalah bersaing dengan produk luar di panggung wayang.  Hujung minggu hampir menjengah, jadi apa kata rakan-rakan menerjah panggung wayang berhampiran.





nota:  Tidak sabar menantikan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, arahan Mamat Khalid.

::Sekadar Berkongsi Rasa::

Bila bercinta, berkasih sayang dunia serasa milik berdua.  Hari-hari yang dilalui terasa cukup indah, perasaan berbunga di dada dan sudah semestinya harapan hanyalah satu, memeterainya dengan sebuah perkahwinan.  Tidak sesuai rasanya bagi saya untuk bercerita hal ehwal perkahwinan semetelah diri sendiri belum terikat dengan komitmen tersebut. 

Cuma sering terfikir mengapa ikatan cinta yang dibina bersulamkan restu begitu mudah terlerai?  Mengapa pelbagai cerita kurang enak mula didengari sebaik sahaja sah menjadi teman sehidup semati?  Baru-baru ini sebuah akhbar arus perdana mengeluarkan kenyataan bahawa setiap tahun peratusan perceraian meningkat dengan begitu mendadak dan ianya membimbangkan.  Apakah faktor utama yang menyumbang ke arah perkara ini?

Kalau kita mengatakan mungkin kerana pasangan tersebut terburu-buru, ada juga pasangan yang bercinta mencecah puluhan tahun tetapi bercerai juga akhirnya.  Jika kita beranggapan dek kerana terlalu lama bersama, kemanisan dalam perhubungan itu  mulai berkurangan tetapi ada juga berpisah di peringkat seawal mengecap kemanisan  bersama.  Bukan faktor tempoh sebenarnya yang boleh menjadi kayu pengukur di dalam perhubungan tersebut.   

Entahlah, sepak terajang alam perkahwinan belum lagi saya rasai tetapi kadangkala kerisauan mengusik juga tangkai hati tatkala melihat gagalnya institusi perkahwinan mereka-mereka yang berada disekeliling.  Benar, jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi kita boleh merubah keadaan tersebut dari menjadi sesuatu yang tidak diingini.  Jika berpisah sewaktu di alam bercinta, impaknya tidaklah terlalu besar tetapi berada di dalam status bercerai pelbagai dugaan yang lebih perit lagi bakal mendatang dan kebiasaannya perempuanlah bakal menjadi mangsa di sini.  Walhal kita bukannya tahu mengapa mereka terpaksa memilih keadaan sedemikian rupa.

Pernah bertanyakan soalan ini pada teman-teman yang kini kembali solo.  Banyak perkara yang menyumbang ke arah perpisahan.  Tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak sekali pun cuma apa yang mereka utarakan, keadaan bertambah rumit bila melangkah ke arah tersebut.  Keputusan diambil telah mengambil kira pelbagai sudut dan demi kebaikan kedua belah pihak.  Apa yang pasti sewaktu Si Suami melafaz akad, tidak pernah terdetik sekelumit rasa untuk menempuh perjalanan seumpama ini. 

Saya sendiri tidak pasti mengapa isu ini menjadi inti pati ruangan cumanya saat melakarkan butir bicara ini saya sedang mengenang seorang lagi teman seusia yang dalam proses bercerai.  Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan demi menyelamatkan institusi yang telah mereka bina hampir enam tahun lamanya.  Kedua mereka bukanlah calang-calang orangnya.  Masing-masing memegang jawatan yang hebat di dalam dunia korporat.  Masalah kewangan bukan menjadi punca utama tetapi itulah, bila ditanya mana silapnya?  Mereka sendiri tidak mempunyai jawapan yang khusus.  Yang mampu terkeluar dari mulut mereka "JODOH TIDAK PANJANG".

