Followers

Wednesday, June 23, 2010

Singgah sebentar

Sedang dalam proses untuk mewujudkan emosi untuk berblog.  Sekejap bersemangat tetapi lepas-lepas tu dah tak segigih mana.  Berada di dalam keadaan PMS pun tidaklah juga.  Nak kata tak ada cerita lagilah mustahil.  Cerita bulan Mac pun belum pun habis untuk dikongsi, walhal sekarang ni Julai dah mula membayangi dirinya.

Tak apalah, biar lambat asalkan menepati sistem piawaian diri sendiri.  Tetapi kalaulah dunia blog ini ada KPI dah tentu peratus yang saya perolehi amatlah kecil nilainya.  Entah-entah nak bagi markah pun berdasarkan perasaan kasihan.  Apa pun, 2-3 hari ni badan terasa lelah walaupun tiada apa yang dikerahkan.  Mungkin pengambilan beberapa ubatan tambahan menjadikan keadaan diri sedemikan rupa. 

Saat menarikan jemari di papan kekunci, sebenarnya dah nak masuk waktu Maghrib.  Masih sempat lagikan.  Insyaallah lepas Maghrib akan berkunjung ke rumah taulan menziarahi anak kecil yang baru lahir ke dunia.  Macam baru sahaja rasanya menghadiri perkahwinan taulan tersebut dan sekarang mereka berdua dah mempunyai penyambung zuriat.  Alhamdulillah dan tahniah!!!  Siapa gerangan mereka nanti-nantilah kita bercerita.  Nanti-nanti saya tu entah bila kurang pasti pula.  =)

Kalau ada masa dan rezeki kita bertemu lagi...


nota:  Ya Allah, Kau kabulkanlah permintaan ku....




No comments :

Post a Comment