Followers

Friday, November 20, 2009

Hooray..Hooray Is A Holiday!!!

Musim cuti sekolah datang lagi. Kalau di alam persekolahan, cuti panjang macam nilah yang sering dinantikan. Dari awal tahun sampailah penghujung tahun asyik membelek kalendar saja kerjanya. Yelah, mengira bila agaknya cuti sekolahkan. Ni, adik-adik mesti tengah seronok sesangatlah tu. Yelah, bila cuti sekolah mesti masing-masing dah atur perancangan sebaik mungkin. 'Parents' sekarang pun bukannya macam 'parents' dulu-dulu. 'Parents' sekarang dah mampu nak bawa anak-anak bercuti ke sana sini tak kisahlah samada dalam atau luar negara.

Sejak penghuni rumah tiada lagi yang menyarung seragam sekolah, kitaorang sebenarnya tak tahu pun bila sekolah bermula dan bila cutinya. Hanya tahu bila baca surat khabar hari ini memaparkan gambar budak-budak melambai sesama sendiri sebagai tanda rasmi cuti sekolah bermula. Sedar tak sedar dah masuk hujung tahun kan. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar juga umur pun makin bertambah dari satu angka ke satu angka...Hai la....Bagi yang dah penat mentelaah serta dapat keputusan yang memuaskan, mesti ada habuan yang sedia menanti. Rasanya nak imbau kenangan cuti sekolah kitaorang sikitlah...he..he.he..


Pada yang belum tahu, saya ni anak sulung dari empat adik beradik "seibu sebapa" kah..kah..Oleh itu, pengalaman bersekolah sudah pastilah dirasai terlebih dahulu. Yang menariknya, antara kami berempat, saya, Puan Ninie dan Macho Man jarak umurnya adalah dalam 3 tahun setiap orang. Kiranya umur saya 11 tahun macam tu, kitaorang bertiga ni semua dah bersekolahlah walaupun ada yang masih lagi di Tadika (siapa lagi, Macho Man lah kan)...Ayu Bam Bam jauh ketinggalan sikit. Sebabnya, nanti-nanti kita kongsi ye...

Sepanjang waktu bersekolah, masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Tapi bila cuti sekolah je, meriahlah rumah tu kitaorang kerjakan. Bila meriah suasana, maka meriah jugalah mulut "Mak" (arwah nenek kitaorang)..kalau waktu sekolah pagi-pagi lagi dah kena mandi...tapi bila cuti sekolah ada yang sampai petang dah nak masuk malam pun tak mandi-mandi lagi...kih..kih..siap berjalan satu taman lagi (siapakah itu wahai adik-adikku??)


Musim cuti sekolah juga adalah waktu pelepasan. Mana-mana barang mainan yang kena sorok awal tahun hari tu, masa nilah untuk dikeluarkan semula. Habis satu almari kitaorang punggah dok mencari barang mainan yang kena sorok oleh Greatest Mama. Bila bersepah siaplah..."Mak" mesti keluarkan siren merbahaya. Sebelum kena 'ambush' baik buat sesuatu. Tapi walau macamana bersepah ke, ralit bermain ke yang penting bila lepas makan tengahari, semua memang wajib kena tidur. Kalau tak tidur alamatnya kena duduk luarlah kitaorang. Bukan tak biasa ye sebenarnya kena kunci dari dalam rumah. Takut dan menyesal budak-budak bukannya lekat mana pun, esok lusa bila dah seronok bermain lupa segala larangan. Sebab itulah kitaorang ni semua, dalam pukul 2 petang je mata tu dah ke mana-mana. Didikan dari kecillah namanya.

