Followers

Wednesday, September 12, 2012

::Kembali Berbicara::

As-salam, serasa lama tak berbicara.  Manakan tidak, sibuk menyiapkan tempahan popiah ditambah pula berhadapan masalah internet.  
 
Hampir 4 hari juga mengalami gangguan, mujur pihak TMnet segera bertindak.  Semua dalam rumah mati kutu tak boleh buat apa-apa.
 
Alhamdulillah, hari ini boleh berlayaran semula.  Meski masa terhad tetap curi sedikit masa menziarah rakan-rakan blog yang digemari sementelah diri sendiri belum punya ceritera terkini.
 
Suhu luar begitu dingin sekali.  Kebiasaanya, dalam keadaan sebegini bisa mengundang kuapan berselang-seli.  Malangnya mata saya segar-bugar seolah malam adalah siang.
 
Bercakap hal cuaca, amatlah sukar untuk menebak samada cuaca akan panas ataupun sebaliknya.  Jika dahulu, ada bulan-bulan tertentu kita akan mengalami musim panas berpanjangan.  Kemudian akan hadir pula musim tengkujuh.
 
Tetapi hari ini, bila-bila sahaja hujan akan turun melebat.  Di hari lain, panas terik pasti menyengit.  Tiada lagi giliran musim secara teratur.
 
Kacau-bilau benar bumi sekarang ini.  Putaran biasa menjadi luar biasa dan kerana itu bencana alam mudah berlaku sekelip mata.  Bukan di Malaysia sahaja tetapi juga seluruh dunia.
 
Inilah petanda bahawa Allah merancang dan melaksanakan segalanya.  Setiap ramalan manusia tidak semesti akan tetap.  Bacaan putaran alam bisa berubah bila-bila sahaja.
 
Kenapa ia berlaku juga adalah rahsia dari Maha Pencipta.  Mungkin menurunkan amaran buat penghuni alam, mungkin sedang merancang sesuatu di luar jangkaan.  
 
Sebagai hambaNya, terus bertawakkal dan memohon semoga berada di dalam lingkungan hamba yang disayangi.  Redha dengan segala ketentuan ditetapkan.
 
Kita tinggalkan bicara cuaca.  Biar apa pun berlaku, mentari akan setia menyinari, hujan tetap utuh membasahi bumi.  Putaran siang malam tetap berada di paksi.  
 
Hanya kita belum tahu samada bakal girang tatkala hujan meruntun atau berduka pabila suria tersenyum berseri. 

Oh ya, UPSR sedang berlangsungkan?  Moga Allah sentiasa merahmati anak-anak yang bertungkus-lumus membuktikan mereka mampu berjaya.  Ini permulaan bagi masa hadapan.  

Terkenang pula sewaktu menduduki UPSR 20 tahun lampau.  Walau sedikit samar di kotak fikiran, masih ada kenangan yang jelas tergambar.  
 
Betapa berusahanya saya mahu menggondol gred 'A' lantaran tidak mahu ketinggalan di belakang.  Risau bakal tersisih jika keputusan kurang memuaskan.

Ketika itu saya berada di kelas super-super pandai.  Bayangkan, dalam kelas tersebut mempunyai bilangan murid lebih kurang 40 orang.
 
Bila peperiksaan peringkat sekolah, dari keseluruhan darjah 6 iaitu lebih kurang 5-6 kelas, saya menduduki ditangga 24 atau 25 (dah tak ingat) secara keseluruhan.  
 
Ini bermakna dari nombor 1 sehinggalah ke angka 40 di dalam aliran, semuanya datang dari kelas saya.  Kedudukan ke 41 barulah dari murid di kelas lain.  
 
Perbezaan markah antara satu sama lain, lebih kurang 1-5 markah.  Hebat bukan!  Rakan-rakan di atas saya semuanya pandai belaka.
 
Malangnya bila UPSR, saya gagal bersaing bersama rakan-rakan cemerlang.  Kebanyakkan mereka berjaya mendapat 4A, saya hanya berjaya dengan 3A 1B.
 