Apa yang saya nampak berkahwin dan kemudian bercerai seolah menjadi satu trend masyarakat hari ini.  Harapnya trend ini tidak berjangkit ke dalam ahli keluarga saya mahupun diri sendiri.  Saya bermohon jika benar jodoh telah sampai biarlah selamanya bersama, hanya ajal yang memisahkan.  Tidak dapat membayangkan andai satu hari nanti saya berdepan denga masalah sedemikian.  Buat teman saya yang berada di dalam kemelut tersebut, saya mendoakan semoga dirinya terus tabah dalam meniti hari mendatang.  Andai esok lusa berjumpa pengganti moga berkekalan.  Buat mereka yang pernah meniti detik perit ini dan kini kembali bahagia,tahniah diucapkan kerana berjaya mengatasi segala masalah yang diuji dengan tenang dan berfikiran terbuka dan akhir sekali kepada mereka yang seolah menuju ke arah itu, berfikirlah dan berusaha supaya tidak meneruskan perjalanan ke arah itu.



nota:  Perkara Halal yang dibenci Allah adalah Perceraian....    

Tuesday, December 7, 2010

::Selamat Tahun Baru::

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menghirup udara alam maya ini meskipun telah melangkah ke tahun baru.  Bertambahnya usia dunia, bertambah jugalah usia diri ini.  Hari ini umat Islam sedunia meraikan tahun penghijrahan yang ke 1432.  Dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan di harap kita semua mendapat iktibar dan keinsafan dari penghijrahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.  Ingatlah, tanpa penghijrahan yang di lakukan oleh Baginda sudah pasti umat Islam kini tidak menikmati segala apa yang kita peroleh sekarang ini.  

Di kesempatan ini saya mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432  buat pembaca ruangan ini yang beragama Islam.  Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah akan terus memberkati sepanjang perjalanan kita di tahun yang baru ini.  Tutup buku lama dan mulailah buku baru dengan semangat hijrah.  
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajjirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah itu Pengorbanan 
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Masa

Lirik lagu Maal Hijrah yang sering dilagukan setiap kali menyambut Maal Hijrah, malahan sewaktu bersekolah dahulu kerap juga menyanyikannya jika ada pertandingan nasyid sempena sambutan Maal Hijrah.  Betulkan saya jika ada kesilapan di dalam lirik tersebut.  Tidak pasti siapakah gerangan pencipta lagu ini tetapi apa yang pasti lagu ini sememangnya melekat di dalam kepala kita.

Gambar Logo ini diambil dari Yahoo Image


nota:  SALAM MAAL HIJRAH 1432!!!

Monday, December 6, 2010

::Hajat Di Hati::

Hajat di hati ingin menyambung episod Langkawi yang terhenti seketika tetapi pada saat ini mata teramatlah berat.  Lambaian katil kuat menggoncang iman lagi pula jarum jam telah menunjuk ke angka dua.  Lagi pula gambar-gambar harus disunting dahulu sebelum dilekatkan bagi tatapan umum.  Insyallah jika kesempatan esok pasti akan mengambil sedikit peluang untuk bersambung.  Kepada yang sedia menanti, terima kasih yang tidak terhingga.  Doakan supaya saya diberi kesihatan yang baik dan berjaya melaksanakan apa yang dihajati...



nota:  Masa untuk berehat...

::Mixed Sunday::

From beginning of the day, my emotion was so unstable.  Sudden wake up than heard some bad news, both thing made my day hair-wired.  Abang was upset too so I guess both of us were having such a shaking emotional situation.   At first I try to hold and divert my emotional feeling by cheering up myself at home.  Yes, home is the best place for us to stay calm.

Out of no where we falls into argument than a big fight.  What we are fighting for it dosen't matter in here.  Let me kept it as a secret but it getting serious within an hours.  As usual I keep on crying, not because I'm sad but I'm totally mad.  Quite funny I pour my tears  for something ridiculous.  Well, not every day we bump into this situation in fact our last fight maybe in last year or last two years.  Any relationship will sounds awkward if no fight at all because for me that is the only way we can know better our partner whom soon to become somebody in our life.  It's also a way for any couple to tighten up their bonding (based on my own experience) so do not scared to fight with your partner.

