Followers

Friday, July 2, 2010

Pantas Beredar

Sedar tak sedar 2010 sudah hampir separuh menjalani usianya.  Ibarat sekelip mata kini kita dah pun berada di bulan yang ketujuh.  Tinggal lima bulan sahaja lagi untuk kita berusaha mewarnai 2010 supaya ianya meriah di dalam lipatan sejarah kehidupan.  Terpalit sejarah hitam bukanlah kehendak kita sebagai manusia tetapi apa pun kita harus menerimanya dengan tabah kerana mungkin ianya dugaan dari Illahi.

Buat diri sendiri, biarpun tiada apa yang boleh dibanggakan malahan masalah dan dugaan yang sering membayangi kehidupan seharian, masih lagi mampu tersenyum.  Masih ramai lagi di luar sana di uji dengan keperitan yang kadang kala tidak terjangkau dek akal fikiran kita.  Samada dugaan mahupun rezeki, kedua-duanya kita harus memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana ianya adalah bahagian kita di dunia.  Mungkin saya tidak pernah berkongsi di alam ini segala apa yang dilalui secara keseluruhan.  Ialah apabila ianya menjadi tatapan umum, berat juga sebenarnya untuk berkongsi rasa.  Kegembiraan mungkin boleh disebarkan suasananya tetapi jika sebaliknya, biarlah hanya mereka yang tertentu sahaja berkongsi rasa.  

Apa pun, ibarat pengganti bagi segala masalah dan kegundahan, akhirnya kami sekeluarga di anugerahkan dua rezeki yang datang bertimpa.  Syukur Alhamdulillah Ya Allah!!!  Akhirnya Buah Hati bakal mendapat teman sepermainan kelak.  Ye, Puan Ninie dan Siti Cuty bakal melahirkan penyambung zuriat mereka dan kami sekeluarga tidak sabar rasanya menanti detik itu.  Insyaallah, mereka berdua akan selamat.  Jika Puan Ninie, memang umum dah mengetahuinya tetapi Siti Cuty masih baru lagi.  Sebagai kakak, saya sentiasa mendoakan semoga kedua adik-adik saya akan sihat dan sejahtera hendaknya dan Insyaallah melahirkan permata hati yang sempurna sifatnya.

Buat teman di luar, ingatlah apabila berada di langit tinggi, jenguk-jenguklah rumput di bumi.  Bersyukurlah dengan segala anugerah yang telah diberi kerana kesenangan yang diberi kadang kala merupakan ujian dari Allah.  Dia menguji samada kita akan terus mengingatinya atau tidak, dan jika Dia menginginkan segalahnya di tarik, dalam sekelip mata segalanya akan lenyap.  Yang pasti, masa kita begitu pantas beredar ibarat sehela nafas...
nota:  dalam debaran menanti jawapan... :(


No comments :

Post a Comment