Followers

Saturday, July 7, 2012

::Kenapa Ilmu Hitam?::

Jam melewati angka 3 tetapi saya masih belum betah untuk ke pembaringan.  Mata makin layu tetapi badan tidak mendapat arahan seharusnya, kerana itu saya di sini di saat rakan-rakan sedang lena diulit mimpi.

Terfikir sejenak, kehidupan yang semakin maju dengan dunia tanpa sempadan rupanya tidak boleh memadamkan kepercayaan terhadap benda-benda kuno dan menyekutukan Allah SWT.  Dalam erti kata lain perihal sihir menyihir.

Kenapa ya ada manusia sebegini?  Jika tidak bepuas hati, iri, benci, serasa ingin memarahi seseorang baiklah bermuhasabah dan fikir secara rasional sebelum menggubal hukum dunia ditangan sewenang-wenangnya.   

Bukannya dengan menjadi teman rapat Syaitan & Iblis lantas terpedaya dengan pujuk rayu jahanam mereka untuk memilih jalan singkat dan turut bersekongkol sama.  Gunakan akal sedar dan waras mengelakkan mereka yang tidak bersalah menerima padah.

Tujuan utama orang-orang sebegini adalah ingin memuaskan hati penuh dendam kesumat.  Melihat kesengsaraan orang yang tidak disukai bisa mendatangkan kepuasan amat sangat.  

Apa perlu iri kerana kita punya jalan cerita tersendiri.  Hidup di dunia adalah mustahil untuk menjadi seperti Si Polan..Si Polan.. Apa yang perlu ada bersyukurlah ke hadrat Illahi 

Kita tidak boleh menjadi seperti orang lain dan orang lain juga mustahil untuk menjadi seperti kita.  Ini semuakan kerja Allah. 

Bagi sesiapa yang membaca entri ini, saya berharap sangat janganlah ada diantara kita memilih untuk mengadu nasib pada iblis bertopengkan bomoh kafir dan menghantar segala aneka sakit kepada mangsa.

Kasihanilah mereka kerana mangsa/bakal mangsa juga punya hak ke atas dunia.  Janganlah memandai-mandai dengan menghantar 'benda hitam'.  Kita punya kehidupan dan tiada siapa mahukan kehidupan dipenuhi kuasa ilmu hitam.

Kenapa saya membebel perihal sebegini?  Mungkin kerana mereka yang rapat dengan saya sedang bergelut dengan perkara-perkara ilmu hitam ini.  Entahlah, tak sangka ada manusia tidak ambil endah dosa pahala. 

Hari ini, saya benar-benar memohon doa moga Allah sentiasa membantu dan melindungi kami dari anasir-anasir jahat!  Melihatkan kesengsaraan mangsa, saya terfikir betapa seksanya menantikan bila agaknya segala akan berakhir.  

Dan saya bersyukur perkara buruk sebegini belum pernah melanda kami, Alhamdulillah namun tempias sedikit sebanyak tetap terasa di hati.



nota:  segala apa berlaku kekuasaan Allah
  

Friday, July 6, 2012

::Berniat Semasa Berwudhu'::

As-salam di Penghulu hari, saya kongsikan sedikit ilmu diperoleh melalui email.  Moga kita mendapat manfaat dari perkongsiaan ini, InsyaAllah..

*************************************************************************** 

Apa yang kita fikirkan semasa mengambil wudhu'?  Dari berdiam kosong , lebih baik kita niat perkara yang baik baik, tak rugi pun
 
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
 
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
 
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"
 
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
 
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
 
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
 
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
 
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"


Jika punya kesempatan, jangan lupa amalkan seperti apa disarankan.  Moga-moga Allah mendengar kata hati umatNya dan mengampunakn serta memakbulkan segala doa, Amin..
 Imej diambil melalui Google Image




nota:  segala yang baik datang dari Allah SWT

::Masterchef Selebriti Malaysia::

Masterchef Selebriti hampir sampai ke kemuncak dan sesiapa yang mengikuti rapat rancangan ini pasti tahu siapa terkeluar pada episod terbaru.  Siapa lagi jika bukan selebriti penuh kontroversi Azwan Ali (AA).

