Followers

Wednesday, April 10, 2013

::MasterChef Selebriti 2::

Semalam pihak Astro telah umumkan secara rasmi bakal peserta Masterchef Selebriti Musim ke-2.  Mantap-mantap para pesertanya.

Tak sabar nak tonton gelagat selebriti berperang di dapur terutamanya Dato Aznil Haji Nawawi.  Yes, I am a big fan of him.  Dari zaman Pop Kuiz lagi.  Siapa tak tahu rancangan Pop Kuiz silalah Google =)

Episod pertama Masterchef Selebriti 2 akan ke udara pada 22 April akan datang di saluran Astro Ria.  Kalau dulu Dr Fazley pemenang, kali ni siapa pula agaknya?

Yang penting, bila melihatkan para peserta mesti kali ini lebih banyak drama.  Pasangan kekasih bakal berkahwin pun ada tau!

Macamana rupa gaya masakan para selebriti ini ya?  Tak apa, kita nantikan sama-sama Masterchef Selebriti kali ini dan sahih saya akan melekat di depan peti televisyen sentiasa.


Di ambil dari FB Masterchef



nota:  tak pandai masak tapi minat rancangan masak

Tuesday, April 9, 2013

::Hak Menggunakan Media::

Minggu lepas hampir tiga jam siaran langsung pembentangan Maniefesto Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka menang pilihanraya.
 
Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita berhak tahu mana hala tuju bakal Kerajaan dan apa boleh diberikan demi kebaikkan rakyat.
 
Sayangnya pihak Pakatan Rakyat (PR) tidak diberi peluang seperti BN.  Kenapa ya mereka tidak dapat peluang sedemikian?  Bukankah PR juga punya hak sedemikian?
 
Setiap malam baik RTM mahupun TV3 akan ada slot khas memanggil panel-panel profesional membuat pencerahan betapa bagusnya jika rakyat memilih BN. 
 
Bagaimana pula dengan PR?  Adakah mereka parti Pembangkang ini beerti mereka tidak bagus untuk mentadbir Kerajaan?  
 
Adakah asal membangkang itu sesuatu yang tak bagus dan tak sihat?  Bukankah bangkangan selalunya menentang agenda buruk supaya dibaik pulih?
 
Okaylah, katanya PR dapat peluang tersebut tetapi hanya 10 minit sahaja.  Rakaman pula tu.  Sewaktu belajar dahulu, saluran media harus dinikmati secara adil oleh setiap pihak.
 
Mungkin ada menganggap saya penyokong PR, terpulanglah.  Undi adalah rahsia!  Apa saya boleh katakan, saya mewakili kumpulan pengundi atas pagar.  Pengundi yang masih lagi berkira-kira mahu pangkah parti mana satu.
 
Pengundi seperti kami inilah parti-parti politik kena yakinkan.  Sekiranya apa yang BN lakukan PR juga dapat peluang sama, pengundi atas pagar ini akan dapat gambaran jelas mana satu terbaik untuk dipilih.
 
Seandainya media telus dan membuka ruang saya jamin rakyat akan dapat membuka mata dan minda mereka.  Rakyat Malaysiakan dah bijak dan tidak membuat keputusan membuta tuli.
 
Saya jamin akan ramai nanti mengatakan saya tak bersyukur.  Tak puas dengan apa yang telah Kerajaan selama ini beri.  
 
Apa boleh saya katakan, bukan tak bersyukur tapi sebagai rakyat Malaysia saya punya hak untuk inginkan sesuatu yang lebih baik bukan demi kepentingan diri tapi untuk kemajuan bangsa khususnya.
 
Awal tahun lalu kajian dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan betapa pengundi atas pagar mampu menaik dan menumbangkan salah satu pihak dan golongan ini kebanyakkannya adalah golongan muda.
 
 
Laporan lanjut boleh klik di sini

Nak kata saya impress sangat dengan Manifesto BN pun taklah sangat cumanya adalah perubahan dan nampak mesra rakyat.  Mungkin tekanan dari PR menyebabkan BN mengambil langkah sedemikian.
 
Tetapi, sebahagian dari Manifesto BN tersebut pernah saya baca dalam Buku Jingga PR.  Ada ubah suai sana sikit sini sikit.  Adakah BN mengiakan bahawa dasar PR sebenarnya bagus sehingga digunapakai?
 