Being a couple for more than 10 years, there's a lot of drama between us.  First year almost everyday we were fighting.  Small matters turn into such a big disasters.  There's also a time feel wanna give up on our relationship.  I may be look like a decent person but when become into relationship I became such a cruel person and not having noble heart at all.  Everything must go according as per order or else my blood will automatically raise up.  On the other hand in real life he's such an anger person and very outspoken  but when come into our relationship he's the most cool person.  All the time when I'm in a big fire, he will just keep silent and keep on continuously console myself.  When time pass by, we change and become more matured person not for ourself but also being portray in our relationship.


So when we had a big fight it actually make me upset cause we haven't fight for sometime.  I nearly canceled to join him for his nephew birthday party due to my miserable face.  I just can't pretend there is nothing going on between us but he hasn't change, just like those days.  He did not getting angry neither blown up and he keep on seek an apologies from me although I knew not all was his fault.  Finally everything back to normal but it still made my mood up side down.  

Maybe its not one of 'Happy Sunday' for me but I am totally happy when he never change in certain part and again I am no an angel so I had some negativity point towards our relationship although we have been together for some time.  Try to improve for our own benefit.  I re-join him for the birthday party but seriously I'm having headache all day long.  Maybe I cry a lot so it affected my head.  Truly from my heart, I love him and hope this will never turn up again next time.
note:  Never say sorry to him although I done bad thing sometime.  What a terrible person I am :(

Sunday, December 5, 2010

::Coretan Singkat::

Sesuatu sedang diusahakan, moga ianya mendapat keizinan dari Allah SWT dan jika benar ianya adalah rezeki.  Moga Allah mempermudahkan rezeki kami semua.  Tidak sabar menantikan jawapan yang mendebarkan.  Segalanya adalah pertolongan dariNya.  Melalui 2010 dengan penuh pancaroba dan berharap ianya akan berakhir kelak.  Berharap sesuatu yang baik pada penghujung 2010 ini bagi melakar kenangan manis.  Dengan rendah hati Ya Allah, Kau kabulkanlah permintaan hamba-hambamu yang hina ini...Amin 



nota:  Penatkan menanti satu jawapan yang tidak pasti...

::Langkawi 3::

Keesokkan harinya kami semua bangun seawal 6.30 pagi.  Tidur yang lena membantu kesegaran kami sepanjang hari kerana banyak aktiviti yang telah disusun.  Walaupun bangun awal tetapi kami keluar dari sangkar lebih kurang jam 9.00 pagi.  Aktiviti kami pada hari tersebut bakal disertai oleh seorang lagi kawan mereka, Abang Pejai sekeluarga.  Dia yang telah berada di Langkawi sejak hari Rabu lagi sibuk bertanyakan ketibaan kami.  Dari 9 orang, kumpulan kami menjadi bertambah besar dengan penyertaan Abang Pejai dan keluarga. 

Jika semalam, Husin yang memandu tetapi kali ini Abang pula mengambil giliran dan saya diarah menjadi pembaca peta.  Memang benar kami berdua pernah menjejakkan kaki ke Langkawi tetapi ianya lebih enam tahun yang lalu.  Pasti banyak perubahan telah berlaku di Langkawi.  Sebagai jalan selamat, kami menggunakan khidmat peta.  Banyak yang telah berubah dan sistem trafik di Langkawi juga semakin baik.  Entah kenapa kali ini saya agak kekok menggunakan peta yang ada.  Perancangan destinasi pertama adalah ke Gunung Mat Chincang untuk menaiki kereta kabel tetapi kerana kelemahan saya membaca peta dan juga perut masing-masing minta diisi kami telah berhenti di Padang Mat Sirat bagi tujuan bersarapan.  Terlanjur berada di Padang Mat Sirat kami terus sahaja bersinggahan di kawasan Beras Terbakar.