Menangis tak henti-henti melihatkan papan kenyataan bertampal keputusan.  Secara keseluruhan, saya antara terkebawah di dalam kelas.  Mengasingkan diri seketika dari teman-teman yang berjaya.
 
Tetapi rakan taulan pandai memujuk.  Walau hati hiba, kenyataan harus diterima.  Guru-guru turut memberi sokongan dengan mengatakan itu hanya permulaan.  Lagi pula bukan teruk mana keputusan di tangan.
 
Namun, kerana keputusan kurang cemerlang itulah saya gagal menempatkan diri di sekolah setaraf dengan rakan-rakan lain.  Hiba melihat teman seperjuang melangkah ke sekolah menengah bersama-sama dan saya tercampak ke sekolah berbeza.
 
Hari ini saya mengerti mengapa Allah SWT menetapkan sebegitu.  Saya menjalani kehidupan remaja bersama teman-teman baru dan mengutip pengalaman berharga di peringkat menengah.
 
Ya, kenangan terindah yang sukar untuk saya padamkan dari kotak memori.  Andai bisa diulangi semula pasti saya memilih kembali ke zaman persekolah menengah.  
 
Suatu tempoh cukup mendewasa dan mematangkan diri.  Di sana saya menjadi seperti apa hari ini.  Syukur atas segalanya.  Jika punya peluang pasti akan saya kongsikan di sini :)  

Okaylah, cukup sampai di sini dahulu.  Secara tiba-tiba saya tersenyum sendirian mengenang masa lampau.  Semakin jauh saya meninggalkan masa itu. 
 
Apa pun, saya mendoakan calon-calon UPSR berjaya menghadapi tekanan soalan dengan tenang.  Berjuanglah sehingga puas, seandai  gagal mencapai penanda aras anda akan berpuas hati kerana telah memberikan yang terbaik.

Insyaallah, akan bertemu di entri seterusnya.  Bila?  Tak Tahu!!





nota:  sukarnya melelapkan mata...
 
   
 
 


 
 
 
 

Thursday, September 6, 2012

::No More Bibik::

By end of this week, there will no more Bibik.  After serving for more than 7 years, our maid insist to return.  GM plan not to hire any new Bibik at this moment.

One of the reason, we lack of information on how to get new person.  Our current maid was arranged by someone from our old office and its been ages we haven't deal with this matter.

Afterall, not that easy to have maid according to our desire.  We do have bad experiences with Indonesian maids so we need to be more careful to welcome  an outsider.  Plus there is 3 most valuable assets in the house.

Maid's story is never ending story.  I think we already had more than 10 maid, including the current.  Each person has their own story.  Alhamdulillah, the last one is acceptable but its time already.  Afterall her age are not suitable anymore to work.

Second reason because of this $$$ matter.  Most of my friend told that nowadays we need to prepare budget around RM3k to RM7k in order to get maid, either legal or not.  Expensive huh!!

With the budget still there is no guarantee if something happen to the maid such as run away, missing in action, etc.  Very risky right?

GM add more, that we are adult enough to take care our ownself and family.  So try not to depend on maid.  If we haven't start now, than it will be forever depending on helper.  

So, say bye bye to our Bibik and welcome to the Bibikless world.  I can't imagine how it gonna be, but we have to go through.  My worry goes to GM, is she capable to handle house core together with 3 lil munchkin?

Many said, at first everything will go up side down since we already get used with maid .  Later, all will go smoothly than its time to think twice, maid is necessary or not.

Just wait and see, either we able to pass through without any extra helper?  Now, its time to search for cleaning services.  Anyone have contact number or info, kindly let me know yea.  

With this semi-detached house, at least GM need someone to clean up those difficult areas twice a month.  By this time, I am so eager to operate my own laundry service..ngeh..ngeh..ngeh...





note:  nothing easy in this world...

    

::Selamat Hari Jadi Kamal Amirul Al-Fyrash::

Jika entri sebelum ini kisahnya berlaku dalam bulan 5, entri kali ini saya bawa ke awal tahun 2012 semula sempena hari lahir permata ketiga, Kamal Amirul Al-Fyrash a.k.a. Manje

Anak keletah ini lahir pada 28 Januari 2011.  Beza dua hari dari saya :)  Senangkan nak ingat, Buah Hati beza satu hari dengan Ninie, Manje pula dengan saya.  Pandai Mama & Papa mereka planning.