Dan buku jingga tersebut sudah berusia hampir lima tahun.  Nampaknya PR sudah foreseen perkara-perkara ini sudah lama.  Kenapa pula baru sekarang BN buka mata?
 
On the other hand, ada Manifesto PR sudah dijalankan oleh BN.  Siapa tiru siapa agaknya?  Tak kisahlah isu peniruan ini asal mampu dilaksanakan!
 
Ini kerana saya pernah mempertikaikan kemampuan PR dalam melaksanakan dasar Buku Jingga dan ianya agak mengecewakan juga.  
 
Hari ini persoalan sama saya lontar, adakah BN mampu menjadikan kenyataan segala Manifesto yang dibentang hampir 3 jam? atau setakat memancing undi.

Alangkah bagus PR pula mengambil tempat di media dan membentangkan Manifesto mereka pula.  Kita mahu juga tahu apa janji manis PR.  

Prestasi PR boleh diukur melalui perkhidmatan mereka sepenggal yang lalu dan kita bezakan dengan Manifesto mereka kali ini.  Jika omongan kosong, boleh sahaja kita tolak!

Maaflah ya jika ramai tidak sehaluan dengan saya, tapi saya tetap menegaskan PR seharusnya diberi peluang muncul di media arus perdana dan hak yang sama seperti BN. 

Bukannya peluang ibarat melukut di tepi gantang.  Ada ikut sahaja, kalau tak nak tak perlu dan sebab inilah PR terlalu popular di media internet.  
 
BN harus sedar ini sesuatu yang bahaya kerana pelayar internet adalah dari golongan 21% iaitu kumpulan pengundi atas pagar dan alam siber adalah sumber utama dalam mencari maklumat.



nota: tiba-tiba isu politik pula..


 
 
 
  


::ABPBH Serba Tak Kena::

Sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung, saya tak berkesempatan menonton.  Inilah gunanya fungsi PVR, tak adalah terkejar-kejar nak berada di depan televisyen.
 
Bila berpeluang menonton semula hampa dengan ABPBH kali ini.  Mujur juga saya tak korbankan temujanji kalau tidak menyesal tak sudah.
 
Awal-awal lagi dah out!  Masalah audio dan teknikal begitu ketara.  Kasihannya kumpulan One Nation Emcees terpaksa berhadapan masalah sebegitu.  Masalah yang tidak sewajarnya berlaku kepada penganjur yang luas pengalaman.
 
Masalah tersebut bukan menghantui di awal pembukaan program tetapi berlarutan hingga majlis selesai.  Agaknya produksi rasa janggal kerana bertukar lokasi dari Genting Highlands ke Bukit Jalil.
 
Secara jujur ABPBH yang selalu gemilang serasa hambar.  Mujur juga Johan dan Zizan menjadi pengacara, boleh juga menutup sedikit kehambaran pada malam tersebut.
 
Persembahan pun bertaraf biasa.  Paling menarik segmen khas buat Kumpulan Search dan 4 penyanyi lama mendendangkan lagu kegemilangan mereka.  Lain-lain, hmm....

Senang cerita serba tak kenalah ABPBH kali ini.  Rasa terseksa menantikan rancangan habis sampai ke penghujung. 
 
Kalaulah penganjur bertaraf amatur dan baru kali ini mengadakan acara besar mungkin boleh dimaafkan tetapi untuk ABPBH ianya berada di bawah par.  
 
Sudahlah bakal pemenang  secara keseluruhan boleh dijangka.  Kalau tersasar pun setakat 2-3 calon.  Apalah nak dihairankan, pemenang berdasarkan populariti dan pembaca adalah pengadil.

Nampak gaya penganjur ABPBH tahun hadapan harus berkerja keras bagi menebus segala kepincangan tahun ini sebelum penonton dan peminat merasakan ABPBH sudah hilang taring.

Tahniah kepada pemenang terutamanya Shaheizy Sam berjaya merampas semula mahkota Bintang Paling Popular 2012.  Dia memang selayaknya.

Kalau follow Twitter Shaheizy Sam ni, dia rajin melayan peminat.  Kebiasaannya dia akan spend dalam sejam macam tu untuk berinteraksi dengan follower dia.
 