Sedikit info mengenai Beras Terbakar, kawasan tersebut merupakan tempat di mana penduduk Langkawi diarah menyorokkan padi dan membakarnya bagi mengelakkan pihak Siam merampas bekalan makanan yang ada di mana pada ketika itu Langkawi dilihat akan kalah dalam peperangan tersebutDahulu seingat saya kita boleh mencari beras terbakar tersebut tetapi kini kawasan tersebut telah berpagar dan menjadi kawasan hak persendirian.  Sebelum sampai ke kawasan tersebut, akan melalui pasar yang menjual  pelbagai cenderamata dan pakaian untuk semua golongan.  Di Langkawi sudah pasti Minyak Gamat dan Kain Batik yang bakal mencuri tumpuan para pengunjung.   Hampir setiap gerai menjual minyak gamat dan kain batik.  Setelah puas bergambar di Beras Terbakar kami mula mengatur langkah ke destinasi seterusnya tetapi mereka sempat singgah mencuci mata dan membeli sedikit barangan di gerai-gerai tersebut.  Antara gambar-gambar yang bakal saya kongsi:
     Inilah rumah di mana mereka mengatakan Tuan Rumah tersebut adalah pemilik kawasan Beras Terbakar.  Pasti pemilikan melalui warisan nenek moyang

Tapak kawasan Beras Terbakar yang telah dipagar.  Mungkin tidak mahu lagi orang ramai sibuk mencari beras terbakar tersebut.
Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk tapak Beras Terbakar

 Sang Jejaka mengambil kesempatan bergambar bersama.  Turut serta Abang Pejai dan bapanya.  Di dalam kotak kaca itulah antara beras terbakar yang dijumpai diletakkan bagi tatapan umum

Mencuci mata sambil membeli belah secara ringan bagi mereka semua tetapi tidak bagi saya dan Abang kerana kami telah puas memborong pada kali pertama kami ke sana, tahun 2004

 Sementara menantikan mereka semua selesai membeli barangan, kami bergedik di padang letak kereta.  Banyak sebenarnya gambar kami tetapi cukuplah dengan sekeping ini :)

Dari Padang Mat Sirat kami mengatur perjalanan ke Gunung Mat Chincang dengan melalui  kawasan Harbour Park.  Harbour Park adalah tempat berlabuhnya kapal-kapal layar dari perairan antarabangsa.  Sayang tiada gambar untuk dikongsi bersama kerana kawasan tersebut amat menarik penglihatan seolah berada di luar negara.   Dahulu berhampiran Harbour Park ada binaan istana penggambaran Anna and The King.   Jika ingin mengetahui bagaimana binaan tersebut, silalah menonton kembali filem Anna and The King yang membuat penggambaran di Malaysia di mana Istana Raja Siam itulah binaan di atas tapak tersebut. Sayang ianya telah dimusnahkan bagi mendirikan hotel bertaraf tinggi.  Hairan juga kerana bukankah ianya satu tarikan pelancong tetapi dimusnahkan.  Kami bersiar-siar menggunakan kenderaan di kawasan tersebut dan menyusun perjalanan ke destinasi seterusnya seperti yang dirancang.





nota:  Mengantuk pula, makanya dengan ini akan bersambung lagi.... 









Saturday, December 4, 2010

::Langkawi 2::

Setelah melalui episod yang merisaukan juga semalam, Alhamdulillah kini segalanya kembali pulih.  Makanya amatlah bersesuai jika saya menyambung entri yang terhenti seketika.  

Di penghujung entri yang lepas, saya ada menyatakan yang saya menanggung kesakitan yang amat sangat akibat tekanan udara tinggi.  Selamat mendarat lebih kurang jam 6.00 petang, tetapi tekanan di dalam telinga langsung tidak berkurangan malahan sakit yang amat sangat.  Mencucuk keseluruh bahagian telinga, muka, kepala dan mata.  Meleleh juga airmata buat seketika dek menahan kesakitan.  Bunyian disekeliling juga gagal saya amati.  Sepanjang berjalan ke arah bahagian dalam lapangan terbang, dada tidak putus bertawakal janganlah sakit berpanjangan.

