Followers

Wednesday, December 23, 2009

Sana..Sini..Situ...-Melaka Bahagian 4-



Sementara ada masa terluang ni, rasanya nak sambung balik la episod menziarah bumi bersejarah, "Melaka".  Lama gilakan nak tunggu sambungan bahagian satu per satu.kan  Nak buat macamana, keadaan semasa tidak begitu mengizinkan.  Lagi satu macam biasalah penyakit tak pandai nak buat ringkasan, maka jadilah berepisod-episod.  Ini pun tak pasti lagi sampai berapa episod.  Sesiapa yang bosan membaca minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.  Tapi saya kena buat juga, kerana saya rasa coretan-coretan ini akan menjadi tanda kenang-kenangan dalam hidup saya kelak.  Pada sesiapa yang baru menjengah blog serba kekurangan ini, kenalah gali-gali balik dalam entri saya yang lepas untuk kesinambungan keseluruhan bahagian Melaka ini.


Pada bahagian 3 yang lepas, saya cerita setakat pengalaman kitaorang semua menaiki Menara Taming Sari.  Sebenarnya sebelum kami semua menaiki Menara Taming Sari, sesuatu benda telah menarik perhatian saya.  Kalau pergi berjalan-jalan lepas tu nampak sesuatu yang pelik dan tidak mencuba rasa rugilah pula.  Nak tau apakah bendanya....inilah bendanya...

Yang kat belakang saya berwarna kuning.  Itulah bendanya.  Di beri nama "DUCK TOURS" Nak panggil bas boleh, nak panggil bot pun boleh..Tapi saya panggil ia Kenderaan Ajaib.  Kenapa?? Teruskan pembacaan ye..


Mula-mula kitaorang ingatkan macam kaunter pertanyaan khusus untuk pelancong.  Sekali tu ternampak pula kaunter untuk menaiki kenderaan ni.  Saya pun apa lagi, mesti tak nak lepaskan peluang merasai pengalaman pertama.  Harga tiket agak mahal jugalah.  RM38 bagi warganegara Malaysia.  Oleh kerana ini pengalaman pertama, saya tak kisah sangatlah untuk mengeluarkan duit.  Tapi awas, kalau hujan lebat, kenderaan ini tak jalan.  Bila beli tiket tu tengok-tengoklah juga cuaca ye.


Duck Tours ni akan membawa penumpang mengelilingi sebahagian Bandar Melaka.  Tapi yang uniknya, separuh perjalanan mengelilingi Bandar Melaka itu akan dilakukan di dalam air.  Wah!!!Betul-betul macam itikkan.  Sebab itulah kenderaan ni dipanggil Duck Tours. Boleh hidup di darat dan di air dan mungkin kerana itulah juga tiketnya agak mahal, harga yang dikenakan perlu meliputi harga kos selenggaraan.  Bukan senang nak menjaga kenderaan dua alam.  Kenderaan Duck Tours ni merupakan yang pertama di Malaysia.  Kalau di luar negara tu adalah juga.  Tetapi yang membezakan kenderaan ini di Malaysia dari negara-negara luar, mereka hanya menggunakannya setakat dalam tasik.  Kita di sini masuk Laut Selat Melaka.


Memang seronok merasai sesuatu yang barukan.  Perasaan teruja menyelubungi perasaan kitaorang berlima walaupun hujan yang agak lebat sedikit mencacatkan pengalaman kami sepanjang perjalanan.  Kepada sesiapa yang akan pergi ke Melaka, cubalah menaiki kenderaan istimewa ini.  Rasai sendiri keseronokkan.  Perjalanan lebih kurang 45 minit dan kami di bawa mengelilingi kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Laut Selat Melaka.  Keadaan jalan raya yang sesak telah memperlahankan perjalanan kami.  Melalui penerangan yang di beri oleh tour guide, kawasan yang kami lalui ini semua dalam proses pembangunan.  Macam-macam bakal wujud di Bandaraya Melaka ini.


Entahlah, bila sebut pasal pembangunan, saya tiba-tiba hilang rasa keterujaan. terhadap bumi Melaka ni   Sambil menikmati perjalanan, mata tidak lepas dari memerhatikan pelan pembangunan merata rata.  Persoalan yang timbul, perlukah Melaka melalui era pembangunan yang sebegitu pesat??  Maaf, saya bukannya seorang yang anti pembangunan, cuma apa yang saya rasa Melaka haruslah kekal sebagai Bandaraya Bersejarah.  Rancangan pembangunan yang melampau bakal menenggelamkan nilai estetika negeri Melaka.  Kerajaan Melaka mensasarkan 2010 bagi Melaka menjadi antara negeri yang membangun di Malaysia.  Cuba bayangkan dalalm 20 tahun akan datang, bagaimanalah agaknya wajah negeri Melaka? Sedangkan sekarang ni pun bangunan-bangunan tinggi di naikkan di segenap ruang yang ada.  Menjelajah Melaka kini tidak ubah seperti berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur.  Bangunan kiri kanan yang didirikan menyempitkan laluan jalan raya.  Kalau dulu, dari jalan raya di Bandar Hilir, kita boleh melihat kubu A Famosa tersergam indah.   Bukit St Paul berdiri megah, tapi kini tidak lagi kerana telah ditutupi oleh bangunan pusat membeli belah.