Untuk lain-lain komentar terutamanya perihal fesyen dan gelagat artis kita banyak dah laman-laman sosial berkongsi pendapat, rasanya tak perlu lagi saya turut sama.  
 
Google sahaja ABPBH 2012, berderet senarai akan keluar.  Lagi pula ini hanya dari sudut pandangan saya.  Kata-kata kita mungkin berbeza.
 
 
 
nota:  ketinggalan keretapi.. 
 
 
 
 

 
  

::Bukan Hanya Cari Untung::

Sejak berjinak-jinak perniagaan online, 1001 ragam manusia saya pernah berurusan.  Tak perlulah nak cerita, itukan ragam manusia.  
 
Bila perkara berkaitan duit, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik.  Bukan pembeli sahaja, saya pun sama.  Yang penting kita mahu segala wang ringgit mengalir keluar rasa berbaloi.
 
Ramai juga approach ambil produk mereka untuk saya jualkan.  Offer jadi stokis, agen, dealer dan macam-macam lagi.  Biasalah, itukan kaedah mengembangkan perniagaan.
 
Tapi kebanyakkannya terpaksa saya tolak dengan baik.  Bukan tolak rezeki ke apa cumanya saya ni agak payah sedikit.
 
Payahnya bila mana produk tersebut saya tak guna tapi disuruh jual.  Cerita berdegar-degar perihal produk tapi kita sendiri tak amalkan.  Rasa macam menipu pula.
 
Bukan produk tak bagus tapi beria cakap kebaikkan produk, diri sendiri haram tak mencuba.
 
Siapa pun tahu, keberkesanan sesuatu produk bergantung kepada penerimaan badan seseorang individu.  Tak semestinya saya makan elok, ada orang makan alami perkara sama.
 
Contohnya kolagen, ada juga 2-3 orang customer tak sesuai langsung.  Ada seorang tu sampai kena gatal-gatal dan bengkak satu badan.  
 
Bila jumpa pakar perubatan, doktor sahkan dia allergic makanan laut so memang tak boleh makan kolagen.  
 
Ada pula kes di mana customer ni memang jenis allergic makanan laut.  Kalau makan sup bercampur udang sedikit pun dah meruap panas satu badan.  
 
Tapi Alhamdulillah, bila makan kolagen tak ada pula alahan malah dia akui alahan pada makanan laut ada berkurangan. 
 
Cuma sekurang-kurangnya saya kenal luar dalam produk bakal diniagakan.  Saya tahu apa sahaja tindak balas negetif mahu pun positif.  Orang pun akan lebih berkeyakinan melalui pengalaman penjual itu sendiri.
 
Jadinya bila ada offer terpaksa on hold dulu.  Sekiranya saya berminat saya akan makan atau cuba dahulu sebelum jual kepada orang lain.
 
Prinsip berniaga yang saya pegang, bukan sekadar mengaut keuntungan semata.  Kita pun mahu pembeli stay lama membeli dengan kita dan bukannya setakat one time transaction.

Kepercayaan juga antara elemen terpenting.  Sekali orang dah percaya, Insyaallah sampai bila-bila orang akan percaya.  Bila terpaksa mempertaruhkan kepercayaan orang, rasa berdosa pula.

Tell me, siapa tak nak untung bila berniaga?  Lainlah kalau memang dalam hati nak buat amal jariah.  Saya ni nak ambil untung berlebihan pun dah rasa cemas :( 
 
Ke saya ni tak boleh berniaga?  Hati tisu sangat dan terlalu memikirkan macam-macam.  Risau tertipu oranglah, risau orang hilang rasa percayalah, risau harga tak munasabahlah.  
 
Setakat hari ini Alhamdulillah, belum pernah dapat feed back negative dari customer tapi mana tahu esok lusa Allah nak uji.  Takutnya!     

Seronok berniaga ni terutamanya bila customer happy.  Rasa selesai satu tanggungjawab walhal bukan berniaga ribu-ribu pun.  Barangan biasa dengan harga patut-patut.  

Kesimpulannya, apa sahaja yang saya jual adalah produk yang saya sendiri telah cuba dan saya kongsikan dengan orang terdekat.  Bila ada tindak balas positif baru saya war-warkan sebagai barang jualan.  




nota:  lain orang lain caranya..
 