Saya ikuti rancangan ini tekun juga.  Jika tertinggal sekali pun, pasti akan tonton melalui siaran ulangan.  Seronok juga melihat gelagat selebriti memasak.  Nak kata dapat ilmu dalam bidang masakan tu, tidaklah banyak mana tetapi lebih kepada hiburan.

Dari awal, ramai menginginkan selebriti AA keluar kerana tidak tahan dengan gelagat serta amukan puaka beliau.  Pada mulanya saya sendiri agak rimas dengan apa dipertontonkan AA tetapi bila dia bertahan, saya merasakan tidaklah teruk sangat selebriti ini.

Mungkin ada kurang bersetuju dengan pendapat saya tetapi walau seteruk mana pun AA, dia tetap punya sisi positif dan bakat dalam memasak jika mahu dibandingkan dengan saya..ha...ha..ha..

Lagi pula,  takkan pengadil mahu mencemar kredibiliti mereka sebagai profesional hanya untuk menyimpan AA demi rating.  Cuma saya perasan, jika dibandingkan dengan program sebenar Masterchef, juri banyak memberi muka sedikit pada para selebriti.

Berbalik pada perihal AA, saya andaikan kehadirannya di dalam rancangan Masterchef ibarat asam.  Kurang asam, tidak enaklah masakan tetapi andai terlebih akan mencacatkan sedikit citarasa dan tidak semua makanan sesuai diletak asam.  Hanya perlu ada secukup rasa dan itulah warna Azwan Ali di dalam program tersebut.

Tak salah jika penonton menyuarakan perasaan tidak suka, tidak berpuas hati atau sebagainya tetapi bila masuk bab caci maki tak baiklah pula.  Dia manusia biasa pasti punya kekhilafan.  Lagi pula maki hamun bukanlah budaya kita, tambahan dia buat untuk dapatkan sumbangan.

Apa pun AA telah meninggalkan gelanggang bersama wang sumbangan.  Pasti ada merindui telatah serta dramanya.  Agak-agak siapa bakal bergelar juara?  Dato Fazley, barangkali kerana dia begitu konsisten dan punya imej baik.  Sesuai mewakili program Masterchef Selebriti.


 Gigih memasak, tetapi tidak rimas ke dengan lilit leher bagai?  Pertanyaan sering saya lontarkan tatkala melihat AA berfesyen sebegini.  Gambar melalui pencarian di enjin Google




Adakah ini bakal juara?  Jom kita nantikan beramai-ramai keputusan akhir kelak.  Gambar diambil melalui enjin Google Image





nota:  bila agaknya nak pandai masak?





Wednesday, July 4, 2012

::Dalam Hati Siapa Yang Tahu?::

Tertarik benar saya dengan kandungan email yang dihantar oleh seorang teman, membuatkan saya berfikir sejenak..Ya, andai merasakan tiada siapa lagi di sekeliling untuk menjadi bahu, JANGAN lupa bahawa sebelum kita bersuara kepada orang lain, DIA terlebih dahulu telah mendengar segala rintihan.
  
Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH
 
Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.
 
Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. 

Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya mengkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.
 
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. 

Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.
 
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
 
p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..
 
"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"



nota:  muhasabah diri...

::Wordless Wednesday 9::

Lelong..Lelong...


nota:  ...............

::Wordless Wednesday 8::

Di Penjara Rindu....


nota:  bilakah akan ada jawapan segalanya..

Tuesday, July 3, 2012

::Apa Kata Anda?::

Terkejut juga bila Kerajaan membenarkan graduan Ijazah Sarjana Muda boleh memohon jawatan bertaraf SPM bagi perkhidmatan awam dan boleh memohon sehingga 15 jawatan.  

Berkaitan pengumuman tersebut, sehingga semalam telah ada 800 lebih permohonan dari graduan yang ingin mengisi jawatan di perkhidmatan awam (sumber adalah melalui Buletin Utama semalam)

Sebagai graduan, saya sendiri tidak tahu samada hendak menyambut baik pengumuman ini atau pun tidak.  Tetapi perkara pertama muncul dibenak, apa untung nasib mereka yang hanya bersandarkan sijil SPM?

Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai Diploma.  Sekiranya mereka yang ada Diploma mahu memohon jawatan tersebut tak apalah juga.  Sedangkan sebelum ini ramai di antara rakan-rakan  berkelayakan SPM mencuba nasib sebagai penjawat awam terkandas.  Apatah lagi dengan keputusan sebegini, rasanya akan ada jurang besar kelak.  

