Followers

Saturday, April 17, 2010

Episod 3

Bersemangat pula rasanya untuk menyambung cerita yang tergantung.  Sementara semangat berkobar ni baiklah diteruskan.  Takut nanti bila dah pudar rasa nak berceloteh memang sunyi sepilah jawabnya.  Jom kita sambung!!!

Lebih kurang pukul 7 pagi dah ada orang datang gegar bilik penginapan.  Rupanya Cik Puan Raja (CPR) suami isteri sudah tidak tertahan tahap kelaparan.  Lama agaknya perut mereka berdondang sayang sehinggakan Sang Suami terpaksa rela mengejutkan isteri tercinta menyiapkan sarapan pagi secepat mungkin.  Saya dan Fieza bila tahu sahaja CPR dah ada, kitaorang apa lagi terus bermalasanlah di tilam yang empuk.  Servis bertukar tanganlah katakan.  Dah tahu, CPR dan Cik pasti akan menyediakan makanan yang enak-enak nanti.  Terukkan kitaorang berdua ni, ambil kesempatan ke atas kelebihan CPR..he..he..he..Nasib juga kami dah sediakan bahan seadanya dan di pagi yang dingin kami disajikan dengan hidangan CEKODOK ubah suai yang sememangnya kesedapan sehingga menjilat ibu jari kaki.
Inginkan makanan yang dimasak begitu enak dimakan?  Rahsianya, jangan mandi pagi sebelum memasak..hik..hik..hik..

 Muka-muka suci murni di pagi hari sambil melayan lagu keroncong lapar

Antara cekodok yang sedap di makan dan kami makan tanpa henti.  Selagi terhidang selagi itulah mulut terus mengunyah

Gelagat-gelagat di pagi hari.  Jamulah mata dengan gambar yang ada

Selesai menikmati sarapan pagi serta bergelak ketawa, anak-anak Nyah semuanya terjun ke dalam sungai.  Melihatkan budak-budak yang sentiasa ghairah dengan sungai, kami yang dah berusia ni pun tidak mahu melepaskan peluang.  Apa lagi, masing-masing tukar baju basahan dan terus berendam.  Lebih kurang 8.30 pagi pada waktu itu.  Seperti yang semua sedia maklum, walaupun di dalam bilik ada disediakan bilik air tetapi air yang masuk adalah air sungai.  Tiada bezanya samada mandi di dalam sungai atau di dalam bilik air.  Lantaran, sungai sememangnya menjadi tempat bersiram kami semua.  Bilik ari hanya digunakan untuk melepas Qada' Hajat sahaja.

Tidak tergambar rasanya betapa sejuknya air sungai tersebut.  Bagi menghilangkan rasa sejuk yang amat sangat kami terus merendamkan diri ke dalam isi perut air sungai.  Permulaan sememangnya amatlah sejuk tetapi lama kelamaan suhu sejuk mulai hilang diganti pula dengan rasa seronok amat sangat.  Kalau boleh kami tidak mahu keluar dari sungai tersebut.  Sambil mandi sambil bergurau.  Sambil bergurau sambil berborak.  Inilah antara saat yang tidak dapat kami lupakan.  Kegembiraan terpancar di sinar muka masing-masing dan dapat dirasakan keakraban yang selama ini terjalin menjadi bertambah erat.  Mereka berdualah antara orang yang saya sayangi di dalam hidup.. :)

Masih belum bersedia untuk merendamkan diri.  Baru cuba tenggelam-tenggelamkan kaki

Seronoknya Azam berendam.  Tak pandang kiri kanan dah

CPR mula mengorak langkah untuk merendamkan dirinya

Fieza masih belum bersedia.  Kami bertiga dah mula rasa kurang sejuk

Dari berdiri, duduk pula.  Lambat betul ye Fieza ni nak menyesuaikan diri dengan air yang sejuk.  Kami bertiga pula dah rasa tak nak bangun-bangun.  Nak duduk je dalam air sungai

Sesi sabunan bermula

Hilang sejuk kini timbul rasa seronok yang amat sangat

 Air Sungai itu kami yang punya..yea!!!

Keseronokan yang tidak terkata.  Lihat sahaja bagaimana kami mengekspresi kegembiraan kami di sana

Penakut sejuk juga suami CPR ni.  "Bukan takut sebenarnya tetapi tak sampai hati nak mandi" antara kata-kata Pakcik kepada kami semua

Sedang enak-enak melayan air sungai, Cik menjerit memanggil kami semua untuk naik.  Terbantut seketika keseronokan tetapi kami tiada pilihan kerana kami ada lagi agenda seterusnya pada pagi itu.  Dengan rasa malas kami semua bergerak keluar dari kedinginan air sungai sambil berkata kepada sungai, nantikan kemunculan kami lagi..

Entri ini bakal bersambung lagi dan ikuti apa pula aktiviti kami selepas itu.





nota:  melihat gambar-gambar terimbau seketika kenangan sewaktu bercuti.  Bila agaknya kita berkesempatan lagi meluangkan masa sebegini ye??





No comments :

Post a Comment