Followers

Tuesday, August 2, 2011

::Hidangan Kegemaran::

Di saat anda semua sedang menahan kelaparan, jom saya kongsi cerita yang mungkin akan membuat perut rakan-rakan terdera.  Sebenarnya, saya ni memang rajin makan-makan cuma biasalah.  Bukan blogger tegar, jadinya agak jarang ambil gambar makanan.  Sejak kebelakangan ini sudah ada jurugambar amatur, adalah sedikit gambar-gambar untuk dikongsi.

Majoriti dari kita pastinya minat menikmati hidangan dari Pulau Pinang, Nasi Kandar.  Saya amatlah meminati Nasi Kandar.  Letaklah 1001 jenis hidangan di hadapan tetapi bila adanya Nasi Kandar pasti semua saya akan tolak ke tepi.  Tapi tak semua restoran menjual Nasi Kandar boleh saya makan, ada daripadanya tidak menepati citarasa.

Jika berkehendakkan yang betul-betul kaw, kenalah menghalakan perjalanan ke Utara.  Salah sebuah lokasi diketahui umum, Line Clear.  Ada banyak juga yang lain seperti Kassim, Subaidah.  Larat atau tidak semata-mata hendak ke sana demi Nasi Kandar.     

Tapi hidangan popular pastinya mudah sahaja untuk didapati.  Di KL ni antara yang saya minat sudah semestinya Nasi Kandar Kudu dan Nasi Kandar Ibrahim Shah.  Kedua-dua lokasinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Di Ipoh sendiri ada sebuah restoran Nasi Kandar begitu terkenal hingga sekeliling memberi gelaran "NASI GANJA".  Sesiapa dari sana pasti tahu akan kewujudan restoran ini.  Kiranya yang di Ipoh ini Top of The List saya.  (alamak dah terliur ni, macamana??)

Dek kerana asyik menyebut keenakkannya di hadapan Nova, terus dia teringin.  Dari sebelum mengandung anak ke-2 asyik rancang nak ke Ipoh tetapi ada sahaja halangan.  Kasihan dia.  Sewaktu mengandungkan Baby Aqilah pun ada juga dia sebut-sebut tentang Nasi Kandar Ipoh, cuma belum ada rezeki untuk ke sana.  Saya berjanji lepas dia habis pantang, ke Ipoh akan diberi keutamaan.

Hebat tak hebatlah penangan berjanji dengan ibu mengandung, saya pernah ke Ipoh dalam awal tahun.  Bila dah sampai sana terus pasang niat untuk menikmatinya.  Sampai ke kedai tersebut boleh pula tutup sedangkan restoran tersebut tidak pernah tutup pada hari Ahad.  Aduhai!!!  Mungkin kami kena makan sekali dengan Nova dan ternyata bukan rezeki saya.  Bila saya cerita pada dia, terus dia gelak-gelak.  Terkena sumpahan betul!!!

Sementara nak menunaikan janji untuk ke Ipoh, saya bercadang hendak bawa mereka sekeluarga ke Nasi Kandar Kudu dahulu.  Bolehlah buat hilang rasa mengidam Nova.  Berjanji-janjianlah kami dan memilih satu hari yang indah.  Mungkin silap kami juga memilih salah hari iaitu sehari selepas Perhimpunan Bersih 2.0 jadinya kedai tersebut tutup.  Hampa Nova!!  Alang-alang dah keluar, sederet dengan Nasi Kandar Kudu ada sebuah restoran Nasi Kandar Yasen Pulau Pinang.  Tak pernah pula makan di sana lantas sebulat suara bersetuju untuk ke sana.

Melihatkan respon dari orang ramai keyakinan kuat mengatakan mungkin sedap juga di restoran ini.  Melihatkan warna makanan pun begitu menggairahkan.  Abang dah tak tahan lapar, terus sahaja beratur dan makan dahulu sementara menanti kedatangan keluarga bahagia.

Tapi sayang, segalanya serba tidak kena dengan selera saya.  Ayam tawar, sotong rasa hanyir, kari nampak pekat tapi tak berasa dan macam-macam lagi.  Ingatkan hanya saya seorang berperasaan sedemikian, rupanya kami semua bersetuju yang Nasi Kandar di situ tidak sedap.  Sedap lagi Nasi Kandar Kayu ataupun Pelita yang mana saya sendiri tidak berapa suka akan rasa di restoran tersebut.

Maaflah Nova, memang agaknya kita kena tunaikan hajat untuk ke Ipoh.  Selagi tak ke sana, memang ada sahaja tidak kena dengan selera kita..ha..ha..ha..Mungkin ada yang kata Yasen Nasi Kandar sedap, tetapi tidak pada saya.  Maaf dan ia merupakan kali pertama dan terakhir kunjungan saya ke sana.

  Sambil beratur sambil ambil gambar.  Lama juga menanti giliran. 


 Khusyuk memilih hidangan dengan harapan akan memikat selera :(

Hak milik saya.  Nampak menyelerakan tapi serba tak kena rasanya


Amira yang semakin keletah.  Maaf ye Mama & Papa Amira, tak ada gambar korang.  Mesti photographer tu jaki dengan korang...ha..ha..ha..

Saya dan Baby Aqilah yang semakin mantap, semakin comel!!!

Selesai makan, kami berjalan-jalan mengambil angin.  Ke mana?  Nanti-nantilah saya bercerita jika punya kesempatan.  Dah, jom kita mula kerja semula....



nota:  sabar...sabar...sabar...dan sabar....



 

No comments :

Post a Comment