 

Monday, April 8, 2013

::Niat Dalam Hati Sewaktu Wuduk::

Saya ambil dari hasil perkongsian di FB.  Moga ia bermanfaat buat kita yang masih lagi berusaha menjadi insan beriman

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan ---> "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Wallahualam..
nota:  sekadar ilmu...

::Bicara Pagi Isnin::

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat kita bersua lagi di hari dan minggu baru.  Put aside all your Monday Blues yeah!  
 
Kalau sentiasa berfikiran positif, Isnin akan memberi satu semangat baru dalam diri kita semua dan In Shaa Allah segalanya dipermudahkan sepanjang minggu.
 
Bersyukur juga bilamana pinggang secara beransur pulih meski lena malam sering terganggu.  Penyakit datangnya seperti ribut, perginya seperti semut.  Yang penting tawakkal.
 
Belum punya idea menarik untuk entri.  Kerja-kerja tertangguh lebih seminggu lamanya sedia menanti.  Dalam banyak perlu diselesaikan, masih juga sempat lagi berpeleseran di dunia tanpa sempadan.  Hmm...
 
Eh, bila agaknya SPR nak buat pengumuman?  Kakak Siti Cutie bakal melangsungkan perkahwinan awal Mei, buatnya terkena tarikh tersebut habislah!!!

Ramai sebenarnya tangguh kenduri kahwin sejak dari pertengahan tahun lepas.  Yalah, dari bulan ke bulan asyiklah dengar perkhabaran parlimen akan dibubarkan tapi akhirnya bulan April 2013 juga jadi pilihan.
 
Harap-harap tarikh perkahwinan Kakak Siti Cutie takkan sama dengan hari pilihanraya.  Susah juga ya dalam kes sebegini.  Apa pun kita hanya mampu merancang Allah menentukan segalanya.
 
Sebut pasal pilihanraya, kerap pula sejak akhir-akhir terima kiriman SMS dari wakil parti-parti politik.  Okaylah nak guna kemajuan teknologi dalam membantu kempen.  
 
Cuma masalahnya, SMS masuk tidak kena waktu.  Jam 1-2 pagi telefon berdenting, ingatkan ada kecemasan.  Paksa buka mata sekali rupanya SMS berbaur politik.  Aduyai...Ada sesiapa tak menerima nasib sama?
 
Kalau setakat 1-2 kali tak kisah sangat, ini hampir setiap hari.  Kalaulah ada suami dan anak mahu mengamuk.  Masakan tidak, nikmat tidur diganggu.  
 
Sekarang ni kalau keluar bersantai dengan rakan-rakan pun topik pilihanraya mengambil tempat teratas.  Masing-masing punya idealogi untuk dipertahankan.  Mujur juga tidak bertegang urat.
 
Perbincangan mencabar minda ni bagus.  Apatah lagi kita punya impian demi negara dan juga masa depan.  Yang penting, kalau setakat berbicara tapi tak mengundi itu HAMPEH namanya.
 
Okaylah, bicara pagi Isnin saya berhenti di sini.  Tiba-tiba idea kering dan fikiran melamun jauh entah ke mana.  Sejuk sangat barangkali!
 
 Terima kasih Google Image
 
 
 
 
 
nota:  buka pintu hati seluas alam semesta...
 
 


 
 

Saturday, April 6, 2013

::Perang Politik Sudah Bermula::

Belum pun SPR umum tarikh-tarikh penting, perang bendera sudah pun bermula.  Sana sini bersilarat bendera digantung ala silang pangkah.
 
Bersemangat betul ya parti politik bakal bertanding.  Kalau dulu menjalankan kempen sebelum waktunya adalah satu kesalahan, kali ini tak pasti pula.  Tapi yalah, setakat gantung bendera bukan cara berkempen yang extreme pun.  
 
Cuma itulah, nak gantung bendera tu tak salah tapi bila dah menghalang penglihatan orang ramai itu masalah.  Bayangkan sampaikan traffic light pun habis dibalun.  Bukankah bahaya begitu?

Hailah tukang gantung bendera, gunalah sedikit akal tu sebelum menggantung.  Pilihlah lokasi mahupun sudut bersesuaian.  Beria-ia gantung bendera tetapi kalau performance calon hampeh orang tak pangkah juga.