Memandangkan ini sambutan pertama kali sudah semestinya di rumah kami.  Sambutan harijadi pun ada giliran okay.  Macho Man mahukan jamuan sederhana sahaja.  Yalah, baru berusia setahun.

Jemputan di kalangan saudara dan teman terdekat.  Saya tak panjangkan jemputan pada ramai orang pun.  Kenapa?  Seperti biasa, malas bermaharajalela.  

Eh, tiba-tiba saya rasa macam entri harijadi ini pernah dibuat!  Kejap buat semakan sebentar.  Hmm..macam tak ada pula.  Tak apalah, kalau benar ada kira halal sahaja.

Alhamdulillah majlis berjalan seperti dirancang walau tidak segah mana. Manje Yash pun gembira.  Terima kasih kepada para tetamu dan penyumbang hadiah.  

Semoga Allah sentiasa merahmati anak kecil ini dan dipelihara dari segala segi.  Harap membesar dengan sihat dan kelak menjadi manusia berguna.  Hari ini Manje Yash sudah menginjak ke usia 1 tahun 7 bulan dan semakin keletah gelagatnya.

Kek harijadi ditempah khusus buat Manje Yash


Dekorasi oleh Siti Cutie bagi memeriahkan suasana


One happy family at home


Dua beradik yang bisa mengundang kekecohan bila-bila masa sahaja.  Manje Yash dan Cayang Ejiki


Penuh satu keluarga, kenangan terindah


Eh, kek siapa pula ni?


Owh, untuk saya!  he..he..he..yalah, keluarga belum raikan saya lagi.  Tima kacih!!


Meriah bergambar!



Anak-anak yang sentiasa teruja melihat kek dan nyalaan lilin


Antara hadiah diperoleh.  Terima kasih semua yang sudi menghulur seikhlas hati


Sesi terjah hadiah mana yang ada.  Orang sekeliling lebih teruja dari tuan badan


Tersandar keletihan usai majlis.  Abang orang kuat saya, syukur dia sudi menghulur tenaga



 

nota:  keluarga anugerah paling berharga...

::Cerita Lama - Farah Bertunang::

Kepala pusing, tak tahu nak buat apa.  Ke sana ke mari tanpa arah, dalam dunia maya inilah.  Macam orang bingung pun ada!

Belek hardisc tengok ada tak gambar menarik untuk kongsi di sini.  Gambar-gambar raya semuanya belum lengkap lagi, tunggu sahaja nanti.  Ada juga gambar untuk bercerita.

Agak lama juga peristiwa berlangsung dalam bulan 5 macam tu.  Kakak Siti Cutie, Farah melangsungkan majlis pertunangan sekali harung kenduri doa selamat setelah terselamat dari bencana alam.

Abang pula ditugaskan menjadi photographer tak bertauliah bagi mengabadikan kenangan indah.  Saya seperti biasa, hadir sekeluarga bagi memeriahkan majlis disamping menemankan Mimie The Diva bekerja.

Segala berjalan lancar walaupun hari itu Sitie Cutie masih ditahan di dalam wad dan Abang menunggu masa untuk dihantar ke hospital.  Itu nanti saya ceritakan di lain kali pula.

Tak banyak untuk dikisahkan, jamu mata dengan gambar yang ada sahaja.  Jadilah, dari tak ada langsung.  Boleh juga buat kenangan.

 Bergambar bersama tunangan orang, Farah kakak kepada Siti Cutie a.k.a Adik Ipar ku.  Ramai kata muka kami sama, puas dibelek tak nampak pun.  Sekali imbas kot!


Bersama tunang tersayang dan barang-barang hantaran, tak pasti pula apa nama tunangnya.  Di khabarkan bakal naik pelamin bulan 5 tahun hadapan, Insyaallah..


Rumah keluarga Siti Cutie kembali pulih dari bencana yang melanda.  Keluarga kedua belah pihak berkumpul bagi majlis pertunangan dan kenduri doa selamat.