Dari sudut positif, keputusan sebegini membolehkan Kerajaan menyediakan perkhidmatan berdaya saing dan bermutu tinggi melainkan penjawat awam yang berijazah ini mahu bersikap skeptikal dan tidak mempraktikkan ilmu pengetahuan sedia ada.

Bukan itu sahaja, ia juga menyuntik semangat bagi para pelajar untuk sekurang-kurangnya menamatkan pengajian hingga peringkat tertinggi.  Jika tidak, masa depan di dalam kerjaya akan kelam.

Mungkin ia boleh dilaksanakan tetapi tidak secara drastik ini kerana masih ramai lagi rakyat di luar sana hanya bersandarkan SPM untuk mencari kerja.  Rasanya Kerajaan harus mengkaji dasar ini dengan lebih mendalam.  CUPECS antara terawal tidak bersetuju.

Banyak lagi yang saya nampak keburukkannya seperti budaya kerja di pejabat, mentaliti dan sebagainya.  Jom kita fikir dan renungkan adakah keputusan ini benar-benar wajar.  Apa kata anda semua?



nota:  fikir-fikirkan...

Sunday, July 1, 2012

::Jom Baca Saya Membebel::

Akibat kesukaran melelapkan mata semalam, hari ini saya bangun tidur hampir jam 2 petang.  Itu pun bangun sekejap kemudian tidur semula berulang-ulang.  Ini pun mata terasa berat sangat.

Esok seawal jam 6.30 pagi harus keluar dari rumah.  Esok temujanji Abang dengan doktor surgeri.  Biasalah, hospital bukan swasta terpaksalah pergi seawal mungkin.  

Aduhai, dugaan betulkan?  Tak apa, buat baik pada insan sewajarnya, Insyaallah Allah balas dengan ganjaran, jika bukan pada saya cukuplah pada orang disekeliling :)

2-3 hari ini pun makanan yang masuk ke perut sangatlah banyak.  Syukur atas rezeki Allah SWT tetapi terasa badan sangat berat :( sia-sia berpuasa selama ini.  Heh jangan silap, saya berpuasa kerana Allah tetapi sambil menyelam sambil minum air.

Bosan sungguh malam-malam begini.  Rutin menonton televisyen terhenti seketika dek kelalaian dalam pembayaran.  Esok-esok sahajalah saya telefon pihak Astro buat penyambungan semula.

Kita sedang menghitung hari untuk ke Ramadhan.  Sudah langsai hutang puasa?  Hai, sekejap sahaja nanti Syawal pula menjelma, kemudian berterusan berganti bulan.  Tidak bolehkah berhenti barang sesaat? 

Semenjak kebelakangan ini, rajin pula membelek katalog TUPPERWARE.  Siapa tak kenal produk tersebut memang peliklah.  Puncanya, Ninie jadi ahli kemudian disuruhnya membantu menaikkan jumlah bulanan supaya dia boleh dapat banyak lagi harga potongan.

Bila dibelek, baru sekarang saya tahu mengapa ia berbaloi untuk dibeli.  Harga ditawarkan agak mahal tetapi ia bersandarkan kepada pepatah "alah membeli menang memakai".  Lagi pun saiz produk setanding dengan barangan.

Bulan lepas saya turut membeli 1 barang dan sememangnya berbaloi.  Kalau ada rumah sendiri, gerenti saya telah penuhkan dapur dengan produk Tupperware.  Beraneka warna serta berkualiti. 

Tak apa, saya tidak membeli, melihat orang rapat dan sekeliling memilikinya pun dah tumpang gembira kerana mereka membuat keputusan bijak.  Eh, saya tidak dibayar untuk membuat promosi ini ya!  Ikhlas dari hati setelah melakukan penelitian.

Jom sambung belek, ada 1-2 barang Abang dah beritahu mahukannya.  Lihat, lelaki pun pandai buat pilihan.  Beli sedikit mengikut kemampuan, nanti kemudian hari senang.  

Jika ada sesiapa berminat boleh beritahu saya, nanti saya bincang dengan Ninie berapa banyak dia boleh beri potongan tetapi jika benar-benar sukakannya dan mahu membeli setiap bulan baik terus jadi ahli.