Demam pilihanraya sudah melanda.  Cerita kedai kopi tidak lain tidak bukan kisah pilihanraya.  Kalau duduk seharian rasanya ramai boleh diangkat menjadi calon bertanding.
 
Masakan tidak, habis semua kisah luar dalam dia tahu.  Orang ini tak betul, orang itu salah maka siapa lagi yang betul kalau bukan dia sendiri.  Alang-alang tahu semua, taburlah bakti pada masyarakat.

Nantikan pula pesta di seluruh Malaysia tak lama lagi.   Pentas ceramah di sana sini, kem-kem gerak kerja parti politik dan pelbagai lagi sajian mata.
 
Tak kisahlah nak buat apa pun asal jangan berlaku pergaduhan, pertumpahan darah seperti negara luar sudahlah.  
 
Gunakan akal dan minda sihat dalam berpolitik dan katakan tidak pada segala macam taktik politik kotor.  Rakyat Malaysia sudah semakin bijak dalam membuat pemilihan.
 
 
 
nota:  teringin turut serta...  
 
 

Wednesday, April 3, 2013

::Parlimen Bubar::

Sejak pertengahan tahun lepas dari satu tarikh ke satu tarikh rakyat Malaysia menduga bilakah masanya Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen.
 
Akhirnya Dato' Seri Mohd Najib memilih hari ini 3 April 2013 sebagai tarikh bersejarah bagi kalendar Malaysia bagi pembubaran tepat jam 11.30 pagi selepas mendapat restu dari Yang Di Pertuan Agong.
 
Sekarang kita nanti pula pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya bagi tarikh penamaan calon, tempoh berkempen serta hari mengundi.  
 
Rakyat Malaysia layak mengundi sudah bersedia memilih siapa bakal pemimpin?  Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dalam memastikan negara maju, berdaya saing serta aman sentosa.
 
Bijaklah memilih tampuk negara demi kita semua.  Malaysia hak milik kita dan kita tidak mahu sesiapa pun menggadai apa yang telah sedia ada demi kepentingan peribadi.
 
Saya sendiri tidak sabar untuk menyumbangkan satu suara dan ini merupakan kali kedua menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.  
 
Apa diharapkan janganlah ada persengketaan sehingga menjejaskan imej negara.  Berkempen dengan cara bersih dan janganlah pihak-pihak tertentu ambil kesempatan dengan kepercayaan diberikan.  
 
Kita nantikan sahaja pengumuman..
 
 
 
nota:  hari ini akan jadi sejarah..

::Pengetahuan & Amalan Untuk Kita Bersama::

Terbaca artikel di bawah dalam FB.  Perkongsian dari page Ustaz Azhar Idrus.  Semoga bermanafaat buat kita semua!


Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati .
1)  Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1, setiap kali org guna,
anda dpt pahala walau slps mati.

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai, anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Seti
ap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amin ya rabbal alamin

Wallahualam..



nota:  jom amalkan...      

Tuesday, April 2, 2013

::Sakit Lagi::

Belum selesai sakit perut, tup-tup sakit pinggang pula.  Sakit yang ditanggung 3 tahun lebih lamanya.  
 
Okay, sakit ni memang tak dapat nak diselesaikan dengan mana-mana supplement atau kaedah kecuali jaga diri dan pembedahan bila perlu.
 
Telanlah bergelen-gelen kolagen, tetap macam tu juga.  Tapi sekurang-kurangnya sebarang sakit urat ataupun lenguh-lenguh badan dah lama hilang sejak ambil kolagen, Alhamdulillah.
 
Sesiapa nak beli raw / masak boleh beritahu saya ya.  Terbaru dah ada Kolagen Hijau, Gred AAAA.  Jenis ni klorofil lebih dan bau tak hanyir macam Warna Ungu Gred AAA.  
 
Khasiat pun sudah semestinya lebih bagus dari lain-lain.  Nak tahu lebih lanjut Whatsapp:  012-6332711   Sempat buat promosi!! 
 
Entri ni bukan nak cerita perihal kolagen.  Mungkin lain entri saya kongsikan mengenai kolagen baru.  Itu pun jika punya kesempatan.
 