Masih adakah lagi kelak tinggalan sejarah untuk anak cucu cicit kita?  Memanglah kerajaan negeri tidak menyentuh langsung apa sahaja artifak dan bahan bukti sejarah tetapi nilainya seolah tidak berharga.  Apalah ertinya berada di belakang bangunan-bangunan yang agam sedangkan kisah yang terpahat di dalam sejarah dunia sudah cukup kuat dan utuh jika hendak dibandingkan dengan bangunan-bangunan sedia ada.   Sempat jugalah snap gambar-gambar pembangunan yang dijalankan di Melaka.  


Kawasan ini akan dibangunkan dan bakal dijadikan "Arabian Town" (kalau tak silap gelaran nama yang bakal diberi).  Pelikkan, kenapa Melaka perlu ada pekan untuk peniaga-peniaga dari Arab.   Tidak cukup agaknya barangan Malaysia yang boleh kita ketengahkan di mata pelancong-pelancong luar.  Kelak Melaka akan dibanjiri warga-warga Asia Barat.  Pelancong yang datang ke Melaka bukan lagi untuk  menghirup udara segar tinggalan sejarah tetapi untuk berlibur di bandar buatan yang pasti akan "HAPPENING"



Kawasan ini pula bakal dijadikan kawasan untuk para pelayar melabuhkan kapal-kapal mewah mereka.   Sekali lagi persoalan timbul tidak cukup agaknya dengan pelabuhan-pelabuhan yang telah dibina di Malaysia ini sehingga terpaksa menjadikan Melaka sebagai satu lagi destinasi pelabuhan.  Apa agaknya yang rakyat bakal dapat hasil dari pembinaan pelabuhan ini?  Semakin gusar bila memikirkan hari kemudian..


Ini antara kapal yang telah pun melabuhkan sauhnya di Selat Melaka.  Bila telah siap sempurna kawasan ini, saya pasti kita tidak akan dapat lagi melalui kawasan ini kerana ianya hanya akan dikhususkan untuk ahli sahaja.


Ini pula masjid terapung yang telah siap di bina.  Bukan tidak suka masjid di bina tetapi terfikir samada masjid ini bakal menerima nasib yang sama seperti masjid-masjid lain yang terlalu gah di bina tetapi tidak mempunyai jemaah yang ramai.  Wallahuallam!!!  Apa pun masjid ini memang cantik binaannya. 


Walaupun agak kecewa melihat pembangunan yang melampau, tetapi perasaan seronok menaiki kenderan ajaib tetap ada.  Apalah gunanya saya bersedih gundah gulana mengenangkan nasib bumi Melaka sedangkan suara saya ini mungkin 0.01% dari ribuan manusia yang sukakan pembangunan di sana.  Cuma saya berharap keunikan negeri Melaka akan sentiasa terpelihara.  Perasaan terkilan tetap wujud.  Setelah tamat agenda mengelilingi kawasan lawatan, kami bergerak ke destinasi seterusnya.  Rasanya kena sambung  Bahagian 5. sebab masih banyak lagi cerita-cerita menarik yang ingin dikongsi bersama.  Sambil-sambil tu, saya pertontonkan gambar-gambar lain sepanjang mengutip pengalaman bersama Duck Tours ini.




Inilah tourist guide kami.  Tapi lupa pula nak beramah mesra.  Selain penerangan yang lengkap, kuiz untuk menambahkan pengetahuan pun turut diberi.  Pemenangnya dah tentulah kitaorang yang bijak-bijak ni. 


Kitaorang la yang palig riuh rendah waktu dalam kenderaan ajaib ni.  Tapikan kalaulah ada kawan-kawan  yang lain tu mesti bertambah bergegar suasana.  Wish they could join...


Saya bersama Ayu Bam Bam yang bertugas sebagai jurugambar..ha..ha..ha..Tak sia-sia menjadi pelajar Komunikasi Massa yang tegar.


Menikmati pemandangan sewaktu kenderaan ajaib bergerak memasuki perairan.  Miera Menyut Menyut agak takut bila Duck Tours ni masuk dalam air.


Laut lepas di belakang Ayu Bam Bam




Bergambar bersama-sama krew Duck Tours yang sangat sporting.  Kitaorang dapat layanan lima bintang tau.  Terutamanya Miera Menyut Menyut yang mencuri perhatian


Mengambil gambar dengan tidak bersedia.  Gelihatikan tengok gambar-gambar kandid.


Sekali lagi gambar kami tidak berjaya ditangkap dengan sempurna


Bolehlah daripada tak adakan...

Kenapa perlu ada Bahagian 5, kerana sesuatu telah berlaku dan perjalanan kami ke Melaka menjadi panjang.  Sabar menanti ye.

No comments :

Post a Comment