Waktu tu, rancangan percutian tu tak adalah sangat. Kitaorang pun faham keadaan ekonomi semasa, jadi tak adalah yang meminta-minta untuk pergi bercuti. Tapi sekurang-kurangnya, Greatest Mama tebus dengan bawa kitaorang berjalan sekitar Kuala Lumpur. Walaupun turun naik bas dan teksi. kitaorang dah rasa puas. Kalau ada rezeki lebih sikit Greatest Papa tak lupa bawa kitaorang luar dari KL. Paling-paling kitaorang balik kampung. Kalau dapat markah bagus dalam peperiksaan pun tak ada upah atau ganjaran. Tak pernah terlintas pun nak minta. 'But still sometimes we did received awards' Agaknya sebab itulah kitaorang ni pandai semulajadi sebab belajar untuk kepuasan diri sendiri...(Wah!!!Gitu...) Rancangan TV pun bukanlah macam zaman sekarang ni. Kalau dulu kena tunggu pukul 4 petang baru ada siaran. Kalau nak awal pun mungkin hujung minggu. Manalah ada Astro bagai. Budak-budak sekarang tak payah tunggu cuti sekolah pun dah boleh menikmati siaran TV 24 jam. Rasa nak tidur depan TV musim cuti sekolah ni pun boleh. Kitaorang dulu, pukul 4 petang kelam kabutlah lari masuk rumah tunggu depan TV tengok ada siaran apa yang menarik. Agaknya, sebab itulah budak-budak zaman kitaorang dulu kreatif fikirannya. Sebab tak dijaja dengan rancangan TV. Kitaorang kena fikirkan cara tersendiri untuk menghiburkan hati masing-masing. Anak zaman sekarang tak payah nak fikir banyak-banyak, semua kemudahan dah tersedia ada. Untungkan anak-anak sekarang.

Tapi apa yang paling seronok bila rumah saya menjadi tumpuan. Tumpuan sepupu sepapat. Bila cuti sekolahlah baru kitaorang ada peluang nak bertemu. Mana taknya, diaorang duduk di Perak. Greatest Papa asal dari Perak, ramailah saudara mara dari belah-belah sana. Greatest Papa pun pandai melayan budak-budak, apalagi diaorang pun seronoklah nak tinggal kat rumah kitaorang bila cuti sekolah. Riuh rendah kuasa dualah jawabnya rumah. Bukan setakat bermastautin di rumah kitaorang sahaja, kitaorang siap boleh ambil giliran lagi. Separuh dari cuti sekolah kat rumah kitaorang, separuh lagi kat rumah diaorang pula kitaorang berkampung. Tapi hakikatnya sayalah yang paling malas nak pergi rumah diaorang sebab saya ni konon-kononnya manja dengan "Mak" susah sikit nak pisah lama-lama. Bila kena tinggal sorang-sorang kat rumah tau buntu.

Kalau saya dulu, cuti-cuti sekolah tak pandai pula nak menghabiskan masa di pusat membeli belah. Entah kenapa saya tak pasti. Bukan tak ada kawan-kawan yang ajak cuma mungkin saya takut agaknya nak minta kebenaran pelbagai peringkat. Nanti yang ni bagi, orang yang tu tak bagi pula. Ini sebabnya, dalam rumah saya ada Onyang, ada nenek, ada mak, ada ayah...ha kan berlapis-lapis peringkat. Lagipun waktu tu pusat membeli belah taklah tumbuh macam cendawan seperti sekarang ni. Kemudahan awam untuk bergerak pun terbatas. Duit poket pun bukannya seperti anak-anak sekarang yang peroleh duit poket hampir nilainya dengan orang yang bekerja sebulan. Sebab itulah agaknya gejala sosial zaman kitaorang ni kurang jika nak dibandingkan dengan sekarang. Bila nak cakap pasal masalah sosial budak-budak sekarang ni memang tak habis. Bukan kali ni kot kita nak bicarakan hal-hal berat macam tu... :)

Penghujung cuti sekolah kita dah tak sabar nak balik ke sekolah semula. Nak jumpa kawan-kawan, ghairah nak pakai baju baru. Macam kitaorang bila nak buka sekolah tu lah saat yang dinanti juga. Yelah, barang semua berganti baru. Berlumba-lumbalah kitaorang nak tolong Greatest Mama balut buku baru walaupun sebenarnya Greatest Mama rimas kitaorang duduk dekat-dekat sebab melambatkan kerja dia. Tapi bila saya dah berakal sikit, saya dah tak minta tukar baju baru sekiranya baju lama masih boleh digunakan. Yelah, bila kita dah tahu nilai wang ringgit. Alhamdulillah, bila adik-adik saya sampai peringkat seperti saya mereka juga tahu bertolak ansur dalam perkara-perkara sebegini.

Banyak sebenarnya kenangan yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin ada persamaan dan mungkin ada yang berlainan. Apa yang pasti segala kenangan inilah sebenarnya yang telah mendewasa dan mematangkan fikiran kita. Kenangan yang dilalui ini jugalah yang memberi kita akal pertimbangan dalam membuat sebarang keputusan. Bagaimanalah agaknya kenangan yang akan terpahat di dalam sanubari anak-anak kita kelak?? Kenangan mereka yang sebahagiannya adalah dari hasil corak didikan kita hari ini..Ramai yang tahu saya ni suka mengenang...ha..ha..ha..

No comments :

Post a Comment