Back to original story, I was a bit confused this round.  Tak pasti kenapa secara tiba-tiba serangan sakit pinggang hadir.  Bila sakit jalan pun terpaksa meniti, setapak seminit.  Payahnya rasa!
 
Nak kata angkat berat, tiada.  Kerja berat lagilah tiada.  Melasak, sejak dari dulu bukan jenis lasak sana sini.  Tapi kenapa ya?  
 
Kalau jumpa doktor pun tiada apa boleh dilakukan.  Kena marah for sure caused haven't start any treatment yet I've been like this bout 3 consecutive years.
 
Paling tidak, pain killer menjadi peneman and most of the time, bed rest.  Takut juga memikirkan bila satu hari nanti doktor kata dah tak boleh buat apa-apa kecuali pembedahan.
 
Seriau!  Pinggang pula tu, one of important part in our body.  Ya Allah, Kau sihatkanlah diri ini secara neutral tanpa perlu melalui complexcity proses kedoktoran. 
 
Nampak gayanya sepanjang minggu masa banyak di atas katil.  Jika bernasib baik, cepatlah sembuhnya.  Kalau tidak mungkin berlarutan hingga ke minggu seterusnya.
 
Sampai hari ini saya masih lagi mencari perubatan alternatif meski jawapan diberi semuanya negatif.  Selagi terdaya berusaha kita usahakan!

Dah terasa sakit balik, better stop.  Kalau ada rezeki kita bersua diruangan ini, In Shaa Allah.  



nota:  sakit itukan penghapus dosa-dosa kecil..
 
 
 
   

::Sakit Perut::

Dah dekat dua minggu perut bermasalah.  Pedih di ulu hati + buang air besar lebih dari 3 kali sehari.  Bila sakit nak bernafas tersangat payah.
Pernah beberapa kali terjaga malam dek kesakitan melampau dan pernafasan terganggu. Serius, waktu itu rasa dah sampai masa ke Malaikat Maut datang menjemput.  Dah terjaga dari tidur, jawabnya hingga ke pagi gagal lelapkan mata.
Tapi dari gaya dan tanda sakit sama seperti sakit gastrik cuma kali ini serangan teruk di ulu hati dan kawasan tengah dada.  GM kata angin.
Belum lagi minta khidmat nasihat doktor.  Kebiasaannya bila sakit perut terutamanya gastrik agak liat nak jumpa doktor.  Dah biasa sakit, balik-balik dapat ubat sama.  Malas!  
Sepanjang amalkan Kolagen dan banyak-banyak sakit ditanggung selama ini, gastrik sahaja belum baik sepenuhnya walaupun dalam 1001 khasiat kolagen, memperbaiki fungsi usus dan masalah perut turut tersenarai.
Yalah, takkan semua nak dapat dalam satu masa.  Salah sendiri pun ya juga.  Tahu ada gastrik tapi makanan pedas tak boleh tinggal.  Ramai cakap deria pedas saya dah mati.  Pedas berdenting pun masih rasa tak cukup pedas.
Mulai hari ini bercadang mahu kurang pengambilan makanan pedas serta jumlah makanan.  Harap sangat pedih ulu hati dan kesukaran bernafas beransur baik.
Salah satu lagi cara, saya akan mula berpuasa.  Doktor sendiri membuktikan berpuasa sangat baik untuk kesihatan perut.  Saya sendiri tidak pernah kena gastrik sepanjang bulan puasa.
Sesiapa yang sudi, doakan kesihatan saya ya.  Oh ya, I Luv Clothez sedang mengadakan promosi hebat "Clearance Stock"  Kalau berminat bolehlah singgah ke sana.  
nota:  bertabah menahan sakit..
 
   
  

:: Penghargaan Dari Kak Mya :) ::

Sepanjang melibatkan diri di arena blog, jarang sangat menang atau dapat sesuatu dari rakan bloggers lain.  

Pernahlah sekali dulu dapat tiket percuma menonton teater dari Kak Red.  Selain dari itu, selalu dapat tiket percuma menonton wayang dari Nuffnang setelah masuk short contest dari mereka.

Macamana nak menang, bukannya rajin sangat turut serta apa-apa contest atau giveaway.  Senarai blog yang saya follow pun tak ramai mana.  

