Followers

Sunday, November 10, 2013

::Tragedi Port Dickson::

Hujung bulan lepas join trip ke Port Dickson.  Trip ni sebenarnya anjuran geng kerja Abang and mostly dah berkeluarga tapi seronok sangat sebab semua jenis sempoi walaupun anak dah berderet.

Sebenarnya hampir tak jadi nak pergi atas sebab-sebab tertentu.  Jodoh untuk kenal kawan-kawan baru barangkali, dapat juga turut serta.  Lagi pun bayaran semua dah buat terlebih awal.

Dalam 2-3 bulan ni asyik berulang ke Port Dickson.  Terukkan, cerita-cerita sebelum pun tak kongsi lagi.  Tak apalah, ada rezeki nanti share di sini.

Menginap di Paradise Lagoon Apartment.  Kali kedua duduk sini.  Apartment biasa-biasa sahaja.  Tapi sebab nak buat BBQ mudah pilih situ.  Kalau kata betul-betul nak rehat, memang Paradise Lagoon ni takkan jadi pilihan.

Sebelum daftar masuk apartment, isi perut dahulu.  Masing-masing dari pagi perut kosong, bila sampai semua terus serbu


Bila tengok gambar ni, rasa panjangnya rambut!  Dah nak kena potong balik ni, walhal baru rasanya dipendekkan



Sampai apartment, bising mulut Buah Hati ajak berenang.  Sejak pandai berenang hati menggeletek nak berendam.  Kena cari rumah ada kolam renang nampak gayanya


Lamanya tak berenang!  Sejak sakit, tak berani nak berenang tapi sesekali dapat berenang rasa seronok sangat.  Cita-cita nak jadi diver masih tersemat di dalam hati, tak tahu berkesempatan melakukannya ke tidak


Berani betul berendam seorang diri.  Saya tak larat, sebab matahari sedang terik memancar.  Air dalam kolam tu pun rasa suam


   Dengan Buah Hati yang semakin membesar.  How I missed those days, waktu dia masih diulit oleh semua ahli keluarga dengan keletah mencuit hati


Petang sikit mereka pula terjun ke dalam kolam.  Sampai ke Maghrib baru semua pakat keluar



Bila dah ramai terjun ke kolam, saya tarik diri sambil keringkan badan di tepian.  Nasib baik suit ni masih boleh sarung, ingatkan dah tak muat sebab gemuk.  Sekarang dah banyak jual baju mandi Muslimah, nak cari satu set.  Dah tak sesuai nak sarung bikini, nanti ada yang terbeliak mata..hehehe...



 Malam menjelang, apa lagi?  Makan time.  Berusaha gigih mereka semua membakar.  Banyak sungguh makanan, sampai berlebih-lebih



We are lady boss.  Tunggu sahaja makanan dihidangkan, terus ngap!  Sambil menanti berborak sesama sendiri dan melayan gelagat anak-anak kecil



 Nasib jurukamera.  Barulah ada sekeping gambar dia.  Selebihnya gambar orang lain


Muka kekenyangan dan keletihan.  Kalau bentang tilam dalam kegelapan pun boleh lena diulit mimpi



Antara menu yang menunggu giliran untuk dibakar.  Sampai keesokkan hari masih lagi santap lauk BBQ.  Orang ramai tapi itulah, angin laut dah mengenyangkan perut barangkali


Selesai program BBQ hampir 1 pagi juga.  Kononnya nak memancing, tapi semua dah tak larat, nasib baik sungguh Si Umpan.  Pulang ke laut semula tanpa sebarang kecederaan.

Esoknya mandi-manda di Teluk Kemang.  Disebabkan sebelum trip ni dah ada mandi laut, nafsu nak berendam tak berapa membuak.  Malas nak basahkan baju sebenarnya.

Ucap selamat tinggal Port Dickson lebih kurang jam 2 petang setelah selesai makan tengahari dan waktu itu jugalah tragedi Port Dickson kami berlaku.

Secara tiba-tiba kereta dipandu mati.  Nasib baik Abang yang bawa, kalau saya mesti panik dan melelong di tengah jalan raya.

Pihak PLUS tunda kereta sehingga tol berhampiran, Tol Lukut kemudian kena cari jalan macamana nak repair kereta.

Telefon sana, telefon sini semuanya tak dapat membantu.  Nasib baik pihak PLUS ada contact mekanik yang mereka sering berurusan.  Dapat juga mekanik tu sampai.

Tapi dia berada di luar kawasan, paling cepat jam 6 petang baru boleh sampai.  Tiada pilihan kena juga tunggu.  Dekat tiga jam tersangkut tepi tol Lukut.

Dengan hujan lebat mencurah, jalan sunyi.  Risau betul kalau ada yang mahu ambil kesempatan.  Meski bukan berseorangan, orang nak buat jahat bukan kira berapa ramai pun.

Nak lelap mata tak senang langsung.  Sekejap-sekejap terjaga ditambah dengan perut yang lapar.  Waktu orang makan tengahari tadi tak nak makan sebab masih lagi kenyang sarapan pagi.  

Bila stranded, perut pula mengalun irama rock klasik.  Sedihnya rasa waktu tu.  Macam-macam perkara terlintas difikiran.

At last sampai juga Abang Joe tu dalam pukul 6.15 petang.  Dalam hujan-hujan gigih dia membaiki kerosakkan.  Dalam hati berdoa supaya semuanya akan selesai.

Malangnya bila dah tukuar apa yang patut, kereta masih gagal dihidupkan.  What choice that we have?  Tunda ke KL jawabnya.

Kenapalah selama hampir 3 jam stranded di tepi highway tak terfikir nak cari towing?  Walhal kalau kami tunda balik kos jauh lebih murah :(  

Sebabnya Insuran ETIQA menawarkan perkhidmatan tunda kereta 50km pertama secara percuma.  Setiap kilometer selepas itu akan dikenakan RM3 bagi 1km.  Kos tarik ke KL lebih kurang RM150++ termasuk tol.  Murahkan?!

Dah nama tak ada rezeki nak jimat duit.  Sampai KL, mekanik biasa periksa sakit lain pula.  Lagi duit mengalir keluar.  Sabar jelah!  1k lebih duit diperuntukkan membayar Tragedi Port Dickson ni.

Menangis saya mengenangkan nilai tersebut.  Yalah, sudahlah banyak hal berlaku secara bertimpa-timpa, duit pula langsung tak boleh nak jimat.  Hanya Allah tahu segala rahsia disebalik kesulitan.

Redha dengan kejadian.  Rasa jeran nak ke Port Dickson lagi.  Tunggulah lagi setahun dua baru ke sana semula.  Yang penting kami selamat sampai rumah, syukur Alhamdulillah.

 Pihak PLUS sedang memeriksa kerosakkan



Akhirnya khidmat Towing juga digunakan.  Pengalaman pertama naik lori tunda.  Towing sekarang dah canggih, tak pakai jenis tarik-tarik.  Ini jenis kereta terus naik atas lori.  Syarikat insuran lain ada Towing Service juga ke?





 nota:  macam-macam hal..

1 comment :

  1. Salam tuan tanah tumpang iklan....

    Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson (seaview) utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi@call@whatsapp sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

    100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..

    ReplyDelete