Followers

Friday, April 2, 2010

Salam April

Ambil masa juga untuk mengemaskini blog ini.  Sedar tak sedar bulan empat pun menjengah tiba.  2010 tinggal berbaki 8 bulan lagi.  Memang cepat betulah masa berlalu.  Benarlah seperti yang diperkatakan, sekiranya dunia sudah hampir sampai ke penghujung masa yang diperuntukan seolah tidak mencukupi.  Waktu berlalu ibarat kelipan mata sesaat, segalanya amat pantas.

Bulan Mac meninggalkan kita dengan puluhan ribu coretan yang telah pun disimpan dalam lipatan sejarah.  Setiap detik yang dilalui mempunyai loretan kisah yang tersendiri.  Bagi diri ini, Mac 2010 juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.  Jika masih ingat di entri yang lepas, bulan Mac boleh dikira bulan kedukaan bagi kami sekeluarga di mana 3 ahli keluarga kami menghadap Illahi pada bulan Mac di tahun yang berbeza.  Kalau berminat nak mengorek cerita yang lepas bolehlah dilakukan di sini. Coretan khas untuk Arwah Mak dan juga Onyang bakal menyusul juga.  Hajat di hati ingin melunaskan seperti apa yang telah dijanjikan cuma sejak kebelakangan ini kesihatan tidak berapa mengizinkan lantas tertangguh lagi entri yang ada.

Melihat pada senarai entri bulan Mac boleh tahan juga hasil nukilannya.  Lebih tinggi daripada entri bulan Februari.  Sesuatu yang boleh dibanggakan untuk pencapaian diri sendiri.  Bulan April berazam untuk lebih rajin lagi menarikan jemari dipapan kekunci.  Moga Allah peliharakan kesihatan serta keazaman supaya tidak layu dipertengahan jalan.  Kalau diikutkan, ada masalah yang membelenggu fikiran tetapi walau apa pun, kehidupan harus diteruskan.  Masalah yang menimpa tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menembusinya.  Maaf, belum bersedia untuk dikongsikan di sini cuma mohon rakan-rakan mendoakan kesejateraan dan masalah yang datang bakal bertemu penghujungnya.

Nantikan kemunculan entri seterusnya.  Bagi rakan-rakan blog yang baru menjengah, salam perkenalan diucapkan.  Moga ukhwah yang terjalin ini bakal teguh dalam membina jambatan persahabatan.


nota:  sedang ralit mengemaskini, mendapat khabar berita pelawak tanah air yang tenat iaitu Din Beramboi telah menghembuskan nafas.  Benarkah?? Innalillahiwainailahirojiun...jika benar berita tersebut.  Jika tidak benar, kita sama-sama berdoa moga Din akan segera sembuh

No comments :

Post a Comment