Bagi belum berkeluarga boleh beli buat persediaan awal atau hadiahkan buat bonda di rumah.  Para suami, cuba hadiahkan pada isteri mesti mereka tersenyum dan jika isteri-isteri di luar sana bekerja, apa kata hadiahkan barangan buat diri sendiri..he..he..he..  Beri hadiah buat bakal mempelai pun sesuai.

Apalah melalut perihal Tupperware ni.  Rasanya tidak merancang untuk berbicara perihal produk, tetapi boleh pula membebel panjang.  Ini namanya ketandusan idea dan mata kembali layu.

Kita berjumpa di entri lain ya, buat sementara waktu saya ucapkan SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU, MINGGU BARU DI BULAN BARU.  SEMOGA MOMENTUM BARU INI AKAN MEWUJUDKAN SUASANA BAIK SEPANJANG MINGGU MENDATANG!  



nota:  cuba bersikap positif



  

::Dihimpit Rasa Bersalah::

Susahnya nak melelapkan mata malam ini walhal seharian mengerah tenaga.  Mandi sudah, solat sudah, baca Al-Quran pun sudah semata ingin mendapatkan ketenangan jiwa dan minda.  Ternyata ianya gagal!

Perkara yang berlaku beberapa jam lalu benar-benar menghimpit rasa, which I won't describe anything on what had happened.  It's not my duty to do so.  Tetapi secara jujur amat terkesan dengannya.

Hari ini secara mendalam saya begitu sedar dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini betapa saya telah mengheret orang yang tidak sepatutnya ke dalam percaturan masalah saya.  

Betapa saya telah menyusahkan dia sehingga banyak perkara seharus berada di dalam urusannya terabai dan tidak mampu diuruskan dengan sempurna.  Entahlah, benar-benar kehilangan kata-kata.  

Ya, selama tempoh tersebut kami sekeluarga berada di dalam kemelut masalah yang tak berkesudahan dan sehingga hari ini saya sendiri tidak tahu bila akan selesai segalanya.

Keadaan yang menghimpit telah menukar segala keceriaan berada di dalam kegundahan.  Matahari terik memancar tiba-tiba bertukar awan gelita.  Apa sahaja di dalam perancangan tidak bertukar menjadi kenyataan.

Saya berterima kasih, di sepanjang kisah duka insan yang dicintai sentiasa teguh bersama walau tiada sebarang tiket perjanjian di antara kami berdua.  Setiap apa sahaja berlaku diharungi sedaya mungkin.

Tetapi sayang, segalanya menjadi bertambah buruk, dugaan datang bertimpa-timpa sehingga kami lemas tanpa sebarang kehadiran bantuan dan juga pelampung.  Bila-bila masa sahaja bisa karam :(

Dan kerana itu, hari ini saya diburu perasaan bersalah tidak terhingga.  Jika tidak bersama, dia tidak akan berhadapan dengan pelbagai situasi bisa memeningkan kepala.  Jika tidak di sisi, dia bebas merencana masa depan sendiri.

Kehidupan saya ibarat patah sayap bertongkat paruh namun paruh bukanlah milik mutlak.  Paruh bertongkat milik dia yang sanggup berhadapan kemungkinan.  Mungkin saya tidak perlu lagi meminjam paruh itu kerana terlalu lama, ia boleh sahaja patah.

Tipu jika saya tidak sayangkan dia, bohong jika saya tidak rindukan saat pahit manis bersama.  Perhubungan kami tidak pernah dilanda ribut taufan meski kadangkala ombak kecil tetap memukul.

Kesetian bersama tidak pernah diragui kerana segala berjalan dengan sempurna.  Mungkin inilah dugaan kami apabila tiada apa membelenggu, keadaan pula tidak berada di pihak kami.

Sudah terlalu jauh perjalanan kami, kemungkinan untuk berpatah semula adalah sesuatu yang mustahil namun untuk meneruskan kehadapan, kini saya khuatir semakin banyak lagi beban bakal digalas.

Melihatkan tekanan datang menghimpit, saya sudah tidak mahu lagi melihat dia berada di dalam keadaan sedemikian kerana ini bukan kisah dia tetapi cerita saya dan dia hanya sebagai pelengkap.

