Followers

Thursday, December 24, 2009

Entri Buat Semua

Adakah manusia di dalam dunia ini tidak pernah berada di persimpangan delima?  Mustahil rasanyakan.  Hanya orang yang terpilih serta kata hatinya yang sentiasa benar sahaja pasti tidak akan berhadapan dengan masalah-masalah begini.  Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dari di duga dan diuji.  Kita lain pelbagai rupa, pelbagai warna serta jisim begitu juga dugaan-dugaan yang mendatang.  Ianya tetap lain dari setiap orang.


Paling susah dalam hidup ini bila hendak mengambil keputusan untuk memilih antara salah satu pilihan yang ada.  Perkara-perkara subjektif sering memeningkan kepala kita, walaupun kita sering berdoa semoga janganlah kita terikat di antara dua persimpangan.  Kepayahan berkali ganda pemberatannya apabila perlu melibatkan hati dan juga perasaan orang lain.  Tapi inilah dunia, segalanya berlaku penuh bersebab dan alasan.  Hanya yang bertuah dapat mengetahui mengapa dan kenapa perkara begini terjadi pada diri sendiri.  


Kepada sesiapa yang sedang berdepan dengan masalah-masalah begini, percayalah pada diri sendiri.  Hanya kita dan diri kita sahaja yang tahu baik buruk dalam membuat pertimbangan.  Kelak diri kita sendiri juga yang menikmati hasil dari keputusan yang diambil.  Andai pilihan yang dibuat kelak mengecewakan janganlah sesekali kita kecewa dengan diri sendiri.  Terus bangun dan bukalah langkah ke hadapan kerana hari ini kita di beri pilihan yang ini, kemudian hari kita tetap kembali bertemu dengan persimpangan jalan yang akan membuntukan.  Tabahkan hati kerana masih jauh lagi kehidupan yang bakal kita tempuh.  Selagi masih  menghirup udara di bumi Allah ini, selagi itulah kita bakal berada di persimpangan delima.


Kata-kata di atas ditujukan kepada yang gagal dalam mendapat kata putus dalam segala hal..Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi kehidupan kita di dunia yang fana ini. 

No comments :

Post a Comment