Followers

Tuesday, April 9, 2013

::Bukan Hanya Cari Untung::

Sejak berjinak-jinak perniagaan online, 1001 ragam manusia saya pernah berurusan.  Tak perlulah nak cerita, itukan ragam manusia.  
 
Bila perkara berkaitan duit, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik.  Bukan pembeli sahaja, saya pun sama.  Yang penting kita mahu segala wang ringgit mengalir keluar rasa berbaloi.
 
Ramai juga approach ambil produk mereka untuk saya jualkan.  Offer jadi stokis, agen, dealer dan macam-macam lagi.  Biasalah, itukan kaedah mengembangkan perniagaan.
 
Tapi kebanyakkannya terpaksa saya tolak dengan baik.  Bukan tolak rezeki ke apa cumanya saya ni agak payah sedikit.
 
Payahnya bila mana produk tersebut saya tak guna tapi disuruh jual.  Cerita berdegar-degar perihal produk tapi kita sendiri tak amalkan.  Rasa macam menipu pula.
 
Bukan produk tak bagus tapi beria cakap kebaikkan produk, diri sendiri haram tak mencuba.
 
Siapa pun tahu, keberkesanan sesuatu produk bergantung kepada penerimaan badan seseorang individu.  Tak semestinya saya makan elok, ada orang makan alami perkara sama.
 
Contohnya kolagen, ada juga 2-3 orang customer tak sesuai langsung.  Ada seorang tu sampai kena gatal-gatal dan bengkak satu badan.  
 
Bila jumpa pakar perubatan, doktor sahkan dia allergic makanan laut so memang tak boleh makan kolagen.  
 
Ada pula kes di mana customer ni memang jenis allergic makanan laut.  Kalau makan sup bercampur udang sedikit pun dah meruap panas satu badan.  
 
Tapi Alhamdulillah, bila makan kolagen tak ada pula alahan malah dia akui alahan pada makanan laut ada berkurangan. 
 
Cuma sekurang-kurangnya saya kenal luar dalam produk bakal diniagakan.  Saya tahu apa sahaja tindak balas negetif mahu pun positif.  Orang pun akan lebih berkeyakinan melalui pengalaman penjual itu sendiri.
 
Jadinya bila ada offer terpaksa on hold dulu.  Sekiranya saya berminat saya akan makan atau cuba dahulu sebelum jual kepada orang lain.
 
Prinsip berniaga yang saya pegang, bukan sekadar mengaut keuntungan semata.  Kita pun mahu pembeli stay lama membeli dengan kita dan bukannya setakat one time transaction.

Kepercayaan juga antara elemen terpenting.  Sekali orang dah percaya, Insyaallah sampai bila-bila orang akan percaya.  Bila terpaksa mempertaruhkan kepercayaan orang, rasa berdosa pula.

Tell me, siapa tak nak untung bila berniaga?  Lainlah kalau memang dalam hati nak buat amal jariah.  Saya ni nak ambil untung berlebihan pun dah rasa cemas :( 
 
Ke saya ni tak boleh berniaga?  Hati tisu sangat dan terlalu memikirkan macam-macam.  Risau tertipu oranglah, risau orang hilang rasa percayalah, risau harga tak munasabahlah.  
 
Setakat hari ini Alhamdulillah, belum pernah dapat feed back negative dari customer tapi mana tahu esok lusa Allah nak uji.  Takutnya!     

Seronok berniaga ni terutamanya bila customer happy.  Rasa selesai satu tanggungjawab walhal bukan berniaga ribu-ribu pun.  Barangan biasa dengan harga patut-patut.  

Kesimpulannya, apa sahaja yang saya jual adalah produk yang saya sendiri telah cuba dan saya kongsikan dengan orang terdekat.  Bila ada tindak balas positif baru saya war-warkan sebagai barang jualan.  




nota:  lain orang lain caranya..
 
 

No comments :

Post a Comment