"Ya Allah, Kau berikanlah segala yang terbaik buat hambaMu ini.  Bantulah diri ini dan keluargaku dalam membebaskan kami dari masalah sedia ada.  Kau berkatilah insan yang setia disisi dan lindungilah dia di dalam RahmatMu.  Hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu kami memohon segala bantuan moga dipermudahkan di dunia juga di akhirat.  Kering sudah airmata tatkala tangisi nasib sedia ada, namun diri ini redha dan percaya suatu hari nanti awan hitam ini akan berlalu pergi, ianya akan berlaku jika diriMu Ya Allah mengizinkan, Insyallah"

Entahlah, perkara ini asyik menerjah kotak fikiran.  Jika saya miliki kuasa akan saya pastikan tiada perkara buruk melanda.  Mungkin ada hikmah disebalik musibah, mungkin Allah menghapuskan dosa-dosa lampau dengan ujian ini, Wallahualam....



nota:  hasrat setinggi langit, restu sejauh dalam lautan..  

       

Friday, June 29, 2012

:: KFC?! hmm.. ::

As-salam di Penghulu Hari buat rakan-rakan alam siber :)  Seperti biasa, hari Jumaat adalah hari dinantikan terutamanya yang bekerja.  Manakan tidak, selepas Jumaat akan muncul dua hari bercuti, itu yang semua bersemangat.

Entri ini tidak ada kena-mengena dengan hari Jumaat TETAPI lebih kepada rasa tidak berpuas hati/rungutan.  Maka, entri ini akan dipenuhi dengan bahasa rojak, sekejap cakap Melayu sekejap cakap Omputih..Heh!!  

Dalam minggu ni, rasanya hari Isnin lepas tiba-tiba tekak teringin makanan segera KFC.  Sementelah ada tawaran 50% bagi pinggan kedua, racun Macho Man untuk turut serta walhal kalau ikutkan mereka lebih tertarik untuk ke Subway.

Malangnya kami tak aware offer valid before 9pm.  Sampai KFC Kota Damansara, round 9.05pm macam tu so no 50%.  Tak apalah, dah alang-alang sampai makan sahaja.  Lagi pun nak cuba resipi baru Hot & Spicy.
 
Bila sampai, amazed juga dengan KFC's new look.  Tetapi bertanya juga dalam hati, "adakah servisnya tetap sama seperti dulu?" which KFC Kota Damansara sangatlah terkenal dengan servis yang super duper slow!

Rupanya mereka dah invent new ordering systemOrder kaunter lain, pick-up kaunter lain.  Teruja juga, yalah tak perlu nak beratur panjang to place order.  Malangnya, staff still with the lame attitude.  

Kita tanya macam ni, dia jawab macam ni.  Which i feel disgust!  Yang paling saya ingat, I asked mix (original & spicy) rib for my snack plate and Ayu Bam Bam asked for mix thighI know its a bit pening la dengan our demand.

If you cannot provide just say so, tak adalah I question it later.  Tapi that counter girl straight away sound us, "Order one plate spicy thigh, satu lagi rib orginal.  Apa-apa jelah ya?"

Which indirectly I will get one thigh and one rib on my plate.  Betul tak?  so I reply NOThen dia pula rasa bengang ke apa, "ok-ok saya faham!" sambil muka mencuka dan tidak berpuas hati.

Settle bayar, she gave us receipt together with waiting number, ala-ala hospital & bank.  Bila tengok di skrin baru naik nombor 33, our number 41.  Roughly, about 7 person infront of us.  Bila fikir-fikir, ridicously punya sistem.

Why I said so?  Just imagine, you order 1 burger and drinks but you have to wait around 10-15 minute just to get your meal.  Sudahlah waktu order kena tunggu roughly about 3-10 minutes depends on que.

Its better for them to open more counter for instance 5-6 than separate it into two.  Than get some staff standby at the back to take whatever order from front desk.

Juga adalah lebih baik order dan terus tunggu di depan kaunter seperti sebelumnya.  Dah tentu-tentu memang kena beratur sekali jalan.  Sekali harung 15 minit terus. 

Bila makanan sampai hati mula sakit cause we have no right to argue sebabnya kaunter tu cakap bukan salah mereka.  Damn!!