Gigih Mimie menatarias Farah.  Sebelah kiri itulah bonda kesayangan Siti Cutie dan Farah


 Sesi menjamu perut setelah doa selamat dibacakan.  Menu semua dimasak sendiri sanak-saudara Siti Cutie


Tempat memasak, klik di sini bagi melihat keadaan ruang ini sewaktu banjir besar melanda


Kata keluarga, makan di dalam sahaja.  Sebenarnya tak mahu berasak-asak di luar


Jurugambar yang tidak sihat dan menanggung kesakitan amat sangat.  Kasihan!!!





nota:  buat baik bukan untuk diminta balasan...  
 

Tuesday, September 4, 2012

::Apa Salahnya Mencuba::

Boleh tahan panas malam ni!  Melekit-lekit badan, ada yang terjah bilik mandi juga akhirnya.  Tak apalah, sekali-sekala bukan selalu pun mandi malam.
 
Sudahlah sukar untuk melelapkan mata.  Pasti gara-gara "I'm Loving It" yang telah masuk ke dalam perut lebih kurang 1 jam lalu.  Kenyang sangat pun bukan senang nak tidur.
 
Hari ini berlalu tanpa apa-apa istimewa.  Melewati hari dengan penuh rasa kebosanan.  Bilalah segalanya akan berakhir?  Menanti dan terus menanti itu sangatlah menyeksakan.
 
Ditambah pula bila memikirkan masalah $$$ yang tidak berkesudahan.  Benarlah kata orang, banyak mana pun $$$ dapat tidak pernah akan cukup.  Nafsu manusia begitulah!  Takkan puas sampai bila-bila 
 
Inilah akibatnya bila kurang mensyukuri segala nikmat Allah turunkan selama ini.  Mod:  Muhasabah diri dan jangan menyalahi suratan takdir.  Harus berusaha supaya segalanya kembali pulih.

Kononnya mahu mula semula menggulung popiah, sekali tu hmmm.....Popiah ke mana saya ke mana.  Walau macamana pun, esok tetap kena buat.  Ada tempahan berkadar segera.  Tak boleh lengah lagi.
 
Sewaktu leka melayari internet, seorang rakan mengesyorkan untuk cuba sesuatu bagi menambahkan pendapatan.  Benar atau tidak Wallahualam, tetapi saya mencubanya juga.  
 
Nampak menarik dan seolah bakal memberikan hasil.  Lagi pula tiada modal dituntut, hanya kerajinan sahaja perlu.  Jika rakan-rakan berminat untuk mengetahui, boleh cuba klik di link ini:   http://www.fineptc.com/index.php?ref=maria_190998
 
Manalah tahu, jika benar rezeki namanya.  Jika laman web berhasrat untuk menipu, kita tidak rugi apa pun, barangkali adalah sedikit rugi masa.  Sekiranya anda dapati tidak benar jangan pula kongsikan denga saya pula.  Tak salah mencuba! 

Baru terperasan, 2-3 hari ni hujan belum lagi membasahi bumi ya?  Patutlah berbahang cuaca.  Allah Maha Mengetahuikan?  Diciptanya pasangan panas dan hujan semata mahu memenuhi kemahuan manusia.

Tak dapat dibayangkan seandainya hanya ada hujan sentiasa ataupun diberikan panas semata.  Apa bakal jadi pada kita?   Bersyukurlah ya dengan kurniaan panas mahupun hujan.  Itu semua rezeki bumi dari Allah SWT.
 
Berhenti di sini dahulu.  Sudah tidak keruan rasanya, memang harus menyejukkan badan.  Kalau tidak ada yang menggaru sahaja sepanjang malam.  Oh ya, esok mula berpuasa enam, Insyaallah.
 
Sudah terlalu lama bertangguh, tidak sabar mahu segera melaksanakan semetelah Syawal sudah masuk hari ke-17.  Masih punya berbaki lebih kurang 12 hari.  Sementara sihat, adalah lebih baik rebut peluang dan ganjaran ditawarkan.
 
Selamat Malam & Semoga dibuai mimpi indah!
 
