Followers

Thursday, April 19, 2012

::Serangan BODOH::

Pagi saya dikejutkan dengan berita serangan ala samseng di Dataran Merdeka bagi mengusir perkhemahan menyokong pemansuhan PTPTN.  Saya sendiri pernah berkongsi pandangan perihal isu pemansuhan tersebut di sini

Biarlah jika ada kata saya menyokong gerakan tersebut kali ini, tetapi terus terang saya katakan tindakan menyerang mereka sangat BODOH!!!

Biar siapa pun di belakang serangan tersebut, ternyata sangat menggunakan akal yang dangkal.  Apakah setiap masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan?  Puas hati dah agaknya siapa yang merancang ya??

Tak kisahlah jika ada mengatakan mereka yang berkhemah itu sendiri merancang kerana mahu mewujudkan plot simpati mahupun menyemarakkan kemarahan, namun serangan demi menunjukkan kehebatan tenaga adalah sangat tidak bertamadun!

Lebih memalukan, penyerang terdiri dari bangsa sendiri MELAYU.  Bagus, selepas ini MELAYU MALAYSIA akan terkenal dengan gelaran GANGSTERISME di seluruh pelusuk dunia.  Maka akan terserlah lagi betapa DUNGUnya Melayu.

Kaum lain memerhati sambil menyorak kegirangan di dalam hati kerana telahan mereka tidak salah.  Melayu masih berada di takuk lama, lebih menggunakan emosi rasukan syaitan dari intelektual yang dikurniakan.

Saya yakin ramai di kalangan pembaca akan berkata, jika tidak berkhemah masalah ini tidak akan timbul.  Tiada siapa akan tercedera dan isu ini tidak akan menjadi besar.  Gangster upahan tidak akan punya kerja pada malam semalam. 

Setuju, tetapi itu cara mereka menyatakan suara.  Sepanjang berkhemah landasan keganasan dan kekerasan langsung tidak digunakan.  Mereka melalui hari-hari secara aman.  Malah mereka tidak menganggu tugas polis-polis yang ada.  Cuma saya tahu polis bertugas kurang senang dek tambahan waktu kerja.

Saya sedar juga ramai di antara kita tidak menyokong segala bentuk perhimpunan/demonstrasi tetapi kita tidak boleh lari dari hakikat.  Tiada negara maju yang berjaya tanpa sebarang demonstrasi.  

Itu cara rakyat meluahkan apa yang terpendam dan Kerajaan harus mendengar.  Setuju untuk melaksanakan satu kisah yang lain tetapi sekurang-kurangnya, MENDENGAR

Tak perlulah kita mahu menjadi hero dengan mengatakan masih ada jalan lain selain dari perhimpunan.  Tanya diri, seandainya mereka tidak berkhemah, adakah isu PTPTN ini berjaya diketengahkan?  Paling-paling tidak, rasa geram dan tidak berpuas hati berlegar sesama kita dan bukan di khalayak.

Hari ini saya semakin hilang hormat kepada orang-orang yang menyekat saluran suara rakyat secara aman.  Jika Kerajaan telus, setiap demonstrasi dan perhimpunan akan dilihat dari sudut positif.  Apa sebenarnya mesej ingin disampaikan.

Bukan menangani dengan kekerasan.  Tenaga yang ada sampai masa akan sampai ke penghujung.  Waktu itu bolehkah meyelamatkan diri, agama, bangsa dan negara dengan saki baki tenaga tidak seberapa?

Tetapi andai berilmu, selagi belum hilang nikmat akal berfikir, selagi itu kepandaian dimiliki dapat disalurkan demi membantu generasi akan datang.  Maaf andai saya lancang, tetapi saya yakin kaki pukul malam semuanya bertaraf pendidikan rendah.  Low class!!

Kecewa masih menyelubungi saat jari pantas berlari di atas papan kekunci sehinggakan entri ini penuh dengan emosi.  Kenapalah BODOH sangat sehingga tidak terpancar sinar intelektualan?   

Saya benci akan keganasan kerana bagi saya orang yang mengikut kata hati untuk bertindak sedemikian tidak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia.  Hanya SYAITAN sahaja sanggup melakukan kekasaran hingga pertumpahan darah.

Arghh...hilang kata-kata, sedih, geram, marah, benci dan segala-galanya terhadap tragedi tersebut.  Serasa mahu sahaja ke Dataran Merdeka sekarang juga demi menyatakan sokongan terhadap mereka.


 Saya mohon kongsi sesiapa sahaja empunya video ini.  Kecewa..Kecewa..Kecewa...dengan insiden ini.  

Lebih geram bila pihak berkuasa seolah malas untuk campur tangan pada awalnya.  Maaf POLIS jika saya bertanya, "Selamat atau tidak sebenarnya rakyat di bawah pengawasan Polis?  Bukankah Polis harus menjaga rakyat tidak kira samada berlainan naungan parti?  Jika kes sebegini tidak mampu di tangani, bagaimana pula kes-kes besar?"  

Maaf andai saya menggunakan bahasa-bahasa kasar.  Sesiapa yang tidak bersetuju dan tidak suka akan apa saya perkatakan, saya hormat anda tetapi saya punya pendapat sendiri dan tidak perlu menyangkal apa sahaja diperkatakan.  

Lain kepala lain intipati, lain hati lain emosi.  Kita tidak perlu sehaluan tetapi jangan biar api kebencian memakan diri!!!



nota:  hilang kata-kata dengan sikap manusia perasan bagus!!


 


  

No comments :

Post a Comment