Followers

Saturday, April 6, 2013

::Perang Politik Sudah Bermula::

Belum pun SPR umum tarikh-tarikh penting, perang bendera sudah pun bermula.  Sana sini bersilarat bendera digantung ala silang pangkah.
 
Bersemangat betul ya parti politik bakal bertanding.  Kalau dulu menjalankan kempen sebelum waktunya adalah satu kesalahan, kali ini tak pasti pula.  Tapi yalah, setakat gantung bendera bukan cara berkempen yang extreme pun.  
 
Cuma itulah, nak gantung bendera tu tak salah tapi bila dah menghalang penglihatan orang ramai itu masalah.  Bayangkan sampaikan traffic light pun habis dibalun.  Bukankah bahaya begitu?

Hailah tukang gantung bendera, gunalah sedikit akal tu sebelum menggantung.  Pilihlah lokasi mahupun sudut bersesuaian.  Beria-ia gantung bendera tetapi kalau performance calon hampeh orang tak pangkah juga.

Demam pilihanraya sudah melanda.  Cerita kedai kopi tidak lain tidak bukan kisah pilihanraya.  Kalau duduk seharian rasanya ramai boleh diangkat menjadi calon bertanding.
 
Masakan tidak, habis semua kisah luar dalam dia tahu.  Orang ini tak betul, orang itu salah maka siapa lagi yang betul kalau bukan dia sendiri.  Alang-alang tahu semua, taburlah bakti pada masyarakat.

Nantikan pula pesta di seluruh Malaysia tak lama lagi.   Pentas ceramah di sana sini, kem-kem gerak kerja parti politik dan pelbagai lagi sajian mata.
 
Tak kisahlah nak buat apa pun asal jangan berlaku pergaduhan, pertumpahan darah seperti negara luar sudahlah.  
 
Gunakan akal dan minda sihat dalam berpolitik dan katakan tidak pada segala macam taktik politik kotor.  Rakyat Malaysia sudah semakin bijak dalam membuat pemilihan.
 
 
 
nota:  teringin turut serta...  
 
 

No comments :

Post a Comment