 
 
 
nota:  ini namanya tak ada kerja cari kerja...
 
 


 
 

 
 
 

::Berterus Terang Adalah Lebih Baik::

Siapa tidak pernah menipu?  Siapa tidak pernah berdolak-dalih?  Jika ada sememangnya orang itu benar-benar zuhud.  Bukan mahu menunding jari siapa jahat siapa baik tetapi jika benar-benar ada, WOW!!

Tak perlu mengaku.  Kita tahu sendiri-sendiri, lagi pula entri ini bukan untuk mengumpul pengakuan.  Cuma saya sendiri terfikir, adakah manusia sebegitu jujur sehinggakan tidak pernah sekali pun berbohong?

Jangan bandingkan dengan para Rasul, Khalifah dan sebagainya.  Ini saya bercerita tentang kita-kita yang imannya senipis kulit bawang.  Sekali dilayang habis terbang melayang.

Berdasarkan pengalaman, menipu/berbohong dan seangkatan dengannya amatlah payah.  Sakit jiwa bila kita tidak dapat menyatakan kebenaran.  Seringkali terbelit dengan penipuan ciptaan sendiri.

Sesak dada bila memendam di dalam.  Andai berjaya melepaskannya ibarat bom jangka yang boleh meletus bila-bila masa.  Lagi lama disimpan lagi parah memakan diri.

Dari situ saya belajar memperbaiki diri.  Ya, BERTERUS TERANG adalah lebih baik walaupun kenyataan itu sakit dan perit.  Tak guna berselindung atau pun cuba untuk tidak jujur dengan keadaan kerana kelak segalanya akan terbongkar.

Tetapi ada masanya kita perlu untuk tidak bercakap benar demi memelihara suasana.  Senang cerita, tepuk dada tanya selera.  Jika tidak selesa untuk tidak berkata benar, just be yourself.

Honesty is A MUST in any relationship.  Tak kiralah berkawan ke berkasih ke, KEJUJURAN itu amatlah perlu.  Saya lebih rela mengetahui baik buruk dari lidah orang itu sendiri dari sampai ke telinga oleh orang lain.

Dari sinilah kita membina titian kepercayaan.  Bukan senang, silap langkah jambatan patah dan boleh menghanyutkan sesiapa yang meniti di atasnya.

Ada dari kita tidak dapat memaafkan bila sekali telah ditipu.  Sekali hilang kepercayaan, sampai kesudah akan sukar untuk meraih kembali.  

Perkara sebegini terpulang kepada budi bicara kita.  Tak salah memberi peluang kedua, cuma biarlah pemberi dan penerima ikhlas dan jujur dalam melafazkannya.

Ingat, Allah mengetahui segalanya.  Tidak wujud istilah bohong sunat dalam Islam.  Berbohong tetap hukumnya berbohong tetapi andai niat itu baik biar Maha Pencipta melaksanakan penilaian.

Pilihan ada di tangan masing-masing.  Isu sebegini nampak remeh, tetapi besar impaknya.  Jangan ambil mudah jika menginginkan sesuatu hubungan berkekalan lama.  Tanpa disedari, dek kerana tidak jujurlah banyak pertalian terputus begitu sahaja. 

Apa perlu lagi meneruskan persahabatan andai kita membohongi sahabat sendiri?  Apa perlu lagi berkasih-kasih jika tidak jujur sesama sendiri?  Apa guna lagi andai menipu darah daging sendiri?  Apa pula bakal terjadi jika putar-belit dengan majikan sendiri?

Setiap saat kita diberi peluang memperbaiki diri.  Segenap ruang wujud untuk kita menilai dan berusaha berubah ke arah lebih baik.  Sebagai manusia biasa tidak salah berusaha mencari kesempurnaan.

Entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi peringatan untuk diri sendiri.  Kadangkala, terlalu mengikut kata hati penuh bisikan syaitan.  Berselindung demi memuaskan diri.  Akhirnya mengundang padah!




nota:  susahkah untuk berterus-terang??





 

 

 

Monday, September 3, 2012

::Teman Pengganti::

Masih belum bersemangat untuk sambung kisah-kisah raya.  Hari ini buat pertama kali mendengar lagu dendangan Black & Malique bertajuk Teman Pengganti.

