Followers

Monday, April 16, 2012

::Jangan Cabut Uban::

Informasi yang saya perolehi dari peti email.  Menarik untuk dikongsikan bersama teman-teman dan memberikan manafaat.  Moga selepas ini tiada lagi di antara kita akan mencabut helaian rambut putih yang tumbuh melata, dan bakal menyayangi helaian uban itu :)

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda: “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan:
“Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
 
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Wallahualam...
P/s: Kepada yang mak ayah dia selalu suruh tolong cabutkan uban tu, cakap pada mereka bukan tak mahu tolong, tapi... jelaskan hadith ini kepada mereka. Kepada yang muda-muda dah beruban tu pun, tak perlulah malu.



nota:  akan tiba masanya kelak kepala penuh dengan uban

No comments :

Post a Comment