And its happen to us, the chicken that I asked not as same that I request.  Dah agak perkara ini berlaku disebabkan kesengalan kaunter bayaran tadi.  Guess what, I received 4 thigh yang rupanya sangatlah azab.  Kecil-kecil! (malangnya tiada gambar sebagai bukti :( ) 

Bila minta tukar, dia kata sama sahaja.  Siap kaunter girl yang took our order previously boleh pula cakap dengan kuat, "ini memang rib cuma kecil sedikit!"  Hello, although am not a Chicken Master but I still know how to differentiate!

At the same time, ada seketul ayam dipinggan sudah terkoyak isi.  Seolah telah dicuit sedikit.  Bukan nak menuduh but as customer we have right to change right?  When we persoalkan, boleh Mak Nenek tu beritahu "Oh ini biasa.  Ayam tu melekat antara satu sama lain bila digoreng itu yang terkoyak.  Tak ada apa-apa masalah ni.  Tak rosak pun.  Boleh je makan."  Berbulu tak mendengar!  We are not ask for the explanation, just take back your chicken and change, as simple as that!  

Macho Man memang dah bengang, sudahlah kena berdiri lama, lepas tu sampai meal banyak sangat arguement.  Disebabkan malas nak bertekak, we just take what ever that they served dengan hati membengkak!  Lagi lama nanti jadi kes bertumbuk pula..ha..ha..ha..

Ayam kecil-kecil lagi satu hal, rasa tak worth it sangat.  Bayangkan Buah Hati makan drumstick hanya dengan 3 kali gigitan, dah habis.  Sorry KFC your quality getting worst!  Kesimpulan, dengan apa yang dihidangkan memang tidak mencukupi perut kami yang besar.

KFC is one of my favourite fast food.  Those days, I can't finish 1 piece of chicken because of the size and today, 2 pieces is not enough.  Tak kisahlah kalau nak kata saya buruk lantak ke tidak, tetapi am not satisfied at all.

Bila tak cukup ada ura-ura nak tambah (maybe inilah strategi KFC.  Small portion will make customer to repeat order) tapi mengenangkan nak menunggu nombor bagai, hasrat dilupakan.

Lagi pun hati panas bila nak tempuh semula kaunter order dan berhadapan sekali lagi dengan pekerja yang SSSAAANGGGAATTT PANDAI!

As a conclusion, I might think twice if I have to go and eat there.  Malas dah dengan KFC Kota Damansara.  Well, this is not our first time.  Banyak lagi insiden menyakitkan hati.  Ingatkan bila telah berubah wajah segalanya berubah.

That is why we much more prefer to go either in Giant or else out from our house area.  Dear KFC Kota Damansara, you are losing your potential customer because my family love to having it but your service totally SUCK! 

Order kaunter lain, setakat hari itu, hanya dua kaunter sahaja yang ada


Ambil di bahagian lain.  Tunggu nombor keluar di skrin ya..


Sabar berdiri menunggu makanan sambil.  Bukan dia seorang sahaja berdiri, ramai lagi yang turut sama.  Malas nak duduk di kerusi barangkali
      




nota:  memang agaknya customer service kualiti di Malaysia ini ditahap memalukan..entahlah..

Thursday, June 28, 2012

::Frustrated Citizens::

Last night, on my way sending Abang back we stuck in d middle of Jalan Duta - Jalan Istana.  Was wondering "traffic jam at this time?" dosen't make sense.

Then we realised there were road closure just to give ways for VVIPs, maybe DYMM Seri Paduka Baginga YDP Agong and their delegation from the palace, I guess.  Almost 15 minutes we were there.

While waiting, drivers get fed-up.  Many of them lost patience and they started re-act a bit crazy.  Honking and honking and honking.  Some of them made up a mind by came out from their vehicles and shouted which I do not bother to hear what they say.

Looking at that, we laugh.  I seems enjoy to see people's craziness even Abang join them by honking although I keep on warned him not to do so.  Press the honk once than laugh.  

Yes, we do lost our patience either but what else we can do?  It is normal for giving them ways as we already praticing it forever but than I realise something...

People nowadays have lost respect towards the ruler of the Country.  Those days, nobody will question when this thing happen even we will not going to honk or shout at the police because basically everybody knows this thing could happen without giving any notice.  Afterall, that's the reason we classified them as VVIPs. 