Bila hayati lirik lagu, sangat tersentuh.  Mulalah berdrama dengan meletakkan diri di dalam situasi dibayangkan, sekali berjurai airmata tanpa henti.

Kenapalah sejak akhir-akhir ini syahdu-syahdan berlebihan sangat?  Semakin sedar bahawa masa sudah tidak banyak berbaki lagi barangkali, yalah semakin tuakan.  Bila-bila sahaja bakal dijemput.

Mungkin suatu hari kelak saya harus mengirim pesanan buat mereka-mereka berkenaan untuk mencari TEMAN PENGGANTI.  Jika bukan untuk 'berjalan jauh' barangkali saya sudah tidak cocok dengan mereka-mereka itu.

Teringat pula dalam 2-3 bulan lepas, ada rakan-rakan beritahu penyanyi Malique sekarang ini tidak berapa sihat.  Ada mengatakan sakit serius.  Wallahualam!  

Tetapi bila mendengar lagu ini dan kaitkan dengan berita tersebut seolah mengiakan kondisi dia tidak berapa baik.  Berharap sangatlah ianya tidak benar.  Malique punya bakat unik.

Sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ini, saya letakkan di sini.  Ini pun ambil dari YouTube.  Rasanya belum ada klip video rasmi lagi.  Selami ya lirik lagunya, terutama bahagian Malique.


Lirik Teman Pengganti

*BLACK*
Ketawa Bersama
Menangis Bersama
Ku Bersumpah Harap Kita 
Mati Pun Bersama

*MALIQUE*
Semenjak Dua Menjak Ini
makin Kerap Ku Diganggu Visi
Bila Celik Juga Bila Mimpi
Aku Nampak Kau 
Tapi Bukan Aku Di Sisi
Dia Membelai Mu 
Dengan Izin Dengan Permisi
Sentuhan Katanya Semua Kau Iakan
Sentuhan Jari Kau Diamkan Dan Biarkan
Aku Redha Walau Tidak Aku Damba
Walau Hampa Semuanya Dah Dijangka

Beberapa Purnama Dulu Cinta Bertakhta
Kenangan Dibina Indah Belaka
Ketawa Bersama Menangis Bersama
Ku Bersumpah Harap Kita Mati Pun Bersama
Namun Hakikatnya Bukan Mudah
Aku Sembunyikan Gulana-Gundah
Segalanya Kan Berubah
Dengarkan Apa Yang Ku Mahu Luah

*BLACK*
Rahsia Ini Telah Aku Pendamkan
Tiba Masanya Segala-galanya Ku Ceritakan
Akukan Pergi Pergi Ku Tak akan Kembali
Tiba Masanya Kau Cari Teman Pengganti

*MALIQUE*
Dalam Dunia Yang Maya
Prejudis Dan Bias
Kita Tak Terlepas Dari Terkena Tempias
Rimas, Ditindas, Sembunyi Dalam Puisi Dan Kias
Tidak Kau Bidas, Tak Berpaling Walau Sekilas
Hanya Kau Yang Tahu Kodeks Ku Yang Kompleks
Dalam Disleksia Cuba Kekal Dalam Konteks
Bila Dunia Seolah Tak Memahami
Kau Sudi Selami, Dalami Dan Alami

Setia Mendengar Sentiasa Hadir
Ingat Setiap Ulangtahun, Setiap Hari Lahir
Tiba Pagi Syawal, Kaulah Yang Terawal
Syawal Yang Terakhir Ini Pasti Rasa Janggal
70 000 Hijab Harus Ku Singkap
Ku Sorok Kitab Balik Tingkap Penjara Hinggap
Dalam Diam Ada Seorang Yang Ku Puja
Kau Teristimewa Tapi Dia Yang Sempurna

*BLACK*
Rahsia Ini Telah Lama Aku Pendamkan
Tiba Masanya Segala-galanya Ku Ceritakan
Akukan Pergi Pergi Ku Tak Akan Kembali
Tiba Masanya Kau Cari Teman Pengganti

