Followers

Tuesday, April 2, 2013

:: Penghargaan Dari Kak Mya :) ::

Sepanjang melibatkan diri di arena blog, jarang sangat menang atau dapat sesuatu dari rakan bloggers lain.  

Pernahlah sekali dulu dapat tiket percuma menonton teater dari Kak Red.  Selain dari itu, selalu dapat tiket percuma menonton wayang dari Nuffnang setelah masuk short contest dari mereka.

Macamana nak menang, bukannya rajin sangat turut serta apa-apa contest atau giveaway.  Senarai blog yang saya follow pun tak ramai mana.  

Alhamdulillah, kali ini dapat rezeki pula.  Hadiah sebagai pemberi jumlah komentar tertinggi bagi bulan Februari di Blog Kak Mya.  

Bertahun juga tinggalkan komen di entri-entri Kak Mya cuma kali ni sedikit bertuah bilamana Kak Mya berhasrat menghargai siapa beri komen paling banyak setiap bulan. 

Tak pernah terfikir pun ganjaran setiap kali meninggalkan jejak malah dengan ikhlas hati saya tidak kejarkannya pun, tapi kalau dah memang rezekikan.  

Siapa tak suka dapat hadiahkan?  Lagi-lagi dari blogger terkenal.  Ada juga kenangan dan tanda kita berkawan di alam siber.

Suka sangat hadiah dari Kak Mya.  Walaupun jarang pakai anting-anting tapi apa yang saya dapat tu cantik sangat.  Ayu Bam Bam dah aim nak pakai 2-3 pasang yang saya dapat.

Nak pakai boleh, ambil terus tak boleh ya adik sayang.  Kenangan tu!  Lagi pula saya memang sayang sangat apa sahaja pemberian orang.            

Key chain pun dapat juga dan dah selamat gantung dikunci kereta.  Terima kasih sangat-sangat Kak Mya, kalau ada rezeki boleh dapat lagi.. hehehe..  

Susah juga nak terangkan kenapa saya minat bersidai di blog Kak Mya.  Cubalah ziarah blog Kak Mya, mungkin anda jatuh hati seperti saya ;) 

Dan kerana cenderahati ini, sudah dua kali saya bertemu tuan empunya badan.  Lawa okay!  Simple person as what she are in her blog.  

Nak ambil gambar bila bersua sayangnya telefon tak secanggih mana, jadi pendamkan sahaja hasrat ke sebab dapat jumpa lagi lepas ni?  kih..kih..kih..   


 4 pasang anting-anting dan sebentuk key-chain.  TQ Kak Mya!  Really appreciate it!


Adikku Ayu Bam Bam yang terus melaram bila melihat anting-anting tersebut



nota:  terima kasih daun keladi...

No comments :

Post a Comment