Masih sempat lagi bergambar sebaik mendarat di bumi Langkawi walaupun sebenarnya tidak tertanggung rasa sakit.  Abang terpaksa menjijit beg yang ada berseorangan

Tiba sahaja ke dalam perut lapangan terbang kami bersedia menanti bagasi kami didaftar keluar.  Di sinilah insiden yang kurang senang bagi saya timbul.  Saya bukanlah seorang yang cepat naik angin atau dalam erti kata lain, saya seorang yang terlalu cool  dan ini amatlah tidak menyenangkan hati orang dikeliling saya.  "Jangan terlalu baik", itulah yang sering dilontarkan buat saya cumanya saya tidak pandai untuk naik angin secara serta merta.  Mungkin kerana itu jugalah saya dipertemukan dengan seorang kekasih yang kadar kemarahannya tidak boleh dijangka walaupun dia akan naik angin pada sebab yang tertentu.  

Berbalik kepada insiden tersebut, ceritanya begini.  Kami semua tekun memerhatikan beg masing-masing.  Tiba-tiba keluar sebuah beg seperti kepunyaan saya tetapi apa yang mencurigakan beg tersebut tidak mempunyai kunci mangga.  Kunci yang saya gunakan agak besar juga dan rasanya susah untuk patah sekiranya pekerja bagasi membaling-baling beg tersebut.  Teragak-agak juga adakah beg tersebut milik saya, tetapi dari bentuk rupa ianya memang beg saya.  Lantas saya mengambil beg tersebut dan mula membuat pemeriksaan dan mengadu pada Abang yang kunci pada beg hilang serta pelekat keselamatan yang dilekat pada zip beg seolah ditoreh.  Mengikut pekerja yang membuat daftar masuk di LCCT, beg akan selamat sekiranya ada pelekat keselamatan kerana kita boleh mengetahui pasti ada yang membuka beg tersebut sekiranya pelekat terusik.  Apalagi, mengamuk sakanlah dia dan melulu memarahi pekerja yang sedang mengeluarkan bagasi-bagasi tersebut.  Saya menegah memandangkan ramai yang memerhati, malu pun ada tetapi menurut Abang siapa yang patut dipertanggungjawabkan.

Dek kerana Abang mula naik angin, saya memeriksa sambil lalu sahaja isi kandung beg tersebut dan menafikan ada yang hilang walaupun ada sebenarnya.  Sampai hari ini tiada siapa diantara kami yang tahu kerana saya tidak mahu bising-bising, lagi pula barang tersebut tidaklah berharga manapun.  Pada pandangan saya, pekerja di lapangan terbang Langkawi tidak mengetahui apa pun kerana mereka hanya menerima beg-beg tersebut.  Yang perlu dipersalahkan adalah pihak penerbangan dari LCCT.  Terpinga-pinga pekerja tersebut bila disembur.  Tidak puas hati dengan membuat bising kepada pekerja di situ, Abang pergi lagi membuat bising pada pegawai kastam dan juga polis.  Jenuh saya menegahnya berbuat demikian.  Rakan-rakan yang lain hanya mampu memandang dan membantu menenangkan keadaan.  Alhamdulillah, suhu dingin Langkawi pada waktu tersebut cepat menyejukkan hatinya yang panas.  Bila kami kenang kembali, semua ketawa terburai.  Belum pun seharian, macam-macam perkara telah terjadi.  Proses penyesuaian buat kami semua sebenarnya.  Tetapi keadaan telinga saya tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih
    Antara gambar yang sempat kami rakam sewaktu tiba di Lapangan Terbang Langkawi.  Walau dirundung sedikit masalah ianya tidak mencacatkan keceriaan kami semua.