Today, people seems forgot about this hierachy.  They wanted everything to be equivalent.  They ask for their rights as in this situation, road are not supposed to be close just to give Sultan's/Prime Minister ways.

This is not first time, I have seen even worst.  They came out from the car and argue with the police, why have to wait for some time.  Luckily no fight turn on although situation quiet bad.

I still remember, those days when there's a troop of police escorting VVIP's we never question.  Even many of them proud for seeing royals in the street.

Why?? Why?? Why this thing happen?  As I said, why people lost their respectness easily towards important people in this country?  "Hey people, when you owned a luxury car it doesn't mean you should own a big head either"

Is this a sign of people start rejecting The Rulers?  Either we aware or not, today a lot of issues have been brought up regarding on Raja-Raja's capabilities.  Here and there people were talking about this.

Many already questioning King's responsibilities and their presences.  Honestly, I am not happy whit this situation.  Its has been stated in our constitutional even in Rukun Negara that we should "SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA" so please and please, just because of you are fighting for your politics ideology, don't twist any fact until people disrespectful our King.

I love our country and I love the beauty of our Constitution.  Don't easily put our peaceful state towards your passion to win people's heart.  Am not side with any politic groups as each of them have their plus point and negatives effect.   

I just getting worry with current situation.  Hope all of us will not turn to be as one of Malay famous probe "Kaduk Naik Junjung".  Just accept that we are normal citizens and give back something to our country using our smart and cleverness brain.  Not fight for unnecessary demand.

Is this the attitude we going to inherit to our next generation?  Are we forget that we should educate them with proper manner towards people and country?  Where is our responsibilities as an adult?

Malaysian people of democracy and I have right to say what I should voice out.  I neither right nor wrong but this is what I see from my eyes.  You guys free to talk about this thing but seriously, after last night insident I was so frustrated with Malaysian and as a conclusion people nowadays  NO RESPECT and NO PATIENCE!  shall I call you "A GROUP OF DISRESPECTFUL PEOPLE?" (based on what ever I seen)        




note:  how about people in our future?
   

  

               

Wednesday, June 27, 2012

::Wordless Wednesday 7::

Mencuba-cuba...


nota:  gambar lama..

::Wordless Wednesday 6::

Kenangan tercipta bersama...



nota:  ada rindu tersimpan..

::Merapu Di Malam Hari::

Antara sakit mudah hinggap pada saya setiap kali bulan puasa, ulser, tonsil dan sakit mata.  Dari dulu lagi 3 sakit ini sukalah muncul tatkala bersemangat merebut ganjaran Ramadhan.

Masalahnya, sekarang ini saya sedang berhadapan dengan masalah tersebut terutamanya ulser.  Seksa menanggung sakit dan bengkak di dalam mulut.  Terasa pipi kembung penangan ulser.

Barangkali kesan dari berpuasa sunat berterusan kerana itu masalah kesihatan mudah muncul.  Di tambah pula sekarang sedang musim "Raja Buah", walau saya tidak berapa menggemari tetap makan seulas dua.

Sebut durian, teringat hantu durian di rumah ini.  Siapa lagi kalau bukan Siti Cutie, Buah Hati dan Ninie. Mereka boleh menghadap sehari suntuk buah tersebut tanpa jemu.  Letaklah berapa banyak sekali pun, memang termampu masuk ke tekak mereka.

Kasihan pula pada Abang, musim kali ini dia dilarang keras menikmati.  Memang terliur tapi demi kesihatan kenalah butakan mata.  Dah sihat sepenuhnya, makanlah seberapa banyak yang mampu asal jangan memudaratkan.

Musim durian dan musim sakit pasti datang seiringkan.  Panas, sebab itulah kedua mereka tak dapat dipisahkan.  Harap jangan saya berjangkit demam ke, batuk ke kerana ingin benar memperbanyakkan puasa sunat sebelum terbitnya Ramadhan.

Eh, sebenarnya nak bercerita perihal apa ?  Melalut tak menentu.  Tak apalah, tiba-tiba idea hilang entah ke mana. Saya berbicara mengikut hati dan sebelum lebih melalut perlu berhenti dahulu agaknya.

