Followers

Tuesday, December 7, 2010

::Selamat Tahun Baru::

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menghirup udara alam maya ini meskipun telah melangkah ke tahun baru.  Bertambahnya usia dunia, bertambah jugalah usia diri ini.  Hari ini umat Islam sedunia meraikan tahun penghijrahan yang ke 1432.  Dalam mengukuhkan keimanan dan ketakwaan di harap kita semua mendapat iktibar dan keinsafan dari penghijrahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.  Ingatlah, tanpa penghijrahan yang di lakukan oleh Baginda sudah pasti umat Islam kini tidak menikmati segala apa yang kita peroleh sekarang ini.  

Di kesempatan ini saya mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432  buat pembaca ruangan ini yang beragama Islam.  Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah akan terus memberkati sepanjang perjalanan kita di tahun yang baru ini.  Tutup buku lama dan mulailah buku baru dengan semangat hijrah.  
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajjirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah itu Pengorbanan 
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Masa

Lirik lagu Maal Hijrah yang sering dilagukan setiap kali menyambut Maal Hijrah, malahan sewaktu bersekolah dahulu kerap juga menyanyikannya jika ada pertandingan nasyid sempena sambutan Maal Hijrah.  Betulkan saya jika ada kesilapan di dalam lirik tersebut.  Tidak pasti siapakah gerangan pencipta lagu ini tetapi apa yang pasti lagu ini sememangnya melekat di dalam kepala kita.

Gambar Logo ini diambil dari Yahoo Image


nota:  SALAM MAAL HIJRAH 1432!!!

No comments :

Post a Comment