Alhamdulillah, kali ini dapat rezeki pula.  Hadiah sebagai pemberi jumlah komentar tertinggi bagi bulan Februari di Blog Kak Mya.  

Bertahun juga tinggalkan komen di entri-entri Kak Mya cuma kali ni sedikit bertuah bilamana Kak Mya berhasrat menghargai siapa beri komen paling banyak setiap bulan. 

Tak pernah terfikir pun ganjaran setiap kali meninggalkan jejak malah dengan ikhlas hati saya tidak kejarkannya pun, tapi kalau dah memang rezekikan.  

Siapa tak suka dapat hadiahkan?  Lagi-lagi dari blogger terkenal.  Ada juga kenangan dan tanda kita berkawan di alam siber.

Suka sangat hadiah dari Kak Mya.  Walaupun jarang pakai anting-anting tapi apa yang saya dapat tu cantik sangat.  Ayu Bam Bam dah aim nak pakai 2-3 pasang yang saya dapat.

Nak pakai boleh, ambil terus tak boleh ya adik sayang.  Kenangan tu!  Lagi pula saya memang sayang sangat apa sahaja pemberian orang.            

Key chain pun dapat juga dan dah selamat gantung dikunci kereta.  Terima kasih sangat-sangat Kak Mya, kalau ada rezeki boleh dapat lagi.. hehehe..  

Susah juga nak terangkan kenapa saya minat bersidai di blog Kak Mya.  Cubalah ziarah blog Kak Mya, mungkin anda jatuh hati seperti saya ;) 

Dan kerana cenderahati ini, sudah dua kali saya bertemu tuan empunya badan.  Lawa okay!  Simple person as what she are in her blog.  

Nak ambil gambar bila bersua sayangnya telefon tak secanggih mana, jadi pendamkan sahaja hasrat ke sebab dapat jumpa lagi lepas ni?  kih..kih..kih..   


 4 pasang anting-anting dan sebentuk key-chain.  TQ Kak Mya!  Really appreciate it!


Adikku Ayu Bam Bam yang terus melaram bila melihat anting-anting tersebut



nota:  terima kasih daun keladi...

Monday, April 1, 2013

::Pengalaman Sendiri Black Mask Shiseido::

Ramai juga bertanya kenapa tak guna wajah sendiri bagi mempromosikan Black Mask Shiseido.  Sebenarnya saya ni sangatlah pemalu nak menepek gambar sendiri.  
 
Tapi janganlah spekulasi mengatakan produk tersebut tak bagus kerana itu saya tak pakai.  No!! No!! No!!  Dari awal lagi saya adalah pengguna setia Black Mask ni.  
 
Mula-mula pakai seminggu dalam 3 kali, kemudian secara beransur kurangkan pemakaian bila kulit wajah dah okay.  Dari 3 kali sekarang hanya pakai sehari sekali.
 
Itu pun tangan asyik gatal sahaja memegang paket mask, tapi bila tengok kulit muka tak ada masalah rasa rugi pula nak pakai.  
 
Sebagai pengguna tegar saya amat berpuas hati terutamanya bila dah tanggalkan mask.  Kulit rasa lembut dan licin.  Masalah bintik hitam di bahagian hidung Alhamdulillah berkurangan.  
 
Ada yang tanya nak pakai berapa banyak?  Terpulang pada diri sendiri.  Jika masalah di muka agak serius, pakailah tebal sedikit supaya kuat sikit tariknya mask di kulit.  
 
Ayu Bam Bam memang sapu terus sepaket.  Dia kata baru puas hati bila tarik keluar mask.  Bila pakai tebal akan terasa lebih ketegangan pada muka.
 
Saya pula hanya sapukan tipis sahaja.  Satunya bagi tujuan penjimatan, boleh pakai 2-3 kali sepaket.  Keduanya, masalah di muka tak serius sangat jadi tak perlu tebal sangat.   

Saya pakai waktu pagi, kebetulan ada seketul jerawat nasi di hidung.  Kelam kabut tepek mask di muka.  Alhamdulillah, bila tarik mask dengan jerawat sekali turut melekat sama

Stok di tangan masih ada, bagi sesiapa berminat boleh hubungi / sms saya terus ya di talian:  019-2301308 atau siapa yang nak Whatsapp:  012-6332711.  
 