Keluar sahaja dari ruang legar lapangan terbang, kenderaan yang kami sewa sedia menanti.  Kami menyewa MPV Innova, Toyata dengan kadar sewa RM150 sehari dan kami menyewa selama tiga hari=RM450.  Pemilihan yang tepat kerana kami ramai dan urusan tempahan dibuat oleh Husin sendiri.  Kami menginap di TM Resort  Apartment yang berkedudukan berhampiran Awana Porto Malai.  Perjalanan dari lapangan terbang ke apartment tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit.  Husin merupakan pekerja Telekom dan kerana itu kadar sewa apartment tersebut amatlah murah.  Alhamduillah rezeki kami semua.  Apartment dua bilik yang kami kongsi bersama Ejump sekeluarga hanya berharga RM285 untuk 4 hari 3 malam.  Berbaloi bukan harganya.  Resort tersebut juga dibuka untuk orang awam tetapi tidak pasti berapa pula kadar sewanya.  Sayangnya tidak seorang dari kami pun yang ada mengambil gambar di resort tersebut.
  Berurusan dengan tuan empunya kereta sebelum kami meninggalkan lapangan terbang menuju ke tempat penginapan kami semua.  Di belakang itulah kenderaan yang kami sewa.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam apartment, keletihan mula dirasai oleh kami semua.  Lalu kami tidak bercadang untuk ke mana-mana selain keluar untuk makan malam dan membeli sedikit kudapan sepanjang berada di sana.  Melabuhkan sahaja badan ke katil nan empuk, begitu terasa kepenatan seharian.  Bayangkanlah dari jam 11 pagi sehingga jam 7 malam barulah betul-betul berehat.  Telinga yang mencucuk sakit berkurangan sedikit tetapi belum sepenuhnya.  Saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata buat seketika dengan harapan kesakitan akan pulih sepenuhnya.

Selepas solat Isyak kami semua keluar untuk mengisi perut yang mula berkeroncong.  Sebelum itu kami sempat berhenti ke sebuah pasaraya bagi membeli barangan yang kebanyakkannya adalah makanan ringan untuk menampung perut kami yang mudah berasa lapar.  Lagi pula Ejump dan Husin mempunyai anak kecil, pasti mereka memerlukan tambahan makanan sewaktu berjalan-jalan.  Meriah juga kami membeli, seolah hendak duduk di sana lebih dari dua minggu gayanya.  Walaupun saya hanya memperuntukkan sejumlah kecil sahaja bagi makanan ringan ianya tetap banyak kerana barangan di sana agak murah.
  Lihatlah betapa ralitnya mereka-mereka ini membeli belah sehinggakan gambar diambil pun mereka tidak menyedarinya

Sewaktu menanti mereka habis membeli belah saya terperasankan kedai yang di belakang saya itu.  Kelakar juga kerana jika di Kuala Lumpur selalunya doktor gigi yang akan membuat gigi palsu, tetapi di Langkawi tidak perlu berjumpa dengan doktor gigi.  Cari sahaja tukang gigi palsu yang boleh menyediakan gigi palsu..he..he..he...Comelkan!!!

Kami menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut.  Tiada sebarang gambar yang boleh dikongsi kerana kami semua agak keletihan dan kelaparan.  Sampai sahaja makanan semuanya macam pirana.  Ingin segera makan dan ingin segera pulang.  Apa pun makan malam kami sememangnya lazat dan murah.  Bayangkan semua jenis makanan laut ada dan dihidangkan dalam bahagian yang agak besar kerana kami ramai hanya RM120 sahaja yang dikenakan.  Alhamdulillah sekali lagi kami bernasib baik.  Jika di Kuala Lumpur ataupun mana-mana restoran makanan laut yang terkenal jumlah yang dikenakan menghampiri RM250.  Jauh beza bukan.  Waktu ini juga telinga saya beransur pulih.  Syukur sangat-sangat.

Kami pulang ke tempat penginapan lebih kurang jam 11 malam.  Sampai di bilik, kami berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.  Hampir jam 1 pagi jugalah baru kami semua melelapkan mata dan masing-masing tidur dalam kepenatan.  Esok hari baru yang bakal menanti kami dengan aktiviti yang padat.  Kalau berjalan tetapi hanya menghabiskan masa di dalam bilik penginapan sahaja tidak guna bukan??!!




nota:  Kita bersambung di lain siaran :)