Inilah akibatnya kuat berangan dan buat kerja sambil mata tertancap ke kaca televisyen.  Menerawang merata!  Oklah, tidur dulu.  Itu adalah lebih baik dari membuang masa tanpa arah tuju di sini ;)

Selamat malam dan bertemu entri lain, jika ada!




nota:  yaaappeeddaa..........    

Tuesday, June 26, 2012

::Menara Condong Teluk Intan::

Siapa pernah pergi Menara Condong Teluk Intan?  Walaupun kampung halaman di Perak dan perjalanan dari sana ke Teluk Intan hanya memakan masa kurang dari 1 jam, bulan Januari yang lalu barulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana.

Itu pun kebetulan keluarga Abang ada sedikit urusan di Teluk Intan.  Terlanjur berdekatan, selesai majlis kecil mereka semua menuju ke sana.  

Bagi sesiapa yang belum pernah ke sana, jika dari Kuala Lumpur ikut sahaja Lebuhraya Utara - Selatan, keluar di persimpangan Bidor kemudian halakan perjalanan ke Pusat Bandar Teluk Intan.  Ada sahaja papan tanda menunjukkan ke arah Teluk Intan.

Perjalanan hanya memakan masa kurang dari 2 jam, itu pun mengikut kadar kelajuan normal.  Lagi deras kereta bergerak, lagi cepatlah akan sampai tetapi amatlah  tidak disarankan.   


Sewaktu di sana, sayangnya tidak dapat berpeluang menaiki menara tersebut.  Bagi yang ingin mendapat sedikit info sejarah mengenai Menara Condong ini, bolehlah ke sini.  Moga mendapat sedikit ilmu ;)


Dari jauh, nampak tak kecondongan menara tersebut?  




Dari dekat pula.  Ketarakan condongnya?  Ingat di Pisa sahaja ada menara condong?  Malaysia pun ada tau, walaupun tak setinggi mana.




Alang-alang kita abadikan gambar di sini =)




Bergambar bersama keluarga Abang.  Tak semua adik beradik dia yang ada, kalau ada semua memang penuhlah gambar ni


Puas bergambar dan jalan-jalan di perkarangan menara, mereka ambil keputusan untuk melajakkan perjalanan ke Teluk Batik.  Tak jauh mana pun, lebih kurang 30-45 minit pemanduan.

Untuk ke Teluk Batik, ambil jalan menghala ke Lumut.  Biasa sangat dengan jalan-jalan di sana kerana kampung saya di Sitiawan.  Teluk Batik dan Lumut sememangnya menjadi kawasan permainan saya.

Sampai di Teluk Batik ingatkan budak-budak nak mandi laut.  Sekali semuanya takut.  Barangkali tiada dewasa turut serta maka hilang keghairahan mereka.  Macamana yang tua-tua nak turut serta, bukannya ada bawa baju persalinan, kan ini berjalan terkejut namanya.

 Beriadah sambil meregangkan urat tegang dek berjalan ke sana sini




Menanti mereka-mereka menjamu mata di tepi Pantai Teluk Batik




Sempat juga budak-budak ni main motosikal berbayar




Habis acara di Teluk Batik, alang-alang terus ke Lumut boleh juga mereka membeli hasil laut.  Orang yang mudah dapat benda-benda tersebut seperti saya mungkin tidak hairan sangat.


Di belakang itulah jeti Lumut.  Nak ke Pulau Pangkor ambil bot di sini


Tidak dinafikan hasil laut di sini segar belaka.  GM tidak pernah beli ikan bilis di tempat lain.  Jika kami tidak pulang ke kampung pesan sahaja pada saudara mara di sana.  Harga juga jauh lebih murah jika dibandingkan di Kuala Lumpur.



 Masing-masing sibuk membeli, kami sibuk bergambar


 Berjalan-jalan di pekan Lumut


Selesai membeli-belah, hari hampir malam.  Makan malam sahaja di Lumut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.  Meninggalkan Kuala Lumpur seawal jam 10 pagi, tetapi pulangnya lewat juga kerana ada insiden kereta rosak.

 Bergambar beramai-ramai di tepian tebing laut Lumut


Alhamdulillah, perjalanan dilindungi walau terdapat sedikit bencana kecil.  Seronok meski penat berjalan.  Bila lagi agaknya berpeluang berjalan sebegini?  Ada rezeki Insyaallah...









 nota:  terkenang kampung, ada duka tersimpan...biarlah!!