Cuma jangalah hubungi kami jam 12.00 tengah malam ya.  Kami pun nak tidur juga :)  Bagi sesiapa berminat nak Kolagen siap masak pun boleh juga hubungi talian di atas ya.  Stok sentiasa ada. 
 
 
 
 
nota:  seronok berniaga..  

       

::Nuffnang Premiere Screening ~G.I. Joe: Retaliation~::

Selasa minggu lepas berpeluang menonton G.I. Joe:  Retaliation.  Terima kasih Nuffnang atas kesudian memilih saya salah seorang bertuah menonton secara percuma, 3D lagi.
 
Saya tak pernah menonton sekuel filem G.I Joe sebelum ini tapi secara jujurnya I enjoy watching this movie.  Abang tak payah ceritalah, dia memang dari awal filem ini promo dah menggila nak menonton.
 
Sinopsis filem:
 
The G.I. Joes are framed for stealing nuclear warheads from Pakistan by Zartan (Arnold Vosloo) who is impersonating the President of the United States (Jonathan Pryce). The entire team is eliminated in a military strike with Duke (Channing Tatum) as one of the casualties. Roadblock (Dwayne Johnson), Flint (D.J. Cotrona) and Lady Jaye (Adrianne Palicki) are the only survivors.

Meanwhile, Storm Shadow (Lee Byung-hun) and ex-Joe Firefly (Ray Stevenson) rescue Cobra Commander (Luke Bracey) from a penitentiary in Germany. Storm Shadow is injured during the escape and retreats to a temple in the Himalayas to recover. Upon learning that he is alive, the Blind Master (RZA), leader of the Arashikage Clan, sends Snake Eyes (Ray Park) and his apprentice Jinx (Elodie Yung), Storm Shadow's cousin, to capture Storm Shadow so he can answer for the murder of his uncle, the Hard Master.

Roadblock, Flint, and Lady Jaye return to the United States where they set up a base of operations in a rundown gym. After Zartan announces that Cobra will replace the Joes as America's main protective unit, Lady Jaye deduces that someone is impersonating the President and Roadblock leads them to General Joseph Colton (Bruce Willis) who provides them with weapons and helps them infiltrate a fundraising event that the President will be attending, where Lady Jaye steals a sample of his DNA and confirms that he is Zartan. They escape after a brief confrontation with Firefly and Zandar (Matt Gerald), the head of the Presidential Detail and a member of Cobra.

Snake Eyes and Jinx locate and capture Storm Shadow after a battle with ninjas and take him back to Japan where Storm Shadow reveals that Zartan murdered the Hard Master and he joined Cobra to avenge his uncle, embittered that the clan didn't believe in his innocence. Storm Shadow then accompanies Snake Eyes and Jinx as they join the Joes' efforts to stop Cobra.

Zartan invites the world leaders to a summit, where he blackmails them into disabling their nuclear arsenals, and reveals that he has created Project Zeus: Seven orbital kinetic bombardment weapons of mass destruction at his command. He destroys central London to prove his superiority and threatens to destroy other capitals if the countries don't submit to Cobra. 

However, Storm Shadow betrays Cobra Commander and kills Zartan, revealing Cobra's deception to the world leaders. While Snake Eyes, Jinx and Flint fight Cobra's soldiers, Cobra Commander activates the remaining six weapons and instructs Firefly to protect the launch device. Firefly is killed in combat with Roadblock, who deactivates and destroys the orbital weapons. Meanwhile, Colton and Lady Jaye rescue the President.

Cobra Commander escapes during the battle and Storm Shadow disappears after avenging his uncle. The President initiates a global massive manhunt on Cobra Commander, who is now considered to be a terrorist, and reinstates the Joes with Roadblock leading Flint, Lady Jaye, Snake Eyes and Jinx, and recruiting more soldiers to join them. Roadblock swears to avenge Duke by capturing Cobra Commander.

 
 Google Image
 
Jangan lupa tonton di panggung sekarang ya.  Dari 5 saya beri 3.5 bintang.  Boleh layan walaupun tak tahu sangat siapa-siapa watak berkait dalam filem ini.  Yalah tak pernah menonton filem sebelum-sebelumnya.
 
 
 
 
nota:  terima kasih Nuffnang