*MALIQUE*
Sejak Dua Menjak Ini 
Ku Mencari Fungsi Kewujudan
Dalam Persekitaran Yang Penuh Kejumudan
Terperangkap Dalam Jasad Ku Keliru
Mujur Ada Kau Si Peneutralisasi Pilu
Namun Aku Tetap Murung Berkurung
Tubuh Makin Susut  Menunggu Tarikh Luput
Komplikasi Di Halaman Rusuk Kiri
Makin Sukar Nak Bernafas
Nak Bergerak Nak Berdiri

Lagu Ini Terakhir Yang Kusajikan
Kalau Rindu Nanti Bolehlah Kau Nyanyikan
Jaga Diri Jangan Makan Hati
Yang Patah Kan Tumbuh 
Yang Hilangkan Berganti
Bilik Dah Ku Kemas Katil Dah Ku Rapi
Cincin, Kunci, Dompet Dalam Laci
Ada Sikit Wang Itu Saja Baki
Moga-Moga Cukup Untuk Majlis Itu Nanti

*BLACK*
Aku Kan Pergi Bertemu Kekasih Abadi
Tiba Masanya Kau Cari Teman Pengganti

 

 

nota:  sob...sob...sob...

::Kamu Solat 5 Waktu, Tetapi...::

Renungan buat kita bersama.  Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu diri kita semua dalam mencapai tahap keimanan hakiki.  Mari kita sebarkan ilmu yang ada dan berusaha berubah ke arah lebih baik, Insyaallah... 


Kamu solat lima waktu tetapi......  
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.    Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.  Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.  

Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu tidak bersyukur padanya.  Kamu pada dahulunya amat susah.    Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.  


Kamu solat lima waktu tetapi.....  
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman  -  teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu, menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.  
 
Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah.  Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?  


Kamu solat lima waktu tetapi....  
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.


Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "  Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
  
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?  Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".  
 
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat….
 
Jazzakumullahu khairanjaza’…





nota:  diterima melalui email, dikongsikan di sini

Sunday, September 2, 2012

::Kesesakkan Melampau::

Penat sungguh hari ini!  Bukan tak seronok keluar berhari raya tetapi menghabiskan masa di atas jalan berjam-jam amatlah mengundang keletihan.  Dari beberapa rumah yang ada dalam jadual, akhirnya disenarai pendek kepada dua buah sahaja.

Keluar sahaja dari rumah untuk menjemput Abang saya sudah tersangkut di dalam kesesakkan lalu lintas.  Tempoh perjalanan biasanya paling lewat 20 minit telah menjadi 40 minit.

Bila dah agak lewat, ambil keputusan untuk tidak pergi ke jemputan perkahwinan di Rawang.  Maaf ya pasangan pengantin baru, kami benar-benar kejar masa.  Bagi bakal-bakal pengantin, mungkin melangsungkan perkahwinan di bulan Syawal selepas ini harus ditimbang semula..he..he..he..

Menuju ke rumah pertama, bakal adik ipar Abang (Eifa) di Tasik Biru, Sungai Buloh.  Kali kedua bagi hari ini terpaksa menempuh kesesakkan lautan kereta.  Bertolak dari Sentul lebih kurang pukul 2.45 petang, sampai ke destinasi hampir jam 4 petang.

Silap tidak memilih laluan lebuh raya.  Tak sangka sebegitu teruk kesesakkan terpaksa dilalui.  Ramai betul warga kota keluar berhari raya.  Dek terlalu lewat tiba, satu lagi jemputan di Sri Damansara terpaksa dilupakan.

Usai makan-makan, mohon undur diri dan mahu menuju ke Ampang pula.  Keluar dari rumah keluarga Eifa dalam jam 6 macam tu.  Ingatkan dah surut jam, sangkaan meleset benar. 

Puas lari ikut jalan sana, ikut jalan sini semata untuk sampai ke Ampang.  Akhirnya hampir jam 8 malam baru sampai ke rumah Fai.  Betul-betul terbuang masa yang ada sepanjang hari.

Nanti-nanti saya masukkan gambar sepanjang hari.  Ada beberapa keping tetapi malas benar rasa badan.  Sisa letih masih berbaki.  Ini pun curi sedikit masa semata mahu bercerita perihal kesesakkan melampau.

