Followers

Friday, December 25, 2009

Selamat Bercuti Semua!!!

Malam ni rasa macam banyak je nak tulis dalam blog ni.  Tapi tak tahu nak tulis berkaitan apa.  Dalam kepala macam-macam isu rasa nak dikongsikan, tapi bila dikumpulkan apa yang nak dikongsi rasa macam tak berapa seronoklah pula.  Idea tak berapa nak ada bila nak kupas topik-topik yang dipilih.  Mungkin kerana nak exam.  Tu yang tak tentu hala je kepala ni.  Sekejap ingat nak buat tu, sekejap nak buat yang ini.  Tak ada panduan arah yang tepat.  Bila pegang je buku rasa malas nak tengok pun ada. 

Yang sebenarnya mood bercuti tu dah terlalu menguasai dalam diri.  Macam cemburulah pula bila tengok orang sana berjalan, orang sini ber'holiday', orang sinun ambil cuti panjang.  Rasa macam tak lengkaplah pula bila diri sendiri tak dapat menikmati cuti hujung tahun yang panjang.  Nak buat macamana, masih ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.  Kenalah kuat semangat, kan ini semua cabaran namanya.  Lagipun setakat tak dapat pergi bercuti je, bukannya apa pun.  Insyaallah kalau tak dapat kali ni, lain kali Allah tunaikan dengan cara yang lain pula.  Dah memang tertuliskan setiap orang akan dapat bahagian mereka masing-masing dalam pelbagai bentuk.  Yang penting bersabar itu perlu.

Bila sebut pasal bercuti je sebenarnya banyak yang kena put into consideration, rite?  Nak pergi bercuti bukannya senang.  Terutama dari segi faktor kewangan.  Sememangnya orang sekarang ni boleh dikatakan beruntung.  Setakat nak berjalan dalam Malaysia kira mampulah.  Bukan macam orang dulu-dulu.  Mana taknya, kalau dulu nak pergi bercuti nak fikir hal duit tu satu hal tapi mengenangkan kenderaan pun satu masalah juga.  Back in past 20 years, not everybody able to have their own transport.  Who ever owns car means they are rich enough compared to other families.  Nowdays, everybody manage to get at least one car for their family so to go for a holiday should not have such a big problem.

Alamak, dah bercampur aduk pula tiba-tiba!!!Kita tukar balik ke siaran Bahasa Melayu ok.  Kiranya kalau tak ada rezeki nak pergi berjalan jauh-jauh dapat pergi dekat-dekat pun jadilah.  Siapalah yang tak suka sebenarnya nak keluar bercutikan.  Kalau tak suka tu mesti ada perkara yang tidak dapat dielakkan.  Pilihan bercuti sekarang pun dah bermacam-macam.  Baik di dalam negara ataupun ke luar negara.  Pelbagai pakej menarik ditawarkan.  Siapa sangka kos nak pergi ke Indonesia contohnya boleh dapat sebegitu murah.  Harga yang tak pernah difikirkan pun, apa yang penting janji duitnya ada.  

Tapi, ada rasa macam tak puas hatilah pula bila mengenangkan perihal duit ni.  Entah kenapa sekarang rasanya bercuti dalam negara sendiri lebih mahal dari pergi melancong ke negara luar.  Tak payah nak buat perbezaan tentang perkara-perkara lainlah, kita tengok harga-harga hotel pun cukuplah.  Bila tengok rasa nak juling mata pun ada.  Baik dari hotel yang tak ada bintang sampailah ke hotel yang bintang-bintang bergemerlapan.  Faham, waktu-waktu macam nilah mereka nak buat untung sikit tapi perlukah keuntungan yang berlipat kali ganda?

