Followers

Sunday, June 6, 2010

::Tag Blogger Award Friendship::

Walaupun blog ibarat suam-suam kuku tetapi Alhamdulillah adalah juga insan yang sudi memberi anugerah.  Atas kesudian itu dan rasa rendah diri, maka saya akan meluangkan masa untuk menjawab soalan dari tag ini.

1.  Copy Award ini macam dapat Grammy, apa perasaan anda?
- perasaan sangat-sangatlah berterima kasih kepada Adik Diana kerana sudi memberi anugerah tersebut.  Moga dengan bermulanya di sini akan terjalin lagi dengan erat ikatan persahabatan walaupun ianya setakat di alam siber.  Manalah tahu satu hari diizinkan Allah kita boleh berjumpakan.

2.  Beritahu siapa dan link pemberi Award ini
-  dah terjawab di soalan awal.  Diana aka Girlgirl dan pemberi ini telah juga telah dilink melalui soalan pertama lagi.

3.Name that people call you
-  secara amnya, mereka yang mengenali pada tahap yang biasa akan memanggil MARIA
-  jika ada yang lebih muda panggilan KAK MARIA akan digunakan
-  ahli keluarga memanggil ALONG dan panggilan ini juga digunakan oleh dua sahabat baik saya iaitu CPR dan Fieza.  Buah Hati saya juga memanggil saya ALONG
-  anak-anak sedara akan memanggil MAK LONG
YANG, panggilan yang digunakan oleh Abang
Noor atau Lailatul panggilan yang sering digunakan oleh orang luar yang tidak mengenali diri ini dan selalunya atas urusan rasmi/kerja

4.Things that you have done yesterday
- seharian menumpukan perhatian kepada tugasan akhir Universiti, di selang seli dengan bergurau dan menyakat Buah Hati.  Malam, luangkan masa bersama Abang dengan menyinggah ke OU untuk menonton wayang, Lagenda Budak Setan.  Ulasan filem tersebut akan dikongsi kelak, Insyaallah jika masa mengizinkan.

5.Five ways to be happy
- hati sentiasa tenang dan bersih tanpa ada rasa cemburu dan iri hati terhadap orang lain.
- melemparkan senyuman serta bergelak ketawa dengan rasa ikhlas dan bukannya penuh dengan kepura-puraan
- sentiasa dikelilingi dengan orang yang kita sentiasa sayangi
- melancong ke luar negara, melihat keunikan negara orang serta merasai sendiri pengalaman berada di negara tersebut.
-  membeli belah tanpa dibebani bebanan kredit yang menanti

6.Apa dalam fikiran anda bila anda menjadi kaya
-  Memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kerana dimurahkan rezeki.  Melalui kekayaan yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin bagi memenuhi tuntutan Agama dan juga tanggungjawab terhadap keluarga dan yang paling penting membebaskan diri dari bebanan hutang.  Tak perlulah lagi berhutangkan jika dah kaya?  he..he..he..

7.Kawan-kawan yang kena tag:
* dan juga sesiapa yang berminat untuk mengambil anugerah ini


nota:  bahasa agak bercampur aduk kerana soalan-soalannya diceduk terus..Terima kasih sekali lagi atas pemberian anugerah ini.. :)


2 comments :

  1. salam... maaflah sebab sy panggil akak PUAN kt dlm blog sy.. Hehehe... thanks sbb sudi bt award nie.. :D

    ReplyDelete
  2. x per...nmpk tua dah kot tur yg confius..hmm..mmg da tua pon...

    ReplyDelete