Rasanya saban tahun masalah kesesakkan lalulintas di hujung minggu bulan Syawal.  Sana sini rumah terbuka diadakan, tidak cukup dengan itu majlis perkahwinan lagi.  Meriahkan Syawal di Malaysia.

Kasihankan tuan rumah apabila sebahagian dari kita terpaksa membatalkan niat menghadiri semata-mata tersangkut di dalam kesesakkan hebat.  Bukan tak sudi, tetapi itulah.  

Masa terbuang satu hal, pembaziran minyak kenderaan lagi.  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya rezeki perut sedia menanti.  Abang tak habis-habis merungut, nak buat macamana.  Orang lain pun nak keluar beraya.

Kenalah bersabar dan jangan gopoh sewaktu memandu.  Sewaktu tersangkut banyak kali juga terlihat kemalangan.  Ada yang serius, ada yang tidak.  Ini pun menyumbangkan penambahan kesesakkan jalan raya.

Bila keadaan sebegini rasa serik pun ada nak keluar berjalan.  Tak pergi rasa bersalah pula terutama jemputan dari teman-teman rapat.  Tengoklah, esok masih ada jemputan lagi.  Berharap sangat trafik akan berkawan baik dengan saya.

Jika info mengatakan keadaan agak teruk, sememangnya saya akan batalkan.  Terpaksa kerana tanda-tanda tidak boleh duduk lama di dalam kereta sudah ada.  Dari sakit melarat kelak, baiklah saya mendiamkan diri di rumah sahaja.

Selamat berjalan raya ya rakan-rakan!




nota:  libang libu jadinya...    

 

Saturday, September 1, 2012

::Sedikit Celoteh di Hari Merdeka::

Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan sebahagian dari jumlah tempahan popiah.  Bila bukan bulan puasa, semangat untuk melaksanakannya jauh berterbangan.  Dari sehari ke sehari menanam niat untuk segerakan kerja tetapi berkesudahan dengan kemalasan.

Baru saya tersedar, sepanjang Ramadhan lalu Allah benar-benar sayangkan saya.  Tidak diturunkan sebarang sakit ke atas diri meskipun orang sekeliling semuanya jatuh sakit.  Situasi yang jarang benar melanda ya.

Manakan tidak, selalunya bila budak-budak di rumah sakit pun sudah cukup untuk menerbangkan virus kepada saya.  Inikan pula orang dewasa.  Mungkin Allah nak saya siapkan tempahan kuih dengan jayanya.  Bersyukur sangat-sangat dengan rencana Maha Pencipta.

Sengugut pun setakat sakit-sakit biasa.  Jika mahu dibandingkan dengan sakit sebelum-sebelumnya memang tenat.  Sepanjang hari hanya habiskan masa di atas tilam.  Hanya yang tahu bagaimana derita sakit ini, mungkin dia faham!

Tetapi hari ini saya kembali ke pattern diri seperti sebelumnya.  Baru tiga kali kacau popiah, habis sakit seluruh badan.  Rasa nak demam pun ada.  Abang pula dari awal Syawal dihinggap sakit bertali arus, ada peluang untuk saya dijangkiti ni!

Apa pun sempat juga keluar berhari raya.  Dua rumah sekaligus dan seperti biasa tiada sekeping gambar pun boleh dikongsi buat tatapan.  Selera bergambar langsung hilang di dalam diri.

Sekarang berusaha untuk melelapkan mata tetapi gagal!  Itu yang sibuk bernafas di ruang siber.  Jemputan makan keesokkan hari boleh tahan banyak, tetapi seperti biasa saya punya piawaian.  

Maaflah ya bagi sesiapa yang sudi menjemput tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri.  Barangkali saya pergi di lain tahun itu pun jika kita masing-masing panjang umur.

Okay, mata sudah tidak larat lagi untuk dibuntangkan.  Jom kita tidur.  Selamat Menyambut Merdeka dan Selamat Menghadiri Rumah Terbuka.  Jaga diri ya.... 






nota:  saja...saja...