Saya meluahkan rasa bukan hanya main tembak buta sahaja, tapi inilah kenyataan.  Saya betul-betul tak faham sampai sekarang kenapa pihak hotel mengenakan harga penginapan sampai tiga kategori:  Normal Days, Peak Season, Super Peak Season.  Kalau betul pun untuk mengenakan sedikit harga yang lebih tinggi tak perlulah sampai nak kena ada kategori sampai super peakSuper Peak Season ni kiranya untuk waktu-waktu macam nilah bila musim cuti sekolah sekali dengan cuti umum.  Kebiasaannya harga untuk super peak ni dekat 50% naik dari harga biasa.  Kan tinggi sangat harga yang dikenakan tu?  Sudahlah kita kena bersaing dengan orang lain bila nak buat tempahan di mana siapa yang bayar dulu kira dapatlah buat tempahan.  Contohnya, harga bilik kategori Famili Room untuk hotel tiga bintang di Melaka kalau harga biasa RM180, tapi kerana kategori Super Peak Season harga bilik yang sama menjadi RM265 satu malam.  Kenaikkan harga sebanyak RM85.  Hampir 50% kan....

Bila memikirkan perkara-perkara macam nilah menyebabkan ada sesetengah orang terpaksa membatalkan percutian mereka.  Bukanlah nak berkira sangat untuk keluarga tapi sayang juga nak keluarkan duit sebegitu mahal hanya untuk penginapan yang kita akan nikmati satu malam sahaja.  Nak kata dapat layanan kelas pertama pun bukannya dapat apatah lagi musim-musim cuti, orang pula ramai.  Siapa yang menginap di bilik-bilik mewah dapatlah layanan bertaraf lima bintang, kita yang duduk setakat bilik-bilik standard ni tak perlulah meletak harapan tinggi.  Ada pakej menarik dari agensi pelancongan nak kena bayar awal-awal pula.  Bukan tak boleh nak bayar awal tapi takut minit-minit terakhir tak dapat nak beri komitmen pula.  Tak pasal-pasal duit tempahan lebur.

Rasanya kerajaan Malaysia kena kaji semula agaknya perletakan harga hotel di Malaysia.  Kata nak galakkan rakyat sendiri bercuti dalam negara, tapi kalau dah mahal-mahal sangat nanti rakyat fikir baiklah diaorang pergi  luar negara sahaja.  Dah tentu mahal tu satu hal.  Dalam masa yang sama dapat tengok negara orang  dah beri satu kelebihan.  Sebab tulah agaknya ramai rakyat kita lebih suka pergi melancong ke negara luar berbanding negara sendiri.  Padahal kita memang dah tahu negara kita banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. 

Tu baru masuk bab penginapan, belum lagi masuk bab makanan.  Peniaga-peniaga di kawasan pelancongan pun pandai.  Bila masuk je musim-musim yang boleh menguntungkan, mereka pun ambil kesempatan yang melampau.  Habis semua pakat naik harga.  Kesian pada yang berkeluarga besar.  Kalau setakat bawa duit cukup-cukup makan memang tercekiklah jawabnya.

Sudahlah kita ni boleh dikatakan terbeban dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat.  Segalanya memerlukan dan melibatkan faktor kewangan, jadi bila sebut nak bercuti je dalam negara sendiri pun tak mampu macamana??  Rasa macam melukut di tepi gantang pun ada kita ni.  Telan jelah air liur tengok iklan-iklan menarik yang menawarkan percutian.  Bukannya apa, saya yakin setiap orang berkeluarga mesti teringin nak bawa keluarga dia pergi jauh sikit dari hiruk pikuk bandar ni.  Selain ahli keluarga bergembira, diri sendiri pun boleh juga dapat melepaskan tekanan bebanan kerja. 

Saya meluah rasa tidak menyebelahi atau menyalahi sesiapa.  Meluahkan segala apa yang dirasa.  Apa pun segalanya terpulang kepada diri sendiri.  Tepuk dada tanya selera.  Macam saya sendiri walaupun harga mahal dikenakan tetapi tetap juga pergi bercuti walaupun agak terasalah juga bila kena keluar duit agak banyak.  Sebab bagi saya bercuti adalah salah satu cara untuk memeditasi diri.  Kita tinggalkan seketika bebanan kerja dan manfaatkan percutian supaya pulang dengan kualiti kerja yang mantap.

Saya akhiri bebelan tengah malam ini dengan ucapan Selamat Bercuti kepada semua dan moga selamat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.. 





No comments :

Post a Comment